Wednesday, May 6, 2009

Politik Suku - Agama Suku!

Bersatu atau tidak bersatu? Selagi PAS bergerak sebagai sebuah parti politik selagi itulah isu perpaduan ummah diantara PAS dan UMNO menjadi isu politik. Islam mengajar dan menuntut kepada perpaduan. Perpaduan sesama Islam adalah perkara paling asas bagi orang beriman yang bertakwa.

Jadi dimana silapnya maka seruan perpaduan menjadi isu yang berat sehingga menjadi wabak barah yang kini menggugat kepentingan tertentu didalam PAS sendiri?

Puncanya ialah PAS mengamalkan Politik Suku dan Agama Suku. Politik Asing, Agama Asing! Bersatu demi politik? PAS takut dimamah UMNO. Bersatu demi agama? PAS takut tergencat kuasa.

Jadi apakah matlamat perjuangan gerakan PAS? Politik kah atau Agama kah?

Jika Politik menjadi keutamaaan, maka PAS melindung hakikat sebenar perjuangannya.

Jika Agama merupakan teras perjuangan, maka PAS harus menguburkan impian politiknya. Berbuat demikian belum tentu ianya menguburkan PAS, malahan ianya memudahkan lagi bagi PAS mencapai matlamat menegakkan perjuangan agama. Bezanya cuma ia dilakukan bersama-sama dengan UMNO.

Mengapa ianya lebih mudah bagi PAS jika bersama-sama dengan UMNO memperjuangkan agama? Mudah sahaja, sebab UMNO sudah melangkaui fasa perjuangan untuk kuasa. UMNO memilikki kuasa. Bagi UMNO fasa berjuang untuk kuasa sudah berlalu dan Allah SWT yang memberikan kuasa pada yang dikehendakkiNya telah mengizinkan UMNO sejak dulu, kini dan jika tidak digugat InsyaAllah diizinkan selagi UMNO ingin terus menjalankan amanah perjuangan.

Jadi kalau Negara kita sudah dimilikki kuasanya oleh sebuah pemerintahan yang bertunjangkan UMNO yang Islam, PAS wajib perlu mendokong dan membantu untuk melonjakkan lagi pencapaian Islam.

Atas dasar itu, berpegang kepada tuntutan agama, maka PAS tidak sepatutnya berdolak-dalik dan terus mengelirukan Ummah. Puak PAS jangan terus menggunakan alasan Islam untuk merampas kuasa politik daripada pemerintahan puak Islam UMNO. Ini sudah lari dan menyimpang jauh dari Islam.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jamaah (keluar dari mentaati pemerintah),kemudian ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyah". (Rujuk Majmuk Al Fatawa Jilid35-Ibnu Taimiyyah).

Wuallahualam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam dahulu tuan yang arif,

Saya ingin menambah sikit...

Memang,banyak orang tertipu oleh setengah ulama PAS.Kerana mereka pandai berhias dengan ilmu-ilmu hafalan.Pandai pula mencari pengaruh dalam masyarakat yang sedang maju.

Pandai pula memakai pakaian yang menyerupai orang salleh,untuk pemikat harta dan kehomatan.

Tetapi tipuan itu tidak akan kekal lama.,sebab topeng demikian akhirnya akan terbuka.

Awaslah wahai kaum muslimin yang hendak memperbaiki nasibnya dalam mengejar kemuliaaanya kembali,jangan tersalah pilih ulama.

Semua orang boleh menjadi ulama,asal suka mempelajari agama dengan tekun dan sungguh-sungguh.Menghidarkan fikiran dari karut marut perselisihan dan pertekaran.

Mengabdikan diri untuk kepentingan agama,bukan memperalat agama untuk kepentigan diri.

Agama Islam mewajibkan rakyat taat kepada Ulil Amri,yaitu orang yang memegang pemerintahan .

"Wahai orang-orang yang percaya,taatlah kepda Allah,taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri daripada kamu"
(An-Ansa':59)

Anonymous said...

Kalau cam tu,PAS dan PKR perlu bubar parti mereka,masuk umno,bersama memperjuankan islam.Habis cerita.

Kalau betul2 PAS dan PKR nak berjuang sungguh.

Rakyat

Anonymous said...

wau!! rupa-rupanya ramai lebai dalam UMNO ,jangan terlupa bagi tahu isteri-isteri pemimpin UMNO pakailah kain tudung atas kepala.

Anonymous said...

InsyaAllah tetapi adab didalam Islam amat sempurna, tidak perlu bunuh diri apalagi bunuh orang apabila kecewa.

Ingat pesanan "Jika tak mampu dengan tangan, dengan lidah ataupun dengan hati iaitu senipis-nipis iman"

Bagaimana pun ianya tidak samasekali menghalalkan penderhakaan!

Anonymous said...

Oh....Kalau bagitu seramai-ramai lebai BN takut untuk menegur pemimpin dengan lidah.

Sebenarnya ko..ko takut hilang jawatan,usah banyak berdalih.Telah termaktuk dalam hadis dan AL-Quraan,wanita tutup aurat,bukannya bogelkan kepala,lebai umno tak jumpa lagi ke nas...

Kita wajib memenuhi kewajipan kita kepada sesama manusia membetulkan,jangan buat tak nampak dan cari ayat untuk berdalih.

Anonymous said...

orang yg kalau dah taksub ini dia akal selorong je, lebih teruk dari puak assabiyah dizaman jahiliah.

bab mengata dan mengutuk kat umno tu dia seronok, tetapi bila kita suluhkan bab kat mana dia patut tengok kat mana puak dia salah, mati-mati dia tak akan nampak selagi otak dia dikawal melalui fatwa dan firman tok-tok guru dia.

inilah dia salah satu punca faham extrimis yg sanggup guling-guling atas jalan, bunuh diri berani mati atas nama jihad dsbnya.

Anonymous said...

habis nak cakap cam na,kita kutup umno pun benda betul.Kalau tak kutut, tak tegur benda salah,jadi subahat pula.

Bila tegur umno,orang umno kata kutut,
Habis tu yang tak kutut cam na?

Anonymous said...

Mudah je saudara,masa tulis tu ,bagi tahu banyak2 kebaikan umno dulu.Kemudian tegur mana yang Umno silap .Setiap orang tak da 100% sempurna.