Saturday, February 21, 2009

Politik, Bogel, Maruah?



Saya tidak bermaksud peluru pemusnah dalam konteks yang diterima Karpal Singh apabila sebelum ini saya mengatakan peluru pemusnah bersimpang siur di medan politik! Tetapi itu lah dikatakan politik dimana benda-benda seperti ini kadang-kadang berlaku, sepertimana kadang-kadang kita juga tak sangka ada orang sanggup berbaring diatas jalan semata-mata atas perkara yang dia sendiri tidak tahu pucuk dan pangkalnya.

Nik Aziz seperti biasa pun melenting marah.Eli dikatakan mangsa kepada pencerobohan privasi apabila gambar ghairahnya tersebar.Eli, kata Nik Aziz, berhak berbogel didalam rumahnya sendiri kerana ianya tidak berdosa.Nik Aziz memang hebat! Dia dah tahu apa sebenarnya yang terjadi. Ketua Polis Kuala Lumpur boleh tutup fail siasatan.Tanya sahaja pada Nik Aziz, dia ada maklumat dan tahu apa yang sebenarnya berlaku didalam bilik Eli hingga membawa kepada tersebarnya gambar itu. Atau adakah Nik Aziz hanya seorang bomoh? Ataukah dia seorang politikus macam yang biasa kita tahu?

Saya dengar orang kata, gambar Eli terselak, ketika berbaring diatas katil,memakai kain pelikat.Agaknya kain pelikat siapa kah itu? Saya tidak tahu kerana saya bukan bomoh yang boleh menilik. Eli,didalam laporannya kepada polis mengatakan bahawa gambar tersebut diambil oleh boyfriendnya. Itu yang kita difahamkan. Nik Aziz pun patut hairan juga macam mana si boyfriend boleh ada didalam bilik Eli? Ataukah Nik Aziz tak diberitahu gambar itu bukan diambil oleh penceroboh? Nik Aziz salah tilik ke atau Nik Aziz bukan bomoh? Yang saya tahu dia bukan bomoh kerana saya amat tahu bahawa Nik Aziz adalah seorang politikus!

Ibrahim Ali tidak bermaruah! Itu kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Nik Aziz pun amat marah dengan tingkah laku Ibrahim di Parlimen baru-baru ini. Menang atas ehsan dan pinjaman logo oleh PAS. Menang sebab PAS dan pengundi PAS tolong dia tetapi sekarang dok kutuk PAS dan kawan-kawan PAS. Sungguh tidak bermaruah dan patut letak jawatan. Itu kata PAS. Saya kata lain. Ibrahim Ali bijak, tak dapat bertanding mewakili kawasannya kerana bukan ahli UMNO dan pernah dibuang UMNO maka nak bertanding atas tiket Bebas pula, pernah kecundang sebelum ini. Jadi guna kebijaksanaan berhelah dan berjaya mengumpan PAS bagi pinjam logo dan bagi pinjam sokongan. PAS dalam keghairahannya hendak menentang UMNO dan BN, tanpa selindung dan agaknya tanpa membuat sembahyang istikarah, terus memberi tawaran umpama tak cukup tangan,Stadium Kota bharu ku tadahkan untuk Ibrahim Ali. SIAPA YANG TAK BERMARUAH? PAS ke Ibrahim Ali? Tentulah PAS yang tak bermaruah, sanggup laku apa sahaja asal boleh lawan UMNO!

Ibrahim Ali tidak salah, malahan dia berpegang kuat pada prinsipnya, iaitu BEBAS! Dia bebas bersuara dan bebas menyatakan pendapat.Dia bebas nak sokong siapa kerana dia BEBAS. PAS yang bersalah kepada penyokongnya kerana menyuruh mereka memberikan undi kepada Ibrahim Ali yang diberikan pinjam logo.PAS sungguh tidak bermaruah kerana memperdaya pengundinya dan tidak bermaruah kerana cuba menyogok Ibrahim Ali dengan sokongan undi dan cuba membeli sokongan Ibrahim Ali dengan sogokan.

