Thursday, March 26, 2009

BARISAN PEWARIS

Perjuangan sudah diwariskan. Perwakilan UMNO telah memutuskan. Transformasi kepimpinan UMNO telah dilakukan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Timbalan Presiden untuk membantu Presiden UMNO yang baru Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka akan didokongi oleh Panglima-Panglima yang juga baru, Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin Tun Hussein dan jaguh dari Sabah Dato Shafie Apdal.

Inilah dia BARISAN KITA yang akan memimpin sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, mengemudi armada perjuangan UMNO demi Bangsa, Agama dan Negara.

Apa pun hendak ditafsirkan, kita sudah bersedia dan mesti mara kehadapan untuk mengemudi armada ini terus meredah medan sebagai satu pasukan yang segar dengan kesedaran bahawa barisan ini adalah pewaris obor dan panji-panji perjuangan.

Selesailah sudah episod peralihan kepimpinan. Kini UMNO telah diserahkan kepada pewarisnya, maka sepertimana seruan Dato Seri Najib untuk disediakan saf yang berani dan ampuh, maka inilah dia Barisan Saf Kita.

Ayoh, apa lagi? Kembalikan sinar keampuhan UMNO yang gemilang. Kemaskan semak samun dan dedalu yang mengaburi kesucian dan ketokohan UMNO yang keramat, dulu, kini dan selamanya!

UMNO selepas 52 tahun Negara Merdeka, kini sudah diwarisi oleh kepimpinan baru untuk memacu langkah seterusnya. UMNO bertuah kerana PEJUANG-PEJUANG terdahulu masih berada disisi untuk memerhati langkah, menegur yang sumbang dan mencurah nasihat.

Dalam proses tranformasi kepimpinan ini, kita tidak harus menafsirkan ia sebagai pertandingan kalah dan menang kerana apa yang berlaku ialah mewariskan perjuangan melalui permuafakatan yang berkat. Yang baru dihadapan, manakala yang lama sentiasa ada bagi memperkukuh barisan. UMNO kini umpama ada dua dalam satu! Bukan dua barisan tetapi satu armada yang kuat dan bersepadu antara yang lama dan yang baru!


1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan,

Sebenarnya pewaris tu,telah diwariskan sudah lama.

Kalau kita fikirkan..renungkan bukakah orang panggil naik pangkat,lagi tepat.

Tak kisahlah orang Melayu kaya ilmu taksir.

Tapi yang pentingnya barisan baru ni kena ambil balik negeri yang hilang tu.

Harap-harap barisan baru ni


Agama Islam harus diletak no.1 dalam perjuangan.
Maruah Melayu terbela.
Ekonomi Melayu tidak terabai.

Barulah rakyat ikut berjihad