Tuesday, March 3, 2009

HELAH menyelamatkan air muka NIZAR & kawan2nya!





Apa yang berlaku pagi tadi dibawah pokok diluar Dewan Undangan Negeri Perak adalah helah terbaik dapat diusahakan oleh Pakatan Rakyat Perak dengan bimbingan dalang-dalangnya.

2. 'Dewan Undangan Bawah Pokok' meluluskan 2 usul tergempar iaitu:-

a) UNDI kepercayaan untuk MENTERI BESAR NIZAR JAMALUDDIN.

b) Meluluskan usul MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.

3. Usul tersebut adalah langkah terdesak untuk menjatuhkan kerajaan yang sah di Perak dan dalam masa yang sama sebagai alasan alternative untuk NIZAR berundur secara terhurmat dari kemelut "SAYA MASIH MENTERI BESAR" yang merupakan igauan terburuk seumur hidupnya, yang memalukan Pakatan Rakyat dan menyedihkan pengikut mereka!

4. KALAU benar NIZAR dan kesemua ADUN Pakatan rakyat berPRINSIP dan jujur kepada pengikut mereka, maralah setapak lagi, iaitu LETAK JAWATAN ADUN sekiranya usul "Dewan Bawah Pokok" hari ini juga tidak mendapat perkenan Paduka Seri Sultan dan dirasmikan sebagai TIDAK SAH! Jangan lah nanti dengan tak malunya masih mengaku Wakil Rakyat sedangkan sendiri sudah mengundi membubarkan DUN, walaupun macam main pondok-pondok dibawah pokok.

5. Jadi pendekkan cerita, kalaupun itu berlaku dan pilihanraya kecil berlaku akibat perletakan jawatan mereka, dan seperti diANGKUHkan, wakil PR akan juga menang balik, apakah senarionya?
Kerajaan BN dibawah Dr.Zambry hari ini tidak langsung tergugat kerana ianya masih utuh dan DUN Perak juga masih utuh walaupun kekosongan kerusi berlaku dipihak 28 orang ADUN PR. Walaupun selepas PRK kemudiannya wakil PR masih tetap dimenangkan, kedudukannya masih sama kecuali PR akan kehilangan jawatan Speaker. Apa lagi bezanya? Nizar,Siva,Ngeh,Ngar dan KESEMUA ADUN yang akan meletak jawatan ini AKAN HILANG dari DUN kerana mereka TIDAK BOLEH BERTANDING SEMULA dalam PRK yang akan diadakan.(Penyokong PR bolehlah mula pasang badan mulai hari ini, manalah tahu..)

4. Maka pada masa itu, tiada lagi orang yang akan mengaku "SAYA MENTERI BESAR" kerana sibodoh tersebut sudah tiada lagi dikalangan ahli Dewan.Jadi bersara lah dia tanpa perlu mengaku kalah! Ini lah jalan yang sedang diambil oleh PR Perak demi untuk menyelamatkan air muka Nizar dan kawan2 yang muka terconteng arang akibat kelaku sendiri!

5. Apakah untungnya kepada rakyat umum? Untung kerana menghilangkan NIzar dan EXCO nya dari terus-terusan mengaku masih MB dan masih EXCO. Untung kerana dapat memuaskan hati pengikut mereka untuk kalah tanpa perlu mengaku kalah! Tetapi tetap RUGI pada realitinya, bak kata NIK AZIZ, PRK hanya merugikan masa dan wang! Jadi SEMUA ORANG RUGI! Siapakah yang harus disalahkan? Keseluruhan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk NIK AZIZ kerana taksub dengan sifat POLITIK INGIN MEREBUT KUASA sehingga bertindak dengan tidak bertanggungjawab dan dengan tindakan melulu yang dikuasai akal dan nafsu yang bergelora diselaputi AMARAH yang tiada mengenal batasan,waimah sanggup laku apa sahaja walaupun berkawan dengan syaitan sekalipun!

