Friday, May 29, 2009

Keyakinan yang Angkuh HUSAM MUSA!

Baca dan fahami Kenyataan Rasmi Husam Musa bertarikh 25.05.09 ketika mengumumkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ulasan saya ada di http://penpusaka.blogspot.com

Marilah kita menyumbang kepada perpaduan jamaah dan hindari perbuatan memecah-belahkan jamaah Islam atas sebab nafsu dan cita-cita. Walau Nasharuddin didakwa tanpa bukti yang sahih, namun apa yang didakwa mahu dilakukannya itu, sudah sepatutnya menggembirakan semua umat Islam, bukan dijadikan fitnah untuk berburuk sangka.

Keyakinan Husam Musa perlu diperbetulkan kerana alasan yang diberi kenapa dia mahu bertanding seperti yang dinyatakan beliau dalam banyak kenyataan adalah jelas satu sifat buruk sangka yang tidak selari dengan tuntutan aqidah Islam.

Wuallahualam.

20 comments:

Anonymous said...

To PAS and Nasharuddin,if your party n you cooperate with UMNO,i'll be the 1st to split on your party and your face!!!Always remember what they have done to you in the past!!Although i'm a chinese and i don't like some of your policies but i still give my support to PAS as this is a good party under the leadership of Tok Guru Nik Aziz!!

Anonymous said...

jangan bersekongkol dengan UMNO.
hancur PAS.

Anonymous said...

bukan saja jgn bersekongkol, jgn ambil bekas ahli UMNO pon, mereka ni dah ada virus rasuah dan macam2 najis dan penyakit kronik...

Anonymous said...

Tumpukan kepada UMNO, rapatkan saf dan barisan. Lupakan PAS.

Anonymous said...

Memang pun kita tak heran kat dia, cuma sebagai sesama Islam kita orang UMNO memang diajar ingat mengingati dan saling hurmat menghurmati kawan dan lawan. Puak tu memang perasan tak tentu pasal.

Anonymous said...

UMNO penyebab Melayu mundur,cina kaya.

Anonymous said...

melayu ramai yang dah senang, tapi rasa tak cukup senang.Ada cina kaya, ada cina susah. Ada melayu senang ada juga melayu susah. anda bagaimana?

Anonymous said...

Kepada ahli UMNO Bukit Jelutong kesetiaan anda hanya utk pemimpin tertinggi yg mengaut keuntungan peribadi yg tak cukup2...anda hanya setia mcm Hang Tuah yg rela dihukum bunuh demi kesenangan dan keseronokan pemimpin UMNO tertinggi..

1. Siapa musnahkan Bahasa Melayu hinggakan tidak laku sebagai bahasa komersial.

2. Siapa musnahkan tulisan jawi supaya bangsa melayu jauh dari ugama.

3. Siapa yg mahukan DEB dilanjutkan setelah DEB gagal supaya keistimewaan kepada pemimpin2 UMNO berterusan.

4. Siapa yg menghapuskan biasiswa/dermasiswa utk anak2 melayu belajar diUniversiti lalu digantikan dgn PTPTN dan menjadikan setiap graduan dibelit hutang berpuluh2 ribu ringgit.

5. Kenapa peniaga2 melayu hanya layak berniaga diwarong2 dan dipasar2 malam setelah 52 tahun merdeka.

6. Siapa yg menyisihkan pembangunan kepada negeri2 yg majoritinya penduduk melayu seperti Kelantan..tanpa lebuhraya tanpa air bersih.

7. Siapa yg kayakan Ananda Krishnan, Lim Goh Tong, Vincent Tan, YTL, Patrick Lim, Jefry Cheah, Lee Kim Yew dll.

Semuanya UMNO, UMNO dan UMNO.

Anonymous said...

Manusia memang mudah merasakan apa yang ada pada dirinya tidak mencukupi.Melihat apa yang ada pada orang lain, dirinya dilihat serba kekurangan. Tidak sedar dia akan nasib orang yang lebih banyak kekurangan dari diri nya. Ketidakpuasan hatinya membuatkan dia mencari orang untuk disalahkan. Sebab itu Islam benci kemiskinan kerana ia membawa pada sifat kufur.Macam mana nilai miskin? Miskin harta? Miskin Ilmu? Miskin kasih sayang? Miskin iman?

Jangan mudah menjadi orang yang apabila telah berjaya melepasi sungai dia menyalahkan jambatan. Macam anjing yang tersepit menggigit orang yang melepaskannya.

Melayu ke atau bukan melayu ke semua ada akal, ada tenaga ada peluang. Islam suruh berusaha dan selebihnya kuasa dia. Jangan cari salah orang. Lihat diri dan bersyukur. Malaysia aman, damai,makmur, selamat dan penuh dengan berbagai peluang dibawah pimpinan UMNO/BN. Jangan bila untung tak cakap apa, bila tengok hak orang, salahkan UMNO/BN. Apa tak salahkan Tuhan je terus?

Anonymous said...

anon,may 31/09 3.28am,

Tuan lihat lihatlah diBkt.Jelutong,
Kawasan perumahan elite.Ramai Melayu yang tinggal disini.

Inilah hasil dari kemajuan negara sejak 50 tahun selepas merdeka.
Melayu sudah mampu membeli rumah antara RM350,000 hingga RM3,000,000.

Ini di Bkt Jelutong dan banyak lagi dikawasan perumahan elite lain seluruh negara.

Bukankah ini hasil perjuangan pemimpin dan UMNO untuk memperbaiki taraf hidup Melayu.

Pendidikan diutamakan sejak zaman Tengku lagi dengan perbagai dasar UMNO buat,semata-mata untuk rakyat.Hasilnya telah nampak sekarang.

Tuan-tuan yang dari pembakang juga, yang bijak sekarang hasil masa dasar pendidikan UMNO.

Perbagai kemudahan kerajaan berikan untuk masa depan anak-anak bangsa.

Siapa yang usaha lebih dapat setimpal dengan usahanya.Kalau peluk tubuh takkan rezeki datang mengolek.Bila susah salah pada kerajaan.Ni cara orang PAS bukan nak membangun negara bersama.

Tak sedar lagi ke?
Setiap kelemahan sentiasa diperbaiki oleh pemimpin UMNO.

Anonymous said...

Betul dan tak semua orang diperumahan elite ni orang UMNO atau kroni UMNO. Mereka berjaya hasil titik peluh dan hasil dasar membantu UMNO, baik dibidang pendidikan mahupun dibidang usahawan. Tunku dulu kata "Saya tidak mahu beli senjata canggih tapi saya mahu beri pendidikkan pada rakyat". Rata-rata mereka di perumahan elite ni semuanya asal dari kampong, anak cikgu, anak nelayan, anak peneroka, anak petani yang bapa dan datuknya dapat menyempurnakan pendidikan hasil bantuan dan dasar UMNO.

Jangan lupa tengok juga pemimpin pembangkang dan kroni pembangkang yang berjaya hasil dasar UMNo dan suasana aman, damai, makmur dan berwawasan Kerajaan UMNO.

Hari ni, tengok juga rumah pemimpin pembangkang, waduh-waduh bosar juo, macam mano dio bole maju kalau Kerajaan kita menekan, dan zalim? Tengok rumah mereka, jangan tak tengok, atau anda yg bercakap tu tak mahu terima kenyataan.

Juga tengok rumah peneroka di Felda dan Tanah-Tanah Rancangan yang dulu adalah golongan termiskin terpilih yang dibawa oleh dasar UMNO ke Tanah-Tanah Rancangan, diberi rumah dan tanah sorang 10 ekar. Hari ini, mereka maju, anak mereka juolah yg mendapat pendidikan dan lebih lagi maju.

Kalau sumo dah maju, hah, bukan sahaja bahasa, semua dalam dunia ini boleh di melayukan. Kalau sumo dah tinggi ilmu agama, bukan sahaja melayu, sumo dalam dunia ini boleh diIslamkan. Tak gitu?

Oleh itu, bersyukurlah dan teruskan bantu memperkuatkan perjuangan UMNO yang telah terbukti berkesan. Jangan sebab dengki orang tertentu yang inginkan apa yang ada pada UMNO, dia sanggup mengajak kita sama-sama hancurkan dan nafikan hakikat, umpama anjing tersepit dan umpama golongan yang dibenci Nabi kerana menyeru pada perpecahan. Umpama Pak Kadok yang bakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Macam kisah hikayat orang yang menang sorak, kampong tergadai. Macam yang diingatkan oleh Allah SWT bahawa kemusnahan yang menimpa adalah hasil kerja tangan manusia jua. Macam ketam dalam baldi, yang akan tarik kawannya nak panjat baldi jatuh balik kedalam, akhirnya esok semua masuk kualai!

