Wednesday, April 8, 2009

Tahniah kepada BARISAN NASIONAL





Barisan Nasional kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh jentera, ahli dan calon BN kerana anda tewas bukan kerana kurang baik tetapi kerana anda kalah kepada kepalsuan dan penipuan. Anda kalah kepada pemfitnah dan penderhaka. Anda kalah mempertahankan hak bangsa dan kemuliaan agama daripada pendusta agama yang rosak akhlak dan golongan munafik yang tidak bermoral.

Anda kalah kerana pengkhianat yang mendustakan bangsanya sendiri sebagai tukaran kepada kuasa yang sedikit. Sanggup menjual hak dan tidak sedikit merasa terkilan untuk menggadai maruah demi memuaskan nafsu dan amarah yang sementara.

Syabas, Barisan Nasional tetap kental dalam perjuangannya untuk Bangsa, Agama dan Negara dan anda tidak sedikit pun terpesong walau dihadapkan dugaan dan provokasi puak-puak munafik dan penipu! Anda berpegang kepada janjiNya bahawa kebenaran akan mengatasi kebathilan dan kita yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

10 comments:

Anonymous said...

takbirrrrrr!!!

besi said...

tahniah ...barisan?
knp nak salahkan pihak lawan...
patutnya kena kaji knp kalah?

kalau sikap mcm nie....PRU 13 nanti bye bye bye la.......

Anonymous said...

Salam besi,

Apa erti pada kemenangan kalau jadi macam Pak Kadok.
Sampai ke seluar dalam tergadai.

Nampaknya UMNO sapu bersih PRU 13 ni.

Anonymous said...

Anonymous,

Takbirrrrr!!!

Takbir tu biar kena tempatnya.

"Apakah yang tuan tuju,sebutan yang baikkah atau melepaskan dendam atau riak atas kemenangan?".

besi said...

aku hanya beri pendapat je....
kalau masih dlm sindrom penafian..
suka hati la...no komen

Anonymous said...

Sekarang ni banyak orang cakap ikut trend supaya dikatakan trendy kalau tak pun intelligent.

Kita mesti nak tahu dan akan cari sebab kenapa kita kalah. Itu sudah semestinya dan anda boleh lihat sejak PRU 12 UMNO sudah, sedang dan akan terus melakukan pembaikan dan perubahan dimana perlu.

Cuma saya nak tanya, adakah anda juga bertanya kenapa mereka menang?

Jika tidak, saya tak perlu teruskan kerana burung kakaktua saya kat dapur dah lapar nak makan! bye...

Anonymous said...

Cik Besi,
Memang komen u berniat baik. Tapi tak nampak pula tulisan penulis bertujuan menyalahkan pihak lawan. Malahan penulis cuba menerangkan perihal pihak lawan dan diantara sebab mereka menang.Sudah tentu BN akan melakukan bedah siasat dan terus mencari sebab kekalahan mereka. Tetapi walaupun BN kalah, BN tidak perlu ikut cara kempen pihak lawan. Itu pasal penulis kata Tahniah BN. Itu yang saya faham dari maksud tulisan penulis itu.

Anonymous said...

Salam Anonymous,

Kalau tuan fikirkan secara halus sebenarnya BN tidak kalah.

2 BKT. tu asalnya pembakang .

Kalau kali ini pembakang juga perintah ,sama je macam dulu.

Tak berubah.

Melainkan 2 Bkt tu asal BN perintah.Pembakang menang baru orang panggil BN kalah.

Anonymous said...

Taniah BN,pasukan baru,pasti membawa perubahan pada PRU 13 nanti.

Ketua Cawangan yang paling dekat dengan rakyat,sekarang ini ,kerap-kerap lah kedai kopi.....

Kerap jumpa pengikut dekat dihati,menambah mesra sebagai pengeras semangat.

Kalau jumpa pengikut baru,jangan lupa pengikut lama.

Kerana baru dan lama akan bersama memastikan kemenagan di Bkt.Jelutong.

Nampaknya ramai sudah tak suka cara PAS dan PKR,sebuah parti yang memecah belahkan orang Melayu untuk kepentingan peribadi pemimpin.

Harap-harap pasukan baru lebih baik dari yang lama.

Anonymous said...

Suri,

Awak cawangan mana,kalau cawangan Bkt Jelutong beruntunglah.

Tak da apa masalah,semua MBSJ telah sediakan.

Ketua cawangan boleh rilek je.
24 jam kedai kopi pun tak da hal.
Tak perlu fikir apa,kawasan elite.

Tapi nak tanya sikit,ketua cawangan Bkt Jelutong,apa yang diperjuankan?.