Thursday, February 26, 2009

BESAR CELAKA PUNYA PARIAH!

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,lantas mengeluarkan kenyataan mewakili 700,000 Pemuda UMNO untuk menyatakan kekecewaan diatas sikap "unpaliamentarian" Karpal Singh.Menurut KJ,tingkah laku Karpal Singh tidak mempamerkan mentaliti ahli parlimen kelas satu.KJ seterusnya mencabar Karpal mengemukakan bukti bagi dakwaan peluru tersebut dalam masa 24 jam,jika gagal maka beliau menyeru rakyat menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah seorang "penipu yang sudah hilang kredibiliti".Pemuda UMNO kata KJ,"tidak akan membuang masa menuntut Karpal memohon maaf kerana beliau adalah manusia yang tidak mengerti bertaubat."

KJ selaku Naib Ketua Pemuda telah mewakili sayap UMNO tersebut dan keseluruhan ahlinya melalui kenyataan akhbar yang dibuat di Dewan Banquet Parlimen pada 26hb Feb.2009.

Karpal mengaku dirinya sekarang adalah "Raja".Dengan bongkak dia berkata "jangan main-main dengan saya, SINGH IS KING!".Karpal Singh menghamburkan kemarahan meluap-luap terhadap Pemuda UMNO yang "celaka" katanya.Karpal Singh umpama seorang yang sudah hilang pertimbangan dek nafsu amarah teramat sangat.

Mengapa dia marah-marah?Orang yang marah-marah ini adalah orang yang kecewa.Selepas menembak peluru kapur dia sudah hilang pedoman.Bonekanya diPerak sudah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar,tetapi Karpal Singh masih belum memfailkan samannya terhadap Paduka Seri Sultan Perak.Walaupun demikian Pemuda UMNO dan lain-lain, sudah memfailkan 100 laporan rasmi.Lebih mengecewakan dia pula mendapat ugutan berupa 2 butir peluru hidup.Kemarahan yang meluap-luap dihamburkan kepada musuh politiknya dan Pemuda UMNO dibarisan hadapan dimaki hamun oleh NAGA TUA ini!

KJ memang betul, bila dia mengatakan manusia ini tidak mengerti bertaubat.Saya tidak hairan, kerana pada saya, mana mungkin dia hendak bertaubat apabila dia tidak faham pahala dan dosa kerana sudah dikaburi dendam kesumat. Sedangkan orang PAS yang bertudung dan berjubah labuh pun sudah dikuasai nafsu amarah. Ini kan pula SINGH IS KING!

Jadi perlukah Pemuda UMNO marah dengan luahan perasaan Karpal yang terbaru ini? Tidak perlu sama sekali, kerana keceluparannya itu hanyalah satu manifestasi kekecewaan yang sedang mencengkam hati sanubari dan akal semua orang yang diwakili oleh Karpal Singh didalam kepimpinan Pakatan 3 Sekawannya.

Bila kemarahan telah menguasai fikiran,ianya membakar dan darah naik membalut otak hingga gelap akal dan fikiran tidak dapat lagi berfungsi.Mari kita ambil pedoman dari Prof.Dr.Hamka yang menulis;

"Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar,api terkurung didalamnya dan angin masuk juga mangipasnya sehingga terkumpullah didalam gua,asap dan wap,yang menambahkan panas.Kedengaran api memakan sekelilingnya,habis semuanya jadi bara.Meskipun diusahakan menyiram,maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi laksana minyak tanah,menambah kerasnya api."
Pakatan Rakyat terus-menerus menyalakan api kemarahan dikalangan pengikutnya bermula dari tindakan berguling-guling menentang keputusan Paduka Seri Raja kepada kedegilan bodoh yang dipamerkan oleh Nizar Jamaluddin hinggalah yang terkini kemarahan meluap-luap sipenembak peluru kapur,Karpal Singh!

Perangai mereka ini adalah bersesuaian dengan manifesto "HARAPAN BARU".Semangat gila telah menghilangkan kewarasan dan pertimbangan. Keimanan dan ketakwaan bercampur baur dengan setiakawan kepada perjanjian syaitan. Api kegilaan akal, terus ditiup dan dihidupkan dikalangan pengikut Pakatan Rakyat kerana jika tidak,tiada apa lagi yang boleh diharapkan!

