Wednesday, August 12, 2009

Baru Nak Faham....

Lagak beruk 'jangan tiru macam saya'

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Nizar Jamaludin di DUN Perak ketika dia ditampuk kuasa buat seketika dahulu, bahawa PAS tidak pernah hendak menegakkan hukum Islam apatah lagi hendak memperjuangkan pemerintahan Islam dan sesiapa yang tidak percaya "tolong tunjuk bukti jika ada dimana-mana dokumen rasmi PAS yang mengatakan sebaliknya" katanya. Ini dibuktikan lagi didalam banyak tindak-tanduknya yang jelas bercanggah dengan amalan dan kepentingan Islam di Perak. Untuk seketika yang singkat dia berada ditampuk kuasa, dia telah banyak memberikan untung kepada puak minoriti yang bukan Islam di Perak, tanpa sedikit pun menghiraukan kepentingan majoriti orang Islam. Itulah kezaliman yang nyata. Semuanya akibat takut kehilangan kedudukan jika tidak mahu akur dengan rakan yang jelas berkata "Islam? Over My Dead Body!" atau "Islam? Langkah Mayat Kami Dahulu!". Bukan kita kata, tetapi DAP yang kata! Tidak lama kemudian Nizar mendapat 'bala' yang membawa kepada kejatuhan yang memalukan dan bagai jatuh ditimpa tangga, dia sendiri menunjukkan kelaku yang menambah malu bukan sahaja kepada dia, tetapi kepada wajah Islam yang dipakainya!

Kini Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor sedang lari, malu yang amat sangat, dan dia sekarang menyepi setelah ditempelak oleh Khalid Ibrahim. Menambah sakit lagi hatinya ialah seteru politiknya Khalid Samad sedang bermain kayu tiga menggadaikan Islam semata-mata untuk memalukan Hassan Ali. Khalid Samad mengiayakan tindakan Khalid Ibrahim yang tunduk akur kepada Ronnie Liu, EXCO Samseng dari DAP. "Arak boleh dijual dimana-mana di Selangor, terpulang kepada orang Islam untuk tidak membeli dan terpulang kepada peniaga untuk menghurmati orang Islam." Lagi kata Khalid Ibrahim dengan dianggukkan oleh Khalid Samad, "Apa yang dilakukan oleh Ronnie Liu adalah betul, sebagai EXCO dia berkuasa untuk campurtangan urusan kerja MBSA". Kerajaan tidak akan membuat sebarang undang-undang atau peraturan bagi mentadbir urusan Islam ini.

Ditanya oleh wartawan, Hassan Ali kata "no komen, sebab diarah tutup mulut oleh MB untuk selama 24 jam". Kini dah lebih 24 jam dan Hassan Ali masih membisu, tunduk, malu! Khalid Samad gembira dalam hati, Ronnie Liu pula berkata-kata "ha! Sekarang lu sudah faham?"
Demikianlah sandiwara yang hanya membuktikan sekali lagi kepada semua bahawa PAS adalah pengkhianat Islam dan bahawasanya PAS telah menghina Islam, menghina orang melayu dan benar bagai dikatakan oleh Nizar Jamaluddin yang sudah lama faham.

PAS ini sebenar-benarnya hanyalah anti-UMNO, bukan seperti yang selama ini dijaja bahawa PAS berjuang untuk Islam. Perjuangan untuk Islam yang sebenarnya telah dibawa oleh UMNO sekian lama dan Islam kini sedang di pijak dan dihinakan oleh PAS, menggunakan DAP! Mereka bantu-membantu, DAP hina Islam, PAS tolong sahkan DAP buat tu betul. PAS berperanan sebagai badan pengesahan yang akan membantu mengesahkan apa yang dilakukan DAP adalah betul, halal dan dituntut didalam Islam. Didalam proses tersebut, Islam dan orang Melayu yang mendokong Islam, dihina dan dijatuhkan martabatnya! Semuanya disahkan oleh PAS jadi bila PAS sudah mengesahkan maka , ia adalah halal dan benar serta mengikut tuntutan Islam. Begitulah gunanya PAS ini kepada DAP! Begitulah bagaimana Islam dijual dan dikhianati oleh PAS!

Sekarang Hassan Ali sedang memikirkan bagaimana untuk menerangkan kepada rakyat Islam Selangor, bahawa apa yang dibuat DAP itu betul dan sesungguhnya Ronnie Liu betul dan Khalid Ibrahim betul. Khalid Samad? Itu lain, kita akan tanam dia, agakan saya apa yang sedang bermain dikepala Hassan Ali. Kalau salah, takpe lah, tidak ada apa-apa kesan pada saya.

Sekarang kita tunggu bila Hassan Ali akan dapat ilham untuk memberikan komen yang kita semua tunggu-tunggukan, untuk berjihad menegakkan Islam dan untuk berhenti berlari kerana walau beliau terus mahu berlari, seluarnya sudah jelas terlondeh dan mukanya nampak sungguh merah dek malu bercampur marah! Apakah Hassan Ali sekarang sudah mula faham sebagaimana Nizar Jamaluddin memang lama dah faham? Ataukah Hassan Ali masih mencari alasan untuk menidakkan hakikat bahawa peranan PAS didalam "Pakatan Sehati Tidak Sejiwa" itu, hanyalah untuk mengesahkan kebenaran DAP bahawa tiada ruang untuk perjuangan Islam sepertimana PAS cuba mengatakan bahawa tiada ruang untuk perjuangan melayu? Adakah Hassan Ali sekarang sudah faham bahawa apabila PAS kata tiada ruang untuk perjuangan melayu, yang mendapat keuntungan darinya bukan PAS, tetapi secara langsung sudah memudahkan apa yang hendak dikatakan oleh DAP, bahawa disini, tiada ruang untuk perjuangan Islam. Selepas ini DAP akan kata pula pada PAS, kalau orang Islam tidak suka, orang Islam boleh buat apa?

Sudahkah Hassan Ali faham atau baru nak faham?..... Ya! Allah selamatkanlah bangsaku dan negaraku ini dan rahmatilah kami semua Ya Allah.


3 comments:

AJ18 said...

PAS is Islam and Islam is PAS. Itulah persepsi sebahagian besar masyarakat 1Malaysia. Walaubagaimanapun, saya amat bersetuju dengan komentar saudara...sampai bilalah PAS akan sedar dari LENA yang panjang, betapa selama ini mereka telah diperkudakan oleh DAP. Masa demonstrasi pertukaran kerajaan di Perak dulu, tak nampak pun muka-muka DAP, semua orang PAS! Baru-baru ni, demonstrasi GMI di KL, aku tak nampak muka-muka DAP - yang ramai Tok Lebai.

Melayubaru said...

Ramai tidak sedar orang PAS dipergunakan oleh bangsa pendatang untuk mendapat kuasa di negara kita.Mereka telah menyerak dalam parti pas yang terlalu ghairah nak kuasa memerintah.

Maka silebai bodoh dalam PAS melonjak gembira dapat sahabat kafir nak tolong.Takkan tolong saja ko...

Ekonomi dah dia orang penggang..cuma dia nak kuasa je ,nak tendang Melayu dari bumi yang tercinta ini.

Andainya Kalau boleh DAP memerintah Malaysia,puak PAS tak akan akan dia bagi pakai ketayap lagi.Beringat sebelum nasi jadi bubur.

de cle manto said...

ramai yg baru tersedar setelah banyak yg tergadai....tergadai? ...atau digadaikan...hehheheh