Wednesday, April 29, 2009

Lebai mengata Lebai-Siapa yang malang?

Didalam parti politik PAS ada "Ulama' mi celup" dan ada "Ulama' mi goreng". Begitu rendah martabat ulama' dibibir pejuang PAS yang mengaku parti itu adalah sebuah gerakan Islam yang tulen. Selama ini kita selalu mendengar puak PAS mengata para ilmuan Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai "Ulama Upahan" dan berbagai lagi gelaran untuk mengeji dan menghina.Kini sesama mereka sudah meluap kemarahan hingga terhambur kata-kata tuduh menuduh dan gelar-menggelar bagi menggambarkan isi hati yang terbuku didalam perebutan pengaruh dan kedudukkan didalam kepanasan musim pemilihan jawatan menjelang Muktamar Tahunan.

Anakanda Nik Abduh telah cuba menjelaskan bagaimana apa yang disifatkannya sebagai "kerja-kerja bodoh dalam PAS" telah menyelewengkan maksud sebenar "Kerajaan Perpaduan" dengan tujuan mengelirukan Ayahandanya Nik Aziz agar menentang keras pendapat dan cadangan Presiden PAS, Hj.Hadi.Kerja ini menurut Nik Abduh dilakukan oleh penasihat Nik Aziz yang berniat untuk melagakan kedua-dua pemimpin itu bagi mendapat tempat didalam parti. Pembongkaran sepenuhnya boleh dibaca didalam blognya nikabduh.wordpress.com bertajuk; "kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Syarat yang disebutkan oleh Nik Aziz ialah PAS mahukan jawatan penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran.Saya tidak mahu mengulas panjang akan pendirian Nik Aziz ini tetapi ingin saya cadangkan PAS tuntut jawatan penting didalam Pakatan Rakyat dan didalam Kerajaan-Kerajaan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dahulu sebelum terus-terusan mengelirukan orang ramai seolah-olah syarat tersebut hanya terpakai apabila diseru bersatu padu dengan saudara seagama dan sebangsanya UMNO.Manakala kedudukkannya kini didalam komplot Pakatan Rakyat hanyalah sekadar pemudah-cara yang kemudiannya terpinggir bak melukut ditepi gantang.Mana dia jawatan penting untuk menjalankan Islam di Selangor,Perak dan Pulau Pinang? Jangan jadikan alasan bilangan kerusi yang kecil untuk tidak mendapat tempat dan kuasa itu sedangkan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana Parti yang menguasai kerana mereka berpakat sama-rata dan sama-rasa bagi menentang musuh yang satu.Sebagai anggota yang memperjuangkan Islam mengapa pula dia ketepi dan terkuak tetapi masih dianggap perjuangan Pakatan Rakyat suci, halal dan menepati hukum PAS?

Berbalik kepada gelaran "Ulama Mi Celup" terhadap orang-orang cetek agama tetapi berlagak tahu didalam PAS seperti yang dijelaskan oleh Nik Abduh, dengan tidak semena-mena ada pihak dikalangan pimpinan PAS yang melenting umpama orang termakan cili. Ini yang seronok kita lihat natijah dari pembongkaran berterus-terang anak muda Nik Aziz yang panas kemarahan dek temberang para penasihat ayahandanya yang serong. Diantara yang melenting ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang bukan sembarangan didalam heiraki pimpinan PAS.

Khalid Samad didalam blognya, telah dengan penuh tidak malunya mengaku bahawa beliau tergolong diantara "Ulama Mi Celup". Khalid juga menyanggah pembongkaran Nik Abduh dengan mengatakan bahawa diantara penasihat Nik Aziz dengan penasihat Nik Abduh, siapakah yang boleh diterima pakai dan lebih berwibawa? Sudah tentulah penasihat Nik Aziz lebih berwibawa katanya kerana penasihat kepada Nik Abduh telah mempengaruhinya sedemikian rupa dan tidak mustahil bertujuan mensabotaj parti.

Bagi melepaskan geramnya terhadap pembongkaran Nik Abduh,dia mengkritik tindakan beliau dan merendah-rendahkan kematangannya sehingga menggelar balik sebagai "Ulama Mi Goreng". Menurut Khalid kalau "Ulama Mi Celup" kurang ilmu agamanya, "Ulama Mi Goreng" yang sepatutnya lebih masak kerana berada lebih lama didalam kuali, tidak juga faham benda yang "Ulama Mi Celup" pun boleh faham.

Seperkara yang menarik didalam perkembangan ini ialah betapa mudah sekali seseorang mengaku dirinya adalah seorang ULAMA walaupun dikatakan "Ulama Mi Celup". Tak cukup dengan itu,memperkecilkan pula keilmuan "Ulama" yang dia tidak sebulu dengan gelaran-gelaran seperti Khalid Samad yang mengejek Nik Abduh sebagai "Ulama Mi Goreng".

