Saturday, June 6, 2009

Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Saya baca kenyataan Lee Wei Kiat, Pengerusi Biro Informasi dan Maklumat Pemuda MCA didalam akhbar STAR dan UTUSAN MALAYSIA hari ini. Darah saya menyirap dengan drama yang tak habis-habis rakan komponen BN. Saya cabar Pemuda MCA nyatakan pendirian dan saya cabar MCA untuk tampil kehadapan jadi juara BN dalam perjuangan orang melayu!

Layari luahan saya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Ketika menulis ini saya dapati dalam beberapa blog akan keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat dan saya gembira diatas keputusan yang sangat baik untuk PAS. Tahniah kepada Timbalan Presidennya Nasharuddin Mat Isa yang berjaya menewaskan temberang Husam Musa! Tahniah juga kepada perwakilan PAS yang tidak memberikan tempat kepada pelakon handalan Khalid Samad. Pada Zaid Ibrahim yang saya lihat macam bodoh je duduk kat depan tu sebaris dengan Kit Siang dan Azmin Ali, apa tunggu lagi? Janganlah malu-malu nak isi borang. Tapi kalau tengok apa terjadi kat Ulama Mi Celup, eloklah minta borang kat Kit Siang, lagi ada peluang kot! Begitulah nasib seorang yang tidak ada pendirian jelas dan masuk parti untuk syiok sendiri, tidak jujur membawa perjuangan!

15 comments:

Anonymous said...

Penulis baru tersedar,"Telunjuk Lurus kelinking berkait".

Melayu kalau kata bodoh marah,sepatutnya Melayu satu parti je,UMNO,tak payah gabung dengan puak-puak tak mandi wajib.
Buat pening kepala.

Macam2 dalam pas ,puak hadi,puak pak nik gip,puak mat sabunglah,puak musam pun ada.

Marilah lah jadi puak Najib lagi baik.Sama-sama kuatkan Melayu.Kalau nak buang,buang nuar sorang tak payah masuk puak.Jenis kacau puak.

Maaf ya kasar sikit lepas geram

Anonymous said...

Membaca majalah Forward isu Jun 2009, membuat saya sangat teruja. Tokoh wanita , Dalia Mogahed , wanita Amerika berketurunan Mesir, wanita Muslim pertama menjadi penasihat President Obama dalam hal-hal berkaitan masalah dan prejudis yang melanda umat Islam.

Pintar, manis dan menutup aurah... walaupun berita ini baru saja saya dapat (beliau telah dilantik sejak April 2009) tetapi rasanya masih belum terlambat mendoakan agar urusannya dipermudahkan, ditunjukkan Allah jalan yang benar dan semoga kepintarannya dapat membantu Islam.

Memetik katanya yang ditulis dalam majalah tersebut...'These situation (beliau merujuk pada perjalanan hidupnya sebagai satu-satunya pelajar wanita muslim, bertudung pulak tu dan seterusnya sebagai satu-satunya pelatih jurutera) taught me that living according to your conscience was more important than comfortably conforming to your surroundings...'

Bayangkan kehidupannya di tengah-tengah kekafiran dan kekufuran pun masih tetap istiqamah menegakkan kepentingan menutup aurat...apalah sangat nak dibandingkan orang-orang kita...setakat takut tak dapat kerja, bertahan mempamerkan aurat di khalayak ramai...seperti isteri pemimpin umno... mmm

Bagaimana isteri pemimpin Umno,bila nak tutup kepalanya.

Ingat negara Islam ni,tutup kepala akan menambah ramai pengundi lagi.
Rakyat mahukan Rosmah pakai tudung,sesuai dengan negara Islam.
Yang hairan Najib tutut kepala dengan songkok,isteri tak tutup,terbalik pula.

Ulama kena tegur juga kalau tidak dosa semua tanggung.

Anonymous said...

Rakyat sayangkan najib,tapi isterinya tak sayangkan najib,kalau tak tutup aurat dosa naik ke najib.

Tolonglah isteri orang UMNO tutup kepala.Suami cakap agama isteri tak tutup kepala.

Kain tudung murah je,kalau tidak ketua cawangan umno dan juga pas pakat sposer kain tudung ke isteri pemimpin yang tak pakai tudung.

Lihat permaisuri Agong pakai tudung.Tak da masalah pun.

Semuga Allah membuka pintu hati isteri pemimpin negara islam tutut kepala,bukan suruh pakai purdah.

Anonymous said...

Kalau dah sampai minta ketua umno dan ketua pas sumbangkan tudung, itu dah menghina. Dosa menghina itu rasa saya lebih besar dari dosa tak pakai tudung.Harap-harap dalam kita terlalu ghairah mencari dosa orang jangan sampai kita sendiri tersasar jauh dari ajaran agama. Islam tidak suruh begitu dan Islam juga tidak ajar baca salah orang. Islam ialah amalan dan amalan itu dakwah.Dakwah itu pula nasihat bukan mengutuk atau mengeji.Kemuliaan seseorang itu disisi Allah tiada manusia yang tahu, hanya Allah yang Maha Memilikki, jadi jangan kita menilai ikut sudut pandang kita.

