Thursday, February 19, 2009

Bunga Durian Gugur Bersepah!



Peluru pemusnah nampaknya bersimpang siur di medan politik! Umpama bunga-bunga putik durian tak menjadi, gugur bersepahan dipangkal pokok,dipijak orang,dikencing anjing.

Diawal musim,peladang tersenyum gembira melihatkan bunga-bunga memutih dipohon yang rendang.Dia sudah mula mencongak untung kerana bunga itu akan menjadi putik dan putik-putik akan menyubur menjadi buah.Anak cucu dibandar sudah mula dikira dan pokok-pokok akan diagih untuk mereka.Yang lainnya akan dipajak dan peladang tersenyum lebar merasakan usahanya sudah berhasil.

Dimedan politik yang sinis dan oportunis,plot keguguran bunga dipohon bagaimanapun tidak dianggap satu proses semulajadi sebaliknya musuh dijadikan angkara kepada setiap kedukaan dan kejatuhan perwira.

Terkini, Tan Sri Khalid Ibrahim, melakonkan watak Dato' Bendahara yang amat mulia,akan mengadap Paduka Sultan membawa berita dan "meminta nasihat" Duli Baginda, sebelum pasukan Exco memutuskan duduk perkara. Kalau lah Bendahara Nizar berperangai serupa, alangkah elok rupa nya dia! Tetapi jangan kita lupa, Dato Menteri Besar Nizar juga pernah berkata,"Saya akan akur apa jua perintah Raja". Namun sebaik mendapat titah supaya mengosongkan jawatan, Nizar "mohon menderhaka"! Itu lah cerita dua Bendahara yang tidak langsung punyai kuasa kerana diri diatur oleh penganjur yang sebenarnya berkuasa.

Hari ini, Setiausaha Kehurmat Majlis Perundingan Malaysia Bagi Agama Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh,R.Thiagharaja berkata, pasangan lelaki-wanita yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan dianggap hina disisi masyarakat kerana mempamerkan contoh yang tidak baik.Dianggap kurang ajar kerana tidak menghurmati masyarakat sekelilingnya.Mungkinkah R.Thiagarajah juga akan menjada sasaran maki hamun sepertimana pernah dilakukan kepada Dato Mufti Perak baru-baru ini, hanya kerana memberitahu perkara yang benar? Ketua Wanita PKR dan konco-konco bertudung labuh yang menangisi Eli, mungkin ada jawapannya.

Seperti dijangka,sekarang ini setiap hari bangun pagi,kalau embun tak ada,sebabnya ialah tidak lain lagi, konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Tidor malam,kalau tak lena,tiada lah lain sebabnya,konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Hinggakan kalau aku terlaku silap pun tiada lah lagi sebab selain kerana aku terkena konspirasi Barisan Nasional/UMNO.Pendekkata apa sahaja terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku,kalau tak elok atau tak untung, Barisan Nasional/UMNO lah yang ampunya angkara.

Beginilah ajaibnya tarikan UMNO/Barisan Nasional.Orang ramai teramat sayang dengan UMNO/Barisan Nasional sehinggakan tidak mampu mengenepikan peranan dan kepintaran yang dimilikki oleh UMNO/Barisan Nasional.Kalau sudah begitu,mengapakah harus kita membuang masa dengan bunga-bunga palsu yang hanya ingin menarik perhatian dengan memberikan kita harapan yang palsu?

Mereka akan terus berkelakuan buruk dan akan terus mengelirukan isu supaya harapan yang disematkan di hati nurani kita kekal berkembang dan kepalsuan mereka terus dipendam.

Kalau benar mereka orang yang bermoral, jangan menakut-nakutkan orang dengan hantu yang tiada, mengaku sahajalah sudah melakukan perbuatan yang tak manis, mengaku sahajalah mereka juga manusia biasa seperti orang lain yang tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun oleh kerana selama ini telah berlakon baik sebaik-baik manusia hingga dimuliakan orang dengan cara menjatuhkan moral orang lain, maka sepatutnya lah mereka tidak perlu diingatkan supaya tidak terus berlakon sandiwara. Ini bukan pentas sandiwara yang boleh mereka gunakan selama-lamanya untuk menipu dan memberikan harapan yang palsu!

Tan Sri Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong perlu meletakkan jawatan. Speaker Perak V.Sivakumar perlu meletak jawatan.V.Sivakumar perlu memohon maaf kepada Paduka Seri Sultan Perak kerana keterlanjurannya menyalahguna kuasa, menghina Raja dan memberikan kenyataan palsu dengan niat mencemar nama baik Dato Menteri Besar Perak dan membohongi orang ramai untuk tujuan yang jahat!

No comments: