Wednesday, March 11, 2009

Mana dia ?





Baru pada hari Sabtu lepas diambang sambutan Maulidur Rasul, lengkap berbaju melayu bersamping kelihatan gagah beraksi. Berarak beramai-ramai demi menegakkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kononya dia lah pejuang Bahasa Melayu yang sedih dan sanggup bermatian-matian mempertahankan KETUANAN BAHASA MELAYU dari di "perlekehkan oleh mereka-mereka yang CELAKA kerana menyokong PPSMI". Demikian itu adalah ungkapan Haji Hadi Awang apabila menegaskan sokongannya membantah PPSMI.

"Komited"nya beliau terhadap GERAKAN MANSUH PPSMI, beliau telah menggerakkan beribu-ribu ahli dan penyokong partinya untuk berarak bersama-sama GMP sebagai tanda sokongan dan perjuangan. Pada beliau dan partinya peluang berarak dalam satu demonstrasi untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar kerajaan adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.Lagi ganas FRU dan Polis menjaga ketenteraman, lagi baik kepada mereka. Lagi lencun kena air simbahan FRU lagi bagus.
Silap-silap mereka turut berdoa agar seorang dua kena belantan FRU sampai menggeletek atas jalanraya. Paling tidak pun seorang-dua, kalau boleh pemimpin mereka ditangkap dan diheret kedalam van polis, sudah cukup untuk dikatakan mereka telah berjaya. Samaada memorandum itu kesampaian atau tidak, tidak penting. Yang penting, rakyat ramai dapat menyaksikan aksi lincah mereka dan keganasan "anjing kerajaan" menyekat "hak asasi" mereka, itu yang utama.

Kita harus berbangga dengan Haji Hadi Awang, Presiden PAS dan Timbalan beliau Nasaruddin, yang telah menjayakan Perarakan 100,000 orang membantah PPSMI yang kononnya dianjurkan oleh Pejuang Bahasa.
Walaupun seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP,Dato Hassan Ahmad bahawa TIADA DALANG yang menggerakkan perarakan beliau, kita hanya boleh bersimpati kepada Bekas Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka itu serta juga beberapa kawan-kawan beliau yang telah tanpa mengetahui "helah politik kotor", telah "terperangkap basah-basah" dalam satu agenda politik yang di cemari oleh puak PAS dan PKR.

Bagaimanapun, kita tidak pula boleh memandang rendah kepada keupayaan Dato Hassan Ahmad dan kawan-kawan pejuang Bahasa nya. Mereka telah berjaya mengambil kesempatan keatas "orang-orang politik yang desperado" itu, untuk menjayakan "message" perjuangan menentang PPSMI. Walaupun jentera ahli-ahli politik desperado tersebut GAGAL merealisasikan janji membekalkan 100,000 orang, jumlah kehadiran lebih kurang 2,000 orang itu pun sudah lebih dari cukup untuk GMP.

Soal siapa mengguna siapa, cerita lain.

Yang penting suara anti PPSMI telah berjaya menarik perhatian pada ketika Parti Melayu UMNO sedang bersiap-sedia untuk bersidang.

Apa pun, kita semua sudah bosan dengan tingkah laku sebegini. Apakah kita tiada jalan lain untuk menyuarakan pandangan mahupun bantahan dalam isu-isu yang menyentuh kita? Apakah kita tiada kebijaksanaan untuk berhujah? Apakah kita tiada kepintaran untuk melobi dan mendapatkan sokongan keatas idea dan pandangan kita melalui cara yang lebih bermaruah dan bertamadun? Apakah kita yang lemah akal, yang kurang pendidikan, yang malas berfikir juga sama tabiat dan buntu fikiran dengan kita yang berpendidikan dan berupaya akal apabila menguruskan hal-hal yang jelas?Apakah selamanya kita akan terbelenggu dengan ego kita sehinggakan menguasai bahasa selain dari Bahasa Melayu adalah satu dosa? Apakah apabila kita belajar seribu ilmu melalui seribu bahasa akan menyebabkan otak kita juga berfikir dalam seribu bahasa hingga celaru?

Apakah apabila kita paksa keatas diri kita hanya baca semua ilmu dalam bahasa melayu, maka bahasa kita berdaulat? Setakat itu sahaja? Berdaulat? Kita sahaja mendaulatkannya sudah cukup, orang lain tak heran tak mengapa?
Bagaimanakah majunya bahasa melayu hari ini baik dalam segi ketinggian martabat mahupun dalam penggunaannya dan keilmuannya? Dimana pejuang dan pakar bahasa selama ini? Apakah hanya kerana baca dan belajar sains dan matematik dengan penghantar Inggeris boleh menghapuskan bahasa melayu?

Alangkah malangnya kita apabila bijak pandai yang dihasilkan dari tamadun kita tidak berupaya membawa perubahan.

Agaknya kita tidak boleh menyalahkan Dewan Bahasa dan Pustaka diatas kegagalannya meletakkan Bahasa Melayu gagah dipersada ilmu Sains dan Matematik. Agaknya kerana mereka terdiri daripada pakar bahasa, bukan pakar sains dan matematik maka mereka tidak boleh dipersalahkan diatas kekurangan bahan berbahasa melayu didalam kedua-dua jurusan tersebut.

Agaknya menjadi harapan Dr.Mahathir ketika melakukan perubahan ini untuk menyediakan pakar-pakar untuk kelak menyumbang kepada DBP bagi menghasilkan bekalan ilmu bagi mempersadakan bahasa melayu dalam jurusan sains dan matematik.

Masa yang akan menentukan. Kita hanya boleh berusaha dan kita juga lah yang boleh menghalang.

Kita ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada PAS kerana akhirnya didalam banyak-banyak perkara yang mereka telah sahkan bahawa apa yang selama ini diperjuang dan dilakukan oleh Parti Melayu UMNO adalah betul dan benar, kini termasuklah juga dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dan Ketuanan Melayu!
Sokongan PAS terhadap perjuangan UMNO itu sebenarnya sudah terlambat kerana UMNO telah meletakkan asas yang kukuh melalui Perlembagaan Negara.
Kini kita sedang menguruskan ekonomi yang merudum dan Kerajaan Barisan Nasional semalam telah membentangkan "Mini Budget" bagi menggerakkan perjuangan mempertahankan kedaulatan negara dan kehidupan rakyat.
DIMANA HAJI HADI DAN NASARUDDIN SEMALAM ketika Dato Seri Najib Tun Abd Razak membentangkan usul "Mini Budget" nya???
Sedang Lim Kit Siang dan Guan Eng serta hampir kesemua MP DAP hadir, wakil-wakil PAS termasuk kedua-dua "Panglima Perarakan Mansuh PPSMI" telah dengan tidak bertanggungjawab mengambil pendirian untuk GHAIB dan TIDAK HADIR!
Dengar khabarnya mereka cuba MEMBOIKOT tetapi gagal mencapai kata sepakat! Macam biasalah, setiap saat hendak berpolitik akhirnya nanti rakyat menjadi mangsa, tak mengapa, asalkan mereka mendapat kuasa! Ini kah wakil yang bertanggungjawab kepada rakyat??
Kalau Dato Seri Ali Rustam baru-baru ini berkata bahawa "DAP naik tocang kerana dokongan PAS dan PKR dan bahawa PAS telah gagal mendakwahkan DAP", maka saya kata sebenarnya yang naik tocang ialah PAS kerana dengan dokongan DAP dan PKR, mereka semakin gila menjual maruah Islam dan melemahkan kesatuan orang melayu sehingga mereka kini hilang punca dan sudah tidak tahu apa kah misi sebenar mereka sehinggakan mesyuarat bawah pokok dan berguling atas jalan adalah lebih penting dari bermesyuarah didalam Dewan bagi membincangkan permasaalahan rakyat. PAS juga gagal mencontohi DAP dalam isu kepentingan bangsa, agama dan negara!
Sungguh lucu melihat Haji Hadi, Nasaruddin dan Ahmad Sabu berarak demi memperjuangkan Bahasa Melayu yang bermakna menegakkan KETUANAN MELAYU yang dulu dikatakan satu perjuangan ASSABIYAH!
Syabas kepada UMNO kerana selama ini telah mempertahankan dan mendaulatkan Islam dan Melayu di tanahair orang melayu ini, sehinggakan PAS sendiri akur.
Kenapa tidak berarak untuk menegakkan BAHASA ARAB sebagai subjek wajib?? Ada lah kebenarannya apabila Dato Ali Rustam berkata bahawa PAS telah didakwahkan oleh DAP, kerana DAP sekurang-kurangnya amat sensitif dalam mempertahankan malah ingin mendaulatkan Bahasa kaum Tionghua di Tanahair ini!



Tahniah kepada Dato Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said kerana telah menyedarkan PAS akan KETUANAN MELAYU sehingga PAS sanggup berguling-guling dan lencun kerana berjihad untuk menegakkan BAHASA MELAYU yang sudah sedia termaktub kedaulatannya oleh wawasan jauh pengasas UMNO dan pejuang Kemerdekaan.
Hanya PAS sahaja yang tidak mahu akui kerana gila kemaruk dengan dokongan DAP dan rabun mata hati dek terkena sihir seorang makhluk yang pernah dimusuhinya dulu, yang kini tercemar dek isu moral apabila dituduh MELIWAT buat kali yang kedua.
Apakah PAS juga akan berguling-guling atas jalanraya untuk mempertahankan orang ini dengan alasan bahawa tuduhan tersebut adalah rekaan semata-mata?

Apakah seperti biasa PAS akan diheret oleh PKR untuk membuat keputusan walaupun kita ada undang-undang dimana selagi seseorang itu belum selesai dibicara dan belum diputuskan kedudukan oleh Hakim, maka dia belum terbukti kesalahannya?
Sama juga selagi Hakim belum membicarakan, maka dia juga belum boleh diisytiharkan tidak bersalah? Menanti perbicaraan, status nya ialah "Orang Kena Tuduh", bukan "Orang Tidak Salah".
Kita sama-sama saksikan sejauh mana agaknya PAS akan menyimpang!

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam dulu ketua Cawangan,

Isu bahasa,tukar je lah ke bahasa Malaysia,bahasa ibuda tuan juga kan.

Jepun,German,Korea,Siam,Peranchis dan banyak lagi bangsa global yang guna bahasanya sendiri boleh maju jaya rakyatnya.

Kenapa kerajaan (UMNO) nak suruh rakyatnya ikut bahasa penjajahnya.

Sekarang ramai anak Melayu merosot Matematik dan Sains kerana punca tak berapa faham dalam bahasa Inggeris tu.Lagi pun cikgu yang ajar budak-budak tu pun merangkap juga ,kata orang 2x5.

Ini bukan soal siapa buat berarak,orang UMNO pun ada sekali hari itu,tapi tak ramai.Mungkin takut dilihat oleh ketua cawangan masing-masing.Kata orang tua-tua malu mata.

Mengapa UMNO tak jadi ketua hari itu,sedangkan UMNO perjuang bangsa Melayu.

Tidak semua UMNO buat betul belaka dan tidak semestinya Pas buat molek belaka.

Kalau rakyat rasa ada tak puas hati perlu bersuara.UMNO perlu ambil perhatian dan tindakan,barulah menang pilihanraya akan datang.


Untuk renungan bersama,
"Tidak semetinya yang berketayap berjangut itu Pas,tapi yang bersongkok kebanyakan UMNO".
Itulah susah nak beza di hari berarak tersebut.


Minta maaf jangan marah komen ni,
Drp.Ibu/bapa,

Anonymous said...

Anggapan bahawa ramai anak melayu gagal kuasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, adalah satu tanggapan yang tidak berasas. Keputusan peperiksaan terbaru menunjukkan pencapaian anak luar bandar dalam Sains dan Matemetik lebih baik dari anak bandar. Nur Madihah dari Sekolah Arab di Kota Bharu mencapai 20A SPM dan menyatakan bahawa belia menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana LEBIH MUDAH katanya.

Soal belajar Sains dan Matematik mengguna pengantar Bahasa Inggeris BUKANnya merupakan ISU BAHASA. Isunya ialah samaada pelajaran ini lebih baik diajar dan dibelajar mengguna Bahasa Inggeris. Ini soal mencungkil Ilmu. Hakikatnya ilmu Sains dan Teknologi adalah satu cabang ilmu yang telah jauh kita ketinggalan dan gedung ilmu ini adalah didalam Bahasa Inggeris, bahasa yang digunapakai diperingkat global. Jadi bukankah lebih baik kita gali ilmu ini terus didalam bahasa inggeris kerana bahan rujukan dan terminologi yang digunapakai adalah didalam bahasa tersebut. Memang kita boleh menterjemahkannya, tetapi bila dan mengapa tidak ianya diterjemahkan selama ini hingga keperingkat PHD? Lagipun mampukah kita menterjemahkannya sentiasa mengikut perkembangan ilmunya yang berlaku didalam dunia teknologi global yang dimulai dan dilakukan dalam bahasa global? Kemudian, jika pun kita berjaya mengadakan terjemahan, mampukah pelajar dan pengkaji kita menyesuaikan diri dengan bahasa dan terminologi yang digunakapakai diperingkat global apabila mereka melanjutkan pencarian ilmu mereka diluar negara? Lagi pula apabila mereka ingin mengaplikasikan ilmu mereka, bukakah bahan-bahan rujukan masih didalam bahasa inggeris dan terminologi ilmu tersebut didalam bahasa inggeris dan melayu berlainan? Macam mana mereka ingin melonjak lancar jika mereka hanya terkongkong didalam kemelut bahasa ibunda?