Anonymous said...

maaf tuan penulis,saya sampaikan hanya dahwah,soal nak ikut atau tidak terpulang.Tuhan menetapkan dosa dan pahla,pada masa yang sama manuasia diberi kebebasan mana yang hendak pilih.

Apa yang kami sampaikan adalah suara-suara rakyat bila sembang-sembang diwarung2.

Apa yang dimuskilkan pemimpin melalui teladan.

Anonymous said...

Saya faham dan saya juga ucap terima kaseh.

kayujelutong said...

salam bos, baru pegang jawatan ketua cawangan dah melenting bila grassroot bagi komen ke? rileks laa bos! telan saja, baiki keadaan, muhasabah diri, jaga sanak keluarga, anak2 buah dibawah baru lazat memimpin. jgn ikut macam di cheras tu! depa tu pelakon2 & crew wayang tinggi produksi saja. jgn marah bos..

Anonymous said...

Salam "kayujelutong",

Sama sekali saya tidak marah apa lagi nak melenting. Cuma kita cakap yang benar dari hati. Kita ingat mengingat sesama kita.

Kadang2 ada benda yang kita sedap dengar tapi ada benda yang kita tak berapa sedap pasal jiwa manusia suka dengar apa yang dia nak dengar.

Dalam berdailog semua bebas mengeluarkan apa yang tersirat dihati. Kita ambil mana yang kita setuju dan kalau tidak itu hak orang lah untuk bercakap. Namun sebagai Ketua Cawangan kita kena cakap apa yang kita kena cakap. Hak ahli untuk terima atau tak, barulah kita telus. Tak guna kita berpura-pura dan jadi popular pasal ikut apa orang suka dan cakap apa orang cakap, tapi hati lain. Okay bro. dalam Islam pun kita kena ambil iktibar sentiasa. Kalau dirasakan macam saya melenting, saya rasa itu hanya salah faham atau salah baca maksud. Kadang2 bila tulis ni lain dengan kita berjumpa semuka, tapi kita cubalah untuk menggunakan demi berkomunikasi terbaik mungkin. Maaf kalau saya terlalu open.

kayujelutong said...

assalamualaikum bos,

maaf atas komen saya bos! apa yg saya perhatikan dlm blog ini, bos memang open-minded. bravo bos!

apa yang saya nukilkan hasil dari sekelumit pengalaman peribadi 15 tahun saya selaku KC, 10 tahun AJK Bhgn, 6 tahun SUB di kotaraya.

nikmatnya memimpin bilamana usaha2 kita terhampar di depan mata umpamanya bila dulu tiada lampu jalan, sekarang ada, dulu tiada papan tanda jalan, sekarang wujud dsbnya. biarpun nampak kecil di mata pemimpin2 besar tapi banyak datangkan manfaat kpd rakyat bawahan.

wallahu 'alam.

Anonymous said...

Salam kayujelutong,

Pada saya,tidak nampak KCBJ tu marah ,cuma pentaksiran saja berbeza.Biasalah tu.

Adalah baiknya,sama-sama ketua,boleh lah jumpa minum tea bersama.Tak sudah sembang di alam maya.

NAK CERITANYA SIKIT

Terjumpa seorang pakcik di sebuah kedai kopi sedang bersembang tetang YB pas ,disuruhnya saya tulis dalam blogs,sebab dia tak tahu nak petik komputer.

Apa yang pakcik tu suruh sampaikan:-

Nak bagi tahu cara YB pas,kalau kenduri,rakyat telefon dia pergi.. tak nanti hantar surat jemputan yang ada bunga2.Kalau masa kenduri YB berada jauh,dalam tempoh sebulan lepas kenduri dia tetap kujungi lagi.

Isteri rakyat bersalin isteri YB pergi ziarah,semetelah ada kematian lagi.

Rakyat sakit dia pergi tengok.
Selalu bertanya khabar rakyat.

YB pas walaupun baru lepas pilihanraya,kempen parti seolah-olah nak mengundi bulan depan.Umno senyak sedu dia kata.Dia macam niaga juga kena ada iklan baru laku barang.

YB pas ni ,kalau kawasan kampung dia naik motor pusing2,kadang2 singah kedai kopi.Rakyat ajak minum,dia kata "ana posa".Tapi rakyat tak kisah yang penting tunjuk muka .

Kalau naik kereta ,keretanya tak pakai cermin gelap.Senang rakyat nak bai-bai.Kalau cermin gelap ,rakyat tak nampak,silap hari bulan bai ke deriver je.

YB pas sepanjang masa dia jumpa rakyat,bukannya dekat pilihanraya baru tunjuk muka.

