Wednesday, March 18, 2009

DAULAT Pemimpin Kerana Pengikut........

Faktor hebat atau tidak hebat seseorang pemimpin itu, dilihat pertamanya ialah samaada dia ada pengikut atau tidak. Kehebatannya sudah tentu akan menarik pengikut yang ramai dan sudah semestinya pemimpin yang mempunyai ramai pengikut akan dikatakan pemimpin yang hebat. Tidak menjadi pemimpinlah seorang yang tiada pengikut.

Nilai sebenar seorang pemimpin juga akan ditentukan oleh kehebatannya menguasai dan mengarahkan pengikutnya. Sejauh mana pengikut akur dan taat serta hurmat kepada pemimpin bergantung kepada pemimpin itu sendiri mencorakkan pimpinannya, dan kualiti serta tahap penghayatan pengikut itu sendiri.

Jatuhnya seseorang pemimpin itu juga boleh disebabkan oleh pengikutnya.

Jadi kadangkala amat malang apabila akibat angkara pengikut, seseorang pemimpin itu tersungkur.

Pemimpin akan terkilan, dan pengikut pula menyesal. Kadangkala tidak juga boleh disalahkan pengikut seratus peratus kerana kelemahan pemimpin mengawal kerenah pengikut juga boleh jadi tanda tanya.

Apa pun, disinilah apabila berlaku kerugian kepada jemaah tadi, maka pemimpin bersekali dengan pengikut seharusnya menerima tanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ada kekurangan didalam jemaah tersebut. Ia boleh datang dari pemimpin itu dan ia juga boleh disebabkan oleh pengikut semata-mata. Akibatnya semua kena tanggung.

Bebanan semestinya kepada pemimpin untuk memastikan tidak berlaku situasi atau keadaan yang boleh mendatangkan mudharat.

Dato' Seri Ali Rustam secara ringkasnya telah mengaku dan memohon maaf kerana menghampakan penyokongnya kerana tidak dapat meneruskan perjalanan yang disasarkan. Namun beliau menambah kata bahawa komen sepenuhnya akan dikeluarkan pada Rabu.

Saya berharap dan berdoa agar Dato' Ali Rustam akan meletakkan kepentingan parti lebih utama dan sebagai seorang pejuang dan pemimpin, beliau akan menerima hakikat serta menjadikannya sebagai satu iktibar untuk perjalanan seterusnya. Saya yakin dengan keikhlasan dan kewarasan beliau. Dato Seri, selaku Pengerusi Biro Latihan UMNO sedang diuji dan jika beliau dapat menanganinya, UMNO akan terus gagah dan perkasa dan beliau akan menjadi seorang dari ramai pemimpin yang bernilai!

Wuallahualam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan,

Pendapat/tulisan tuan memang benar
"DAULAT Pemimpin Kerana Pengikut........"

Tetapi pengikut hipokrit pemimpin hilang daulat.

Sejarah telah membuktikan.

Pengikut hipokrit adalah pengikut "yes man",pemimpin suruh berdiri dia berdiri,pemimpin suruh duduk dia duduk.

Mereka bersama dengan pemimpin ,bercakap penuh patriotik,bergelak ketawa,minum bersama di kedai kopi.

Bila masa dimedan perang,mereka memberi 1001 alasan untuk tidak bersama,sibuk katakan.Malah sesetengahnya tidak muncul langsung.

Hanyalah yang tinggal pengikut setia.

Pengikut hipokrit hanya ikut kerana mahukan sesuatu.....
Mereka berpendapat buat apa jadi balaci,kalau menang pun pemimpin yang segar dan bertambah kaya.Mereka pi mai pi mai tan tu juga.

Lalu mereka pangkah pembakang kerana tiada siapa yang tahu undi adalah rahsia.

Akhirnya pemimpin hilang daulat.

Mereka menang sorak kampung tergadai.
Jauh disudut hatinya menyesal,tapi keegoan menutup penyelesalanya.

Rakyat