6. Apakah ruginya kepada Dr.Zambry dan BN? Tiada banyak kecuali terganggu sedikit sebab terpaksa melalui PRK untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat. Untung sekiranya rakyat terbuka mata dan membuat keputusan tidak lagi mahu melayan kehendak nafsu Pakatan Rakyat dengan memberikan kesemua 28 kerusi itu kembali kepada BN dalam PRK tersebut.

Mustahil? Pokoknya ialah adakah NIZAR dan kesemua ADUN PR di Perak sanggup melepaskan jawatan dengan meletakkan jawatan?

Jika tidak sanggup, jadilah ahli pembangkang yang jujur untuk agama,bangsa dan negara!



5 comments:

Anonymous said...

geli dengar ayat last tu. umno dulu jadi pembangkang yang jujur ke? macam tu ke jujur atas nama bangsa dan agama? guling kerajaan ikut jalan belakang.

Anonymous said...

ini blog ke sampah??? how long did u expect this piece of shit (blog) can suvive??? even babi2 UMNO pun didn't notice this blog exist. I would give 5 SHITS. 5 STARS goes to DSAI.

Anonymous said...

UMNO??? ape kebenda tuh?? ooooooooo........ United Malay No Otak!!!

Anonymous said...

1. Guling kerajaan ikut jalan belakang? Silap tu bang-yang guling kerajaan PR di Perak ialah orang PR sendiri yang "main belakang" dia orang.Tapi tak boleh salahkan dia orang pasal yang ajar dia main belakang ialah BOSS PR sendiri.Sebenarnya yang lain-lain pun patut ikut macam 3 orang itu kerana mereka adalah pejuang2 yang sedar akan kesesatan bersama PR. BN menggantikan Kerajaan yang terguling oleh orang sendiri itu dengan perkenan Raja,bukan ikut pintu belakang tapi ikut pintu istana. Nizar & Gang yang sekarang terkial-kial nak cari pintu depan tak jumpa!!

2. Ini blog bukan sampah.Yang hang dok cari benda kat tong sampah memanglah hang dapat sampah! Survive? Akan terus DULU KINI & SELAMAnya! BabiUMNO? siapa kata tak notice? Kan hang dah baca,notice lah tu. 5 shits? Siapa bagi-Shanon ke? THANK YOU dan semoga mendapat balasan setimpasl dari Allah diatas kemurahan hati kau itu. 5 Stars for DSAI? Memang layak pasal dia sentiasa nampak bintang sampai tak lelap tidor memikirkan bila nak sampai kesana! Hang pun boleh ikut kalau nak, bumi ni dah sesak dengan orang tak berakal macam spesis hang. Marah? Jangan sebab aku pengikut kebebasan bersuara macam yang hangpa semua ajar!
3.UMNO? UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION atau Bahasa Melayunya ialah PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Yang takde otak tu ialah mereka yang masih tak tahu selepas 52 tahun merdeka dan yang tak tahu bersyukur atas sebesar-besar nikmat yang telah diperolehinya,iaitu kehidupan yang aman,makmur dan sejahtera hingga sekecil-kecil nikmat seperti boleh buka dan baca blog.
Marah? Jangan sebab bila kita nak sepak orang kita tentunya dah bersedia terima penendang! Kalau tak boleh terima, nasib kau lah jang!

Anonymous said...

'Dewan Undangan Bawah Pokok'
Tak dake hotel-hotel mewah kat Perak tu,

Kesian ke rakyat Perak,nak buat korja pun tak boleh,asyik Nisar panggil bersidang je.

Senang-senang ikut je perintah Sultan tu.Buat apa dok kalotnya.Takda rezeki lah tu nak jadi MB.

Nasib baik dahan pokok tak patah masa tu.
Rakyat kena fikir pajang,ada anak bini belaka lah tu.Masuk Umno lah lagi baik.......