Monday, April 6, 2009

Bersubahat Mempersekutukan Allah SWT





Jika benarlah ALLAH SWT adalah tuhan bagi penganut Kristian, maka mereka telah mempersekutukanNYA melalui konsep Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Ghaib. Bagi penganut Kristian Isa adalah Anak Tuhan.

Dengan itu, apabila Anwar Ibrahim bersetuju bahawa Allah adalah Tuhan yang mereka maksudkan dan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh puak Kristian Malaysia, maka beliau telah bersetuju dengan tindakan mereka menyekutukan Allah.

Nik Aziz Nik Mat, Nakhoda PAS merangkap Mursyidul Am merangkap Diktator PAS yang merupakan satu-satunya Pemegang Amanah Tuhan di Malaysia, kerana sesiapa yang ikut kata dia dan undi PAS, akan masuk Syurga, juga telah bersubahat dengan penyelewengan Islam oleh puak Mubaligh Kristian Malaysia.

Hakikatnya tidak, kerana penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian hanyalah mahu digunapakai oleh Mubaligh Kristian demi untuk mengelirukan umat Islam dirantau dunia melayu ini. Mereka tidak menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka di mana-mana tempat didunia ini dan tidak juga didalam kitab Bible mereka diserata dunia.

Manakala Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan mereka atas sebab politik "matlamat menghalalkan cara". Kepada mereka apa sahaja yang boleh digunakan untuk menentang UMNO dan meraih sokongan tambahan, adalah halal, waimah sehingga menjual kepentingan bangsa dan agama. Nik Aziz pernah berkata bahawa berkawan dengan syaitan pun adalah lebih baik daripada UMNO dan untuk menjatuhkan UMNO dia rela berkawan dengan syaitan.

Hari ini, kita dilihatkan betapa terdesaknya komplot ini sehinggakan sanggup melihat rakan politik mereka yang tidak beriman dengan Allah malahan partinya DAP pernah mencabar PAS supaya melangkah mayat mereka dahulu sekiranya ingin menegakkan Negara Islam di Malaysia, mempersendakan ayat-ayat Allah dengan memetik Ayat Al Quran sambil menterjemahkannya dengan disambut tepukan gemuruh pendengar-pendengarnya termasuk pendokong PAS.

Saya ingin melihat Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat memperbetulkan manusia kafir ini agar menghurmati Ayat Suci Al Quran atau memeluk Islam dengan segera, sekiranya sudah mahu beriman kepadaNya. Jika tidak, tidak perlu menunggu Kerajaan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang ada didalam Undang-Undang tetapi selaku pimpinan Islam, maka pemuka-pemuka ini hendaklah bertindak sewajarnya. Jangan beliau menggunakan Islam setakat untuk menipu orang Islam untuk mendapatkan sokongan mereka sedangkan beliau tidak sama sekali beriman dan mahu bertakwa kepadaNya. Islam hanya digunakan dan ayat-ayat Allah SWT dipersendakan untuk menipu umat Islam sendiri dalam menentang saudara seIslamnya.

Sekiranya pula pimpinan Islam didalam komplot Pakatan tersebut sebenarnya merestui malah menggalakkan rakan Kafirnya berterusan memperagakan ayat-ayat suci Al Quran untuk tujuan politik, maka jelaslah memang mereka ini pendusta agama dan rela memperguna ayat-ayat Allah SWT untuk keuntungan mereka dan mereka itulah golongan orang-orang munafik.

Didalam konteks kedaulatan Agama dan jatidiri anak bangsa, selagi puak ini sanggup menghakis dan menggadai hak dan keistimewaan yang di jaga selia untuknya, selagi itulah mereka akan ditunggangi oleh mereka yang cemburu dengan kedaulatan bangsa dan agama yang telah di letakkan ditakhta yang tertinggi oleh pejuang bangsa yang mempelopori perjuangan UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Mereka rela menggadai diri dengan harapan akan ditolong untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah yang Maha Berkuasa dan olehNya dipinjamkan kepada yang di inginiNya. Tidak perlu memberontak, memfitnah sesama saudara, menikam sesama sendiri dan menderhaka kepada Ulil Amri hanya untuk diberikan kuasa itu olehNya. Apatah lagi sehingga sanggup berguling-guling diatas jalanraya semata-mata kerana perasaan telah menguasai akal dan nafsu mengatasi iman.

Demi kesucian Agama Islam yang termaktub didalam Perlembagaan, kita berharap pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas keatas Setiausaha DAP Perak yang telah mempersendakan Al Quran dan Agama Islam. Tidak cukup dengan Ngeh dan Nga bersaudara menggunakan Nizar Jamaluddin sebagai boneka bagi mencapai tujuan politik DAP di Perak, sekarang Nga menunjukkan kebiadapannya mengajar umat Islam bagaimana mentafsir dan mengamalkan agamanya yang suci.

Kita juga berdoa agar perlindungan terhadap kedaulatan Islam dan umatnya di Negara ini, tidak akan berjaya disusupi oleh Mubaligh Kristian yang kini sedang mencuba dengan penuh tipu helah untuk meresapi kalangan masyarakat melalui tipu daya penggunaan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan agar dapat mengelirukan dan seterusnya menghakis keutuhan perlindungan yang telah termaktub. Kita yakin pihak Mahkamah yang akan mengadili tuntutan yang penuh tipu muslihat ini akan melihat konteks sebenar permintaan tersebut dibuat.

Kita berdoa agar puak-puak gila kuasa yang bertopengkan Islam, agar kembali kepada niat yang asal, sekiranya ada, iaitu menggunakan kudrat yang ada untuk memberikan pengisian kepada dakwah Islamiah bagi memperkukuhkan kedudukannya disisi Perlembagaan dan yang lebih penting ialah menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Pemerintah kita yang di tunjangi UMNO telah melakukan tanggungjawabnya bagi mengembang dan memperkasakan syiar Islam menggunakan kuasa yang ada padanya. Maka menjadi tanggungjawab kita selaku rakyat yang beriman dan bertakwa pula menjalankan tanggungjawab kita.

Berhentilah perebutan kuasa yang tidak berkesudahan lebih-lebih lagi oleh golongan yang mengaku orang yang berilmu agama dan kononnya berniat untuk agama. Sesungguhnya didalam ketaksuban itu, niat telah tercemar dan tindakan telah dirasuki oleh syaitan dan iblis yang membisikkan keseronokan yang indah. Langkah semakin terleka dibuai kesesatan yang tidak lagi dapat dikesan kerana jiwa dan raga yang sudah lama tergadai, kini disuntik pula semangat baru oleh penjaja harapan palsu, yang hanya menyambung jauh langkah yang sesat!

No comments: