Thursday, March 26, 2009

INI LAH BARISAN KITA !!!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO - Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Rembau,
Ketua Pergerakan Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Kepong,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Papar.

Sayap-sayap UMNO telah mengemukakan saf kepimpinan mereka dan inilah dia barisan kita.

Didalam kempen menawarkan diri dan memilih barisan, kita berentap sesama sendiri. Namun akhirnya apabila kata telah sepakat, pilihan telah dibuat, kita semua rapatkan saf untuk bersatu, bersetia dan berkhidmat dalam satu jemaah, satu ikrar dan satu wawasan.

Musuh di luar usah lah gusar, ini pilihan kita.

Barisan ini akan membawa perjuangan yang kami semua dukungi dan mereka tidak bersendiri, kerana kami sentiasa bersama, teguh, berani, tegas dan setia membawa obor dan panji-panji perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Esok, Presiden sudah menunggu untuk di nobatkan. Bakal pewaris pimpinan tertinggi akan menghitung nasib untuk di sepakatkan.

Usah lah risau dan gundah gulana kerana UMNO sedang menyusun untuk membuat perhitungan, demi kelangsungan perjuangan yang tidak akan pudar di persada alam.

Yang menang dan yang kalah diantara kami, tidak bermasaalah, kerana kami seia dan sekata dalam mendukung citra perjuangan.

Hidup UMNO, Hidup Melayu!

4 comments:

Anonymous said...

Hidup UMNO Hidup BN, dapat duit lagi puak kita

Anonymous said...

Anonymous,

Kalau nak duit banyak masuk PAS, Takkan tak dapat balak lagi dok sokong PAS.Kalau nak tanah pajak 999 tahun masuk PKR.

Hidup PAS,hidup PKR,dapat lagi kawasan balak dan tanah.
Dapat balak boleh jual Cina.
Pakatan rakyatkan.

Anonymous said...

Kalau orang yang musuh UMNO cakap duit itu kita tidak hairan kerana dia lebih tahu sebab dia memang berpolitik pasal duit. Tak dapat kat UMNO itu pasal dia masuk parti-parti yang kini melalak dijalanraya dan megah dikudakan oleh tok-tok dalang berkepentingan. Tanya mereka apa perjuangan mereka? Untuk Rakyat? Untuk seorang Manusia yang tergelincir dan jatuh ingin kembali ke persada? Untuk sekumpulan jemaah yang songsang dan mengaku alim dan mendapat mandat tuhan? Tidak, dan malangnya mereka pun tidak tahu apa perjuangan mereka selain dari JATUHKAN UMNO.Itu sahaja yang mereka tahu kerana mereka dijanjikan Harapan Baru!

Kalau yang bercakap "anonymous" ini adalah ahli UMNO, maka saya hanya boleh berkata, "kesian...insaf dan kembalilah kepangkal jalan kalau perasaan sudah menutupi akal".

Anonymous said...

Salam Ketua Cawangan,

"Sudah terang lagikan bersuluh"

Anonymous tu,bukan orang UMNO,itulah kerja agen pembangkang.
Kalau kat Israel orang paggil Mossad.

Kita jangan ingat duduk dalam PAS tu jamin masuk syurga,kalau tak sembayam dok 2x5 dengan chor ya nu alik(kafir) juga.

Anonymous ,jangan letak duit depan,duit bukan boleh bawa dalam kubur.

Mukar dan Nakir dalam kubur ,tak tanya siapa parti kamu!!!.

Dia akan tanya siapa penghulu kamu.
Jangan fanatik sangat...