Wednesday, August 5, 2009

Ramai Orang Kata....

BAHAWA, sudah cukuplah kerajaan mengambil jalan "counter-psycology" ini dan sudah cukuplah kerajaan menangkis dengan cara lemah lembut ini.

Kita tidak hairan walaupun Singapura memuji cara kita menangani demonstrasi tempoh hari. Sebaliknya kita malahan merasa terhina bila Singapura "memuji" kita.

Kita terkilan apabila melihat Al Jazeera berulang kali menayangkan aksi-aksi menggerunkan dilayar TV. Secara sengaja juga kita perhatikan bagaimana Al Jazeera meletakkan potret anggota "FRU" bersenjata senapang ditangan dan gambar peserta demontrasi dengan baju tertanggal dan aksi-aksi panas pihak polis menangani demonstrasi itu, sebagai 'backdrop' dilayar TV menghiasi pembaca beritanya.

Kisah di KL itu pula ditayangkan berturut-turut,dengan demonstrasi dan aksi serupa dibeberapa negara lain yang memang sinonim dengan perlakuan sedemikian.Ia seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia bahawa KL pun serupa juga huru-hara dan ketidak tentuannya, ganas, gerun, perang, tembak-menembak dan tidak aman seperti negara-negara yang lain itu. Lihatlah dunia, bahawa Kerajaan Malaysia di terajui Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, tidak disukai rakyatnya. Kerajaan ini adalah zalim, kuku-besi dan menindas penentang-penentangnya, sama seperti sesetengah negara lain yang demikian. Lihatlah dunia, "hero" kita, Anwar Ibrahim!

Kita semua tahu ini semua tidak benar! Namun kelembutan kerajaan membuatkan keresahan dikalangan rakyat dan lama kelamaan ia boleh menjemukan dan membuatkan majoriti rakyat merasa dizalimi oleh keadaan ini. Jika kerajaan berharapkan memperoleh simpati dan sokongan ramai, saya khuatir, ia boleh tidak akan berlaku demikian. Rakyat akan hilang keyakinan kepada keupayaan kerajaan dan ketegasan kerajaan.Kita belum sampai ketahap itu kerana terbukti rakyat Malaysia adalah rakyat yang bijak dan kebenaran sememangnya berada dipihak kerajaan. Bolehkah kita berpegang hanya kepada harapan?

Rakyat perlukan tindakan! Tangkap sahaja semua penganjur huru-hara ini dan buktikan bahawa I.S.A. adalah bertujuan untuk itu! Kalau peruntukan undang-undang biasa adalah untuk kesalahan biasa yang jelas, maka I.S.A. ini adalah untuk kesalahan-kesalahan yang tidak jelas tetapi jelas mengancam kepentingan, keselamatan, kesejahteraan dan subversif kepada keamanan awam. Tangkap sahaja semua yang memimpin dan menganjur demonstrasi tersebut, yang berucap, yang mengatur dan terutama sekali pemimpin parti politik yang terbukti menyertainya, kerana sebagai pimpinan politik, mereka adalah dalang kepada demonstrasi yang jelas haram dan melanggar undang-undang. Dalam hal ini mendakwa mereka ke Mahkamah seperti R.Sivarasa, tidak cukup! Rakyat mahu mereka ditangkap dan disumbat sebagai subversif dan digunakan akta I.S.A. sepertimana Singapura bertindak keatas musuh negara dan sebagaimana Amerika menyumbat orang-orang yang disyaki mengamcam keselamatan. Kita tunggu apa lagi? Singapura pernah mempunyai tahanan I.S.A. yang merengkok berterusan tanpa dipeduli sesiapa sehingga 35 tahun!!!

Ramai orang kata, bahawa kerajaan sudah tidak perlu tunggu-tunggu...Tangkap semua mereka dengan segera, kerana orang ramai hendak hidup aman dan negara perlu melangkah kehadapan. Tangkap semua kecuali seorang, iaitu Anwar Bin Ibrahim kerana dia perlu dipastikan berhadapan dengan Saiful di Mahkamah untuk dibicara kerana dituduh meliwat Saiful! Buat sementara ini, kita biarkan dia lepas walau kita tahu dia dalang paling besar kerana dia perlu berhadapan dengan Saiful! Yang lain, seperti senarai nama yang diumumkan oleh polis dan yang dikenalpasti polis, tangkap dengan segera dan jangan dibawa ke Mahkamah, kerana kita ada peruntukan undang-undang I.S.A.!!! Jika Padang Kamunting tidak muat, kita sewa Guantanamao Bay!

Ini pandangan ramai orang yang saya mendengar keluhan mereka dan sampaikan untuk dikongsi. Jika hanya untuk melepas geram,biarlah kita berkongsi geram asal kita tidak jadi seperti mereka, berdemonstrasi, menentang dan melalak, menyusahkan orang, memalukan negara,menjatuhkan maruah diri serta menggadai akidah!

http://penpusaka.blogspot.com

5 comments:

Anonymous said...

Ya kekalkan ISA kerana apabila PR memerintah nanti, kamu adalah org pertama yg akan di sumbat didalam ISA sbb kamu minat sangat kpd ISA.
Org seperti kamu layak tinggal di kemunting seumur hidup.

Anonymous said...

jangan harap boleh perintah.nak hancur adalah. bermula di perak lepas ni selangor

abdulraufali said...

yes aku setuju bila PAKATIPU RAKYAT memerintah semua melayu2 penyokong UMNO akan disumbat ke ISA. so bila 3 juta UMNO masuk ISA senanglah PAKATIPU RAKYAT melalui ANUar Berahi dan konco2 Chin Peng dari parti biaDAP bekerjasama dengan Yahudi memajukan cina2dan HINDRAF . melayu2 UMNO pula di balas dendam dengan merempatkan mereka di bawah jambatan atau di kamunting atau Simpang Renggam camp. SIAP la kau orang melayu yang sokong UMNO...revenge is PKR last name..u will be hunt till submission by RAKYAT..Sultan2 akan di lantik dikalangan HINDRAF kerana memang dah ramai nama Raja kat situ. Cina2 akan di lantik mengetui segala Jabatan2/ kementerian2. pekerja2 kerani dan manager akan kami serahkan pada melayu2 yang sokong gila babi pada parti kegilaan dan hamPAS..

Anonymous said...

Kenapalah saudara UMNO Bukit Jelutong kita ni jumud sangat. Inikah sikap kepimpinan UMNO yang hendak ditonjolkan oleh saudara? Saya pun UMNO jugak, tapi masih mampu menggunakan akal fikiran, masih dapat membezakan erti demokrasi yang kita junjung sebagai rakyat Malaysia. Adakah saudara akan berbangga untuk mewujudkan 1Malaysia yang Autokratik. Secara peribadi, sesungguhnya saya amat kecewa dengan sikap dan pendirian saudara yang terlalu taksub hingga tidak mampu berfikir secara rasional.

Anonymous said...

Kalau PR memerintah....? Jangan bagi aku gelak la kawe. Jika pun dia jadi, apa aku takut ke? Dan kalau dia jadi, dan dia hendak cari aku, apa itu ke kerajaan yg lebih baik dari BN dan kalau ye pun, apa aku takut ke? Ko orang ni memang dah kena tebuk....., tengkorak kosong!

Jumud? Lebih baik dari penakut! Malah jauh lebih baik dari hantu!