Thursday, December 31, 2009

Guan Eng Akan Contohi Nik Aziz!!!

"Lim Guan Eng akan mengosongkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk diberikan kepada Wakil Tunggal PAS di Pulau Pinang. Ini bagi menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz yang sanggup memberikan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada seorang Muslim Cina, walaupun lebih 95 peratus rakyat Kelantan adalah Muslim Melayu." OOppps mimpi! Jangan percaya, ini hanya jenaka hujung tahun saya!

Kalau difikir-fikirkan, kenapa pula tidak boleh? Bukankah itu menunjukkan bahawa persoalan perbezaan kaum tidak menjadi hal kepada Lim Guan Eng dan DAP? Lagipun komposisi penduduk Melayu di Pulau Pinang jauh lebih ramai berbanding penduduk kaum Cina di Kelantan. Itu pun Nik Aziz dan PAS Kelantan boleh jadikan ia sebagai satu perkara besar yang amat sangat kepada mereka, hingga tidak tidur malam memikirkan bagaimana lagi hendak menunjukkan betapa TIDAK perkaumannya mereka?

Jadi kalau DAP hendak berikan jawatan itu kepada orang Melayu, jauh lebih wajar. Lagipun bukankah walaupun PAS adalah anggota Pakatan 3 seKawan, jawatan EXCO  pun tidak diberi oleh DAP? Mungkin DAP memikirkan, satu kerusi PAS, ada pun tak menambah, tak ada pun tak luak kot!Oleh itu wajar sangatlah Lim Guan Eng mengambil pengajaran dari cadangan Nik Aziz itu, sebagai pengiktirafan kepada wakil PAS di Pulau Pinang, dan lebih penting menunjukkan betapa dia "mahu merapatkan diri" dan ta'at pada Tok Gulu Nik Aziz dan juga betapa DAP sangat TIDAK perkauman juga.

Soalannya kisah ke Lim Guan Eng dan DAP sepertimana kisahnya Nik Aziz dan PAS?

Ramai sangat kah wakil Muslim Cina dalam DUN Kelantan hinggakan kalau tak diendah, boleh jatuh salah?

Begitulah kalau sudu lebih dari mangkok. Sila,sila, apa lagi yang boleh ambo beri, kopiah ambo? kain ambo? hendak ko, ambil lah, ambo tak kisah.... Apa lagi, enak betul bila tidur disorongkan bantal, seronok lagilah mimpinya kan?

Apalah hendak jadi dengan orang Islam Melayu yang sorang ni? Nak kata kufur nikmat, dia mengaku Alim dan warak. Bukan nak menambah,habis semua hendak di gadainya! Buang tabiat agaknya!

Nik Aziz kata "celaka punya blog" ke atau "celaka punya goblok", saya dengar macam goblok!

Jangan  ambil hati, bak kata Nik Aziz, "kiasan sahaja" maksudnya lain, tak tahulah apa maksudnya. Nabil kata, "Lu fikirlah sendiri!"
Oleh http://penpusaka.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009

Dr.Jeffry Kitingan Pecah Tembelang

Kompromi yang dicapai didalam pimpinan PKR Sabah, sebenarnya membuka tembelang kepada satu KOMPROMI yang lebih besar. Sila lawati blog saya http://penpusaka.blogspot.com/  bertajuk "Meniti Ranjau,Membaiki Labu". Search engine yahoo akan membawa anda ke blog UMNO Bukit Jelutong, jadi klik url diatas ini untuk ke penpusaka.blogspot. Selamat membaca dan komen anda saya alu-alukan.

Thursday, December 17, 2009

Jangan Lalu Jalan Itu...

Pernah satu ketika dahulu, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU merdeka, kemudiannya bergabung menjadi FEDERATION OF MALAYSIA bersama Sabah,Sarawak dan Singapura (yang kemudian keluar membawa diri), menempuh badai, mengemudi babak hitam kewujudannya.

Ketika itu, baru meniti usia 12 tahun. Kini selepas 12 tahun melepasi umur dewasa 40 tahun, ada petualang yang tidak sedar diri, seolah mengundang kita untuk sekali lagi MENUJU untuk lalu dijalan itu..

Layari, http://penpusaka.blogspot.com dan anda dijemput memberikan pandangan berlandaskan akal dan budi.

Sunday, November 22, 2009

Jangan Khianat

Terdahulu saya cuba menarik perhatian kepada hakikat betapa sebenarnya antara PAS dan UMNO itu lebih banyak persamaan daripada perbedaan. Namun jelas dari komen-komen puak tertentu, mereka tidak mahu kisah tentang itu, sebaliknya taksub untuk membicarakan perkara-perkara ranting untuk dijadikan jurang pemisah dan alasan untuk jauh memisah. Begitu taksubnya puak ini kepada memisahkan daripada menyatukan. Walaubagaimanapun, saya tetap yakin bahawa mereka itu hanya segelintir orang jahil yang sesat dalam perjuangan.

Saya yakin permusuhan yang disemarakkan atas alasan PAS atau UMNO adalah satu kerja sia-sia yang tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Apabila kita melakukan kerja yang sia-sia, bersedia sahajalah menerima hukuman Allah SWT. Menyedari ini, maka mereka cuba menghalalkan kerja sia-sia itu dengan dakyah yang menjurus kepada mengelirukan orang bahawa "PAS itu Islam dan Islam itu PAS". Mereka sentiasa berdolak-dalik dalam hal ini dan umpama orang jahat, mereka ini tidak jujur dalam perkataan dan perbuatan. Hakikatnya mereka hanyalah berpolitik dan dalam ghairah berpolitik itu, mereka sanggup mencemar Islam.

Lihat sahaja hujah-hujah puak ini yang setiap kali mereka mati akal, mereka akan membuat berbagai tohmahan dan memberikan berbagai tafsiran yang negatif terhadap perkara-perkara yang bukan pokok, malahan lebih banyak kenyataan bohong dan fitnah bagi mengelirukan orang daripada perkara sebenar.Propagandanya ialah supaya orang kata "PAS itu Islam dan UMNO tidak Islam".

Saya sudah jatuh kesian kepada mereka ini kerana tertipu sedemikian rupa hinggakan apa sahaja yang dijaja oleh ahli-ahli politik yang memimpin mereka, mereka beli borong, tanpa langsung mahu meneliti apa lagi menilainya seolah-olah pemimpin mereka itu Nabi dan Alim yang suci lagi ma'sum. Dizaman Nabi SAW dahulu, ada dikalangan pengikut dan sahabat yang dijamin Allah SWT sebagai ahlul syurga. Apakah puak-puak pengikut taksub pemimpin PAS ini mengharapkan jaminan yang sama? Apakah mereka semuanya sudah dijamin asalkan membayar yuran sebagai ahli PAS, maka Syurga untuk mereka menanti, bermakna ahli UMNO akan ke Neraka? Siapakah yang memberikan jaminan itu? Pemimpin mereka? MasyaAllah, sedangkan batang tubuh pemimpin mereka itu sendiri pun belum ketentuan disisi Allah SWT. Pemimpin-pemimpin mereka itu berlumba-lumba mendapatkan label dan "title" Al Ustaz, Ulama', Al Sheikh, Tok Guru dan berbagai lagi. Siapakah yang memberikan title itu? Untuk apa? Kesian, kesian.

Ditipu oleh ahli-ahli politik (bukan Ahli Syurga), maka teruslah puak-puak ini melebarkan jurang pemisah dan menyemarakkan permusuhan hingga membawa umat ke jalan kehancuran. Kemanakah lagi jalan itu menuju sekiranya umat asyik bermusuhan dan bercerai-berai, jika tidak kejalan kehancuran? Bukankah Nabi SAW berpesan pada khutbah terakhirnya bahawa umat Islam itu bersaudara semuanya. Begitu pentingnya persaudaraan antara umat kerana ia adalah ramuan kepada perpaduan. Islam menekankan tentang peri-pentingnya persaudaraan dan perpaduan. Tidakkah kita akan terkeluar dari Sunnah Nabi apabila kita tidak memandang penting perkara ini?

