Friday, April 17, 2009

Cacing Kepanasan!

Disana sini para pengkhianat sedang melenting bak cacing kepanasan.Mereka tuduh Utusan memainkan sentimen perkauman.Mereka seru supaya memboikot Utusan.Ada yang kata Utusan menjadi lidah UMNO dan UMNO tidak akan faham maksud perkauman "for a million years".

Pernah satu masa dahulu kita dengar kisah orang PAS berpolitik sehingga anak menghalau ibu dan bapa, keluarga bermasam muka sehingga berpecah-belah, suami-isteri bercerai-berai, jiran tidak bertegur sapa, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh dimakan kerana dikatakan haram, khenduri diboikot dan jenazah tidak disempurnakan.Semuanya adalah kerana politik tidak sealiran. Parti PAS ketika itu menghukum UMNO kafir dan segalan yang bersangkutan UMNO adalah haram. PAS mengata macam-macam dan mencipta berbagai fatwa untuk menyatakan dialah sahaja Islam dan dia lah wakil Islam diTanah Melayu ini. Akibatnya orang melayu yang beragama Islam berpecah-belah.

Kini PAS berpakat dengan parti-parti bukan Islam dibawah bimbingan dan pimpinan seorang manusia yang dahulunya daripada puak UMNO yang dicemburui oleh PAS. Manusia yang dulunya dibenci sehinggakan apabila dia keluar dikaca TV, orang PAS akan menutup TV kerana benci. Haram melihat dan mendengarnya. Sekarang lain, disanjung dan kata-katanya menjadi pedoman sehinggakan arahannya patuh diikuti oleh orang PAS.

Bersama-sama mereka berpakat dengan rakan kongsi bukan Islam untuk MELIWAT orang melayu,meliwat diri sendiri dan menyerahkan segala keistimewaan dan hak yang ada pada diri dan bangsa sendiri hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang didambarkan sangat. Gilanya kelompok melayu Islam ini, sehingga sanggup lakukan apa sahaja untuk itu, waimah berguling-guling atas jalan menentang titah Rajanya sendiri.Tidak cukup itu, difatwakan juga,boleh berkawan dengan syaitan dari berkawan dengan UMNO.

Sekarang PAS,PKR dan DAP ingin menonjolkan diri sebagai pejuang perpaduan antara kaum dan menggambarkan UMNO sebagai parti perkauman melayu.Kalau dulu UMNO dikatakan fasik kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam,kini tidak berani berkata demikian kerana cara UMNO yang sama kini ditiru oleh PAS walaupun tidak sebijak UMNO didalam urusan tersebut.

Apalah gunanya PAS menyeru perpaduan antara kaum sedangkan sesama saudara didalam Islam pun dia bermusuh. Apalah gunanya keuntungan sedikit yang sementara itu sedangkan tuntutan agama diabaikan dan sesama melayu diseru perpecahan atas landasan ikut saya jangan ikut dia. Firman Allah hanya petik dan pilih. Sunnah Nabi diamal mana yang boleh sedang yang tidak disimpan rapi. Apakah tidak ada didalam kitab yang mereka baca bahawa orang yang menyeru kepada perpecahan itu adalah memimpin ke tebing neraka?

Setelah gagal mendapat sokongan dengan memecah-belahkan orang Melayu, PAS kini bergantung jiwa dan raga kepada sokongan kaum bukan melayu. Untuk itu, dia rela gadai semua yang dikatakan melayu sehingga apabila Utusan menyeru kepada orang melayu supaya bersatu padu, dia menjerit perkauman.

Orang melayu adalah manusia kejadian Allah SWT dan oleh kebijaksanaan orang melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu, telah meletakkan takrif melayu di Malaysia sebagai orang yang agamanya Islam. Secara berhemah dan halus pemimpin Melayu UMNO pada masa itu telah diberikan hidayah dan perlindungan Allah SWT.

Perundingan kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan telah memberikan perlindungan kepada siasah Islam dengan memastikan bahawa orang Melayu itu tidak dipisahkan dari agama Islam. Institusi Agama, budaya dan adat-istiadat orang melayu diletakkan ditempat yang tertinggi dan tidak tercabar oleh sesiapa.Carilah seantaro pelusuk muka bumi ini dan anda tidak akan terjumpa mana-mana satu bangsa yang agamanya satu.Cuma Bangsa Melayu dimuka bumi Malaysia ini sahaja yang telah menjaga agamanya melalui peraturan undang-undang demi dakwah dan kerana kebijaksanaan siasahnya.

Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri. Jadi apa salahnya seruan Utusan kepada orang melayu untuk bangkit dari kelekaan dan kerakusan berpolitik untuk berfikir sejenak dan menjuruskan kepada tuntutan agamanya iaitu bersatu-padu sesama melayu demi orang melayu demi agamanya Islam?

Mengapa mesti apabila orang melayu mengaturkan kehidupan diri dan masyarakat serta agamanya, mesti dihalang dan dimomokkan dengan pandangan perkauman? Apakah bezanya dengan kita menyeru kepada keluarga kita supaya bersatu dan jangan berpecah belah? Orang bukan Melayu pun sepatutnya bersatu. Orang Kristian pun sama, orang Budha, orang Hindu juga diseru bersatu. Namun bersatu didalam konteks satu keluarga, satu kaum, satu agama bukan bermakna untuk memusuhi orang lain, kaum lain, agama lain. Yang beranggapan begitu adalah bodoh atau hipokrat dan didalam Islam tiada ajaran itu. Kalau orang Islam berkata demikian, maka dia adalah penipu yang munafik dan dia adalah pendusta agamanya.

UMNO sejak dahulu lagi mengamalkan tuntutan Islam supaya membawa penyatuan bangsanya yang seagama dan didalam konteks bernegara, UMNO sejak dahulu lagi telah memastikan perpaduan kaum dengan konsep saling menghurmati dan berkongsi dengan penuh toleransi.Barisan Nasional adalah contoh usaha UMNO membawa Perpaduan didalam Kepelbagaian atau "Unity In Diversity". Cuma bezanya berlandaskan hakikat sejarah dan peruntukan Perlembagaan, UMNO memimpin Barisan Nasional bukan menggadai diri untuk menagih simpati.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ia adalah seruan perpaduan untuk Bangsa Malaysia. Ia bermula dengan diri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, kampong, Negeri dan Negara. Satu hati satu suara. Bersatu padu bukan bermakna tukar warna kulit dan buang BIN, buang agama buang semua supaya sama rasa sama rasa. Itu bodoh dan Allah SWT pun tidak suruh. Didalam Islam manusia dijadikan berbeza-beza tetapi mereka bersatu di tali Allah, mereka bersaudara didalam Islam walau berbeza bentuk dan rupa. Oleh itu, marilah semua orang, semua kelompok menyeru bersatu-padu sesama sendiri dan meneruskan bersatu-padu sesama semua didalam berbagai kepelbagaian untuk 1 Negara iaitu 1 Malaysia.


Sejak tajuk muka hadapan Utusan disiarkan, kita boleh lihat para pengkhianat sedang menggelupur bak cacing kepanasan. Kerana apa? Kerana mereka tahu jika ianya berlaku, maka tembelang dan usaha mereka akan menjadi teramat sukar. Siapakah pengkhianat yang saya maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan ialah pimpinan yang menyeru orang Islam berpecah-belah dan pimpinan yang menyuruh orang melayu merasa bersalah setiap kali hendak menguruskan kaumnya sendiri.Pimpinan yang sentiasa menghasut dan menuba supaya diantara kaum bersengketa dan bersyak wasangka. Siapa kah mereka itu? Tepuk dada tanyalah iman!

Mereka ini sehinggakan menyeru untuk memboikot Utusan hanya kerana Utusan menjalankan peranannya untuk perjuangan orang melayu,orang Islam.Dahulu pernah akhbar seperti Utusan ini lah yang membangkitkan semangat dan menyeru orang melayu supaya bangkit menentang penjajahan. Mereka ini ada peranan, cuma kita yang perlu faham dan mempunyai iltizam untuk sedia ditegur dan bangkit bertindak. Jangan sombong dan bongkak apa lagi bodoh apabila tersesat tidak mahu disukat.

Saya ingin bertanya kepada puak tersebut, adakah salah Allah SWT menjadikan mereka lahir kealam dunia ini sebagai orang melayu?