Tan Sri Khalid pada awal musim mengatakan bahawa kereta LEXUS adalah kereta peribadi.Itu kenyataannya apabila dia kehulu dan kehilir menaiki kereta mewah sedangkan sebelumnya menggambarkan pemimpin BN mengguna wang rakyat untuk mewah.KEMUDIAN apabila didakwa mengguna wang kerajaan membaiki kereta LEXUS, maka dengan tidak berfikir terus melatah, macam biasa. Dia dengan rasminya menyatakan bahawa kereta LEXUS adalah kereta RASMI Menteri Besar. Dia terlupa kereta CAMRY dah sampai dan itu adalah kereta rasmi MB. Adakah sekarang MB Selangor ada 2 buah kereta rasmi? Atau dia bertujuan hendak "cover line" pasal sudah terbongkar kecurangan? Tak cukup di situ, dia juga cuba menyalahkan Ketua Pembangkang dengan membuat laporan polis kerana memfitnah.Tiba-tiba kita ditontonkan di TV bahawa SPRM sudah selesai siasatan dan mempunyai bukti kukuh tentang adanya penyalahgunaan kuasa berlaku. Apakah laporan polis menafikan dakwaan Ketua Pembangkang itu, sekarang sudah jadi laporan palsu? Kita tunggu pembongkaran seterusnya mengikut saluran dan proses pihak yang berwajib.

PELURU HIDUP sudah diterima Karpal Singh.Walaupun ini tidak sepatutnya berlaku tetapi peluru Karpal Singh masih belum kita lihat letupannya. Hingga kehari ini, saya masih menunggu Karpal Singh memfailkan samannya terhadap Paduka Seri Sultan Perak. Adakah Karpal Singh hanya menembak peluru kapur? Orang melayu rata-rata disana-sini bangkit dengan kemarahan terhadap Karpal Singh kerana cuba menyaman Sultan. Dalam masa yang sama BOSS dia, BOSS Pakatan Rakyat menentang usaha Karpal Singh dan menyatakan tidak bersetuju dengan niatnya untuk saman Raja Melayu. Karpal Singh pun berlakon lagi mengikut skrip yang sudah diatur. Karpal Singh pun dilihat berseorangan dan semua orang melayu memandang musuh terhadap Karpal Singh. BOSS dan kawan-kawan yang lain jadi tidak sejahat Karpal Singh. Si bodoh Nizar didalam pada itu memasukkan samannya terhadap Zambry. Apahal saman Zambry? Bukan dia yang pecat Nizar. Dia hanya menjalankan titah Raja. Nizar sebenarnya menyaman Zambry kerana akur kepada titah Raja. Kita bercakap tentang politik bermoral? Dimana maruahnya?

V.Sivakumar menambahkan kalut. Dia ingin berseronok dengan jawatan dan kuasa yang ada pada jawatan itu yang umurnya boleh dikatakan umpama membilang hari. Zambry tentunya akan melucutkan jawatan itu apabila Dewan bersidang nanti. Jadi lakukan tindakan menyerang mampus tak heran. Alang-alang aku tak dapat biar semua tak dapat. Dimana tanggungjawab seorang politikus kepada rakyat awam. Dimana pengorbanan untuk kepentingan ramai? Dimana moral dan dimana maruah?

Semuanya terbogel dan gugur luruh adalah kejadian semula jadi dimusim bunga. Semuga yang tinggal akan berputik dan kita akan mendapat hasil yang baik!

1 comment:

Anonymous said...

Memanglah dah bogel tak da maruah.

Ingat tak dulu Mat Sabu kena tangkap Khlwat,lepas saja.

Asal masuk Pas je.....

Kes eli pun mungkin lepas saja,asal PKR kawan baik pas.

Rakyat dah faham benar dah cara ni.