Pada saya, jika kita sering diingatkan bahawa Sembahyang itu Tiang Agama, maka kita juga perlu faham bahawa Perpaduan itu adalah Sendi yang mengukuhkan Tiang. Bayangkan jika tiang-tiang itu sendinya longgar atau tiada? Tentulah dia runtuh. Begitulah kita dalam Islam. Maka itu sebablah Nabi SAW telah memberi pesan betapa umat Islam semuanya bersaudara dan betapa Perpaduan itu penting.

Bermusuhan lah dan berperang lah hingga berbunuh-bunuhan antara sesama kita, dan kemudian berdoalah agar kita dikurniakan Allah SWT akan nikmat keberkatan dan ditempatkan di SyurgaNya sebagai balasan kerja-kerja kita dimuka bumi ini.Mengapakah kita mahu menipu diri sendiri?

Jadi kepada segelintir puak-puak ini yang setiap kali mati akal akan menjual isu "UMNO tak laksana Hudud",hentikan fitnah yang merbahaya ini. Bukankah hak melaksana Hudud itu adalah hak pemerintah? Dan bagi pemerintah itu, sebelum dia melaksanakan Hudud, dia perlu terlebih dahulu melaksanakan Huquq?

Disebalik semua itu, apakah kita terlalu jahil untuk memahami bahawa Islam itu adalah agama yang damai dan Islam itu adalah agama dakwah? Islam ialah agama yang mendidik dan lebih mengutamakan pencegahan daripada menghukum. Apakah kita amal Islam jika kita sampai merobohkan persaudaraan dan perpaduan, bercerai-berai semata-mata atas alasan melaksana hukum, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan. Kita asyik hendak buat kerja tuhan sedangkan kerja kita sendiri belum sempurna.

Bersatu lah umat Islam. Bersetia lah kepada Ulul Amri, Berkhidmat lah kepada Nusa. Hanya kerana Allah SWT. Sesungguhnya janganlah kita jadikan Agama Islam sebagai alasan untuk brcerai-berai sedangkan Islam menyuruh kita bersatu. Dalam kita ghairah hendak melaksana hukum Allah, kita perlu ingatkan diri kita bahawa sesungguhnya kita hanya HambaNya yang kerdil sedangkan Dialah Yang Maha Mengadili, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menghukum dan Dia jualah Yang Maha Mengampun. Siapalah antum sekelian yang beria-ia sangat hingga hendak menuduh dan mengkhianati Ulul Amri yang memegang amanah pemerintahan itu!

Tuesday, October 27, 2009

1.

2.





  1. Bendera PAS,


  2. Bendera UMNO,


  3. Bukankah lebih banyak persamaan daripada perbezaan? Inilah sebenar-benarnya Bendera kedua-dua parti. Namun PAS lebih menonjolkan logo nya yang berlambangkan kain hijau dengan bulan mengambang. Hakikatnya, inilah sebenarnya bendera rasmi PAS.


  4. Bendera adalah melambangkan fitrah perjuangan sepertimana dilakarkan oleh pengasas,


  5. Pewaris perjuangan atas sebab agenda yang tersendiri akan bertindak jauh menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan oleh pengasas perjuangan,


  6. UMNO tertubuh sebagai wadah persepakatan ummah dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair,


  7. PAS ditubuhkan oleh puak yang keluar dari jemaah UMNO disebabkan tewas didalam perebutan jawatan Presiden UMNO,


  8. Bertitik tolak dari perebutan jawatan dan kuasa, ia terus berlanjutan oleh pewaris-pewaris perjuangan menjadi kepada dendam, hasad dan permusuhan yang tidak ketentuan hingga mencipta berbagai alasan untuh menghalalkan perbuatan untuk memusuhi jemaah asal.


  9. Selain Bendera PAS dan UMNO yang hampir sama, hakikatnya fitrah perjuangan adalah sama.Ia bagaimanapun semakin terhakis akibat ditopengi dengan kepentingan kepartian dan kelompok hingga mengenepikan pegangan dan ajaran Islam yang asas, iaitu persaudaraan. Persaudaraan bukan pada mulut, tetapi persaudaraan didalam satu jemaah, satu barisan dan satu sof perjuangan, seiring dan sejalan.

Saturday, October 17, 2009

Terima Kasih Ustaz

Juma'at 9hb Oktober 2009 yang lepas, merupakan hari terakhir bagi Imam 1, Masjid Bukit Jelutong, Ustaz Hj Yaakup,mencurahkan khidmatnya kepada kami disini. Sumbang baktinya selama 11 tahun semenjak masjid bj bermula, banyak sekali nikmat yang telah kami perolehi diatas bimbingan dan kepimpinannya yang bersahaja. Kewibawaannya, amat saya sanjung tinggi dan jasanya bukan sedikit, telah kita perolehi.

Beliau merasakan sudah cukup, agaknya, dan diatas sebab-sebab tersendiri, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara disini dan pulang ke kampong halaman di Kelantan. Kita sudah tentu tidak mahu dia pergi, tetapi rancangan Allah SWT mengatasi kehendak kita yang pelbagai.

Bersempena hari terakhirnya itu, saya telah mengadakan sebuah majlis ringkas untuk meraikan beliau dirumah saya dan sempat menjemput beberapa orang rakan sekeliling. Tujuannya adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau dan memberikan penghargaan kami terhadap sumbangkhidmatnya yang selama ini kita nikmati tetapi tidak berkesempatan menzahirkan ucapan terima kasih. Ustaz telah sudi hadhir dan memberikan sepatah dua kata dimana beliau melahirkan perasaan kasih sayangnya kepada semua anak kariah BJ, namun walau dengan hati yang berat, beliau sudah mengambil keputusan untuk kembali ke kampong halamannya.

Majlis ini saya adakan secara tergesa-gesa kerana sepatutnya Ustaz melanjutkan lagi tempohnya hingga sekurang-kurangnya ke 15hb Oktober, tetapi telah disegerakan. Tidak sempat saya mengaturkan majlis seperti yang saya hajatkan, jadi ramai rakan dan sahabat yang tidak sempat dihubungi.

Bagi yang sempat hadhir, alhamdulillah.

Monday, October 12, 2009

Kurang Ajar

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menegakkan papan-papan iklan dengan tajuk "Tolak ISA". Papan-papan iklan ini ditegakkan mengguna duit rakyat dengan tujuan menghasut rakyat supaya membuang jauh prinsip-prinsip Rukun Negara. Tindakan ini juga tidak menepati sebuah negeri didalam sebuah Persekutuan kerana dengan terang ianya mahu menghasut rakyat supaya menentang secara terbuka sebuah undang-undang yang masih berkuatkuasa yang telah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh YDP Agung. Apakah DAP ini mendokong demokrasi? Jelas dia tidak mendokong demokrasi kerana apabila dia tidak dapat kehendaknya dia di Parlimen yang dia menjadi anggotanya, dia bertindak menghasut orang ramai diluar dewan untuk menentang Parlimen. Lunas-lunas demokrasi ialah taat kepada keputusan majoriti dan sekiranya tidak sehaluan, tetap sebagai anggota kepada sistem demokrasi itu, kita akur dan taat. Peluang untuk mengubah sesuatu dan mencapai kehendak kita yang berlainan dengan keputusan majoriti hari ini ialah, apabila tiba waktu diadakan pemilihan semula wakil-wakil iaitu pada waktu pilihanraya. Selepas pilihanraya, apabila keputusan suara rakyat sudah termaktub, maka semua pihak wajib akur dan menjadi warga yang taat dan setia. Sikap menghasut adalah satu perbuatan hina didalam Islam dan tidak boleh disokong. DAP bersikap kurang ajar dan mesti diambil tindakan. Bak kata sesetengah orang diluar sana, apabila mahu melawan orang lain dikatakan "Ganyang". Maka rakyat Malaysia perlu Ganyang DAP, Ganyang Penghasut, Ganyang Penderhaka!!

