Wednesday, February 4, 2009

Bergerak Kehadapan!


Sejak PRU 12 selesai. Setelah rakyat menetapkan mandat melalui peti undi.Setelah proses pemilihan Kerajaan melalui demokrasi selesai.Kempen parti politik masih berterusan seolah-olah pilihanraya belum selesai! Wakil-wakil rakyat dan wakil-wakil parlimen masih dengan rentak dimusim kempen pilihanraya.Bila semua ini nak selesai?

Di Gaza, senang sahaja, seketul bom jatuh dibumi Israel oleh Hamas, selonggok mayat pejuang dan rakyat Palestine tumbang di Gaza! Mudah, sahaja, tak perlu kempen tak perlu undi! Selesai, jumpa disana!

Wakil-wakil rakyat di DUN dan Parlimen, baik dipihak kerajaan mahupun pembangkang, ada tugas yang dimandatkan oleh rakyat. Mereka sepatutnya mula bekerja sebaik selesai pilihanraya, bukan terus berkempen untuk parti dan berpolitik kepartian sepanjang masa. Mereka sepatutnya menumpu kepada perkhidmatan untuk rakyat dan negara tanpa mengira parti dan tanpa mengira samaada dipihak kerajaan atau pembangkang.Kita bukan berada dizon perang!

Dalaman parti masing-masing, bolehlah mencari kepastian akan sebab musabab masing-masing mendapat lebih atau kurang sambutan rakyat sewaktu pilihanraya.Yang dapat lebih, jangan bongkak tetapi tunaikan kepercayaan manakala yang dapat kurang, cuba membaiki kelemahan dan menarik semula kepercayaan.Yang penting selepas pilihanraya ialah, bekerja untuk rakyat dan negara, selaku pemerintah mahupun pembangkang.

Rakyat sepatutnya jangan diganggu lagi kerana mandat telah diberi. Rakyat perlu meneruskan kehidupan harian dan inginkan keselesaan,keselamatan dan kesejahteraan.

Wakil-wakil kerajaan sepatutnya mula bekerja dan turun tengok apa yang rakyat perlu dan apa yang rakyat kalut.Wakil-wakil pembangkang pula jangan asyik dok membangkang, tetapi beri kerjasama kepada perkara baik yang ingin dilakukan kerajaan dan tawarkan diri, idea dan pertolongan untuk rakyat dan negara. Bangkang cuma, pada isu dan mengikut proses dan saluran di DUN dan Parlimen. Juga boleh menawarkan pendapat dan kritikan kepada wakil-wakil Kerajaan di Pejabat, Kementerian, Jabatan dan Agensi. Bukan asal sikit memekak disana-sini dan kemudian ajak rakyat dijalanan berdemonstrasi.Apa tak boleh buat kerja ke? Orang kata Tong kosong bunyi bising!Inikah wakil-wakil yang dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada negara?Tentu sekali tidak,kerana rakyat memilih mengikut apa yang dijanjikan ketika kempen pilihanraya, jadi buatlah kerja!

Rakyat sudah memberikan mandat. Rakyat hanya tahu apa yang dia lihat. Hari ini kita lihat Bandaraya Kuala Lumpur, kotor. Kita lihat stesen komuter dan LRT sesak. Train lambat dan tak cukup. Bas tak cekap dan tak tepat. Pendatang asing mencemar kosmopolitan Kuala Lumpur dengan budaya dan pencemaran alam yang memalukan. Dimana wakil rakyat, baik pemerintah mahupun pembangkang? Dimana pegawai Jabatan,Kementerian dan Agensi Kerajaan? Dimana orang yang bekerja untuk rakyat dan negara?

Rakyat mahu hidup aman, tenteram bahagia dan sejahtera. Sediakan semua itu dan rakyat akan tahu siapa yang bekerja dan siapa yang tidak!

KECOH DI PERAK
Keriuhan di Perak, biarkan rakyat menjadi hakim. Dua orang wakil rakyat yang sedang menunggu hari bicara atas tuduhan rasuah telah dan sedang dianiaya oleh kepimpinan partinya sendiri. Oleh kerana sesuatu sebab, agaknya rungsing kerana tarikh bicara yang semakin hampir, kedua mereka telah berjauh hati dengan partinya. Akibatnya kepimpinan parti yang tidak ada keyakinan diri telah jadi gelabah dan menjatuh hukum bahawa kedua-dua wakilnya itu telah membelot.Dengan penuh dendam kesumat, kepimpinan partinya telah mengaktifkan "surat letak jawatan tidak bertarikh" agar ianya akan menyebabkan kedua-dua wakilnya yang belot itu kempunan.

Bak kata orang alang-alang aku tak dapat biar dia pun tak dapat.Kepada wakilnya yang disyaki belot kerana sudah tidak menghurmati pimpinan parti itu, mereka berkata "Hah padan muka,kau ingat kau orang teror, sekarang rasakan!". Itulah ungkapan dan harapan yang diniatkan oleh partinya apabila mengemukakan surat perletakan jawatan senyap-senyap, mereka buat-buat tak tahu seolah-olah rakyat yang "bodoh" akan fikir kedua-dua orang itu yang hantar surat.Ini lah kelakuan jahat orang yang membaling batu sembunyi tangan! Inikah jenis pemimpin yang ingin kita serahkan mandat untuk menguruskan negara yang tercinta ini? Negara yang telah dibina dengan asas-asas yang kukuh, maju dan sejahtera sekian lama? Negara yang telah memberikan semua orang termasuk mereka sendiri,peluang,ruang dan kebebasan?

Jenis ini, apabila orang lain lompat masuk parti mereka, jadi hero dan dikatakan demokrasi. Tetapi apabila orang menjauhi mereka, dikatakan pembelot dan perancangan jahat? Apa yang menyebelahi mereka, baik dan mewakili kehendak rakyat. Apa yang tidak
menyebelahi mereka, jahat dan bukan kehendak rakyat. Sedangkan kalau dikaji, Parti mereka yang menubuhkan kerajaan diPerak tu, benar-benar majoriti rakyat ke? Yang kita tahu Parti BN mempunyai 27 kerusi sedangkan parti-parti lain tidak ada yang melebehi kelebihan BN namun atas Pakatan jahat, mereka menubuhkan Kerajaan. Apa tidaknya, mana ada Parti Pakatan Rakyat? Yang ada ialah Pakatan Parti PAS,PKR dan DAP sahaja. Jadi kalau kita banding, PAS (6) PKR (8) DAP (18) BN (27), mana yang majoriti?

Sudah-sudahlah tu,kalau di negara-negara lain,dengan kedudukan sedemikian agaknya boleh ke mereka menubuhkan kerajaan tanpa dicabar?

2 comments:

Ahmad Saabun said...

Bacalah, sekurang-kurangnya untuk sebuah bangsa/Salam http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/02/nizar-kekal-mb-perak.html

Anonymous said...

LALA~ APE SIAL PUNYA MELAYU NIE.. DAH KENA PEBODO NGAN PEMIMPIN2 YG PRANGAI SETARAF YAHUDI . YAHUDI PUN SAYANG AGAMA DIA . SAYANG BANGSA DIA . TAPI BANGSA AKU NIE MENJAHANAM KAN BANGSA SENDIRI. DAH LA HIPOKRIT . UMNO YG MENGHAPUSKAN IMUNITI RAJA2 MELAYU .. DAH LUPA KA ? YG MENCERCA RAJA KELANTAN MASA PRHIMPUNAN AGUNG UMNO .TAK DERHAKA ? YG MENGINGKARI TITAH SULTAN PERAK MASA TIME BAPA TAJOL ROSLI TU BUKAN DERHAKA KA BONGOK ? TULIS JGN PAKAI LUTUT . GUNA FAKTA LA LAPSAP .. INGAT ORG HULU SERAWAKLEH LA TIPU .. ..