Yang pentingnya, mengapa kita mencampur adukkan isu belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris ini dengan isu mendaulatkan bahasa melayu? Apakah dengan kita belajar ilmu dalam bahasa lain, maka kita memperlekehkan bahasa melayu? Apakah hilang jatidiri kita sebagai melayu apabila bercampur, bercakap atau hidup dikalangan bukan orang melayu?

Apabila kita ingin mendalami ilmu Al Quran, bukankah kita menggunakan bahasa arab supaya dapat kita faham dan gali isi kandungannya? Oleh kerana kita gagal menguasai bahasa arab, maka sejauh mana kita boleh mendalami ilmu Al Quran? Lagi pula apabila kita telah beriman maka adakah goyang iman kita hanya kerana kita hidup dikalangan orang tidak beriman? Kita tetap berpegang dan bertakwa mengikut keimanan kita.

Jadi isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris adalah semata-mata isu menggali ilmu tersebut menggunakan cara yang paling praktikal dan menghadapi realiti.

Kedaulatan Bahasa melayu tidak samasekali tidak tercabar. Banyak lagi usaha bagaimana kita hendak mendaulatkan bahasa melayu.

Contohnya, mempertingkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan semua Kaum di Malaysia dan urusan-urusan rasmi dan harian. Mempertingkatkan martabat dan kehebatan anak bangsa supaya esok mereka sendiri akan menterjemahkan dan mencipata teknologi tinggi serta menjadi pakar dalam ilmu tersebut, sehinggakan orang luar ingin juga berkongsi dan lantas belajar bahasa melayu kerana ingin menggali ilmu orang melayu.

Jangan kita halang kemajuan mempertingkatkan keilmuan kita didalam sains dan teknologi hanya kerana hambatan bahasa. Tiada gunanya bahasa kita diletakkan tinggi dan disalut emas sedangkan kegunaannya dan kedaulatannya tidak ada isi.

Agama juga menyeru kita menghambat ilmu dan dia tidak kata hanya guna bahasa arab atau bahasa melayu atau bahasa orang asli atau bahasa africa atau bahasa ionggeris? Cari dan belajar ilmu dan tinggikan martabat kamu, itu lebih penting.

Cuba anda renungkan, apalah gunanya kita bermatian-matian enggan belajar sesuatu ilmu hanya kerana ianya tidak diterjemahkan kedalam bahasa ibunda kamu? Apakah kamu akan terus melupakan asal usul dan bahasa ibunda kamu hanya kerana kamu kini pandai kerana boleh bertutur dalam seribu bahasa lain?

Soal memperkasakan bahasa melayu adalah satu usaha dan isu yang lain sama sekali. Itu fahaman saya.

Juga cuba bayangkan Haji Hadi, Ahmad Sabu dan Nasaruddin serta pak tangguk yang memanaskan isu PPSMI itu bersembahyang hanya menggunaklan bahasa melayu kerana ingin mendaulatkan bahasa melayu dan enggan belajar atau bertutur dalam bahasa arab kerana ianya akan menghakis kedaulatan bahasa melayu?

Bukan kita menyamakan, tetapi apalah salahnya belajar sains teknologi dalam bahasa yang ianya sudah sedia mendalam. Esok bila kita dah cukup pakar, kita ciptalah teknologi mengguna bahasa kita sendiri.

Juga bukan lah tujuan PPSMI untuk menjadikan anak melayu kita menjadi fasih dalam inggeris. Untuk fasih dan menguasai bahasa inggeris kita menyediakan pelajaran khusus untuk belajar dan kuasai bahasa tersebut.

Dulu masa kita mula belajar bahasa inggeris, kita pun sepatah haram tak tahu bahasa tersebut? Dulu bila kita mula belajar ilmu apa pun, kita pun tidak tahu sepatah haram baik dalam bahasa apa pun kita diajar? Tetapi kerana kita belajar maka kita dapat mengikutinya.

Jangan lupa, semua pakar dan pejuang bahasa yang berarak tempoh hari termasuk Hj.Hadi dan konco-konconya juga belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kenapa boleh?

Wassallam,

Anonymous said...

Salam sekali lagi Ketua Cawangan,

Terima kasih memberi pandangan.

Sila layari untuk melihat keluhan rakyat.


http://nnora75reform.blogspot.com/

Ibu/bapa