Thursday, February 26, 2009

BESAR CELAKA PUNYA PARIAH!

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,lantas mengeluarkan kenyataan mewakili 700,000 Pemuda UMNO untuk menyatakan kekecewaan diatas sikap "unpaliamentarian" Karpal Singh.Menurut KJ,tingkah laku Karpal Singh tidak mempamerkan mentaliti ahli parlimen kelas satu.KJ seterusnya mencabar Karpal mengemukakan bukti bagi dakwaan peluru tersebut dalam masa 24 jam,jika gagal maka beliau menyeru rakyat menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah seorang "penipu yang sudah hilang kredibiliti".Pemuda UMNO kata KJ,"tidak akan membuang masa menuntut Karpal memohon maaf kerana beliau adalah manusia yang tidak mengerti bertaubat."

KJ selaku Naib Ketua Pemuda telah mewakili sayap UMNO tersebut dan keseluruhan ahlinya melalui kenyataan akhbar yang dibuat di Dewan Banquet Parlimen pada 26hb Feb.2009.

Karpal mengaku dirinya sekarang adalah "Raja".Dengan bongkak dia berkata "jangan main-main dengan saya, SINGH IS KING!".Karpal Singh menghamburkan kemarahan meluap-luap terhadap Pemuda UMNO yang "celaka" katanya.Karpal Singh umpama seorang yang sudah hilang pertimbangan dek nafsu amarah teramat sangat.

Mengapa dia marah-marah?Orang yang marah-marah ini adalah orang yang kecewa.Selepas menembak peluru kapur dia sudah hilang pedoman.Bonekanya diPerak sudah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar,tetapi Karpal Singh masih belum memfailkan samannya terhadap Paduka Seri Sultan Perak.Walaupun demikian Pemuda UMNO dan lain-lain, sudah memfailkan 100 laporan rasmi.Lebih mengecewakan dia pula mendapat ugutan berupa 2 butir peluru hidup.Kemarahan yang meluap-luap dihamburkan kepada musuh politiknya dan Pemuda UMNO dibarisan hadapan dimaki hamun oleh NAGA TUA ini!

KJ memang betul, bila dia mengatakan manusia ini tidak mengerti bertaubat.Saya tidak hairan, kerana pada saya, mana mungkin dia hendak bertaubat apabila dia tidak faham pahala dan dosa kerana sudah dikaburi dendam kesumat. Sedangkan orang PAS yang bertudung dan berjubah labuh pun sudah dikuasai nafsu amarah. Ini kan pula SINGH IS KING!

Jadi perlukah Pemuda UMNO marah dengan luahan perasaan Karpal yang terbaru ini? Tidak perlu sama sekali, kerana keceluparannya itu hanyalah satu manifestasi kekecewaan yang sedang mencengkam hati sanubari dan akal semua orang yang diwakili oleh Karpal Singh didalam kepimpinan Pakatan 3 Sekawannya.

Bila kemarahan telah menguasai fikiran,ianya membakar dan darah naik membalut otak hingga gelap akal dan fikiran tidak dapat lagi berfungsi.Mari kita ambil pedoman dari Prof.Dr.Hamka yang menulis;

"Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar,api terkurung didalamnya dan angin masuk juga mangipasnya sehingga terkumpullah didalam gua,asap dan wap,yang menambahkan panas.Kedengaran api memakan sekelilingnya,habis semuanya jadi bara.Meskipun diusahakan menyiram,maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi laksana minyak tanah,menambah kerasnya api."
Pakatan Rakyat terus-menerus menyalakan api kemarahan dikalangan pengikutnya bermula dari tindakan berguling-guling menentang keputusan Paduka Seri Raja kepada kedegilan bodoh yang dipamerkan oleh Nizar Jamaluddin hinggalah yang terkini kemarahan meluap-luap sipenembak peluru kapur,Karpal Singh!

Perangai mereka ini adalah bersesuaian dengan manifesto "HARAPAN BARU".Semangat gila telah menghilangkan kewarasan dan pertimbangan. Keimanan dan ketakwaan bercampur baur dengan setiakawan kepada perjanjian syaitan. Api kegilaan akal, terus ditiup dan dihidupkan dikalangan pengikut Pakatan Rakyat kerana jika tidak,tiada apa lagi yang boleh diharapkan!

Mengapakah sampai begini sekali kemarahan menjadi-jadi? Berikut ialah sedikit pedoman yang saya cungkil dari buku yang ditulis oleh Prof.Dr.Hamka bertajuk "Tasauf Moden";

"MARAH YANG TERLARANG!
Iaitu marah yang terbit dari takbur,sombong dan kebanggaan.Marah yang terbit lantaran meninggi diri,hasad,dengki,BEREBUT PENGARUH.Kemarahan ini hanya untuk kepentingan diri,bukan untuk mendidik atau mengajari.Untuk menahan kemarahan seperti ini perlu banyak maaf dan banyak menahan hati."

"Apakah HASIL DARI MARAH?
Sesal adalah hasil marah yang paling nyata.Sebab marah yang meluap-luap ialah penyakit "gila singgah".Terlalu marah,boleh membawa maut."


Demikian sedikit sebanyak pengajaran yang cuba disampaikan didalam buku tersebut yang baik dibuat teladan.

Orang yang selalu marah-marah, sebenarnya akan berakhir dengan dirinya dijadikan bahan ejekan orang kerana terlalu merasakan diri itu pendekar sedangkan hakikatnya hanyalah temberang, tak ubah lah macam sipenembak peluru kapur!

Jadi Pemuda UMNO, jangan kita marah kepada Karpal Singh. Kita cuma biarkan dia bak kata KJ tadi, simpulkan bahawa dia seorang PENIPU yang sudah hilang kredibiliti.

Jangan kita layan dia sebab dia orang kecewa yang marah.Marah dia adalah marah orang yang ingin merebut kuasa!

Apa yang perlu kita katakan ialah,kesiannn...... Innallillahiwainnahirajiuun,,,,

Resam orang Melaka, bangsat yang sebegini hanya layak dijadikan bahan tertawa dan dipanggil "Besar Celaka Punya Pariah"!