Anonymous said...

Saya berjalan sambil ambil angin.
Setibanya di Nogeri sebilan,negeri poi poi pokan.
..eek terkejut rumah sapa yang bosar tu.Kawan saya cakap tulah rumah Nasaruddin pemimpin PAS.
oh!! rumah anak Melayu.

Lalu melalui Bkt Damansara,Rumah sapa yang besar dari kayu berlian dipuncak bukit.Kawan saya cakap tulah rumah pemimpin kita MB Selangor,Khalid, dari Parti Keadilan.
oh!! rumah anak Melayu juga.

Sampai di Penchala,eek besarnya rumah,kereta berderek.Kawan saya bagi tahu,tulah kenal pemimpin kita pakar motovasi yb PAS.
oh!! rumah anak Melayu juga.

Setibanya di Penang pula,itulah rumah pemimpin DAP yag hebat,bosar juga.
oh!! rumah lawyer Malaysia .

Sambil balik melalui negeri Serambi Mekah.Lalu saya terpadang itu rumah sapa,dari kayu cengal,besar nampak rumah.Kawan saya bagi tahu itu bekas exco PAS ,dun Tawang.
Wah!! rumah anak Melayu juga.

Saya kembali ke KL melalui kawasan Jenka.Nampanya rumah peneroka sudah besar,baglo, malah mempunyai tanah 10 ekar sorang.Berbanding 20 tahun dulu,kecil-kecil rumah di sana.Anak penoroka pula kebanyakan lepasan U.

Fikirlah adakah silah UMNO lagi.
UMNO telah memajukan bangsa Melayu dan juga bukan Melayu.

Janganlah dok kata kroni UMNO saja kaya,kroni pembakang 2 x 5 juga.

Kejayaan yang dicapai hasil dasar UMNO yang di perjuangkan selama ini tanpa memilih bulu.

Anonymous said...

hebat anony 2 jun 3.17.Akupun petang 2ambil angin juga.

Sambil pusing-pusing Bkt Jelutong.
Aku terpadang baglo sapa besar tu.
Ketua Cawangan Umno Bkt Jeluntong,orang Pas bagi tahu.
Baru ketua cawangan belum lagi exco.Rumah dah 3 juta.
Hebat puak-puak Umno ni.Kalau exco tak payah ceritalah.

Satu lagi rumah besarnya kat Bkt.Jelutong.Banglo ke berapa,tak tahu.Setahu aku rumah bekas menteri yang selalu ke Autralia.

ha..ha....ha....

Anonymous said...

SEKADAR RENUNGAN SEKALI LAGI,

Sedarlah orang PAS,marilah bersama
membangunkan negara,biar Melayu no.1 terkaya di Malaysia.
Tanah ini kita punya.Kalau asyik dok tarik jangut lagi boleh tengok banyak putih mata akan datang, bangsa asing kaya-raya.

Hentikanlah senketa,bergerak bersama UMNO demi agama ,bangsa dan tanah air tercinta.

JANGAN KAMU LUPA SEBAGIAN KAMU DIDUNIA.
..................................
Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lepas, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Forbes berkata Kuok telah menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lepas. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.

Mereka juga menusia terkaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lepas tetapi mengekalkan kedudukannya ditempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lepas.

Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia telah turun 10 peratus berbanding dolar AS, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.

Ini merupakan perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lepas kerana harga saham syarikatnya merosot.

Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.

Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjuual saham Southern Bank beberapa tahun lepas dan kini membuat pelaburan baru.

Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku.BERNAMA

Anonymous said...

suri,

Macam mana umno dikatakan perjuang untuk bangsa Melayu.Puak cina dan India tersenarai dalam senarai orang kaya Malaysia.

Rumah lebih 5 juta cina beli,banggunan besar cina punya,
Berapa ramai Melayu pakai kereta Mewah.

