Tuesday, March 24, 2009

Mohon KESUDIAN memberikan SIMPATI

Nizar Jamaludin dengan diiringi Mr. Ngeh yang sentiasa setia tersengeh-sengeh disisinya telah di calonkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Parlimen BUKIT GANTANG. Melihatkan wajah Mr.Ngeh yang sentiasa berada disebelah Nizar setiap masa, alat-alat macam menonton watak "Mr.Ngeh and his Puppet, Datuk Nizar".

Meleret senyuman Ngeh, agaknya bangga kerana cadangannya dahulu agar Nizar dicalonkan oleh PAS telah berjaya.

Nizar Jamaluddin yang kita kenali ialah:-

1. Nizar telah "mohon menderhaka kepada titah Paduka Seri Sultan". Beliau juga telah membuktikan penderhakaannya dengan mencabar perlantikan Kerajaan baru Paduka Seri Sultan dengan membawa kesnya untuk diputuskan oleh Mahkamah.

2. Nizar enggan menjalankan titah Paduka Seri Sultan supaya beliau meletakkan jawatan daripada mengetuai Kerajaan Baginda. Malahan Nizar TETAP mengaku dirinya masih Menteri Besar yang SAH walaupun Menteri Besar yang baru telah diperkenan dan dilantik oleh Paduka Seri Sultan.

3. Nizar telah membelakangkan Paduka Seri Sultan dengan mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri tanpa terlebih dahulu mendapatkan titah perkenan Paduka Seri Sultan. Kita mengandaikan bahawa tindakan itu dilakukan bagi mengelak dari mematuhi perintah Sultan agar dirinya meletakkan jawatan Menteri Besar kerajaan Paduka Seri Sultan.

4. Nizar telah sekali lagi menunjukkan penderhakaannya apabila bersekongkol dengan V.Sivakumar, (Speaker Gila Kuasa yang beraja dimata bersultan dihati), mengadakan sidang tergempar Dewan Bawah Pokok, membelakangi kedaulatan dan ketuanan Institusi Raja Berpelembagaan dan dengan angkuh dan biadap telah membubarkan Dewan Perundangan Negeri sedangkan Kerajaan baginda masih utuh dan dibawah perkenan baginda, masih memilikki mandat untuk menjalankan urusan kerajaan.

5. Nizar yang telah "mohon mengadap Paduka Seri Sultan" untuk mempersembahkan keputusan Dewan Bawah Pokok, masih sehingga kehari ini GAGAL mengadap. (Mungkin tidak diperkenan untuk mengadap).

Juga kita jangan lupa ketika di Mahkamah, sebaik sahaja selesai memfailkan kesnya, beliau telah dengan lantang melaungkan slogan berikut: "HIDUP,HIDUP - HIDUP RAKYAT". (Slogan tersebut membawa maksud tersirat mengajak rakyat untuk bangkit, menentang siapa?)

Nizar dan sekutu komplotnya boleh mengatakan itu adalah haknya, tetapi pandangan kita juga adalah hak kita.

Kes yang di bawa oleh Nizar ini akan di rungkai oleh Mahkamah melalui peruntukan Undang-Undang yang ada. Jadi kita semua akan menanti penyelesaiannya menurut pandangan dan kedaulatan undang-undang.

Waimah apa-pun buat masa ini, emosi dan nilaian kita sebagai orang biasa tetap tercabar kerana sebagai orang Melayu dan sebagai Rakyat Malaysia kita berhak meletakkan nilai tata -susila dan amalan pusaka kita mengikut adat dan budaya kita. Dan mengikut nilai budaya dan adab susila kita orang melayu, mencabar Institusi Raja adalah satu penderhakaan.

Kita berharaplah kali ini RAKYAT di BUKIT GANTANG,akan menunjukkan kepada Nizar dan sekutunya bahawa SIKAP dan BUDAYA yang dibawanya adalah sesuatu yang KITA SEMUA tidak berkenan.

Mari kita katakan kepada Nizar; "MOHON SUDI KETEPI KERANA KAMI TIADA SIMPATI KEPADA ORANG YANG BIADAP", Calon PAS, Nizar Jamaluddin, KITA MESTI TOLAK untuk 999 TAHUN!!!! (BERAPA keturunan tu? Lu kira lah sendiri!)

Kedaulatan Raja kerana Rakyatnya dan Kedaulatan Rakyat kerana Institusinya! Daulat Tuanku!

No comments: