Wednesday, May 27, 2009

CHIN PENG nak DATANG bukan nak BALIK!

Ini adalah bukan satu gurauan, tetapi adalah satu penipuan yang melampau!

Baca seterusnya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Marilah kita anak-anak pasca merdeka, mengulang-kaji sejarah agar tidak diperdaya oleh satu usaha jahat yang sedang dirancang sekarang ini bertujuan untuk menipu sejarah dan mengelirukan rakyat ramai agar keyakinan dan jatidiri anak bangsa menjadi rapuh. Jika ketahanan anak bangsa rapuh, Negara mudah di bolosi dan akibatnya nanti, rugi dahulu pendapatan, rugi kemudian kehilangan!

Salam,

4 comments:

Anonymous said...

Mana Jutawan Melayunya,kuasa politik ada,Cina dan India jadi kaya raya.


Robert Kuok kekal rakyat Malaysia terkaya

KUALA LUMPUR: Tan Sri Robert Kuok, peneraju Kumpulan Kuok, kekal sebagai rakyat Malaysia terkaya dengan nilai bersih AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lepas, demikian menurut Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia 2009.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Forbes berkata Kuok telah menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.

Ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lepas. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40 rakyat Malaysia terkaya.

Mereka juga menusia terkaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga terkaya ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lepas tetapi mengekalkan kedudukannya ditempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan bernilai AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lepas.

Ia menyatakan kemerosotan 22 peratus kekayaan itu sebahagian besarnya disebabkan sejajar dengan penurunan 21 peratus di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan tidaklah buruk sangat, jika diambil kira ringgit Malaysia telah turun 10 peratus berbanding dolar AS, nilai mata wang yang digunakan bagi ukuran itu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40 orang terkaya di negara ini.

Ini merupakan perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya Forbes Asia.

Tan Sri Vincent Tan (ranking 10, AS$750 juta) dari Berjaya Corporation Bhd merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkeluar daripada ranking mereka yang memiliki kekayaan berbilion dolar dalam tempoh 12 bulan lepas kerana harga saham syarikatnya merosot.

Tiga orang yang memasuki kumpulan terkaya itu ialah anggota Lembaga Pengarah IOI Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi Tan Sri Chen Lip Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112 juta).

Empat orang menyertai semula kumpulan itu selepas terkeluar selama setahun atau lebih.

Antara mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjuual saham Southern Bank beberapa tahun lepas dan kini membuat pelaburan baru.

Terbitan terbaru Forbes Asia turut menonjolkan Tan Sri Francis Yeoh, peneraju konglomerat YTL (ranking tujuh, AS$1.8 bilion).

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai Francis Yeoh boleh diperolehi pada terbitan 8 Jun Forbes Asia, yang boleh diperolehi di kedai-kedai buku.BERNAMA

Anonymous said...

Sedih anon,

Silap siapa Melayu mundur dalam ekonomi.Betul kuasa ada,tapi orang lain kaya.

PAS ni,asyik tarik jangut lagi ke...
Bersatulah dengan UMNO,pakat cari duit,teguhkan ekonomi Melayu,bukan gaduh sama sendiri.

Anonymous said...

Orang Melayu yang kaya-kaya tu,tolong sama Melayu yang nak niaga kurang modal.Jangan kaya sorang.

Apalah guna segelintir Malayu memandu kereta mewah.Malayu lain tidak dibantu.

Jangan jadi macam orang PAS,asyik dengan serbang je.Kalau tak da duit Melayu akan jadi mundur,Islam diperlekehkan oleh bangsa asing.

UMNO tolonglah anak bangsa ni.
Jangan jadi Ali Baba je.
Orang Melayu jangan pandai kutip komisyem je,tatepi rajin buat korja,baru dapat untung lebih.

Projek Melayu dapat,korja cina buat,mestilah yang buat korja dapat lebih.

Anti persen

Anonymous said...

Salam semua,

UMNO dah buat yang terbaik untuk bantu Melayu sejak awal Merdeka lagi.

Perbagai kemudahan pimjaman,tunjuk ajar telah diberi kepada bumiputra dari perbagai ajensi kerajaan.Cuma tak suah mulut je.

Kita Melayu ni asal susah selepas negara kita dijajah.Melayu banyak kerja pertani kecil.Cina dan India dapat modal kerja lombong dan noreh getah,dia orang buat modal niaga.Jadi banyaklah dia orang kaya pada hari ini.

Nasib baiklah UMNO telah banyak membantu ,kalau tidak Melayu tak merasa pandu Mecd .Ramai juga Melayu kaya,tapi tak sampai macam tauke gula tu.

Kita kena ingat,UMNO bantu bukan dari segi kemudahan pimjaman saja atau peruntukan bumiputra,tapi bantu juga beri pelajaran kepada anak Melayu.Dengan ada ilmu Melayu akan nampak cara nak cari duit.

Kekayaan cina dan India dapat tu ,hasil sokongan Orang Melayu juga gi beli kedai dia.

Puak-puak PAS,kalau UMNO nak buat apa untuk bantu Melayu ,jangan banyak komplem,banyakkan bagi idea.