Wednesday, February 18, 2009

Andaikata dia benar!

Kemelut ciptaan yang sengaja diada-adakan membuatkan ramai orang keliru.Kekeliruan dicipta agar pengikut tidak nampak kepada hakikat sebenar.Hakikat sebenar mahu dilindungi agar kelemahan dan kekalahan yang menunggu tidak dilihat sebegitu sebaliknya memberikan harapan baru.Itulah yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin.

Andaikata dia berada dilandasan yang benar,mengapakah Nizar tidak berjaya merubah senario sebaik sahaja 3orang ADUN PR isytihar diri sebagai bebas dan 1 orang (PKR) kembali ke UMNO tempoh hari.

Kedudukan parti di DUN Perak menjadi PR 28,BN 28 Bebas 3.

1. Jika dipanggil sidang khas DUN, sudah pasti Nizar tersungkur kerana BN kuasai majoriti. Jadi PR elak memanggil sidang tergempar.

2. Kemukakan surat letak jawatan 2 ADUN PKR.Ditolak SPR kerana 2 ADUN tersebut mempertikai dan menafikan surat tersebut.Jika pun berjaya dilakukan, masih tidak akan memberi kelebihan kepada PR kerana BN masih mendapat sokongan 1 lagi calon bebas (DAP) yang tidak dikemukakan surat letak jawatan.Mungkin tiada surat seperti itu ataupun DAP menunggu dahulu,sebab masih menaruh harapan untuk memujuk kembali.Disini kita juga hairan kenapa 1 lagi ADUN PKR yang lompat balik ke UMNO tidak diletakkan jawatannya? Juga sebab tiada surat seperti itu oleh beliau? Apakah didalam keseronokkan meraikan kejayaan melompatkan dia dari UMNO tempoh hari, pimpinan PKR terlupa minta dia buat surat seperti itu? Jadi dimana letaknya sudut moral dan keAdilan disini? Bukan kah ini menganiayai dan tidak adil kepada 2 lagi ADUN PKR itu?

3. Bubar DUN tanpa mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak? Ini cuba dilakukan oleh Nizar tetapi tidak berjaya kerana ianya tidak menepati undang-undang. Kalau Nizar ingin menyatakan tindakannya betul, itu hak dia dan dia boleh bawa hujahnya ke mahkamah. Namun beliau kena ingat bahawa Kerajaan beliau adalah Kerajaan Paduka Seri Sultan dan Sultan memerintah tidak sesuka hati kerana kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Apakah maknanya itu,dia kena fahamlah,atau dia boleh buat-buat tak faham. Apakah dia ingat bila Menteri Besar menasihati Raja itu bermakna Menteri Besar mengarahkan Raja atau Menteri Besar memaklumkan sahaja untuk makluman Raja? Kamus mana dia pakai? Dia juga kena ingat bila dia terlantik sebagai MB, parti PAS bukan menang majoriti DUN, tetapi parti BN yang menang kerusi terbanyak. Namun dengan sokongan DAP,PKR melalui pakatan tidak rasmi, dia menjadi MB. Itu pun kerana DAP tiada wakil Melayu/Islam yang hendak dikemukakan kepada Sultan. Ikut patut DAP yang berhak kerana mereka menang terbanyak kerusi diantara pakatan tidak rasmi tersebut. Oleh kerana tidak menepati undang-undang dan diatas perkenan Sultan, maka Nizar menjadi MB. Ulang, diatas perkenan Sultan. Jadi mengapa kah apabila sekarang Sultan titah turun dia ingkar?

Sultan tidak perkenankan pembubaran DUN, samalah dengan situasi ketika Nizar dilantik MB dahulu. Sultan tidak memperkenankan BN menubuh kerajaan kerana Baginda dapati walaupun BN menang kerusi terbanyak, tetapi dengan pakatan 3 parti; DAP,PKR,dan PAS, dan Baginda berpuas hati bahawa semua ADUN berkenaan benar-benar berpakat untuk sokong menyokong satu sama lain, maka mereka menguasai DUN, bukan BN. Atas dasar itu Baginda memperkenankan pakatan tersebut menubuh kerajaan. Apa bezanya sekarang,apabila Nizar kehilangan penguasaan,Baginda berpuas hati BN kini mendapat sokongan dan menguasai DUN, jadi apa perlu dibubar sedangkan BN boleh menjalankan kerajaan?

Kelewatan penubuhan ketika itu, ialah kerana mereka kemudian terpaksa berunding pula sesama mereka siapa yang hendak dikemukakan menjadi MB selaras dengan undang-undang tubuh yang mahukan seorang Melayu dan Islam memegang jawatan MB. Disitulah rezeki Nizar datang, umpama katanya dahulu bahawa kenaikan nya menjadi MB adalah "kerja tuhan". Mengapa pula sekarang kejatuhannya tidak mahu dikatakan "kerja tuhan".Pada ketika itu, hendak menyebut Qada dan Qadar pun dia takut kerana nanti disalah erti oleh DAP, maka itu lah dia hanya kata "kerja tuhan". Atau kah memang Nizar mahu melawan Qada dan Qadar? Itu lah manusia yang mudah lupa dan dilupakan!

Berbalik kepada BN yang gagal mendapat perkenan Sultan walaupun dinafikan oleh sebuah pakatan tidak rasmi tadi, adakah pimpinan dan pengikutnya dengan angkuh menyanggah kebijaksanaan Raja dan titahnya? Adakah mereka bergolek-golek dijalanraya menentang keputusan Raja? Adakah mereka mencabar keputusan setelah dititah Raja? Adakah mereka menyeru rakyat supaya tidak mengiktiraf kerajaan yang dilantik oleh perkenan Raja? Adakah mereka memulaukan istiadat angkat sumpah perlantikan? Tidak, mereka menerima titah dan menghurmati kebijaksanaan Raja. Mereka menerima Qada dan Qadar dengan seadanya.

4. Setelah gagal mendapat perkenan Sultan untuk membubar DUN, apa lagi yang boleh dilakukan oleh Nizar? Tunggu persidangan DUN atau panggil persidangan DUN? Tentu tidak boleh kerana sudah pasti dia akan dikalahkan melalui majoriti sokongan yang akan diperolehi oleh BN dan dia akan di gulingkan di DUN. Kecuali dia dapat memujuk kembali 4 ADUN tersebut atau sekurang-kurangnya 3 ADUN tersebut, mungkin dia boleh panggil sidang tergempar, tetapi ternyata ianya tidak terjangkau. Jadi apa pilihan yang ada?

Membawa kes nya ke Mahkamah secara bertamadun atau memberontak atau menentang titah dan keputusan Raja secara terbuka?

Nizar mengambil ketiga-tiga jalan tersebut serentak. Dia tahu bahawa membawa kes nya ke Mahkamah akan mengambil masa dan peluang untuk menang tipis. Memberontak pula tiada peluang dan daya untuk melakukannya dan jika dilakukan juga ianya hanya akan berkesudahan seperti peristiwa di Sauk dimana sebuah lagu P.Ramlee sahaja akan dapat menamatkannya manakala pelakunya dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Menentang titah Raja secara terbuka akan menjemput kemarahan dan kemurkaan Raja juga Rakyat.

Jadi apakah jalan yang tinggal baginya, lakukan huru-hara melalui tindakan kelam kabut dan hasut semangat pengikut supaya buat kecoh sekali gus dengan mengelirukan orang ramai supaya perbuatan dan niatnya tidak jelas dengan harapan orang ramai akan memberikan simpati kepadanya dan isu yang sebenar dapat dikaburkan.

Seorang pemimpin yang berjiwa besar akan sentiasa meletakkan kepentingan awam dan kepentingan negara paling utama dan akan sentiasa mengelakkan huru-hara berlaku sehingga sanggup mengorbankan kepentingan peribadi untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kepentingan umum tidak tergugat.Hak dan prinsip diperjuangkan mengikut tertib dan dengan cara yang bertamadun dan terhurmat.

Nizar tahu bahawa hakikatnya beliau pasti tewas kerana beliau sudah pun tewas sebaik sahaja 4 ADUN nya meninggalkannya. Nizar terperanjat dan susah hendak menerima kenyataan kerana marah, malu dan kecewa. Nizar merasa terkilan kerana beliau belum puas dengan nikmat yang tiba-tiba jatuh kepangkuannya. Nizar hampa kerana harapan Tok Dalang disebalik tabirnya telah dikecewakan oleh apa yang terjadi kepadanya.

Nizar lupa akan pegangan dan asal usul nya. Nizar Derhaka kepada Raja, Rakyat dan Tuhan nya apabila dia enggan menerima kenyataan! Apabila dia cuba melawan takdirnya. Apabila dia mengheret rakyat jelata kedalam kemelut yang diciptanya! Apabila dia meletakkan kepentingan diri dan partinya diatas kepentingan awam! Apabila dia menyusah dan memalukan dirinya sendiri!

Nizar melewat-lewatkan kehilanganya! Nizar mahu menggunakan kejatuhannya untuk memberikan nafas baru dan harapan baru demi kelangsungan politiknya agar tidak terus terkubur. Nizar mengharapkan keajaiban dan ianya tidak akan berlaku!

Selamat tinggal Mohammad Nizar Jamaluddin dan terima kasih diatas kurniaan 999 tahun. Kalau sumpah Mahsuri keatas 7 keturunan, berapa keturunankah 999 tahun?

2 comments:

Anonymous said...

lagaknyaaa bro nih..... siapa yang tersungkur nanti.... 7 kerusi BN tak dapat hadir sidang dun nanti...hahaha...

Tentu tidak boleh kerana sudah pasti BN akan dikalahkan melalui majoriti sokongan yang akan diperolehi oleh BN sendiri dan BN akan di gulingkan di DUN.

BN 21 + 3 exco sakit kalah dengan PR 28 kerusi....

apa macam bro... "Andaikata dia benar!"

Zambry, 6 Exco digantung hadiri DUN Perak selama 18 bulan n 10 bulan bagi exco.....

Anonymous said...

Bro.guna akal yang waras takut nanti jadi gila talak.Tindakan Speaker tu setakat gimik untuk beri semangat kat orang yang guling-guling atas jalan tempoh hari.Takut dia orang hampa dan putus asa.Takkan bro. pun mudah sangat di "seronokkan" oleh gimik membodohkan orang ini?
1. Tindakan speaker itu menyalahi peraturan dewan.Dia tidak boleh jadi pendakwa, juri dan hakim sekali gus.Jawatankuasa tersebut bersidang pun tidak menepati peraturan kerana tiada salah laku yang berlaku, tapi Dr.Zambry dan Exco beliau hadir juga sebagai hiburan sahaja sambil memberikan penerangan dan menyampaikan bantahan atas tindakan mereka.
2.Kemudian Speaker memberitahu orang ramai bahawa Zambry tidak memberikan kerjasama? Terus dengan penuh emosi dia pun jatuhkan hukum tersebut.Suka hati dia lah nak buat apa kot, pasal dia pun nak berseronok sebelum kerusi Speaker tu terpaksa dikosongkan oleh nya, maklumlah.
3.Berbalik kepada tindakannya mendakwa salah laku dan menghukum Dr.Zambry tu, bukankah dia sebenarnya mendakwa bahawa Dr.Zambry telah melakukan kesalahan hanya kerana menjalankan perintah Raja dan ini bukankah bermakna dia menunjukkan sikap kurang ajarnya mempersoalkan titah Raja? Dia siapa? Takpe lah kerana perangai orang PR ini kita pun dah maklum. Setidak-tidaknya "Si Dalang Besar" akan tersenyum kerana dua anak anjing nya "Nizar" dan "Speaker" sudah melaksanakan arahan seperti skrip yang disusun.Seperti biasa "baling batu sembunyhi tangan". Lepas nie kita tunggu pula bila lagi Karpal nak tunaikan lalakannya nak saman Sultan! Atau sebenarnya ia hanyalah satu gimik secagai "decoy" untuk Si Dalang?
4.Sikap tidak mengambil endah akan peraturan, sikap kurang ajar dan derhaka, sikap melakukan sesuatu ikut suka sehingga tidak menghurmati undang-undang apabila keadaan tidak menyebelahi mereka, sikap besar kepala, sikap semua yang dia buat semua betul, sikap semua BN salah, ini semua bukankah dah jadi trademark PR? Adakah anda masih buta mata hati dan akan juga sanggup bergolek ditengah jalan mempertahankan sekumpulan orang yang berpakat-pakat untuk tipu rakyat ini?
5. Kita tengok siapa yang kena... plot semakin panas hingga tidor pun telanjang.....Apa lagi lepas nie? Banyak lagi agaknya, sebab calon-calon dulu tangkap muat je.Agaknya sekarang nie semua tinggalkan opis sebab nak cari kenalan-kenalan lama, takut-takut ada benda tak baik nak keluar...

Saya tak sanggup nak gelak, tapi saya harap anda tak gelak dulu!