Ulama apa lagi agaknya yang ada dikalangan pimpinan PAS? Ulama temberang? Ulama pentas? Ulama tampal? Ulama nasi bubur? Ulama sapu? Yang pasti semuanya berlumba-lumba mengaku dirinya layak dan kalau tak layak pun meletakkan sendiri title Ulama kepada dirinya sebagai tiket untuk meningkatkan kedudukkan didalam heiraki parti dan khalayak pengundi umum.

Setiap kali menjelang pemilihan, maka berlagulah keroncong siapa Ulama dan siapa yang tidak cukup syarat. Maka sebab itulah didalam parti PAS ini orang berlumba-lumba menampilkan dirinya se"Ulama" yang boleh agar memenangi hati pemilih. Tak ubah seperti artis-artis yang mendambarkan anugerah sepertimana persaingan Bintang Popular tahun ini.Mendapatkan title Ulama sudah sama kriterianya untuk bergelar artis!

Dengan pengakuan Khalid Samad yang tidak malu-malu mengaku dirinya bertaraf Ulama itu, maka tidak hairanlah saya apabila dia dengan tidak malunya juga sering menggunakan kesempatan orang berhimpun di Masjid untuk meletakkan dirinya ditempat Imam sedangkan makmum tidak pun mendaulatkannya untuk mengimamkan Ibadah Jumaat itu. Masjid sudah mempunyai Imam dan sepatutnyalah tidak sembarangan orang datang ke Masjid orang dan terus mengambil alih sedangkan makmum yang ramai tidak semestinya redha dan tidak pula mahu mencemar niat beribadah dirumah Allah dihari Jumaat.Kesempatan ini diambil tanpa memperdulikan adab beragama dan keharmonian bermasyarakat hanya semata-mata merasakan diri itu lebih layak kerana dia mendudukki kerusi berjawatan didalam hieraki politik. Begitulah contoh sikap yang angkuh, Ulama Lantikan Sendiri dikalangan "Ulama Mi Celup". Wuallahualam.

12 comments:

Anonymous said...

Pas sebenarnya nak cari jangut yang paling panjang untuk jadi pemimpin syarat utamanya.

Kalau sekadar pakai ketayap tak cukup

Anonymous said...

Nik Abdul ke tribunal dewan ulama.

Gara-gara tulisan bertajuk'kerja-kerja bodoh Dalam Pas',akibat serangan beliau kepada pembantu2 bapanya.

Syabas Nik Abdul,takkan orang hetam bapa anak duduk diam.

Memang betul kata Nik Abdul ni.
Nampaknya dalam PAS ,api sudah nyala dalam sekam

Lebai pun berebut jawatan juga....ingat ke boleh lebih kurang.Dunia-dunia...............

Anonymous said...

salam,

Pemimpin pas bukan lebai,lebai tidak tidak mencarut,tidak mengatakan pada orang sesuka hati,memecahbelahkan masyarakat,pemimpin pas adalah politikus

Unknown said...

yang malangnya adalah pengikut2
yang ada akal tapi taknak pakai...asyik jadi pak turut...

Anonymous said...

Salam tuan abdul Ghaffar,

Ni yang saya bimbangnya pengikut PAS,ikut sangat kata ketuanya tanpa fikir panjang.

Pemimpin pas di satu ceramah pernah berpesan kepada pengikutnya.

Orang BN bagi apa ambil,jangan tak ambil.

Orang bagi kain pakai,
Orang bagi gula kacau,
Orang bagi lembu tarik,
Orang bagi duit ambil,
Orang bagi baja tabur,
Orang suruh undi BN,JANGAN!!!!!!!!!

Disini sudah nampaknya lebai PAS mengajar pengikut menjadi hipokrit dan tidak mengenang jasa BN.
Lebai apa cam ni,10 lori pun boleh dapat .

Anonymous said...

Suri,

BN bagi jangan tolak duit kita juga tu,duit cukai rakyat.Sememangnya dia kena bagi untuk rakyat.

Kalau duit wakil rakyat sendiri mampus pun dia tak bagi.

Anonymous said...

Susah cakap dengan puak BN,orang cakap gitu,dia gini.Orang punya tak mahu dengar,suruh dengar hak dia saja yang tak betul.

Anonymous said...

sabar bang,

Ingat sabar tu sepenuh iman.Jangan cepat melatah bercakap dengan fakta,bukanya cakap ikut perassan.

Keliru sangat dalam PAS,masuk BN parti one Malaysia.

Anonymous said...

Aku mati hidup semula pun,Aku takkan masuk BN

Anonymous said...

fanatik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

suri,ikut mu,mu kata gapa pun.

abdul ghaffar said...

salam..
ini apa citer pulak non muslim nak joint pas???
kalau joint pakatan kira ok lah..tapi kalau joint pas....tak warasss kot?