Saturday, February 14, 2009

KOMPLOT JAHAT PENDERHAKA!

SiPenderhaka Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk:-

1. Perintah perisytiharan bahawa beliau adalah masih Menteri Besar Perak yang sah,

2. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Datuk Dr.Zambry Abd Kadir yang baru dilantik oleh Paduka Seri Sultan, sebagai tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar tersebut,

3. Perintah berhubung tafsiran Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar Perak boleh dikosongkan.

Beliau menamakan Datuk Dr.Zambry Abd.Kadir sebagai responden.

Selain tuntutan-tuntutan diatas, beliau juga antara lain menuntut perintah dikeluarkan keatas Datuk Dr.Zambry untuk mengemukakan tunjuk sebab dan memberikan maklumat dibawah dasar atau kuasa mana Datuk Dr.Zambry berhak memegang jawatan Menteri Besar Perak tersebut.

Tindakan yang dibuat oleh Mohammad Nizar Jamaluddin ini selain daripada menunjukkan kesombongan dan kejahilannya adalah jelas mengesahkan bahawa beliau adalah seorang KUDA TUNGGANGAN yang bodoh atau pun separuh sedar kerana dek keangkuhannya.

Saya tidak mahu percaya bahawa beliau seorang yang GILA KUASA!

Umpama kata "Sudah Terang Lagi Bersuluh", tindakan Nizar adalah merupakan sesuatu yang memang telah dirancang rapi oleh Komplot Pakatan Rakyat.

Karpal Singh memainkan peranannya sekali lagi untuk menarik kemarahan orang melayu supaya melindungi Anwar Ibrahim daripada menjadi sasaran kemarahan orang melayu dan meletakkan Nizar kelihatan seperti orang "teraniaya" dan rakyat menjadi "pembela".

Emosi ini di mainkan dengan baik oleh Nizar apabila melaungkan slogan "Hidup! Hidup!, Hidup Rakyat!" ketika menghasut orang ramai sebaik selepas memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi semalam.Laungan ini jelas kedengaran dan disiarkan oleh saluran TV termasuk Astro Awani dan Bernama TV.

Plot ini serupa dengan kelantangan Karpal Singh menyanggah "hudud" dan mencabar Anwar Ibrahim tentang isu hudud ketika PRK Kuala Terengganu yang lalu.Ianya membuatkan PAS menjadi hero perjuangan Islam dan meletakkan UMNO sebaris dengan DAP kerana menyerang PAS.Akhirnya PAS mendapat simpati umat Islam dan UMNO diletakkan sebagai tidak berbeza dengan DAP.Itulah sandiwara Karpal Singh dan dimainkan dengan baik oleh Hj.Hadi Awang dan Nik Aziz.Sementara Anwar Ibrahim menjadi dalangnya,seperti biasa, membaling batu,sembunyi tangan, sedangkan UMNO/BN diperangkap oleh komplot jahat ini!

Kali ini Karpal Singh sekali lagi memainkan sandiwara kotor nya dengan menarik kemarahan orang melayu sedang Anwar Ibrahiom dan Nizar menjalankan usahanya selaku KUDA TUNGGANGAN yang ta'at.Akhirnya orang melayu sesama melayu yang akan cabar mencabar dan Institusi Raja Berpelembagaan di letakkan di Mahkamah untuk dibicarakan.

Siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi?Kita tengok lah nanti siapa yang kena.Saya teringatkan dialog didalam sebuah filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang menceritakan kisah kena-mengena ini; "Dia ingat dia nak kena kan kite, kite yang kenakan dia!"

Nizar sudah terang-terangan menjadi kuda tunggangan yang digula-gulakan hingga lupa kepada pegangan agamanya dan sombong kepada rajanya!

Tindakan memfailkan kes yang dibuat Nizar ini, walaupun tidak menamakan Paduka Seri Raja sebagai responden, ADALAH sebenarnya satu tindakan yang mencabar titah raja.Menidakkan kedudukan Dr.Zambry adalah sebenarnya mencabar tindakan Paduka Seri Sultan.Mencabar dan ingkar kepada titah raja adalah satu tindakan MENDERHAKA!

Maka tiada tafsiran yang lebih sesuai lagi terhadap tindakan ini selain daripada mengatakan bahawa Nizar berkomplot dengan Karpal Singh dan semua ini dirancang dengan perkenan BOSS PAKATAN RAKYAT yang berniat jahat.

INI ADALAH PERBUATAN "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".Tindakan ini tidak sama-sekali akan memberikan faedah kepada umat melayu tetapi ianya dilakukan juga semata-mata untuk kepentingan politik peribadi Anwar Ibrahim dan keuntungan politik puak dalam PAKATAN!

Penderhakaan orang melayu yang dilakukan atas dorongan politik komplot ini, akan tercatit kedalam sejarah tentang bagaimana bodoh dan dungunya orang melayu yang mudah diperlakukan sehingga tidak sedar akan bahawa perbuatannya itu hanya akan memudharatkan bangsanya sendiri, sedangkan orang lain meraih keuntungan hanya dengan mempergunakan orang melayu sendiri!

9 comments:

Anonymous said...

Komen sikit pasal Terengganu dulu.
Kakakakaak !

Anonymous said...

umnoderhakaagong,apa hal dengan Terengganu? Hang cuba cerita sikit supaya aku faham apa yang hang faham?

Anonymous said...

MT Umno sokong rakyat Kelantan

Berita Harian 13/04/1993

KUALA LUMPUR, Isnin - Majlis Tertinggi Umno (MT) hari ini membuat keputusan menyokong tindakan rakyat Kelantan menghantar memorandum membantah pembabitan Sultan Kelantan dalam politik. Presiden Umno, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, MT dukacita memorandum yang dihantar itu tidak diterima oleh pihak istana Kelantan.

