Friday, May 22, 2009

Akal yang Dangkal

Sedang layari blog kawan-kawan dan lawan, dapat sms kata DR.ZAMBRY sah MB PERAK! Kalau betul, kita syukur dan minta semua jadi orang bertamaddun dan paling tidak pun beradat.Jangan ada pula yang guling-guling atas jalan macam orang tak beriman.

Terbaca juga ada satu blog yang tanya BN akan masuk lawan ke di Manik Urai? Mula-mula mari kita panjangkan Al-Fatehah dan doakan yang baik-baik untuk yang telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Tinggal semua di dunia yang fana ini dan kita yang tinggal ini menambahbaik persediaan sehingga tiba pula masa kita. Balik pada soalan itu, jawab saya buat masa ini :- Kalau dah akal itu dangkal, memang tak lut apa-pun. Tak tanding di Penanti bukan bermakna tak tanding juga di Manik Urai. Sebab dan kisahnya berlainan. Kita tunggu pimpinan BN buat keputusan tetapi saya boleh jamin isu dan keadaannya berlainan sama sekali. Tak tanding di Penanti bukan pasal BN tak nak masuk tapi tak nak layan.

http://penpusaka.blogspot.com

9 comments:

Anonymous said...

Yang dihairannya sebaik saja,yb pulang keramatullah.Sibuk dak puak-puak pas nak cari calon dan nasihat BN jangan lawan.

Apa benda ni,hormatilah jenazah dulu dan keluarganya.

Marilah kita bersama sedekahkan al-fatihah,semoga roh ditempatkan bersama-sama orang solleh.

amin


Zambri jagalah rakyat perak baik-baik,demokrasi telah dapat ditegapkan.

Nizar terimalah keputusan dengan hati yang terbuka.Tunggulah dengan sabar PRU13 ni.Bagi cam lah ke rakyat nak tarik nafas panjang.

Anonymous said...

Wahai kaum Muslimin! Perkembangan terkini di Perak bukan sahaja telah menyingkapkan pembohongan sistem demokrasi, malah ia turut menyingkapkan lagi keburukan dan kekejian yang terdapat di dalam sistem demokrasi. Masing-masing dilihat berebut untuk mendapatkan kekuasaan bagi memerintah atas nama demokrasi. Yang jahat bercakap tentang demokrasi, yang baik pun bercakap tentang demokrasi, seolah-olah demokrasi ini suatu yang suci yang perlu diperjuangkan baik oleh golongan kuffar, sekular mahupun Islam. Umat Islam sepatutnya berusaha untuk mengembalikan undang-undang Allah dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang sebenar yakni Sistem Khilafah. Kenapakah masih terus berpegang teguh dengan demokrasi walhal telah terbukti demokrasi hanyalah sistem busuk dan keji yang ditinggalkan oleh penjajah kepada kita semua? Ingatlah, wahai insan yang masih ada keimanan bahawa Rasulullah SAW tidak mewariskan sistem demokrasi kepada para sahabat dan umatnya, tetapi Rasulullah SAW mewariskan Sistem Khilafah kepada sahabat dan kepada kita semua. Jadi, kenapa dan sampai bila kalian mahu hidup mewarisi dan berjuang mempertahankan sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah, bukannya berjuang untuk menegakkan sistem Khilafah yang ditinggalkan oleh Rasulullah?

Anonymous said...

Tanya PAS kenapa?

Anonymous said...

Ini laman web asal Eli ,

http://www.gutteruncensored.com/2009/05/welcome-back-elizabeth-wong-so-when-are.html

Anonymous said...

oh,web masterdedah tu asalnya orang Yahudi buat untuk tujuan pecahkan Melayu,habis PKR bising kata orang BN buat,ni tomahan tanpa usul periksa.

Sila rujuk web asal

http://www.gutteruncensored.com/2009/05/welcome-back-elizabeth-wong-so-when-are.html

Anonymous said...

Bila pemimpin umno nak turun padang.
Jangan leka jengok2 rakyat tu.
PKR dah mula jumpa budak UMNO atas pagar.

Anonymous said...

macam mana pula ada "budak umno atas pagar"?? kalau rakyat awam atas pagar tu boleh lah kita faham tapi "budak umno"???

tolong jelas.

Anonymous said...

"budak umno atas pagar",maksudnya orang pas yang mula berjinak dengan UMNO,jadi kenalah pemimpin UMNO jumpa dia ,fahamkan lagi kongsep 1 Malaysia.

Anonymous said...

Telatah orang PAS,tak sabar

Bila wakil rakyat sakit sahaja..

Ada di antara mereka yang sudah bergerak keluar masuk kampung sejak mendengar berita Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakub jatuh sakit.

Dan pergerakan mereka menjadi semakin rancak selepas kematian Paksu Mail pada Jumaat lepas.

Tujuannya nak berebut jadi calon.Tunjuk baik konon.