Tak nampak ke.....
Melayu ramai pakai kereta tolak .Melayu ramai tinggal dalam rumah merparti ditengah kota.
Melayu ramai pakai kat chai.

Apa cerita ni?
Tukar saja pada Pas for all....bukan 1 Malaysia

Anonymous said...

Ada orang melayu punya rumah besar sikit, orang melayu juga yang mengata dan menuduh.Ada orang melayu tak ada, orang melayu juga mengata dan tuduh macam-macam.

Selain itu, bila orang cina dan india dapat tersenarai orang terkaya, orang melayu juga mengata dan menuduh.

Bila takda sesiapa dapat apa-apa, orang melayu juga mengata dan menuduh.

Anonymous said...

Salam anon June 2,2.32pm,

Orang Melayu Bkt Jelutong,semua mewah,jadi setiap orang yang tinggal di rumah mewah tak boleh jadi ketua cawangan lah?.

Yang pentinnya kemampuan pemimpin ada hubungan sosial(persekitaran)dengan masyarakat dengan baik.

Anonymous said...

Anon 4 June, 4.58pm,

Soal cina dan India yang tersenarai terkaya di Malaysia,Apa kata lihat dulu
http://www.forbes.com/business/billionaires/

Kalau kita lihat ,senarai orang terkaya dalam dunia semuanya di monopoli oleh orang USA.Puak-puak kafir.

Walaupun negara Arab pengeluar minyak ,jutawan Arab tidak tersenarai dalam 20 terkaya di dunia.Bagitulah juga orang Jepun ,korea yang maju pun tak tersenarai juga.

Kita lihat orang Melayu Malaysia,mana ada papa kedana sekarang ni.Kalau kita lihat dikampung2 ada yang rumah hampir roboh tapi tanah luas.Mana ada Melayu Malaysia tinggal dalam kotak sebagaimana Melayu di Indonesia,malah dia merdeka lebih awal dari Malaysia.

Lagipun Melayu matlamat hidupnya lain,bukan malamatnya untuk berlumba-lumba jadi kaya yang tersenarai.Melayu adalah beragama islam matlamat kekayaan sebenar di akhirat nanti.

Cina ,India mencari kekayaan,dia berniaga tanpa halal haram.Dunia umpama syurga baginya.
Prinsipnya matlamat menghalakan cara,asal boleh kaya.
Orang perempuan pun dia jual....asal boleh duit.

Melayu pun ramai yang jadi jutawan walaupun tidak masuk senarai orang terkaya di Malaysia sekarang ni.Jadi tiada sebab untuk kita nafikan perjuangan pemimpin UMNO yang telah merubah kemiskinan orang Melayu ketahap yang lebih selesa.


Hanya mereka yang tak tahu bersyukur sahaja.......hentam UMNO siang malam.

Anonymous said...

Suri,hanya gambaran rumah besar juta-juta saja,disebaliknya yang kita nak tahu.

Tak kira parti mana pon.Sumber duit yang menjadi persoalannya.Buat rumah besar mesti dengan duit,bukan dengan daun kayu.

Kalau cari cara halal tak kisah.
Bimbangnya dengan cara yang tak betul.

Asalnya pemimpin pembakang orang umno dulu.Mungkin dia tak dapat lagi nak tambah kaya.Umno tak bagi projek lagi mungkin dia beralih parti.Dengan parti baru dia menang dapat kuasa dapat projek sama dalam masa dalam umno juga.

Ni andaian saja,sama kita fikir.

BEBAS

Anonymous said...

Yang paling dibenci bagi orang yang Islam ialah sikap berburuk sangka.Mengapa perlu di bebani otak dan jiwa memikirkan yang buruk terhadap orang lain. Ini adalah yang membawa kepada bibit perasaan benci, dengki dan hasad. Kenapa sebagai orang Islam kita tidak mahu mengamalkan sikap berbaik sangka dan memuliakan orang. Islam menyuruh mengucapkan tahniah keatas sesama rakan dan kenalan. Kalau tak tahu sedangkan atas sebab berburuk sangka kita mengata, bukankah itu membawa kepada fitnah? Jadilah orang yang bertakwa kalau anda orang yang beriman, jangan cakap tak serupa bikin, luar senyum mengurut janggut, dalam hati busuk melayan nafsu.