Ini sebagai input saja,ke arah perpaduan.
Tapi kalau kawasan bandar lain caranya ko.

Tapi YB pas satu kelebihanya lagi suka mengutuk tak kira pada orang umno atau sama puak dia sendiri.
Contok terbaik tok guru adi dengan tok guru pak nik.Nampak tak berapa nak boleh jalan seiring dah.

Anonymous said...

suri u ni cik ke puan,

nak sambung sikit cerita yb pas tu.
Satu lagi pak cik tu tak bagi tahu u ke,

KELEBIHAN YB PAS BOLEH BACA KUTBAH,BANDINGKAN DENGAN YB BN.

Elok lah buat perpaduan,yb pas jadi iman,yb BN,jaga ekonomi.Oklah tu.

Anonymous said...

ha..ha...hha suri....yb BN kenapa tak wat cam tu eekkk.......kat Selangor,walau BN kalah,tapi bakal yb BN pru13 kena tunjuk muka ,jangan senyak terus,Kalau dekat pru13 baru nak tunjuk muka,tak payah datang terus.........ingat rakyat bukan rakyat dulu lagi.

Nampak berulang sejarah pru12,Ingat yang nak undi rakyat......
yb BN guna iklan dalam tv dan akbar je...tak cukup......SALAM BERSENTUH TANGAN DENGAN RAKYAT TU PENTING.

Betulah kata suri tu,kelebihan persaing kita kena ambil kira.

dahanJelutong said...

Salam 1 Malaysia,

Baca dulu penjelasan Pedana Menteri kita pada kapal yang tak faham-faham 1 Malaysia .

Terdahulu dalam jawapan asal, Najib memberi jaminan gagasan Satu Malaysia tidak akan melenyapkan identiti mana-mana kaum di negara ini.

Najib berkata, "janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong daripada apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika lalu."

"Sebaliknya Satu Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

"Satu Malaysia menekankan sikap 'penerimaan' di kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

"Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata," kata beliau menjawab soalan lisan seramai 15 Ahli Parlimen secara sekali gus hari ini.

Jelas beliau, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan Satu Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

"Ia juga sangat berbeza dari konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang.

"Satu Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada ruh perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat.

"Malahan gagasan Satu Malaysia kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika yang lalu," kata beliau.

Kalau sesisps ahli pkr tak faham lagi "1 Malaysia" bawa pisang lemak manis satu sikat,nanti saya jelaskan lagi.

Anonymous said...

salam,

Sila layari

www.umno-reform2. com

delima said...

Masih terlalu asing lagi untuk kita merasai kehadiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Masih janggal lagi kita dalam mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mungkin perubahan-perubahan yang dianjurkan oleh mereka masih belum meresapi kita sebagai rakyat. Mungkin perubahan yang kita dengar hanya meliputi awan – awan dan tidak singgah pada kita rumput-rumput yang semakin kering dek ketandusan ekonomi yang semakin di rasai. Oleh itu apa sebenarnya erti rakyat di utamakan. Apa makna sebenarnya rakyat di utamakan. Setakat ini – kita melihat polisi perubahan dasar yang tidak nampak mempunyai kesan terhadap apa yang di sebut rakyat di utamakan.

Ini memungkinkan semula jurang jarak antara rakyat dan kepimpinan negara ini semakin meluas. Sentuhan kerajaan kepada rakyat perlu konklusif dan perlu bercorak fizikal. UMNO juga sekiranya mahu mengembalikan sokongan rakyat perlu bertindak menyentuh mereka – menyentuh dengan tindakan yang dikatakan rakyat di utamakan. Selagi UMNO masih menjarakkan diri dari rakyat marhaen – maka UMNO sendiri di kira sebagai menyisihkan diri dari masyarakat. Sehingga hari ini – riuk pikuk yang ada hanya datang dari interviu media, kata-kata perubahan khususnya di kalangan kepimpinan kerajaan dan kepimpinan UMNO – tetapi sentuhan terhadap rakyat masih kabur dan semakin jauh.

UMNO perlu memikirkan satu landasan penting – melihat dan mengkaji semula struktur kemasyarakatan yang ada – menolak tindakan melampau menyebelahi golongan korporat dan mula bertindak menyelesaikan masalah khususnya dalam bandar. Di bandarlah sebenarnya UMNO mula tewas dan di bandarlah UMNO semakin pupus. UMNO harus memulakan langkah bersepadu. Mula menggerakkan ahli-ahli untuk turun dan untuk memulakan langkah menyentuh rakyat dan bukan menyentuh kalangan ahli sahaja. Mereka perlu bangkit menjadi pembela kepada rakyat dan bukan duduk bersama-sama kepimpinan dan membicarakan apa yang kepimpinan mahu dengar. Perubahan harus dilakukan segera. Jangan hanya gah mendengar – tapi pincang langkah.