Monday, April 13, 2009

Kalau dah Ketua Bahagian pun rasa tak layak.....




"UMNO Selangor mahu diterajui Najib" demikian kata tajuk berita dimuka surat 3 Utusan Malaysia 13 April 2009.Menurut berita tersebut, "Ketua Penerangan UMNO Selangor berkata bahawa majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahukan Dato Seri Najib menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib". Tambah menyedihkan dan pilu saya membacanya ialah Ketua Penerangan tersebut menambah kata "bahawa ini adalah bagi mengelakkan timbulnya masaalah tidak puas hati dikalangan penyokong pemimpin UMNO lain di Selangor".

Pertama sekali yang terdetik dihati saya ialah betapa rendahnya moral dan kewibawaan Ketua-Ketua Bahagian di Negeri Selangor ini apabila sendiri merasakan diri tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Lagi menggelikan hati ialah tiada dikalangan mereka yang berwibawa untuk berbincang sesama sendiri bagi melahirkan satu pasukan yang utuh untuk membela Negeri sendiri yang telah dirampas orang, hingga perlu meminta Dato Seri Presiden memikul tugas yang sepatutnya mereka sendiri fikirkan dan aturkan.

Kedua, saranan kepada Dato Seri Presiden dibuat pada ketika jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri masih lagi sedang dipikul oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan belum ada lagi terdengar Tan Sri ingin melepaskan jawatan mahupun Dato Seri Presiden mengatakan perlu diubah.Ianya seolah-olah Ketua Penerangan telah melakukan risikan dan maklumat Bahagian-Bahagian mahukan Tan Sri diberhentikan dari tugas sebagai "Boss" mereka. Alahai,begitu rapuh sekali setiakawan dan semangat kerja berpasukan sedangkan pada pemilihan yang lalu Tan Sri dicalonkan hampir sebulat suara untuk jawatan Timbalan Presiden. Apakah setelah menolak Tan Sri untuk ke Jawatan lebih tinggi dan gagal, maka dia perlu di tolak ketepi begitu sahaja?

Akhir sekali, walaupun banyak lagi pandangan yang ingin saya kemukakan, saya merasakan tiada gunanya kerana mungkin ilmu saya terlalu cetek untuk memahami "budaya berpolitik". Mungkin juga kenyataan akhbar Ketua Penerangan itu lebih berupa permainan jolok menjolok dan lobi melobi bagi memikat perhatian dan memandu pemikiran Presiden.

Namun, saya merasakan saranan itu adalah tidak wajar dalam konteks kita sudah kehilangan negeri dan tumpuan sepatutnya ditumpukan kepada pemerkasaan parti dan menyusun gerak kerja menawan kembali. Siapa lagi kah sepatutnya memikul tanggungjawab ini kalau bukan barisan Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang telah beria-ia berperang sesama sendiri untuk diberikan amanah memimpin parti?

Didalam pada Presiden menyarankan gerak kerja "Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan", kita masih belum bergerak seiring sebaliknya masih bersikap Jaguh Kampong sedang pihak lawan sudah menakluk kampong kita.

Adalah disarankan, jika kalangan Ketua-Ketua Bahagian tidak mampu melayakkan diri untuk mengetuai Saf kepimpinan Negeri atau pun boleh meletakkan diri sebagai anggota pasukan kepada pimpinan yang sedia memimpin, maka mereka tidak layak mengaku diri sebagai Pemimpin UMNO Bahagian!

Saya tidak nampak keperluan Dato Seri Presiden mengambil tugas yang sepatutnya dipikul mereka, kerana sebagai Presiden Parti, beliau tetap "Boss Besar" yang mengetuai semua ketumbukan Negeri-Negeri, jadi tolong hentikan berpolitik dan mulakan kerja yang sebenar-benarnya untuk rakyat, kerana rakyat!

14 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya menyokong penuh 100% terhadap usulan dari "UMNO BUKIT JELUTONG" untuk melantik Dato Seri Presiden menjadi Pengerusi Perhubungan Umno di Negeri Selangor .Moga2 kebekatan sentuhan dari Dato Seri Presiden dapat merampas kuasa dari Pakatan Rakyat seperti mana sentuhan Dato Seri Presiden semasa beliau menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak .Parti Keadilan Rakyat di Selangor mudah dipergula-gulakan .( lihat PKR timbalan Ketua Menteri P.Pinang / 3 Adun Perak( 2 PKR 1 DAP ) . Jadi Di Selangor PKR kacang je.

Anonymous said...

Tuan Haji,
Rasanya tuan haji salah baca atau mungkin saya salah tulis. sila baca kembali, saya tidak mengusulkan seperti yang tuan haji maksudkan.Maaf kerana mengelirukan tuan haji tetapi saya rasa tulisan saya amat jelas dan tidak susah nak faham. Mungkin haji tak baca habis kot..

Anonymous said...

Kalau Presiden UMNO nak ambil perhubungan umno negeri selangor, maka mari lah kita buat penghijrahan ramai ramai,untuk ke PAS, PKR atau DAP. Ayuh anak muda seluruh negeri Selangor, mari kita tinggalkan kaki pembodek dalam UMNO yang sungguh nak bodek presiden pati. Kita tunggu dan lihat......!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya bagitu teruja apa yang disampaikan oleh ketua Cawangan UMNO BUKIT JELUTONG yang mana Dato Seri Presiden akan menjadi pengerusi Perhubungan Umno di negeri Selangor.