Pengkhianat dan pendusta Islam ini semua adalah golongan munafik yang bersifat hipokrat dan penipu kerana ingin mencapai matlamat mereka walau dengan apa cara sekalipun waimah, menggadai bangsa dan meliwat agama!

Syabas Utusan Malaysia dan teruskan menabur budi kepada anak-bangsa dan tanahair anda kerana Allah SWT adalah Pelindung yang Maha Mengetahui.Jangan gentar atau gusar dengan cabaran kerana perjuangan kita perjuangan yang tulen dan benar!

17 comments:

Blogger UMNO said...

Salam Tuan,

Kami dah senaraikan blog Tuan dlm blog kami.

Insyallah, kita akan sama² berusaha menangkis tohmahan pembangkang utk Parti, Bangsa, Agama dan Negara.

Anonymous said...

Salam Blogger UMNO,

Terima kasih menyenaraikan blog UMNO Bukit Jelutong.

Insyallah kami sentiasa memberi sokongan.

Perjuangan UMNO bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk jenerasi akan datang.

Segala dakyah songsang pembangkang harus ditakis segera supaya ia tidak menjadi barah kepada UMNO.

Anonymous said...

Orang cina kepanasan bila umno hina mereka....bagus...buat statement lagi macam itu cepat sikit umno berkembang maju...

Tahniah....

Anonymous said...

Orang Melayu dimahukan supaya untuk sentiasa merendah diri hinggakan nak komen pasal hal melayu pun takut apa orang bukan melayu akan kata. Orang bukan melayu mengasak, mendesak, mengugut hal kehendak dia, ada dia fikir apa melayu akan kata ke?

Orang yang takut nak cakap benda yang benar ialah orang hipokrat, yang hidup berpura-pura untuk jadi popular dan harap untuk disuka orang. Dia tak tahu orang gelak, dia pun gelak, tapi orang gelakkan dia.

Orang melayu yang risau akan kehilangan kepentingan politik puak dia sahaja yang kepanasan apabila melayu bersatu-padu.

Orang bukan melayu tidak ada masaalah untuk orang melayu bersatu kerana eloklah begitu sebab kalau orang melayu aman,orang cina aman, orang india aman, semua kaum bersatu-padu, tak ada tukang cucuk, tukang laga dan tukang karut, semua orang pun aman, boleh sama-sama hidup aman.

Orang melayu yang kata dia tak ada kepentingan untuk tak suka orang melayu bersatu, tapi dalam hati mahu orang melayu bersatu, kuat dan padu, ialah orang melayu yang marah kat UMNO tak pasal-pasal.Jenis ini adalah pengkhianat bangsa yang tabiat macam gunting dalam kain, sebab kepentingan diri sendiri.Orang jenis ini bila tak dapat kehendak hati akan marah kat UMNO, bila melayu susah dia marah kat UMNO. Orang jenis ini hanya mahu kalau semua benda bagi kat dia dan semua perkara menguntungkan dia sahaja. Susah sikit, UMNO yang disalahkan. Kenapa? Sebab dia percaya hanya UMNO ialah parti melayu. Tapi dia akan sokong masa senang sahaja.

Anonymous said...

PAS telah menghalakan cara yang dia mengharamkan dulu pada UMNO sebagaimana yang disuarakan oleh penulis.

Nampaknya formula pecah dan perintah dipraktikan oleh PAS ,setelah mengharamkan terlebih dahulu kemudian menghalakan semula untuk kepentingkan peribadi pemimpin partinya.

Sedarlah semua rakyat Malaysia,kembalilah semula, mana yang terlanjur mengikut PAS kembalilah UMNO.Tidak jatuh haram duduk dalam UMNO.

Anonymous said...

Suri,

Bukan PAS menghalakan caranya semula,kena faham biar betul.

Kalau tak buat macam ni UMNO takkan berubah.Sekarang ini baru UMNO celik mata setelah hilang 5 negeri.Pemimpin UMNO ego,baik pemimpin atasan mahupun peringkat ketua cawangan.

Seolah-olah mereka ni tak sedar langit itu tinggi,bumi itu rendah.
Buat suka hati ke rakyat.

Kami sokong PAS tu,untuk membentuk balik UMNO ,kan UMNO pusaka Melayu.

Kalau UMNO tidak berubah, kami akan menjadikan PAS parti Melayu untuk selama-lamanya.

Bukan kami tidak kenang jasa UMNO.
Maju negara masa UMNO memerintah tapi rakyat menderita,tol naik,barang mahal,maksiat banyak dan fikir sendirilah tak habis nak cerita kat sini.

Anonymous said...

Saya boleh faham perasaan anom. yang kata tentang perangai pemimpin UMNO. Namun perlu diingat bahawa pemimpin parti lain pun ada yang sama macam pemimpin yang didalam UMNO. Hakikatnya tidak semua macam itu.

Itu tidak bermakna kita perlu biarkan atau benarkan. Kita boleh betulkan orang semacam itu dari merosakkan parti, tetapi bukan dengan cara kita bahayakan parti. Kalau kita buat begitu kita sebenarnya telah tolong orang yang sebegitu untuk jahanamkan parti dan kita telah menzalimi hak lebih ramai manusia yang berjuang dan berharapkan parti.

Apa yang perlu ialah kesedaran orang parti dan yang sokong parti untuk membuang orang demikian dan ambil parti ke jalan yang betul. Parti tidak salah, orang yang salah.Bangkitlah dan berkata-katalah untuk kebenaran jangan takut.

Jangan juga kita jadi hipokrat yang pandai komen tetapi hilang bila diperlukan, timbul kembali bila nak ganyang parti. Orang tua-tua ada kata senang susah bersama. Ringan sama jinjing berat sama pikul.

Tentang PAS mengamalkan matlamat menghalalkan cara,itu adalah benar.

Ini boleh dilihat pada tindak-tanduk PAS sekarang yang sudah boleh menerima segala kaedah yang diguna oleh UMNO selama ini, yang dulu dikatakan haram kerana PAS ketika itu mengamalkan pendekatan politik sempit.

Seperti lazimnya apabila PAS meniru kaedah UMNO yang menangani perjuangan bangsa dan agama secara berhemah, PAS telah gagal memahami sepenuhnya kerana bak kata orang barang tiruan tentu tidak sama dengan yang original!

Jika kita terpedaya dengan barang tiruan kita sedang berundur kebelakang sedangkan UMNO telah membawa perjuangan bangsa dan agama jauh kehadapan.

Jangan kita hancurkan pencapaian kita kerana perjuangan belum selesai. Kalau silap nanti, kita akan termasuk kedalam golongan yang Allah SWT keji sebagai golongan yang tangan-tangannya sendiri memusnahkan!

Anonymous said...

Salam tuan penulis,

Saya faham apa yang tuan maksudkan.
Setiap pemimpin parti tidak kira umno ke pas/pkr/dap dan.....tidaklah 100% sempurna ,saya akui.

Kesilapan pas ada cuma 10%
Kesilapan umno 80%,

Nampaknya 10% boleh baiki lagi.Kalau 80% macam mana nak baiki??????????????????

Apa yang penulis mahu sebenarnya?

Sayang orang yang bijak pandai macam penulis ni,tidak tahu menilai yang mana kaca dengan permata.

Masa belum terlambat lagi pintu PAS sentiasa terbuka untuk ahli umno Bkt.Jelutong.

Kalau tak suka pas ,apa kata join pkr saudara umno dulu.

Tok guru dan abang Anwar sentiasa menanti tuan.

Tepuk dada tanya hati,

Anonymous said...

Salam Anon,

Andainya tinggal saya seorang pun ahli umno diBkt Jeluntong,saya tidak akan masuk parti pas dan pkr.

anon berhentilah menyensatkan orang ramai .Lebih baik tuan jemput orang pergi masjid dari jemput masuk pas/pkr.

Apalah ada pada parti tuan ,sekadar dusta sahaja.Sayangnya perjuangan tuan merugikan masa,tenaga,wang ringgit.Malah parti tuan akan dicemuh oleh jenerasi akan datang sebagai parti pengkhianat bangsa.Sejarah pula mencatat pas dan pkr sebagai parti yang cuba menghancurkan perpaduan bangsa Melayu.

Anonymous said...

Tuan penyeru orang lompat parti,

Saya dah tepuk dada tanya iman,saya pun baca kitab dan tanya guru, saya jumpa diantara banyak perkara ialah:-

1. Orang yang menyeru kepada perpecahan ummah dengan menghasut orang supaya keluar dari ketaatan kepada Ulil Amri, ialah pemimpin ke tebing neraka.