Sunday, October 4, 2009

BENCI

UMNO/BN berani. PAS dan kawanan Pakatan benci.

Pandangan saya di http://penpusaka.blogspot.com

Monday, September 28, 2009

Tun M, Nik Aziz, Ibrahim Ali, Isa Samad dan......

Tentang beliau-beliau ini, sedikit komentar saya di
http://penpusaka.blogspot.com

Tuesday, August 25, 2009

Enakmen Jenayah Syariah 1995

Hassan Ali mahu guna Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang digubal dan diwartakan oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO sebagai penyelamat bagi dirinya untuk keluar dari lembah penghinaan Ronnie Liu!

Malu tapi Mahu!
http://penpusaka.blogspot.com

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 antara Penawar dan Racun!

Wabak H1N1 juga sedang melanda politik tanah air dikalangan orang melayu yang beragama Islam!

Hadi No 1 didalam PAS selaku Presiden di remehkan kepimpinannya oleh Nik Aziz yang juga berlagak No 1. Didalam jemaah PAS mereka ada dua kapten dalam satu kapal. Ini satu penyakit yang akan menjadi wabak yang akan memusnahkan kapal PAS. Hadi No 1 Nik Aziz pun No 1, ini adalah racun yang perlukan penawar.

Najib No 1 didalam UMNO dan BN. Semua akur dan jalan seiring. Najib sebagai PM juga sedang menyatukan rakyat melalui kaedah 1Malaysia untuk semua rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya. UMNO dan BN hanya ada 1 kapten dan ini adalah penawar yang mahu diracun oleh musuh yang dengki.

Hadi No 1 dan Najib No 1 bagi dua jemaah melayu Islam yang perlu bersatu hati demi bangsa dan agama. Jika dua jemaah ini disatukan maka wabak H1N1 akan dapat diselesaikan. Paling tidakpun, ianya tidak sepatutnya jadi wabak penyakit kerana berlandaskan konsep 1Malaysia, ia sudah sepatutnya berjalan sebaris untuk satu tujuan mengukuhkan lagi persaudaraan ditali Allah.

Nik Aziz No 1 tidak mahu ini berlaku kerana dia mahu jadi No 1 kepada setan-setan yang berkeliaran mencari tempat. Hari ini Nik Aziz sudah menjadi penjaga pintu Syurga dan Neraka, maka itu dia sudah mengeluarkan tiket Neraka untuk orang UMNO. Malangnya tiket yang dikeluarkan oleh Nik Aziz adalah tidak sahlaku kerana dia tidak ubah seperti tiket bas ekspress yang dijual oleh ulat-ulat haram di stesen bas. Mengikut pendapat seorang Uztaz, disaat Nik Aziz menghamburkan kata-kata itu, disaat itulah sebuah tempat di Neraka sudah menjadi miliknya! Nauzubillah.

Penawar untuk politik melayu yang beragama Islam ialah apabila Hadi No 1 Najib No 1 berpegang kukuh pada tali Allah dan bersatu memimpin 1Malaysia!

Yang lain itu,anjing-anjing pengawal seperti Nik Aziz, Wan Azizah, Karpal Singh, Kit Siang, dan semua yang bising dan asyik melalak tak tentu hala itu, hanyalah sampingan yang tidak perlu diindahkan. Ramai nama-nama kecil bersama mereka itu, yang lalaknya lebih nyaring sebenarnya hanyalah anak anjing terencat yang mahu tunjuk penting! Mereka itu semua adalah anjing-anjing yang melalak menjaga Orang Kena Tuduh Meliwat (OKT) yang sekarang ini dikenali juga sebagai Pengkhianat Bangsa, iaitu Anwar Bin Ibrahim. Dia perlukan teman dan penjaga kerana takut berhadapan dengan pembicaraan yang akan menentukan hidup matinya didalam politik tanah air! Semua mereka ini jangan diindah dan jangan dipeduli. Kalau boleh jangan diberikan mikrofon dan jangan dimasukkan kedalam lensa kamera waima untuk tujuan iklan apa sekalipun, sepertimana kita telah mengharamkan iklan rokok dan arak dari pandangan awam!