Mengapakah sampai begini sekali kemarahan menjadi-jadi? Berikut ialah sedikit pedoman yang saya cungkil dari buku yang ditulis oleh Prof.Dr.Hamka bertajuk "Tasauf Moden";

"MARAH YANG TERLARANG!
Iaitu marah yang terbit dari takbur,sombong dan kebanggaan.Marah yang terbit lantaran meninggi diri,hasad,dengki,BEREBUT PENGARUH.Kemarahan ini hanya untuk kepentingan diri,bukan untuk mendidik atau mengajari.Untuk menahan kemarahan seperti ini perlu banyak maaf dan banyak menahan hati."

"Apakah HASIL DARI MARAH?
Sesal adalah hasil marah yang paling nyata.Sebab marah yang meluap-luap ialah penyakit "gila singgah".Terlalu marah,boleh membawa maut."


Demikian sedikit sebanyak pengajaran yang cuba disampaikan didalam buku tersebut yang baik dibuat teladan.

Orang yang selalu marah-marah, sebenarnya akan berakhir dengan dirinya dijadikan bahan ejekan orang kerana terlalu merasakan diri itu pendekar sedangkan hakikatnya hanyalah temberang, tak ubah lah macam sipenembak peluru kapur!

Jadi Pemuda UMNO, jangan kita marah kepada Karpal Singh. Kita cuma biarkan dia bak kata KJ tadi, simpulkan bahawa dia seorang PENIPU yang sudah hilang kredibiliti.

Jangan kita layan dia sebab dia orang kecewa yang marah.Marah dia adalah marah orang yang ingin merebut kuasa!

Apa yang perlu kita katakan ialah,kesiannn...... Innallillahiwainnahirajiuun,,,,

Resam orang Melaka, bangsat yang sebegini hanya layak dijadikan bahan tertawa dan dipanggil "Besar Celaka Punya Pariah"!

Marah kita marah bertempat. Al kisah Hikayat Melayu pernah bercerita bagaimana Jebat menderhaka dan Hang Tuah menamatkan angkara setelah dititah dan dimandatkan oleh Raja!

5 comments:

Haji A. Ali, HS said...

Syukur karpal telah memberikan peryataan yang sememangnya benar mengenai pemuda umno.

mereka ini bukan sahaja kurang ajar, malah sial!!!

ini negara demokrasi dan negara ini berparlimen, maka di dalam parlimen kita boleh berkata apa sahaja, unutk menunjuk kan ekpresi kita...

pemuda umno yang kurang ajar, mereka menaikkan semagat perkauman dengan slogan2 yang kurang ajar..

syabas karpal..

ini negara malaysia dan bukannya negara UMNO/BN..ingat itu!!!

sesiapa sahaja boleh menjadi PM..


lawan tetap lawan..!!!

kalau berani kepada taknak bubar dun?? penakut!!

sila siarkan komen saya jika anada benar2 pendekar!!!

Haji A. Ali, HS said...

Salam,

Saya berjanji akan memastikan PR menang dalam semua pilihanraya baik yang kecil atau yang besar..rekod kita masih bersih 2-0 dan ALLAH bersama PR !!!

jika umno membuka keris saya cuma membuka lembaran ALQURAN DAN HADIS..

lawan tetap lawan..!!!

Haji A. Ali, HS said...

Inilah sikap UMNO suka menapis komen2 yang menyokong mereka, so mereka ini tidak telus di dalam memberikan kebenaran yang hakiki kepada semua ...

UMNO penakut !!!

kalau berani buka pintu DUN PERAK..kita lawan!!!

Anonymous said...

Salam Ji,
Tetap bersyukur diatas kebebasan bersuara dan tidak lekas menfitnah! Tengok mana ada tapis? Haji lontarkanlah api kemarahan itu sepuas hati kemudian Haji baca balik dan gelak kalau tidak mampu berastaghafar!
Haji nak lawan siapa ji? Baca kitab dan tengok kat mana betulnya semangat haji yang berasap tu?
Haji marah? Marah atas sebab apa ji? Pasal nak dapat kuasa? Nak rebut kuasa? Ya..lawan tetap lawan..Ya..tepuk dada tanya iman!

Anonymous said...

Haji,apa dok sokong kaparnya,barang tak leh pakai.
Barang tak mandi wajib kan tu.

Masuk-masuk UMNO lah....