2. Orang yang dijadikan pemimpin sedangkan sudah ada pemimpin yang memimpin umat hendaklah dia dibunuh, walaupun dia lebih baik dari pemimpin yang ada, kerana dia menyebabkan perpecahan.

3. Saudara carilah sendiri dari Tok Guru yang alim dan tidak berkepentingan politik dari mana sumber petikan itu.

4. 80% ke 10% ke perkara pokoknya ialah kita jangan meliwat bangsa sendiri. Liwat disini saya maksudkan ialah mengkhianati bangsa, agama dan negara sendiri dari belakang! Didalam Islam kita ada cara dalam berbantahan dan kita ada adab dalam bermasyarakat dan bernegara!

Anonymous said...

Salam sekali lagi tuan penulis,

Nampaknya tuan masih lagi sayang untuk untuk beralih angin .

Sedangkan signal pru 13 akan sapu bersih seluruh Malaysia kalau tidak pun sekurang-kurang tambah 5 negeri lagi.

Apa lagi ahli UMNO Bkt.Jelutong ,sudah ada pedoman umno akan kalah,marilah bersama naik kapal kami,tinggalah pemimpim kamu yang tidak mahu ikut kerana dia yakin Bkt Jelutong tidak akan tergelam.

Banjir besar akan tiba,ayuhlah naik kapal segera.

Sedarkah penulis, UMNO sudah tidak relevan lagi untuk bangsa Melayu.Kita tanya mengapa sekarang mahu berubah tidak dulu?Setelah sakit ternat baru mencari penawar.

Maaflah penulis, bukan tujuan saya memaksa orang beralih angin,tetapi kerana kasih dan sayang sesama insan.

UMNO + MIC + MCA = Parti untuk kroni
PAS + PKR + DAP = Parti untuk rakyat

Anonymous said...

Penyeru pecah belah umat,

Islam tidak mengajar malah melarang keras sikap bongkak, takbur, berbohong, menuduh tanpa bukti sahih, menilik masa depan, fitnah, mendoakan yang tidak baik untuk orang lain dan berbagai lagi yang kalau anda ambil masa untuk menilai sifat dan amalan anda serta puak anda, maka anda akan sedar,itu pun jika diberikan hidayah Allah SWT, bahawa sebagai seorang insan yang beriman dan bertakwa, anda telah tersalah parti.UMNO jauh lebih baik dan suci dari parti yang anda banggakan itu, saya nak sebut pun jijik (kerana sifatnya yang tidak baik)!

Anonymous said...

Salam Tuan. Masalah dengan PAS ni ialah mereka bertopengkan Islam. Dari dahulu hingga kini, apa yang orang lain buat, adalah tidak betul walaupun perkara itu betul. PAS PAS..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Suri,

Perjugan PAS adalah untuk islam,
Lihatlah ,padanglah negara kita.

Masiat,judi,rumah urut,pup,disko bukankah itu tumbuh bagaikan cedawan semasa BN meneraju negara.

Kalaulah betul BN hendak perjuangkan islam,tutup semua tu.

Cuba fikirkan,PAS adalah untuk membentuk sebuah negara islam.

Ingat kita hidup ini bukannya kekal untuk selama-lamanya.

PAS tidak mahu generasi akan datang hilang pengangan agama kerana dasar BN yang hanya berubah pada pasukan pengurusan sahaja,bukan dasarnya.

Kata orang Utara,"pi mai,pi mai tan tu juga".

Anonymous said...

anon 28/4,

Nak tanya sikit kedai toto,disko,pub dah tutup semua ke masa Nizar jadi MB.

Anonymous said...

suri,

Habis tu,masa BN perintah dah tutut semua ke,makin bertambah ada

Anonymous said...

Salam Anon 29/4,

Orang Pas ibarat orang yang ditimpa deman panas,walaupun bagaimana menyiram badannya supaya dingin,tidaklah akan sembuh.,atau lebih berbahaya lagi,kalau tidak tidak ditilik apakah yang menyebabkan panas.

Orang deman malaria,bukan disiram badannya dengan air supaya panasnya turun.Melainkan dimakan pil yang baik,barulah penyakitnya akan sembuh.

Setahu saya pil BN yang terbaik masa ini tetapi mengapa meragui lagi.