Anonymous said...

Kita harus melihat sesuatu isu itu dengan perspektif yang betul.Ianya adalah kejadian yang berlainan sebab dan berbeza maksud.
Kalau cuma membandingkan setakat untuk mencari alasan, itu adalah satu penipuan yang bertujuan untuk mengelirukan.Macam orang kata, "umpama menegak benang yang basah" berbagai alasan diguna untuk membenarkan yang tidak benar!

Anonymous said...

Perlantikan sultan bukan isu baru
Berita Harian 13/03/1993

KETIKA berucap di Dewan Rakyat Isnin lalu, mengenai Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menyesali dakwaan Sultan Kelantan bahawa persidangan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang itu tidak sah.


Dr Mahathir berkata, jika Dewan dikatakan tidak sah oleh Sultan Kelantan, “Dewan juga boleh mendakwa atas sebab-sebab yang berasas kemungkinan perlantikan dan penabalan beliau sebagai Sultan Kelantan tidak sah.” Kenyataan Perdana Menteri segera disangkal oleh ketua Semangat 46 (S46) Kelantan merangkap Timbalan Menteri Besar negeri itu, Rozali Isohak.


Setelah itu menyusul pula kenyataan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, dalam Dewan juga mendakwa waris Kesultanan Kelantan yang sebenar ialah Tengku Ibrahim Petra, anak sulung Tengku Indera Petra dan bukan Sultan Ismail Petra yang memerintah sekarang.


Shahidan menambah Sultan Ismail tidak layak menduduki takhta kerana ayahandanya Almarhum Sultan Yahya Petra dilahirkan hasil perkahwinan Sultan Ibrahim dengan seorang wanita yang bukan Sultanah Kelantan.

Anonymous said...

Anom Feb 15,9.37am,
Tak perlulah anda beria-ia hendak menunjukkan seolah-olah anda berhujah dengan fakta, sedangkan anda sendiri tahu bahawa kaitan yang cuba diwuijudkan itu adalah sama sekali tiada persamaan walau sebesar zarah.Buat permulaan saya ingin bertanya dimanakah unsur derhakanya kenyataan Tun Dr.M itu dan dimanakah persdamaannya UMNO menguruskan permasaalahan berkaitan Istana tersebut dengan cara yang berlaku di Perak?Sekali lagi saya nak minta lah pada yang beria-ia sangat nak cari salah kat UMNO supaya tak jadi hanya setakat UMNO bashing sebab tak ada cara lain nak tegakkan benang yang makin lencun! Kalau keAdilan yang dicari jangan terlalu yakin sehingga hilang perhitungan, kerana ia akan membuat kita bertindak zalim!Kesederhanaan adalah jalan selamat yang diajar didalam Islam,percayalah.

Anonymous said...

pinjam sat tulisan dari http://razaleigh.com/

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Anonymous said...

Apa yang berlaku berkaitan dengan tindakan Paduka Seri Sultan Perak menitahkan Nizar meletak jawatan dan kemudian melantik Zambry sebagai Ketua Kerajaan ADALAH selari dengan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Yang menjadi isu ialah apabila Nizar dengan keras kepala isytihar INGKAR kepada perintah Sultan dan menghasut pula pengikut memberontak sehingga berlaku kurang ajar kepada Sultan,dengan merusuh,berbaring menyekat kereta Raja Muda,membaling kereta yang menuju ke Istana,memboikot upacara angkat sumpah,enggan keluar pejabat dan rumah rasmi, dan terkini MENYERU ORANG RAMAI BOIKOT KERAJAAN SULTAN yang baru. Semua perbuatan ini dengan JELAS cuba menunjukkan bahawa DIA TIDAK MAHU PATUH KEPADA TITAH SULTAN, malahan dengan terbuka memohon untuk DERHAKA!Tidak bersetuju adalah hak kita dalam demokrasi dan ada adab dan sopan untuk menegakkan pendirian kita seperti menyalurkan melalui proses mahkamah mengikut asas undang-undang tanpa perlu bersikap kurang ajar kepada Raja, apatah lagi mencabar Raja secara terbuka!

Isu pindaan perlembagaan berkenaan adalah satu usaha beradap dan bertatasusila dalam konteks Raja Berpelembagaan.Tentang baik buroknya adalah perkara yang perlu kepada diskusi berlainan.Ianya BUKAN satu penderhakaan kepada Institusi Raja.Ini perlu jelas. jangan disamakan.Kita masyarakat bertamadun dan kita mengamalkan konsep RAJA BERPERLEMBAGAAN dan DEMOKRASI BERPARLIMEN.Kalau ada yang tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, nyatakan hujah secara berfakta dan juga mereka ada saluran untuk mengemukakan hujah.

Anonymous said...

ANDAINYA KITA BERADA DI ZAMAN SEMERAH PADI

Memanda menteri:Patek mohon derhaka tuanku.

Raja:Laksamana, tangkap memanda menteri,dapat pagi pacung pagi,dapat petang pacung petang.

Laksamana:Mejunjung titah tuanku

Ketua Rakyat:Patek nak saman raja,tak puah hati ,memanda menteri dipecat.

Raja:Laksamana,beta tidak mahu lihat ketua rakyat berada dalam negara beta.Walaupun bekas tapak kakinya sekali.

Laksamana:Mejunjung titah tuanku

ITU RAJA DULU,RAJA SEKARANG BUKAN BAGINI.

RAJA SEKARANG PAYUNG RAKYAT.
RAKYAT PULA BERCAKAP BIAR BERLAPIK.
HORMATI RAJA BERPERLEBAGAAN.