Marah kita marah bertempat. Al kisah Hikayat Melayu pernah bercerita bagaimana Jebat menderhaka dan Hang Tuah menamatkan angkara setelah dititah dan dimandatkan oleh Raja!

Saturday, February 21, 2009

Politik, Bogel, Maruah?



Saya tidak bermaksud peluru pemusnah dalam konteks yang diterima Karpal Singh apabila sebelum ini saya mengatakan peluru pemusnah bersimpang siur di medan politik! Tetapi itu lah dikatakan politik dimana benda-benda seperti ini kadang-kadang berlaku, sepertimana kadang-kadang kita juga tak sangka ada orang sanggup berbaring diatas jalan semata-mata atas perkara yang dia sendiri tidak tahu pucuk dan pangkalnya.

Nik Aziz seperti biasa pun melenting marah.Eli dikatakan mangsa kepada pencerobohan privasi apabila gambar ghairahnya tersebar.Eli, kata Nik Aziz, berhak berbogel didalam rumahnya sendiri kerana ianya tidak berdosa.Nik Aziz memang hebat! Dia dah tahu apa sebenarnya yang terjadi. Ketua Polis Kuala Lumpur boleh tutup fail siasatan.Tanya sahaja pada Nik Aziz, dia ada maklumat dan tahu apa yang sebenarnya berlaku didalam bilik Eli hingga membawa kepada tersebarnya gambar itu. Atau adakah Nik Aziz hanya seorang bomoh? Ataukah dia seorang politikus macam yang biasa kita tahu?

Saya dengar orang kata, gambar Eli terselak, ketika berbaring diatas katil,memakai kain pelikat.Agaknya kain pelikat siapa kah itu? Saya tidak tahu kerana saya bukan bomoh yang boleh menilik. Eli,didalam laporannya kepada polis mengatakan bahawa gambar tersebut diambil oleh boyfriendnya. Itu yang kita difahamkan. Nik Aziz pun patut hairan juga macam mana si boyfriend boleh ada didalam bilik Eli? Ataukah Nik Aziz tak diberitahu gambar itu bukan diambil oleh penceroboh? Nik Aziz salah tilik ke atau Nik Aziz bukan bomoh? Yang saya tahu dia bukan bomoh kerana saya amat tahu bahawa Nik Aziz adalah seorang politikus!

Ibrahim Ali tidak bermaruah! Itu kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Nik Aziz pun amat marah dengan tingkah laku Ibrahim di Parlimen baru-baru ini. Menang atas ehsan dan pinjaman logo oleh PAS. Menang sebab PAS dan pengundi PAS tolong dia tetapi sekarang dok kutuk PAS dan kawan-kawan PAS. Sungguh tidak bermaruah dan patut letak jawatan. Itu kata PAS. Saya kata lain. Ibrahim Ali bijak, tak dapat bertanding mewakili kawasannya kerana bukan ahli UMNO dan pernah dibuang UMNO maka nak bertanding atas tiket Bebas pula, pernah kecundang sebelum ini. Jadi guna kebijaksanaan berhelah dan berjaya mengumpan PAS bagi pinjam logo dan bagi pinjam sokongan. PAS dalam keghairahannya hendak menentang UMNO dan BN, tanpa selindung dan agaknya tanpa membuat sembahyang istikarah, terus memberi tawaran umpama tak cukup tangan,Stadium Kota bharu ku tadahkan untuk Ibrahim Ali. SIAPA YANG TAK BERMARUAH? PAS ke Ibrahim Ali? Tentulah PAS yang tak bermaruah, sanggup laku apa sahaja asal boleh lawan UMNO!

Ibrahim Ali tidak salah, malahan dia berpegang kuat pada prinsipnya, iaitu BEBAS! Dia bebas bersuara dan bebas menyatakan pendapat.Dia bebas nak sokong siapa kerana dia BEBAS. PAS yang bersalah kepada penyokongnya kerana menyuruh mereka memberikan undi kepada Ibrahim Ali yang diberikan pinjam logo.PAS sungguh tidak bermaruah kerana memperdaya pengundinya dan tidak bermaruah kerana cuba menyogok Ibrahim Ali dengan sokongan undi dan cuba membeli sokongan Ibrahim Ali dengan sogokan.

Tan Sri Khalid pada awal musim mengatakan bahawa kereta LEXUS adalah kereta peribadi.Itu kenyataannya apabila dia kehulu dan kehilir menaiki kereta mewah sedangkan sebelumnya menggambarkan pemimpin BN mengguna wang rakyat untuk mewah.KEMUDIAN apabila didakwa mengguna wang kerajaan membaiki kereta LEXUS, maka dengan tidak berfikir terus melatah, macam biasa. Dia dengan rasminya menyatakan bahawa kereta LEXUS adalah kereta RASMI Menteri Besar. Dia terlupa kereta CAMRY dah sampai dan itu adalah kereta rasmi MB. Adakah sekarang MB Selangor ada 2 buah kereta rasmi? Atau dia bertujuan hendak "cover line" pasal sudah terbongkar kecurangan? Tak cukup di situ, dia juga cuba menyalahkan Ketua Pembangkang dengan membuat laporan polis kerana memfitnah.Tiba-tiba kita ditontonkan di TV bahawa SPRM sudah selesai siasatan dan mempunyai bukti kukuh tentang adanya penyalahgunaan kuasa berlaku. Apakah laporan polis menafikan dakwaan Ketua Pembangkang itu, sekarang sudah jadi laporan palsu? Kita tunggu pembongkaran seterusnya mengikut saluran dan proses pihak yang berwajib.

PELURU HIDUP sudah diterima Karpal Singh.Walaupun ini tidak sepatutnya berlaku tetapi peluru Karpal Singh masih belum kita lihat letupannya. Hingga kehari ini, saya masih menunggu Karpal Singh memfailkan samannya terhadap Paduka Seri Sultan Perak. Adakah Karpal Singh hanya menembak peluru kapur? Orang melayu rata-rata disana-sini bangkit dengan kemarahan terhadap Karpal Singh kerana cuba menyaman Sultan. Dalam masa yang sama BOSS dia, BOSS Pakatan Rakyat menentang usaha Karpal Singh dan menyatakan tidak bersetuju dengan niatnya untuk saman Raja Melayu. Karpal Singh pun berlakon lagi mengikut skrip yang sudah diatur. Karpal Singh pun dilihat berseorangan dan semua orang melayu memandang musuh terhadap Karpal Singh. BOSS dan kawan-kawan yang lain jadi tidak sejahat Karpal Singh. Si bodoh Nizar didalam pada itu memasukkan samannya terhadap Zambry. Apahal saman Zambry? Bukan dia yang pecat Nizar. Dia hanya menjalankan titah Raja. Nizar sebenarnya menyaman Zambry kerana akur kepada titah Raja. Kita bercakap tentang politik bermoral? Dimana maruahnya?

V.Sivakumar menambahkan kalut. Dia ingin berseronok dengan jawatan dan kuasa yang ada pada jawatan itu yang umurnya boleh dikatakan umpama membilang hari. Zambry tentunya akan melucutkan jawatan itu apabila Dewan bersidang nanti. Jadi lakukan tindakan menyerang mampus tak heran. Alang-alang aku tak dapat biar semua tak dapat. Dimana tanggungjawab seorang politikus kepada rakyat awam. Dimana pengorbanan untuk kepentingan ramai? Dimana moral dan dimana maruah?

Semuanya terbogel dan gugur luruh adalah kejadian semula jadi dimusim bunga. Semuga yang tinggal akan berputik dan kita akan mendapat hasil yang baik!

Thursday, February 19, 2009

Bunga Durian Gugur Bersepah!



Peluru pemusnah nampaknya bersimpang siur di medan politik! Umpama bunga-bunga putik durian tak menjadi, gugur bersepahan dipangkal pokok,dipijak orang,dikencing anjing.

Diawal musim,peladang tersenyum gembira melihatkan bunga-bunga memutih dipohon yang rendang.Dia sudah mula mencongak untung kerana bunga itu akan menjadi putik dan putik-putik akan menyubur menjadi buah.Anak cucu dibandar sudah mula dikira dan pokok-pokok akan diagih untuk mereka.Yang lainnya akan dipajak dan peladang tersenyum lebar merasakan usahanya sudah berhasil.

Dimedan politik yang sinis dan oportunis,plot keguguran bunga dipohon bagaimanapun tidak dianggap satu proses semulajadi sebaliknya musuh dijadikan angkara kepada setiap kedukaan dan kejatuhan perwira.

Terkini, Tan Sri Khalid Ibrahim, melakonkan watak Dato' Bendahara yang amat mulia,akan mengadap Paduka Sultan membawa berita dan "meminta nasihat" Duli Baginda, sebelum pasukan Exco memutuskan duduk perkara. Kalau lah Bendahara Nizar berperangai serupa, alangkah elok rupa nya dia! Tetapi jangan kita lupa, Dato Menteri Besar Nizar juga pernah berkata,"Saya akan akur apa jua perintah Raja". Namun sebaik mendapat titah supaya mengosongkan jawatan, Nizar "mohon menderhaka"! Itu lah cerita dua Bendahara yang tidak langsung punyai kuasa kerana diri diatur oleh penganjur yang sebenarnya berkuasa.

Hari ini, Setiausaha Kehurmat Majlis Perundingan Malaysia Bagi Agama Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh,R.Thiagharaja berkata, pasangan lelaki-wanita yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan dianggap hina disisi masyarakat kerana mempamerkan contoh yang tidak baik.Dianggap kurang ajar kerana tidak menghurmati masyarakat sekelilingnya.Mungkinkah R.Thiagarajah juga akan menjada sasaran maki hamun sepertimana pernah dilakukan kepada Dato Mufti Perak baru-baru ini, hanya kerana memberitahu perkara yang benar? Ketua Wanita PKR dan konco-konco bertudung labuh yang menangisi Eli, mungkin ada jawapannya.

Seperti dijangka,sekarang ini setiap hari bangun pagi,kalau embun tak ada,sebabnya ialah tidak lain lagi, konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Tidor malam,kalau tak lena,tiada lah lain sebabnya,konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Hinggakan kalau aku terlaku silap pun tiada lah lagi sebab selain kerana aku terkena konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Pendekkata apa sahaja terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku,kalau tak elok atau tak untung, Barisan Nasional/UMNO lah yang ampunya angkara.

Beginilah ajaibnya tarikan UMNO/Barisan Nasional.Orang ramai teramat sayang dengan UMNO/Barisan Nasional sehinggakan tidak mampu mengenepikan peranan dan kepintaran yang dimilikki oleh UMNO/Barisan Nasional.Kalau sudah begitu,mengapakah harus kita membuang masa dengan bunga-bunga palsu yang hanya ingin menarik perhatian dengan memberikan kita harapan yang palsu?

Mereka akan terus berkelakuan buruk dan akan terus mengelirukan isu supaya harapan yang disematkan di hati nurani kita kekal berkembang dan kepalsuan mereka terus dipendam.

Kalau benar mereka orang yang bermoral, jangan menakut-nakutkan orang dengan hantu yang tiada, mengaku sahajalah sudah melakukan perbuatan yang tak manis, mengaku sahajalah mereka juga manusia biasa seperti orang lain yang tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun oleh kerana selama ini telah berlakon baik sebaik-baik manusia hingga dimuliakan orang dengan cara menjatuhkan moral orang lain, maka sepatutnya lah mereka tidak perlu diingatkan supaya tidak terus berlakon sandiwara. Ini bukan pentas sandiwara yang boleh mereka gunakan selama-lamanya untuk menipu dan memberikan harapan yang palsu!

Tan Sri Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong perlu meletakkan jawatan. Speaker Perak V.Sivakumar perlu meletak jawatan.V.Sivakumar perlu memohon maaf kepada Paduka Seri Sultan Perak kerana keterlanjurannya menyalahguna kuasa, menghina Raja dan memberikan kenyataan palsu dengan niat mencemar nama baik Dato Menteri Besar Perak dan membohongi orang ramai untuk tujuan yang jahat!

Wednesday, February 18, 2009

Andaikata dia benar!

Kemelut ciptaan yang sengaja diada-adakan membuatkan ramai orang keliru.Kekeliruan dicipta agar pengikut tidak nampak kepada hakikat sebenar.Hakikat sebenar mahu dilindungi agar kelemahan dan kekalahan yang menunggu tidak dilihat sebegitu sebaliknya memberikan harapan baru.Itulah yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin.

Andaikata dia berada dilandasan yang benar,mengapakah Nizar tidak berjaya merubah senario sebaik sahaja 3orang ADUN PR isytihar diri sebagai bebas dan 1 orang (PKR) kembali ke UMNO tempoh hari.

Kedudukan parti di DUN Perak menjadi PR 28,BN 28 Bebas 3.

1. Jika dipanggil sidang khas DUN, sudah pasti Nizar tersungkur kerana BN kuasai majoriti. Jadi PR elak memanggil sidang tergempar.

2. Kemukakan surat letak jawatan 2 ADUN PKR.Ditolak SPR kerana 2 ADUN tersebut mempertikai dan menafikan surat tersebut.Jika pun berjaya dilakukan, masih tidak akan memberi kelebihan kepada PR kerana BN masih mendapat sokongan 1 lagi calon bebas (DAP) yang tidak dikemukakan surat letak jawatan.Mungkin tiada surat seperti itu ataupun DAP menunggu dahulu,sebab masih menaruh harapan untuk memujuk kembali.Disini kita juga hairan kenapa 1 lagi ADUN PKR yang lompat balik ke UMNO tidak diletakkan jawatannya? Juga sebab tiada surat seperti itu oleh beliau? Apakah didalam keseronokkan meraikan kejayaan melompatkan dia dari UMNO tempoh hari, pimpinan PKR terlupa minta dia buat surat seperti itu? Jadi dimana letaknya sudut moral dan keAdilan disini? Bukan kah ini menganiayai dan tidak adil kepada 2 lagi ADUN PKR itu?

3. Bubar DUN tanpa mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak? Ini cuba dilakukan oleh Nizar tetapi tidak berjaya kerana ianya tidak menepati undang-undang. Kalau Nizar ingin menyatakan tindakannya betul, itu hak dia dan dia boleh bawa hujahnya ke mahkamah. Namun beliau kena ingat bahawa Kerajaan beliau adalah Kerajaan Paduka Seri Sultan dan Sultan memerintah tidak sesuka hati kerana kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Apakah maknanya itu,dia kena fahamlah,atau dia boleh buat-buat tak faham. Apakah dia ingat bila Menteri Besar menasihati Raja itu bermakna Menteri Besar mengarahkan Raja atau Menteri Besar memaklumkan sahaja untuk makluman Raja? Kamus mana dia pakai? Dia juga kena ingat bila dia terlantik sebagai MB, parti PAS bukan menang majoriti DUN, tetapi parti BN yang menang kerusi terbanyak. Namun dengan sokongan DAP,PKR melalui pakatan tidak rasmi, dia menjadi MB. Itu pun kerana DAP tiada wakil Melayu/Islam yang hendak dikemukakan kepada Sultan. Ikut patut DAP yang berhak kerana mereka menang terbanyak kerusi diantara pakatan tidak rasmi tersebut. Oleh kerana tidak menepati undang-undang dan diatas perkenan Sultan, maka Nizar menjadi MB. Ulang, diatas perkenan Sultan. Jadi mengapa kah apabila sekarang Sultan titah turun dia ingkar?

Sultan tidak perkenankan pembubaran DUN, samalah dengan situasi ketika Nizar dilantik MB dahulu. Sultan tidak memperkenankan BN menubuh kerajaan kerana Baginda dapati walaupun BN menang kerusi terbanyak, tetapi dengan pakatan 3 parti; DAP,PKR,dan PAS, dan Baginda berpuas hati bahawa semua ADUN berkenaan benar-benar berpakat untuk sokong menyokong satu sama lain, maka mereka menguasai DUN, bukan BN. Atas dasar itu Baginda memperkenankan pakatan tersebut menubuh kerajaan. Apa bezanya sekarang,apabila Nizar kehilangan penguasaan,Baginda berpuas hati BN kini mendapat sokongan dan menguasai DUN, jadi apa perlu dibubar sedangkan BN boleh menjalankan kerajaan?

Kelewatan penubuhan ketika itu, ialah kerana mereka kemudian terpaksa berunding pula sesama mereka siapa yang hendak dikemukakan menjadi MB selaras dengan undang-undang tubuh yang mahukan seorang Melayu dan Islam memegang jawatan MB. Disitulah rezeki Nizar datang, umpama katanya dahulu bahawa kenaikan nya menjadi MB adalah "kerja tuhan". Mengapa pula sekarang kejatuhannya tidak mahu dikatakan "kerja tuhan".Pada ketika itu, hendak menyebut Qada dan Qadar pun dia takut kerana nanti disalah erti oleh DAP, maka itu lah dia hanya kata "kerja tuhan". Atau kah memang Nizar mahu melawan Qada dan Qadar? Itu lah manusia yang mudah lupa dan dilupakan!

Berbalik kepada BN yang gagal mendapat perkenan Sultan walaupun dinafikan oleh sebuah pakatan tidak rasmi tadi, adakah pimpinan dan pengikutnya dengan angkuh menyanggah kebijaksanaan Raja dan titahnya? Adakah mereka bergolek-golek dijalanraya menentang keputusan Raja? Adakah mereka mencabar keputusan setelah dititah Raja? Adakah mereka menyeru rakyat supaya tidak mengiktiraf kerajaan yang dilantik oleh perkenan Raja? Adakah mereka memulaukan istiadat angkat sumpah perlantikan? Tidak, mereka menerima titah dan menghurmati kebijaksanaan Raja. Mereka menerima Qada dan Qadar dengan seadanya.

4. Setelah gagal mendapat perkenan Sultan untuk membubar DUN, apa lagi yang boleh dilakukan oleh Nizar? Tunggu persidangan DUN atau panggil persidangan DUN? Tentu tidak boleh kerana sudah pasti dia akan dikalahkan melalui majoriti sokongan yang akan diperolehi oleh BN dan dia akan di gulingkan di DUN. Kecuali dia dapat memujuk kembali 4 ADUN tersebut atau sekurang-kurangnya 3 ADUN tersebut, mungkin dia boleh panggil sidang tergempar, tetapi ternyata ianya tidak terjangkau. Jadi apa pilihan yang ada?

Membawa kes nya ke Mahkamah secara bertamadun atau memberontak atau menentang titah dan keputusan Raja secara terbuka?

Nizar mengambil ketiga-tiga jalan tersebut serentak. Dia tahu bahawa membawa kes nya ke Mahkamah akan mengambil masa dan peluang untuk menang tipis. Memberontak pula tiada peluang dan daya untuk melakukannya dan jika dilakukan juga ianya hanya akan berkesudahan seperti peristiwa di Sauk dimana sebuah lagu P.Ramlee sahaja akan dapat menamatkannya manakala pelakunya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Menentang titah Raja secara terbuka akan menjemput kemarahan dan kemurkaan Raja juga Rakyat.

Jadi apakah jalan yang tinggal baginya, lakukan huru-hara melalui tindakan kelam kabut dan hasut semangat pengikut supaya buat kecoh sekali gus dengan mengelirukan orang ramai supaya perbuatan dan niatnya tidak jelas dengan harapan orang ramai akan memberikan simpati kepadanya dan isu yang sebenar dapat dikaburkan.

Seorang pemimpin yang berjiwa besar akan sentiasa meletakkan kepentingan awam dan kepentingan negara paling utama dan akan sentiasa mengelakkan huru-hara berlaku sehingga sanggup mengorbankan kepentingan peribadi untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kepentingan umum tidak tergugat.Hak dan prinsip diperjuangkan mengikut tertib dan dengan cara yang bertamadun dan terhurmat.

Nizar tahu bahawa hakikatnya beliau pasti tewas kerana beliau sudah pun tewas sebaik sahaja 4 ADUN nya meninggalkannya. Nizar terperanjat dan susah hendak menerima kenyataan kerana marah, malu dan kecewa. Nizar merasa terkilan kerana beliau belum puas dengan nikmat yang tiba-tiba jatuh kepangkuannya. Nizar hampa kerana harapan Tok Dalang disebalik tabirnya telah dikecewakan oleh apa yang terjadi kepadanya.

Nizar lupa akan pegangan dan asal usul nya. Nizar Derhaka kepada Raja, Rakyat dan Tuhan nya apabila dia enggan menerima kenyataan! Apabila dia cuba melawan takdirnya. Apabila dia mengheret rakyat jelata kedalam kemelut yang diciptanya! Apabila dia meletakkan kepentingan diri dan partinya diatas kepentingan awam! Apabila dia menyusah dan memalukan dirinya sendiri!

Nizar melewat-lewatkan kehilanganya! Nizar mahu menggunakan kejatuhannya untuk memberikan nafas baru dan harapan baru demi kelangsungan politiknya agar tidak terus terkubur. Nizar mengharapkan keajaiban dan ianya tidak akan berlaku!

Selamat tinggal Mohammad Nizar Jamaluddin dan terima kasih diatas kurniaan 999 tahun. Kalau sumpah Mahsuri keatas 7 keturunan, berapa keturunankah 999 tahun?

Saturday, February 14, 2009

KOMPLOT JAHAT PENDERHAKA!

SiPenderhaka Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk:-

1. Perintah perisytiharan bahawa beliau adalah masih Menteri Besar Perak yang sah,

2. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Datuk Dr.Zambry Abd Kadir yang baru dilantik oleh Paduka Seri Sultan, sebagai tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar tersebut,

3. Perintah berhubung tafsiran Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar Perak boleh dikosongkan.

Beliau menamakan Datuk Dr.Zambry Abd.Kadir sebagai responden.

Selain tuntutan-tuntutan diatas, beliau juga antara lain menuntut perintah dikeluarkan keatas Datuk Dr.Zambry untuk mengemukakan tunjuk sebab dan memberikan maklumat dibawah dasar atau kuasa mana Datuk Dr.Zambry berhak memegang jawatan Menteri Besar Perak tersebut.

Tindakan yang dibuat oleh Mohammad Nizar Jamaluddin ini selain daripada menunjukkan kesombongan dan kejahilannya adalah jelas mengesahkan bahawa beliau adalah seorang KUDA TUNGGANGAN yang bodoh atau pun separuh sedar kerana dek keangkuhannya.

Saya tidak mahu percaya bahawa beliau seorang yang GILA KUASA!

Umpama kata "Sudah Terang Lagi Bersuluh", tindakan Nizar adalah merupakan sesuatu yang memang telah dirancang rapi oleh Komplot Pakatan Rakyat.

Karpal Singh memainkan peranannya sekali lagi untuk menarik kemarahan orang melayu supaya melindungi Anwar Ibrahim daripada menjadi sasaran kemarahan orang melayu dan meletakkan Nizar kelihatan seperti orang "teraniaya" dan rakyat menjadi "pembela".

Emosi ini di mainkan dengan baik oleh Nizar apabila melaungkan slogan "Hidup! Hidup!, Hidup Rakyat!" ketika menghasut orang ramai sebaik selepas memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi semalam.Laungan ini jelas kedengaran dan disiarkan oleh saluran TV termasuk Astro Awani dan Bernama TV.

Plot ini serupa dengan kelantangan Karpal Singh menyanggah "hudud" dan mencabar Anwar Ibrahim tentang isu hudud ketika PRK Kuala Terengganu yang lalu.Ianya membuatkan PAS menjadi hero perjuangan Islam dan meletakkan UMNO sebaris dengan DAP kerana menyerang PAS.Akhirnya PAS mendapat simpati umat Islam dan UMNO diletakkan sebagai tidak berbeza dengan DAP.Itulah sandiwara Karpal Singh dan dimainkan dengan baik oleh Hj.Hadi Awang dan Nik Aziz.Sementara Anwar Ibrahim menjadi dalangnya,seperti biasa, membaling batu,sembunyi tangan, sedangkan UMNO/BN diperangkap oleh komplot jahat ini!

Kali ini Karpal Singh sekali lagi memainkan sandiwara kotor nya dengan menarik kemarahan orang melayu sedang Anwar Ibrahiom dan Nizar menjalankan usahanya selaku KUDA TUNGGANGAN yang ta'at.Akhirnya orang melayu sesama melayu yang akan cabar mencabar dan Institusi Raja Berpelembagaan di letakkan di Mahkamah untuk dibicarakan.

Siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi?Kita tengok lah nanti siapa yang kena.Saya teringatkan dialog didalam sebuah filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang menceritakan kisah kena-mengena ini; "Dia ingat dia nak kena kan kite, kite yang kenakan dia!"

Nizar sudah terang-terangan menjadi kuda tunggangan yang digula-gulakan hingga lupa kepada pegangan agamanya dan sombong kepada rajanya!

Tindakan memfailkan kes yang dibuat Nizar ini, walaupun tidak menamakan Paduka Seri Raja sebagai responden, ADALAH sebenarnya satu tindakan yang mencabar titah raja.Menidakkan kedudukan Dr.Zambry adalah sebenarnya mencabar tindakan Paduka Seri Sultan.Mencabar dan ingkar kepada titah raja adalah satu tindakan MENDERHAKA!

Maka tiada tafsiran yang lebih sesuai lagi terhadap tindakan ini selain daripada mengatakan bahawa Nizar berkomplot dengan Karpal Singh dan semua ini dirancang dengan perkenan BOSS PAKATAN RAKYAT yang berniat jahat.

INI ADALAH PERBUATAN "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".Tindakan ini tidak sama-sekali akan memberikan faedah kepada umat melayu tetapi ianya dilakukan juga semata-mata untuk kepentingan politik peribadi Anwar Ibrahim dan keuntungan politik puak dalam PAKATAN!

Penderhakaan orang melayu yang dilakukan atas dorongan politik komplot ini, akan tercatit kedalam sejarah tentang bagaimana bodoh dan dungunya orang melayu yang mudah diperlakukan sehingga tidak sedar akan bahawa perbuatannya itu hanya akan memudharatkan bangsanya sendiri, sedangkan orang lain meraih keuntungan hanya dengan mempergunakan orang melayu sendiri!

Thursday, February 12, 2009

Ajak PAS ke atau ajak DAP?

Tidak boleh dinafikan hakikat bahawa satu-satunya "ingredient" atau "bahan utama" kepada resepi kestabilan politik di Malaysia ialah PERPADUAN KAUM.Banyak negara didunia sejak sekian lama telah terangsang malah merasa kagum dengan kebolehan rakyat Malaysia hidup harmoni diantara satu sama lain dalam keadaan perbezaan yang amat nyata disudut bahasa, budaya, agama dan keturunan.

Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia tidak pernah merasa kekok untuk hidup dan berkongsi Negara ini dengan warga berbilang kaum, malahan kita menganggap ianya sebagai sesuatu yang tidak pelik langsung.

Bagi para pengkaji, tentunya berbagai bentuk rumusan telah dibuat dalam mengenalpasti bagaimana ianya boleh berlaku dan apakah rahsia disebaliknya.

Saya cenderong mengatakan bahawa ianya berlaku kerana ketelusan kita dan kesediaan kita menerima hakikat semulajadi kejadian.Ambil contoh sebuah negara jiran Indonesia. Disana satu masa dahulu mereka "cuba" mengingkari kejadian semulajadi apabila semua warga yang berlainan kaum diubah menjadi satu bangsa yang baru iaitu Bangsa Indonesia.Walaupun kaum melayu merupakan majoriti dan menguasai kehidupan namun kaum cina yang sangat minoriti telah diserapkan melalui konsep satu negara satu bangsa, dan akhirnya semua berjalan sama rata dan sama rasa.Tiada polisi keistemewaan pribumi mahupun tiada pengiktirafan agama rasmi di Indonesia.Kehidupan dan Kerajaan dijalankan dibawah sebuah dasar Panca Sila. Ini jelas memberikan semua kaum dan agama sama taraf disisi Kerajaan dan Pentadbiran. Semuanya nampak sangat adil dan bersatu sebagai sebuah bangsa dan sebuah negara.Hasil dari dasar ini, kita dapati orang cina bertukar dan menjadi warga Indonesia sejati sehinggakan nama,bahasa pertuturan dan budaya kehidupan mereka pun semuanya menjadi sangat Indonesia.Ianya dilihat berjaya.

Namun apakah kesudahannya, disangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahhari.Kita masih ingat saat-saat cemas di Indonesia apabila terjadi rusuhan dimana sesetengah pihak membakar gedung-gedung milik pihak yang lain, walaupun yang merusuh dan yang dirusuh adalah semuanya warga Indonesia.Mengapakah ianya terjadi?Difahamkan ianya berlaku kerana ketidakpuasan hati warga Indonesia Melayu terhadap Warga Indonesia Cina.

Kalaupun ianya dikatakan berpunca dari ketidakseimbangan agihan kekayaan diantara warga, mengapakah dikaitkan perbezaan kaum? Inilah hakikatnya. Hakikat bahawa walaubagaimanapun manusia yang kejadiannya adalah ciptaan Allah SWT dijadikan berbilang kaum dan berbeza warna kulit, cuba diubah menjadi sama, ia tetap berbeza!

Percubaan diIndonesia adalah jelas cuba menghapuskan perbezaan asal kejadian untuk disatukan dan disamakan dan ini adalah usaha manusia merubah kejadian Allah SWT.Hakikatnya kita tetap berbeza tetapi Allah SWT telah memberikan satu jalan untuk kita bersatu, iaitu apabila kita berpegang ditali Allah, maka kita bersaudara dan kita berada disatu barisan. Orang moden mengatakan UNITY IN DIVERSITY!

Agama kita Islam adalah agama yang lengkap.Bagi mereka yang beriman dan bertakwa,amat tahu akan kepentingan perpaduan.Tiada alasan atau hujah selain daripada yang telah dibawakan oleh Al Quran dan Sunnah dapat memberikan penafsiran yang lain kepada kepentingan perpaduan.Peri pentingnya perpaduan amat ditekankan sehinggakan apabila saudara yang tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari, maka haram baginya Syurga dan tidak terangkat ibadah sembahyangnya.Begitulah bagaimana unsur-unsur perpecahan sangat dibenci oleh Allah SWT.Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang membawa maksud bahawa sekiranya kamu telah mengangkat seseorang pemimpin itu dan kemudian kamu mengangkat yang lain, walaupun yang kedua itu lebih layak, hendaklah kamu bunuh yang kedua itu kerana yang demikian itu akan membawa kepada perpecahan.

Perpaduan kaum di Malaysia, tidak perlu kepada perubahan bahasa,budaya dan agama.Cukup dengan ikrar taat setia kepada negara dan menjadi warganegara.Masing-masing kaum menerima hakikat kewujudan dan kontrak sosial diawal penubuhan negara telah meletakkan asas-asas penerimaan hak secara telus dan adil.Kaum Cina, India dan lain-lain menerima hakikat keistimewaan pribumi dan ketuanan melayu didalam konteks sejarah dan pembinaan bangsa dan negara.Maka ketelusan ini menjadikan semuanya jelas dan tegas tanpa kekeliruan lagi akan hakikat kesepakatan kaum didalam menjalankan hak masing-masing didalam sebuah negara majmuk.

Politik kepartian telah membentuk saluran-saluran bagi setiap kaum iaitu Parti Melayu, Parti Cina dan Parti India.Masing-masing menjaga dan memperjuangkan kaum masing-masing dan kemudiannya mereka bersatu dibawah satu medan musyawarah melalui Gabungan Barisan Nasional.Inilah resepi yang memberikan kekuatan dan semangat kepada kesatuan Barisan Nasional yang boleh dikatakan UNITY IN DIVERSITY!.

Kemelut politik hari ini ialah apabila ada pihak yang cuba merungkai kesatuan ini dengan membawa konsep "iri hati".Membangkitkan semangat iri hati diantara satu kaum dengan kaum yang lain.Didalam proses itu ianya membuka polemik tidak berkesudahan yang menyentuh hingga ke dasar.Dasar yang telah diasaskan untuk mengelak polemik sedemikian kini dijadikan bahan untuk diungkit dan dirombak.Akibatnya ada yang tersasar dan hilang punca.Ini mengakibatkan kerapuhan yang disengajakan untuk menggugat kekuatan yang telah terbentuk.

Semua ini berbalik kepada kepentingan politik.Jadi berlatarbelakangkan hakikat ini, saya merasakan bahawa seruan untuk PAS bergabung dengan Barisan Nasional adalah sesuatu yang bukan isu.Jika PAS itu sendiri benar didalam perjuangannya untuk Islam, maka ianya sudah sepatutnya tidak wujud dari awal.Islam membenci perpecahan sehinggakan ia memberikan berbagai garis panduan untuk mengelakkan perpecahan dan bagaimana mengambil jalan perpaduan.Salah satu jalan perpaduan yang akan mengelakkan perpecahan ialah dengan tidak menubuhkan parti politik untuk melawan pemerintah yang sediaada yang dipimpin oleh pimpinan Islam.Sebaliknya perjuangan PAS nampaknya lebih kepada perlawanan politik untuk mengambil alih peranan UMNO dan untuk mengajak ummah lari daripada UMNO kepadanya.Ini ialah politik perpecahan ummah dan ini adalah asas perjuangan PAS.

Apakah dengan mengajak PAS yang sendirinya adalah punca perpecahan ummah akan dapat menenangkan politik tanahair?Apakah ianya bertujuan untuk menyatukan orang melayu bagi melawan orang lain?Ianya akan berdiri diatas premis yang salah dan tidak benar.Kalau perpaduan bangsa yang kita inginkan agar politik tanahair kembali tenang dan kerja membina bangsa dapat dilakukan, maka didalam konteks suasana hari ini adalah lebih afdal jika Barisan Nasional mengajak parti kaum cina seperti DAP untuk bersatu bersama Barisan Nasional.PAS tidak perlu diajak, PAS seharusnya bersama-sama dengan UMNO didalam membina Negara dan melakukan kebajikan terhadap orang Melayu demi mencapai tuntutan Agama.Yang perlu diajak ialah DAP kerana ianya membawa suara kaum cina yang telah diselewengkan pemikiran mereka oleh pejuang-pejuang songsang, yang telah mengeksploitasikan fahaman "iri-hati" sehingga mereka terdorong untuk memisahkan diri daripada barisan rakyat yang bersatu selama ini!

Saya yakin sekiranya perkara ini dilihat dengan penuh teliti dan diaturkan dengan penuh keikhlasan oleh semua pihak baik Barisan Nasional mahupun DAP, ianya akan membuahkan kesejahteraan dan keharmonian Bangsa dan Negara yang lebih berkesan.Biarkan PAS memikirkan jalan kembalinya!Sesungguhnya Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu selagi ia tidak berusaha merubahnya!

Wednesday, February 4, 2009

Bergerak Kehadapan!


Sejak PRU 12 selesai. Setelah rakyat menetapkan mandat melalui peti undi.Setelah proses pemilihan Kerajaan melalui demokrasi selesai.Kempen parti politik masih berterusan seolah-olah pilihanraya belum selesai! Wakil-wakil rakyat dan wakil-wakil parlimen masih dengan rentak dimusim kempen pilihanraya.Bila semua ini nak selesai?

Di Gaza, senang sahaja, seketul bom jatuh dibumi Israel oleh Hamas, selonggok mayat pejuang dan rakyat Palestine tumbang di Gaza! Mudah, sahaja, tak perlu kempen tak perlu undi! Selesai, jumpa disana!