Memang sepatutnya kerana Selangor negeri paling maju perlukan pemimpin yang berwibawa menerajunya,bukan sahaja pengerusi tetapi disemua peringkat hinggalah kepada ketua cawangan.

UMNO Bukit Jelutong bagitu gembira mempunyai ketua Cawangan,En.Zainal Abidin,seorang pemimpin yang senang didekati ,mudah mesra ,selalu bertanya khabar anak buah,
,walaupun tinggal di kawasan elite beliau sentiasa merendah diri.Kawan-kawan saya kata"zainal tu telefon pukul berapa pun dia angkat"

Di Bukit Jelutong macam tidak wujud PKR.....

HIDUP UMNO

Anonymous said...

Anonymous ni apa hal? Jangan melalut tak tentu hal. Kalau bukan orang umno, saya faham tetapi kalau mengaku ahli,janganlah jadi gunting tak berguna.

Pada Suri, tkaseh tetapi jangan fikir takde puak itu disini, ramai ada cuma mereka buat kerja diam-diam dan sedang giat menyelinap ke hati.Jangan lupa, mereka memerintah negeri dan ada banyak saluran. Mereka sedang memikat secara halus, jangan alpa.

Anonymous said...

Saya terima kaseh dengan kata2 cik suri dan setuju komen anom ke 2. Kita semua sebagai orang umno perlu laksanakan perjuangan setiap masa, setiap tempat kerana perjuangan yang kita dokong adalah berlandas kebenaran mengikut lunas-lunas kehidupan dan syariah.

Anonymous said...

Salam Anoy ke 2,

Terima kasih memberi ingatan,nampaknya nyamuk PKR group,diam-diam nak menyuntik jarumnya untuk menyenbar virus perpecahan andainya betul kata saudara.

Tapi apa komen ketua cawangan UMNO Bkt.Jelutong

Takkan tak sembur Ridset.....

Pada saya ,tidak nampak nyamuk berkeliaran secara kumpulan di restoran mamat Bkt.Jelutong.

Setahu saya ada nyamuk dua tiga ekor tu,hidup segam mati tak mahu.

Anonymous said...

Tuan saya masih menunggu cara utk menukar cawangan dan bahagian

Anonymous said...

Salam Mr.Ketam,
"Masih menunggu" bunyinya macam lama dah minta tetapi tiada respon.

Cara mohon untuk tukar cawangan boleh dilakukan dengan mudah. Hanya jumpa Ketua Cawangan yang anda ingin sertai, isi borang dan sertakan salinan I/C. Sangat mudah, cepat dan ringkas.

Jika berminat untuk sertai Cawangan BJ, sila hubungi saya.

Anonymous said...

..................

nak suruh najib jadi ketua perhubungan ..elok la tu...

baik suruh sirul atau azilah jadi ketua perhubungan.. tak pun razak bagindo.....

Anonymous said...

Anonymous ,

Apa cerita,tak faham lagi keputusan makamah tu.....

Ini lah manusia bila kena racun PKR group.
Tuan masa belum terlambat lagi untuk mencari penawar .Cepat-cepat berubat supaya fikiran tu tersedar dari buruk sangka.

Anonymous said...

Pada 24 April MKT akan bermesyuarat untuk kali pertama sejak Perhimpunan lalu.

Saya berharap Dato Seri Presiden dan Timbalan tidak akan termakan seruan untuk mengambil alih tampuk Negeri. Biarkan Ketua-Ketua Bahagian yang beria-ia nak jadi Ketua tersebut membuktikan kewibawaan mereka melangsungkan perjuangan parti di Negeri masing-masing. Mereka ini pun perlu diberikan KPI.

Ingat jadi Ketua Bahagian ini untuk apa? Untuk bermeriah dengan kroni dan juak sahaja ke sedangkan nasib ahli UMNO yang ramai dan RAKYAT ramai yang mengharapkan UMNO/BN, biar PRESIDEN dan TIMBALAN yang fikirkan.

Menjadi tanggungjawab semua ahli UMNO berjawatan atau tidak untuk dipimpin oleh KETUA-KETUA BAHAGIAN bagi merampas semula Kampong yang ditawan musuh. Kalau tak mampu, letak jawatan, jangan jadi penumpang dalam bahtera perang, tetapi dimata Boss lain....

Bak kata Presiden, bila pemilihan dalam UMNO wah bukan main lagi sumbangan pada perjuangan, tetapi bila dimedan yang sebenar, mana sumbangan?

Inilah kepura-puraan yang menjahanamkan parti,jadi jangan diberikan muka. Berikan kerja!

Anonymous said...

Mana ketua bahagian kita ni...masa dekat pilihanraya baru nak nampak muka ke atau baru nak tanya khabar.

Walaupun Selangor PKR kuasai,kan BN nak ambil balik PRU13 ni.

Muka-muka Ketua bahagian kena nampak juga,jangan harap pada ketua cawangan sahaja.

Alamak kecundang lagi la....

Rakyat memerhati je,ada berubah atau tidak.

Anonymous said...

Diharap UMNO BJ dapat buat program amal untuk bantu anak-anak yatim di area SHah Alam...