Tuesday, August 25, 2009

Enakmen Jenayah Syariah 1995

Hassan Ali mahu guna Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang digubal dan diwartakan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO sebagai penyelamat bagi dirinya untuk keluar dari lembah penghinaan Ronnie Liu!

Malu tapi Mahu!
http://penpusaka.blogspot.com

21 comments:

aryan said...

baguslah kalau berani buat camtu.. jgn jadi mcm hari tu dah laa.. konpem buleh menang pelakon pembantu terbaik anugerah akedemi..

Melayu Baru said...

Takkan tak tahu lagi,puak pas tak boleh pakai,kaki loyar buruk,pusing agama untuk puak dia je.

Anonymous said...

Saya juga tak caya jenis tok lebai dalam parti pas,kalau tok lebai tak cara hal parti ok.

Ada kat kedah,tok lebai sungguh ,dia marah cara parti pas pecah umat Islam.

Tapi bila sebut saja umno dia kata cakap najib betul balik hak mana silap.Jangan jadi tok wakil pas tak boleh nak betul,taksud sangat.

Umno macam nasi belum jadi bubur lagi.
Macam pas ni susah sikit sudah jadi macam bubur lambak.

penpusaka said...

Kita orang melayu amat sensitif bila bab agama, jadi PAS exploit agama untuk dikudakan bagi mendapatkan simpati dan sokongan.Ini adalah sikap yg tidak bertanggungjawab yang akibatnya akan dirasai umat didunia dan akhirat.Barlandaskan itu,kita perlu bertakwa dan berserah kepada Allah untuk mengadilinya.PAS ketepikan hak Allah semata-mata mencari kepuasan duniawi.Lihat sahaja tindak tanduk puak ini baik dalam politik mahupun ditengah-tengah masyarakat, disurau masjid dan dimana2.Kita dalam UMNO bersikap tolak ansur untuk kebaikkan dan beralah demi Islam.Ganjarannya biar Allah yang mengadilinya, bukan Nik Aziz dan yg serupa dgnnya.Beralah bukan kalah.UMNO juga sentiasa sedar akan implikasi terhadap keselamatan umum mengambil pengajaran dai peristiwa sejarah dan didalam konteks Malaysia ialah kisah dharurat komunis dan ledakan emosi 13 mei 1969.Biar dilihat lemah tetapi sebenarnya kuat untuk jangka masa panjang dan keamanan semua.Kita perlu terus bersama UMNO mengukuhkan pertahanan untuk menyerang bila masanya sesuai tanpa memudharatkan masyarakat dan negara. Bersekutu Bertambah Mutu!

OrangPas masuk umno said...

Salam penpusaka,

Saya asal orang pas,tapi dah masuk umno.Sebab berada dalam pas tak boleh berjuang islam.Matlamat sebenar pas nak jatuhkan umno je,lepas tu dia nak memerintah.Tu lah angenda dia.

Maknanya tok wakil pas nak perjuang perut puak2 .Lagipun saya tak setuju dia(pas)berbaik dengan dap musuh teradisinya.

Sebenarnya kalau betul nak perjuangakan Mealayu islam kena berada dalam umno,baru boleh jalan.
Tapi ramai puak pas yang tak faham.

pas for all said...

UMNO : Masih Nak 'Menjuarai' Lagike?????

Kalau nak bercakap pasal bangsa melayu, UMNO tidak layak. Kenapa? Kalaulah betul berdiri di atas bangsa yang bergelar Melayu, nak tanya sikit, orang Kelantan berbangsa apa ye? Orang Kedah berbansa apa ye?

PPSMI dipersenda, diperbodohkan dan dipermainkan?

Kalau nak bercakap pasal Agama, UMNO lagi tidak layak. Kenapa? Kenapa selalu buat-buat rumit untuk menunaikan satu juzuk yang kecil dari hukum Islam seperti merotan peminum arak dan sebagainya?

Kembalilah kepada keadilan Islam di mana semua warga negara berhak mendapat kenikmatan serta perlindungan dalam negara.

UMNO menjadi keliru dan kelabu asap, di antara keBANGSAAN MELAYU dengan 1Malaysia.

PAS sudah lama mendahului dengan 'PAS For All'.

Petikan dari al-brangi

Anonymous said...

Syabas pada PAS masuk UMNO!Yg.tak dapat tu kita doakan semuga dapat hidayah dan tinggalkan puak munafik itu.

pasBJ said...

PAS-PR semankin teguh di Bkt Jelutong.Penduduk BJ sudah selesai cara kepimpinan PAS.

Sebenarnya PAS tidak perlu bersama umno ,nanti kerusi umno akan berkurangan.
Habis nak bagi jawatan apa kepada buaya-buaya umno.

Lebih baik tak payah bergabuang dengan Umno.

Anonymous said...

Cuba lihat blog ni,Puak pkr jahat dia pakai selipar Tun...jahat pkr.

http://skuad-amkgp.blogspot.com

Anonymous said...

Masaalah puak PAS ni dia banyak syok sendiri. Jadi kalau dia nak perasan orang banyak sudah selesa dengan dia, kita pun tak kisahlah sebab pada dia suma orang yang Islam tu suka kat dia lah. Sapa yang terang-terang kata dokong UMNO, itu bukan orang dia. Jadi senang dia buat kira. Inilah perangai PAS.Yang sbenarnya orang selesa dengan Negara ini yg aman damai, makmur dan sejahtera. Orang tak suka kecoh-kecoh bukan selesa dgn dia. Siapa dia? Mana dia mamat perasan tu? Entahlaa.

pas for all said...

Terima kasik kapada Yb Khalid Samad bagi sumbangan semua surau berada dalam Kawasan Bkt.Jelutong pada Ramadam.

Harah pada Pemimpin Umno BJ,tanya khabar pun tidak.Setahu saya ada ketua cawangan Umno BJ,tapi dua-dua senyak je.Habis nak tawan pru 13 cam mana.

Anonymous said...

Ya betul kata pas for all.

Surau hendalah dijaga,jemaahnya yang tak seberapa ramai harus diberi sokongan untuk meimarahkan surau supaya masyarakat tertarik untuk ke surau.Anak muda BJ,boleh bilang ke surau/masjid.

Mungkinkah kerana kemewahan anak orang BJ melalaikannya.

UMNO bila lagi nak berdakwah,jangan dakwah untuk program melalaikan spt koreke sahaja.Ingat agama.

Anonymous said...

"PAS for all" ni baru pindah BJ agaknya, jadi dia tak tahu apa sumbangan YB dulu dan apa sumbangan org lain selain Khalid Samad tu? Cuma dia kena tanyalah itu sumbangan peribadi ke sumbangan Ahli Parlimen?

Anom., yg budak-budak muda tak gi masjid tu anak-anak siapa? anak kamu dan jiran2 kamu lah. Anak-anak muda UMNO dan jiran2 mereka semua sentiasa kemasjid.Jiran yg lain tu kalau tak dtg mungkin mereka ke surau/masjid lain atau mereka ada urusan yg kita tak tahu. Malahan pada Ramadhan lepas ahli Pemuda UMNO turut bertadarus sampai khatam.

Pendekkata, jgn asyik buat fitnah dan mengata org kerana diri sendiri belum tentu kat mana. Tak tahulah kalau dah termasuk sekali dlm package Nik Aziz ke .....

Syabas, UMNO BJ, teruskan.

Tersedar said...

Saudara tak payah gaduh sama pas BJ dengan umno bj tetang agama berkaitan sumbangan.Tak kisah parti mana nak bagi derma pun,penduduk sini yang tak terlibat dengan parti pun boleh menyumbang juga.

Setahu saya mengapa 2 ketua cawangan umno BJ dan ketua cawangan pas BJ biarkan fahaman wahabi menopoli masjid BJ.

SAYA DENGAR CERITA DARI PENDUDUK BJ

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Tersedar,
Saya setuju dgn saranan tuan tentang hal sumbangan itu. 101% tepat. Ramai ahli kariah yg tidak menonjolkan wajah politiknya telah banyak menyumbang, malahan sepanjang tahun masjid kita sentiasa ada ramai penyumbang. Jangan lah "pas for all" yg baru jadi pemerintah negeri nak bangga dgn tugasan yg baru dipikul itu. Kalau nak tahu, itu adalah tugas, kalau tak buat ternyata salah dan tugas itu dah lama dan dah banyak dipikul UMNO/BN yg memerintah dahulu. kalau kat UMNO/BN, pandai pula dia kata "Ah itu memang tugas kerajaan", inilah contoh org munafik dlm Islam, cakap tak serupa perangai. Dia memang tak perasaan perangai dia, pasal masa tu taksub membangkang dan tak mahu ambil tahu baik org lain, kalau tahu pun buat-buat tak tahu, dan buruk perangai lagi,sentiasa ambil peluang untuk menidakkan kerja-kerja baik org lain yg takde lambang "kain hijau berlubang tengah". Buat-buat buta, buta mata dan buta hati dan mahu dilindung juga mata org lain dan ditutup hati org lain agar tidak nampak macam dia.

Maaf, saya terpaksa sebut semua ini, sebab provokasi koyok-koyok pas nie melampaui sifat dan amal Islam. Untuk makluman dia,kami ahli UMNO/BN bergerak aktif atas nama backbenchers MBJ, menganjurkan Golf Amal tahunan MBJ,bersama-sama anak kariah lain termasuk dari latarbelakang berbagai parti politik. Dia mungkin tak tahu bahawa UMNO BJ membantu kuat dlm projek pembesaran Masjid hingga terbina seperti yg dilihat dan diguna oleh Khalid Samad ketika nak tunjuk baik dia tempoh hari.. UMNO BJ berusaha mendapatkan sumbangan bagi menjayakan projek tersebut dan kami tak heboh pun pasal ianya adalah sesuatu yg tidak patut libatkan politik. Org PAS ke org UMNO ke sama-sama pikul dan buat sama-sama. Itulah bezanya cara UMNO, kalau pas for all nak tahu.

Tentang "monopoli wahabi" yg disebutkan itu, saya rasa tuan telah tersalah dengar. TIADA samasekali. Yang memang ada ialah kemeriahan perbahasan dan perbezaan sudut pandang, fahaman dan amalan beberapa ahli kariah yg dilabelkan org sebagai "fahaman wahabi", itu sahaja. Pihak Pengerusi dan AJK Masjid TIDAK terlibat malahan sentiasa memantau perbezaan yg bercanggah tetapi cuba sedaya upaya mengimbangi semua anak kariah demi menjaga kesucian Agama dan keharmonian Masjid. Perbezaan sudut pandang,amalan dan fahaman ini tidak dibiar berleluasa oleh Pengerusi dan Ajk.

Jangan tersilap rentak, TAKUT-TAKUT isu ini sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu yg mahu menjadikan alasan untuk mereka menangguk dan ambil alih pengurusan masjid bj yg telah berjalan baik dan mendapat dokongan baik oleh majoriti ahli kariah. Saya cakap begini kerana saya tahu Kerajaan PAS Negeri sekarang iaitu PAS dan pas for all tentu mengidam nak ambil alih masjid dikariah kita ini. Jangan terperangkap.

Saya sentiasa bersama mereka dlm hal-hal yg bersangkut dgn masjid BJ sejak dari mula kita mengasaskan masjid BJ dan masih tetap bersama.Kami sering berbincang diluar waktu. Saya sejak dahulu memang tidak menonjolkan penglibatan saya dlm Masjid kerana tidak mahu mengundang musuh politik mengikut saya kedalam Masjid, harap tuan faham. Saya jarang tinggal berjemaah bila ada di BJ, kalau tuan nampak, saya ditempat biasalah, back benchers.

Untuk makluman tuan, saya membawa Sekolah KAFA kembali ke Masjid dan adalah Timbalan Pengerusi KAFA.

Saya menjelaskan semua ini, kerana perlu bagi mengelakkan sangkaan yg tidak baik terhadap Ketua cawangan UMNO BJ, kerana kelihatan macam Tuan mungkin tidak perasan atau baru disini.

Tersedar said...

Salam ketua cawangan Umno,atas penjelasan pajang lebar.

Apa-apa hendaklah dijelaskan,kalau tidak tak jawab komen rakyat dalam blog tuan,orang berangahpan betul.

Teruskan perjuangan tuan.

Anonymous said...

Terima kasih kepada semua diri kita, anak kariah BJ yg bertuah dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Terima kasih kepada ibu-bapa kita dan mereka yg telah menolong mereka membesarkan kita. Terima kasih kepada semua pejuang-pejuang bangsa yg masih hidup dan yg telah pergi meninggalkan kita. Terima kasih kepada perwira negara. Terima kasih Yg Maha Pencipta.Amanah kita ialah perjuangan didalam perjalanan hidup yg fana,yg tidak akan ada kesudahan dari Adam hingga Kiamat. Saya hanya insan kerdil, upaya pun kecil, dalam perjalanan itu. Tetapi bak sebatang lidi kalau dikumpul diikat, berupaya ia membersih habuk dan sampah.

pas for all said...

Kalau tak da angin manakan pokok bergoyang

Anonymous said...

Jgn salahkan angin bila pokok digoyang hantu.