Wakil-wakil rakyat di DUN dan Parlimen, baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang, ada tugas yang dimandatkan oleh rakyat. Mereka sepatutnya mula bekerja sebaik selesai pilihanraya, bukan terus berkempen untuk parti dan berpolitik kepartian sepanjang masa. Mereka sepatutnya menumpu kepada perkhidmatan untuk rakyat dan negara tanpa mengira parti dan tanpa mengira samaada dipihak kerajaan atau pembangkang.Kita bukan berada dizon perang!

Dalaman parti masing-masing, bolehlah mencari kepastian akan sebab musabab masing-masing mendapat lebih atau kurang sambutan rakyat sewaktu pilihanraya.Yang dapat lebih, jangan bongkak tetapi tunaikan kepercayaan manakala yang dapat kurang, cuba membaiki kelemahan dan menarik semula kepercayaan.Yang penting selepas pilihanraya ialah, bekerja untuk rakyat dan negara, selaku pemerintah mahupun pembangkang.

Rakyat sepatutnya jangan diganggu lagi kerana mandat telah diberi. Rakyat perlu meneruskan kehidupan harian dan inginkan keselesaan,keselamatan dan kesejahteraan.

Wakil-wakil kerajaan sepatutnya mula bekerja dan turun tengok apa yang rakyat perlu dan apa yang rakyat kalut.Wakil-wakil pembangkang pula jangan asyik dok membangkang, tetapi beri kerjasama kepada perkara baik yang ingin dilakukan kerajaan dan tawarkan diri, idea dan pertolongan untuk rakyat dan negara. Bangkang cuma, pada isu dan mengikut proses dan saluran di DUN dan Parlimen. Juga boleh menawarkan pendapat dan kritikan kepada wakil-wakil Kerajaan di Pejabat, Kementerian, Jabatan dan Agensi. Bukan asal sikit memekak disana-sini dan kemudian ajak rakyat dijalanan berdemonstrasi.Apa tak boleh buat kerja ke? Orang kata Tong kosong bunyi bising!Inikah wakil-wakil yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada negara?Tentu sekali tidak,kerana rakyat memilih mengikut apa yang dijanjikan ketika kempen pilihanraya, jadi buatlah kerja!

Rakyat sudah memberikan mandat. Rakyat hanya tahu apa yang dia lihat. Hari ini kita lihat Bandaraya Kuala Lumpur, kotor. Kita lihat stesen komuter dan LRT sesak. Train lambat dan tak cukup. Bas tak cekap dan tak tepat. Pendatang asing mencemar kosmopolitan Kuala Lumpur dengan budaya dan pencemaran alam yang memalukan. Dimana wakil rakyat, baik pemerintah mahupun pembangkang? Dimana pegawai Jabatan,Kementerian dan Agensi Kerajaan? Dimana orang yang bekerja untuk rakyat dan negara?

Rakyat mahu hidup aman, tenteram bahagia dan sejahtera. Sediakan semua itu dan rakyat akan tahu siapa yang bekerja dan siapa yang tidak!

KECOH DI PERAK
Keriuhan di Perak, biarkan rakyat menjadi hakim. Dua orang wakil rakyat yang sedang menunggu hari bicara atas tuduhan rasuah telah dan sedang dianiaya oleh kepimpinan partinya sendiri. Oleh kerana sesuatu sebab, agaknya rungsing kerana tarikh bicara yang semakin hampir, kedua mereka telah berjauh hati dengan partinya. Akibatnya kepimpinan parti yang tidak ada keyakinan diri telah jadi gelabah dan menjatuh hukum bahawa kedua-dua wakilnya itu telah membelot.Dengan penuh dendam kesumat, kepimpinan partinya telah mengaktifkan "surat letak jawatan tidak bertarikh" agar ianya akan menyebabkan kedua-dua wakilnya yang belot itu kempunan.

Bak kata orang alang-alang aku tak dapat biar dia pun tak dapat.Kepada wakilnya yang disyaki belot kerana sudah tidak menghurmati pimpinan parti itu, mereka berkata "Hah padan muka,kau ingat kau orang teror, sekarang rasakan!". Itulah ungkapan dan harapan yang diniatkan oleh partinya apabila mengemukakan surat perletakan jawatan senyap-senyap, mereka buat-buat tak tahu seolah-olah rakyat yang "bodoh" akan fikir kedua-dua orang itu yang hantar surat.Ini lah kelakuan jahat orang yang membaling batu sembunyi tangan! Inikah jenis pemimpin yang ingin kita serahkan mandat untuk menguruskan negara yang tercinta ini? Negara yang telah dibina dengan asas-asas yang kukuh, maju dan sejahtera sekian lama? Negara yang telah memberikan semua orang termasuk mereka sendiri,peluang,ruang dan kebebasan?

Jenis ini, apabila orang lain lompat masuk parti mereka, jadi hero dan dikatakan demokrasi. Tetapi apabila orang menjauhi mereka, dikatakan pembelot dan perancangan jahat? Apa yang menyebelahi mereka, baik dan mewakili kehendak rakyat. Apa yang tidak
menyebelahi mereka, jahat dan bukan kehendak rakyat. Sedangkan kalau dikaji, Parti mereka yang menubuhkan kerajaan diPerak tu, benar-benar majoriti rakyat ke? Yang kita tahu Parti BN mempunyai 27 kerusi sedangkan parti-parti lain tidak ada yang melebehi kelebihan BN namun atas Pakatan jahat, mereka menubuhkan Kerajaan. Apa tidaknya, mana ada Parti Pakatan Rakyat? Yang ada ialah Pakatan Parti PAS,PKR dan DAP sahaja. Jadi kalau kita banding, PAS (6) PKR (8) DAP (18) BN (27), mana yang majoriti?

Sudah-sudahlah tu,kalau di negara-negara lain,dengan kedudukan sedemikian agaknya boleh ke mereka menubuhkan kerajaan tanpa dicabar?