Wuallahualam.

Saturday, August 15, 2009

Tikam Belakang!

Pengarah Siasatan SPRM mengumumkan bahawa berkuatkuasa serta merta akan membekukan semua siasatan yang melibatkan ahli politik! Kenapa beliau melatah? Perlukah Malaysia dengan kontroversi ini? Siapa dia untuk membuat keputusan itu?

Kenyataan itu sendiri boleh dilihat sebagai satu permainan politik oleh orang yang tidak sepatutnya berpolitik. Apa urusan beliau untuk memberikan penilaian terhadap diri batang tubuh orang yang disyaki, orang yang dituduh atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kehendak siasatan sesuatu kes. SPRM tidak ada urusan untuk membeza-bezakan sesiapa. Itu bukan bidang tugas SPRM.

Pada saya, Pengarah ini boleh dikatakan melatah tidak tentu pasal atau memandai-mandai dan tidak salah kalau ditafsirkan sebagai cuba berpolitik. Tindak-tanduknya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya datang dari seorang yang diamanahkan dikedudukan itu. Ini satu perbuatan menikam belakang.

Waima apapun akan berlaku selepas ini, Pengarah yang tersebut sudah hilang kredibiliti dan tidak perlulah mengugut "tidak takut hilang jawatan", kerana sudah sepatutnya dia meletakkan jawatan dengan segera. Terpulanglah kepada pihak atasan beliau untuk mengambil langkah-langkah seterusnya terhadap tindakan beliau mengikut prosedur perjawatan.

Kenapa beliau mesti sibuk dengan reaksi mahupun komen ataupun tuduhan orang selagi dia sedang menjalankan tugas yang dia diamanahkan? Kenapa mesti dia kecewa dengan kesusahan sekiranya itu menjadi sebab? Bukankah itu sesuatu yang beliau kena harungi dengan tekun, tegas dan bijaksana? Kalau beginilah respon pemegang amanah sesuatu jawatan terhadap kerenah kerjanya, maka kita akan menghadapi satu situasi pentadbiran yang amat bahaya kepada negara dan kepada semua! Lebih bahaya lagi apabila penjawat awam berfikir dan bertindak seolah-olah dia juga orang politik, sedang dia sebenarnya adalah bukan, dan dia sendiri mengaku tidak berpolitik dalam melaksanakan tugas!

Pengarah Siasatan SPRM tersebut sepatutnya tidak terikut-ikut dengan gendang politik, tetapi sepatutnya menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan bijaksana, berhemah dan paling penting mengikut tatacara dan peraturan serta undang-undang, "without fear and favour", tanpa takut kepada sesiapa, kerana anda berkuasa penuh mengikut amanah dan tanggungjawab anda. Mengapa perlu sibuk? Mengapa perlu takut? Bukankah ada kata-kata "Berani kerana benar, takut kerana salah"?

Apa pun, nasi sudah jadi bubur, dan Pengarah tersebut sudah hilang kelayakan dan dia wajib diambil tindakan dan berkuatkuasa serta merta. Dia perlu dibekukan dari tugas yang beliau cuba bekukan.

Maaf, disini tiada serangan peribadi tetapi hanya reaksi spontan terhadap kenyataan dan tindakan beliau sendiri, seperti tersiar pada Berita Perdana TV3 sebentar tadi. Saya juga berhak menukilkan pandangan saya secara peribadi.

http://penpusaka.blogspot.com

Wednesday, August 12, 2009

Baru Nak Faham....

