Saturday, March 28, 2009

Ini yang mahu dilihat dan ini yang kita harapkan!






Tiada kata seindah gambar, mengubah sedikit lirik lagi Allahyarham P.Ramlee, Tiada Kata Seindah Bahasa, Tiada Gambar Seindah Lukisan!

Dato Seri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Presiden UMNO yang baru, mengatakan dengan tegas ketika ucapan penggulungannya, akan niatnya untuk memanggil kedua-dua Negarawan ini untuk duduk bersama dan berbincang. Tun Dr.Mahathir Mohammad yang ketika itu berada di aras atas, telah turun kebawah dan terus memanjat pentas untuk bersalam-salam dan memeluk Pak Lah. Tindakan Tun adalah secara tidak langsung ingin mengiakan pelawaan Najib.

Kita bersyukur dan berharap anak Tun Abd.Razak ini yang sekarang mewarisi tampuk kepimpinan UMNO akan mendapat tunjuk ajar dan panduan berguna daripada dua orang negarawan yang masing-masing mempunyai jasa dan cara tersendiri mengemudi armada bangsa.

Seperti saya katakan terdahulu, Najib tentunya bertuah kerana beliau bukan sahaja mempunyai saf kepimpinan dari barisan baru yang ampuh dan baru, tetapi beliau juga ada dua orang Negarawan hebat disamping bekas-bekas pemimpin lain yang walaupun tewas dalam pemilihan tetapi masih segar bugar untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Kita semua selaku ahli perlu membantu dan mendaulatkan barisan kita ini! Anak kepada Bapa Pembangunan ini adalah penyelamat kemelut yang sedang melanda UMNO dan orang Melayu.
Marilah kita semua berdoa dan bergerak bersama untuk membantu pemulihan dan transformasi ini. Tun M dan Pak Lah sudah menunjukkan jiwa besar mereka, kita apa lagi, ayuh!

Hidup UMNO, Hidup Melayu!

No comments: