Wednesday, April 15, 2009

10 Orang Hilang Akal




Semalam 10 orang ADUN memilih untuk tidak menghadiri sidang pada hari ke2 persidangan diDewan Undangan Terengganu. Sebab diberikan ialah "ancaman keselamatan" dan kerana tidak mendapat jaminan maka ada diantara mereka berkubu di Felda Residence, agaknya disana keselamatan mereka lebih terjamin daripada menghadiri sidang diDewan Undangan Negeri.
Laporan Polis juga telah dibuat dan Sidang Akhbar dipanggil. Sungguh sensasi dan amat membahayakan diri untuk menjadi wakil rakyat di Malaysia ini.

Malangnya, walaupun kita bersimpati dengan situasi mereka, rata-rata orang ramai tidak terpesona apalagi mahu bersetuju dengan reaksi "bodoh" ini. Ianya lebih dilihat sebagai satu permainan politik yang hanya memper"bodoh"kan diri.

Kita tidak langsung tertarik dengan reaksi orang hilang akal ini. Dalam masa yang sama kita juga langsung tidak berkenan dengan sikap "buat-buat bodoh" Menteri Besar yang tonjol lagak "berpolitik tinggi".

Pendekata, rakyat sudah benci tengok lagak dan politik keterlaluan seperti ini. Kepada semua mereka kami mendesak agar betulkan perangai dan tumpukan kepada tugas. Kalau yang ketuanya tidak boleh memimpin anak-anak buah untuk bersatu hati dan melakukan tugas untuk menunaikan mandat rakyat, sila berhenti dan kepada wakil-wakil rakyat yang bersikap macam "budak-budak hilang akal", juga sila berhenti!

Saya mungkin "bodoh" kerana "tak pandai jaga diri", tetapi biarlah, asalkan tidak dikatakan "bodoh kerana merelakan parti saya diperbodohkan oleh kelakuan orang-orang yang telah kita amanahkan dibarisan hadapan"!

4 comments:

Anonymous said...

Apa dah jadi teganu kite,

Wakil rakyat yang dipilih buat hal,
Masa mengundi cakap berdegar-degar janji pada rakyat.

Lain kali kena buat tapisan betul-betul nak lantik calon.

Nampaknya wakil rakyat untuk dapat gaji dan pencen je.Bukannya nak berkhidmat untuk rakyat ni.

Alasan keselamatan tidak boleh diterima,negara ada undang-undang ,ada polis bukan macam sebelah Siam.

Rakyat kecewa.

Anonymous said...

Salam semua,

Wakil rakyat berkhidmatlah dengan jujur.Terkejut rakyat bila "10 Orang Hilang Akal"saya terbaca.


Tahukah?Berapa belanja pilinhanraya tu....

Jadi sama ada ia babitkan kos atau tidak... kita kena bayar harganya (untuk menegakkan amalan demokrasi, memang ia melibatkan wang rakyat, wang negara.

Kos 5 pilihan raya kecil cecah jutaan ringgit

SPR: Tapi kos perlu dibayar untuk tegakkan amalan demokrasi


PECAHAN KOS KENDALI LIMA PILIHAN RAYA KECIL

Suruhanjaya Pilihan Raya: (Kira-kira 2.6 juta)

- Permatang Pauh (Parlimen) : RM500,000

- Kuala Terengganu (Parlimen) : RM600,000

- Bukit Gantang (Parlimen) : RM600,000

- Bukit Selambau (DUN) : RM400,000

- Batang Ai (DUN) : RM500,000

- Penanti (DUN) : Dianggarkan RM300,000

Polis Diraja Malaysia: (kira-kira RM31 juta)

- Permatang Pauh (Parlimen) : RM2.5 juta

- Kuala Terengganu (Parlimen) : RM11.5 juta

- Bukit Gantang (Parlimen) : RM7 juta

- Bukit Selambau (DUN) : RM5 juta

- Batang Ai (DUN) : RM5 juta

- Penanti (DUN) : ????

SEBAB DIADAKAN, SIAPA MENANG

- Permatang Pauh, Pulau Pinang (Dikosongkan, dimenangi PKR)

- Kuala Terengganu, Terengganu (Kematian, dimenangi PAS)

- Bukit Gantang, Perak (Kematian, dimenangi PAS)

- Bukit Selambau, Kedah (Dikosongkan, dimenangi PKR)

- Batang Ai, Sarawak (Kematian, dimenangi BN)

- Penanti, Pulau Pinang (Dikosongkan, ???)

....................................
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, lima pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos lalu secara langsung telah 'menelan' peruntukan yang dikhususkan untuk pengurusan PDRM.

Justeru kata beliau, PDRM terpaksa menyusun semula keutamaan perbelanjaan ke atas projek-projek yang sepatutnya dijalankan untuk membangunkan perkhidmatan polis.

"Lebih kurang RM30 juta telah dibelanjakan oleh PDRM untuk kelima-lima pilihan raya kecil ini setakat ini.
...................................
Misalnya, walaupun kerusi DUN Batang Ai hanya melibatkan 8,000 pengundi, kos pilihan raya agak tinggi iaitu hampir RM400,000 kerana ia terletak di kawasan pedalaman dan melibatkan kemudahan pengangkutan seperti helikopter, kata beliau lagi.

Ini hakikat yang terpaksa rakyat terima,sama ada suka atau tidak.
(sumber data dari mStar)

Fikir-fikirlah,

Anonymous said...

Suri,

Kalau wakil rakyat tak muhasabah diri lagi,tak tahu nak kata lagi.

Belanja juta-juta pilihanraya bang..ingat sikit amanah rakyat yang dipegang tu.

Anonymous said...

Salam penulis,

Apa nak dihairankan,wakil rakyat tak habis duit dalam tabung dia.Semua orang support.......