Tuesday, April 21, 2009

Kisah Kit Siang dengan Pak Kadok dan Pak Pandir!

Karpal Singh memendam rasa melihat kerenah puak PKR yang semakin menjolok mata.Geram tidak dapat meneruskan saman terhadap Raja,kini membisu dek mimpi yang ngeri.Cita-cita besar menawan Negara semakin berkecai.Dia berangan-angan Pakatan DAP,PKR,PAS cerah untuk berjaya. Sebaliknya kehancuran semakin jelas dan Karpal sudah bersedia untuk menyalahkan Anwar Ibrahim.Kita tunggu sahaja masa dan ketika dia akan meledak.

Dalam senyap, Kit Siang adalah manusia paling gembira kerana anaknya sudah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menantu pula Ahli Dewan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Hadir ke Parlimen pun sekarang ditemani oleh anak jantan tersayang. Berbaloi segala pahit maungnya sejak dari era Kota Melaka,ke Ipoh, singgah di Kamunting,akhirnya berjaya di Pulau Pinang. Walaupun beliau sendiri tidak mencapai ketampuk, tetapi beliau boleh aman dengan kejayaan anaknya di Pulau Mutiara itu.Orang kata kalau mati pun, boleh lelap mata!

Kit Siang sudah cukup puas dan didalam hatinya berterima kasih kepada Pak Kadok PKR dan Pak Pandir PAS. Terima kaseh tidak terhingga kerana kebodohan tuan-tuan hamba sekelian.Sekarang dia tidak perlu risau kerana kedudukan anaknya dan DAP di Pulau Pinang,jika pun tidak nampak akan menyusuri jejak bertapak Parti Gerakan, ia akan mencipta sejarah tersendiri.Dia sedar secara realistiknya bahawa untuk menggapai lebih dari itu adalah sebuah impian yang tidak mungkin tercapai didalam tempoh hayatnya.

Biarlah kuda-kuda perangnya,Karpal Singh dan Gobind Deo memasang angan-angan bersama Bahtera Harapan, kerana masa akan menyedarkan mereka bila untuk menendang.

Buat Kit Siang,Perak,Selangor,Kedah dan Kelantan tidak penting lagi.Ia hanyalah bonus sumbangan Pak Kadok dan Pak Pandir. Pandai-pandai merekalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Bagi DAP, lebih baik jaga diri sendiri, kerana pakatan dengan PKR dan PAS pun hanyalah selaku jambatan. Tidak perlu menyabung nyawa kerana Pak Kadok dan Pak Pandir tidak berbaloi lagi,sesudah melepasi medan dan mendapat habuan.DAP akan berkubu di Pulau Pinang dan tidak berharap sangat kepada mereka, nanti yang dikejar tidak kesampaian,yang dikendong pula berciciran.

Apa dah jadi? Pak Kadok membakar kampong, Pak Pandir pula sekadar kenyang makan khenduri.

Watak Pak Kadok dimainkan oleh PKR yang meliwat bangsanya sendiri demi membalas dendam. Kini sedang menghadapi berbagai masaalah moral dan akhlak buruk dikalangan pimpinan dan ahli-ahli wakil rakyatnya.Yang lari keluar parti ada, yang meletak jawatan kerana akhlak buruk terbongkar ada, yang meletak jawatan untuk menutup rahsia pun ada, dan yang masih tak malu mempertahankan jawatan pun ada juga walau gambar tidak berakhlak disebar oleh teman sepermainan sendiri.Orang kata kalau cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari lah jadi tidak perlu kita hairan.

Pak Pandir PAS, sedang begasak untuk jatuh-menjatuh. Biar gasak lah dia orang.Konon ada puak yang digelar erdogan sedang mengatur gerakan mengenepikan kumpulan ulama'. Mana-mana pun PAS tetap tidak relevan. PAS sudah jauh menyimpang dan kini ingin membina imej baru.PAS mahu bertukar dari imej Parti Islam Berfikiran Sempit kepada imej Parti Melayu Alternative. Semuga berjaya! Sebenarnya PAS dirasuk igauan kata-kata Karpal Singh; "kalau PAS nak Negara Islam,langkah mayat kami dulu", PAS tak berani,maka jalan keluar ialah tukar haluan.

Kebelakangan ini, kita boleh lihat DAP, baik Karpal, Kit Siang mahupun Pak Lawak Ngeh dan Nga semakin membisu didalam kegawatan yang sedang melanda PKR dan PAS. Kenapa? Tidak lain sebab Kit Siang lebih realistik dari Anwar yang gelabah hendakkan kuasa dan Nik Aziz yang ingat dia lebih bijak!

Kit Siang sedang menikmati hidup dengan aman dan tenang sekali.Karpal tumpang gembira.

Puak-puak PKR dan PAS sedang bergelut dengan bayang-bayang sendiri, tidur tak lelap makan tak tentu. Bukan setakat ibu mertua, katak lalu kat belakang pun dia hampir naik gila, begitulah keadaan orang yang tidak karuan.

3 comments:

Akar Umbi said...

Bermula dengan kesukaran menentukan 'YANG MANA SATU' antara 2 ADUN Melayu/Islam PKR nak dijadikan TKM1. Kalau dah lantik TKM1 taklah jadi begini, kot?

Anonymous said...

PAS,PKR,DAP,nampaknya retak menunggu pecah.

Pak Kadok dan Pak Pandir menyesal ,bilakah kampungnya akan kembali semula?.

Kata Pak kadok "Hidup sekarang ibarat lembu dicucuk hidung,tidur pun tidak lena,mandi tak basah,talinya DAP peggang".Puncanya tak lain tak bukan ,ayam lagaku hebat tapi tersalah tukar,akibat terleka sangat masa bertarung.

Hendakan kemenangan,tanpa memikirkan masa depan anak-anak cucuku .

Mudah-mudahan UMNO dapat megembalikan kampungku semula.

Anonymous said...

Dear Azlan,
Tak susah nak lantik TKM1.Kuasa ditangan Guan Eng selaku KM. Ini dia punya hak, kecuali dia tidak cakap serupa bikin. Kenapa Anwar/PKR nak tentukan siapa yang dia nak lantik?

KERAJAAN PULAU PINANG ialah kerajaan milik rakyat untuk rakyat bukan Kerajaan DAP+PKR+PAS.Cuba kalau BN yang buat lagu ni, dia orang akan kata KM BN tak ada kuasa dan KM Boneka.

Mana dia CAT yang Guan Eng cakap dan sistem meritokrasi yang dia war-warkan? Apakah 2 ADUN tu tak ada merit untuk jadi TKM1 untuk isis quota PKR? Satu lagi,kenapa ada sistem quota? Kata dalam sistem meritokrasi tak ada quota?

Inilah kalau cakap tak serupa bikin.