Lagak beruk 'jangan tiru macam saya'

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Nizar Jamaludin di DUN Perak ketika dia ditampuk kuasa buat seketika dahulu, bahawa PAS tidak pernah hendak menegakkan hukum Islam apatah lagi hendak memperjuangkan pemerintahan Islam dan sesiapa yang tidak percaya "tolong tunjuk bukti jika ada dimana-mana dokumen rasmi PAS yang mengatakan sebaliknya" katanya. Ini dibuktikan lagi didalam banyak tindak-tanduknya yang jelas bercanggah dengan amalan dan kepentingan Islam di Perak. Untuk seketika yang singkat dia berada ditampuk kuasa, dia telah banyak memberikan untung kepada puak minoriti yang bukan Islam di Perak, tanpa sedikit pun menghiraukan kepentingan majoriti orang Islam. Itulah kezaliman yang nyata. Semuanya akibat takut kehilangan kedudukan jika tidak mahu akur dengan rakan yang jelas berkata "Islam? Over My Dead Body!" atau "Islam? Langkah Mayat Kami Dahulu!". Bukan kita kata, tetapi DAP yang kata! Tidak lama kemudian Nizar mendapat 'bala' yang membawa kepada kejatuhan yang memalukan dan bagai jatuh ditimpa tangga, dia sendiri menunjukkan kelaku yang menambah malu bukan sahaja kepada dia, tetapi kepada wajah Islam yang dipakainya!

Kini Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor sedang lari, malu yang amat sangat, dan dia sekarang menyepi setelah ditempelak oleh Khalid Ibrahim. Menambah sakit lagi hatinya ialah seteru politiknya Khalid Samad sedang bermain kayu tiga menggadaikan Islam semata-mata untuk memalukan Hassan Ali. Khalid Samad mengiayakan tindakan Khalid Ibrahim yang tunduk akur kepada Ronnie Liu, EXCO Samseng dari DAP. "Arak boleh dijual dimana-mana di Selangor, terpulang kepada orang Islam untuk tidak membeli dan terpulang kepada peniaga untuk menghurmati orang Islam." Lagi kata Khalid Ibrahim dengan dianggukkan oleh Khalid Samad, "Apa yang dilakukan oleh Ronnie Liu adalah betul, sebagai EXCO dia berkuasa untuk campurtangan urusan kerja MBSA". Kerajaan tidak akan membuat sebarang undang-undang atau peraturan bagi mentadbir urusan Islam ini.

Ditanya oleh wartawan, Hassan Ali kata "no komen, sebab diarah tutup mulut oleh MB untuk selama 24 jam". Kini dah lebih 24 jam dan Hassan Ali masih membisu, tunduk, malu! Khalid Samad gembira dalam hati, Ronnie Liu pula berkata-kata "ha! Sekarang lu sudah faham?"
Demikianlah sandiwara yang hanya membuktikan sekali lagi kepada semua bahawa PAS adalah pengkhianat Islam dan bahawasanya PAS telah menghina Islam, menghina orang melayu dan benar bagai dikatakan oleh Nizar Jamaluddin yang sudah lama faham.

PAS ini sebenar-benarnya hanyalah anti-UMNO, bukan seperti yang selama ini dijaja bahawa PAS berjuang untuk Islam. Perjuangan untuk Islam yang sebenarnya telah dibawa oleh UMNO sekian lama dan Islam kini sedang di pijak dan dihinakan oleh PAS, menggunakan DAP! Mereka bantu-membantu, DAP hina Islam, PAS tolong sahkan DAP buat tu betul. PAS berperanan sebagai badan pengesahan yang akan membantu mengesahkan apa yang dilakukan DAP adalah betul, halal dan dituntut didalam Islam. Didalam proses tersebut, Islam dan orang Melayu yang mendokong Islam, dihina dan dijatuhkan martabatnya! Semuanya disahkan oleh PAS jadi bila PAS sudah mengesahkan maka , ia adalah halal dan benar serta mengikut tuntutan Islam. Begitulah gunanya PAS ini kepada DAP! Begitulah bagaimana Islam dijual dan dikhianati oleh PAS!

Sekarang Hassan Ali sedang memikirkan bagaimana untuk menerangkan kepada rakyat Islam Selangor, bahawa apa yang dibuat DAP itu betul dan sesungguhnya Ronnie Liu betul dan Khalid Ibrahim betul. Khalid Samad? Itu lain, kita akan tanam dia, agakan saya apa yang sedang bermain dikepala Hassan Ali. Kalau salah, takpe lah, tidak ada apa-apa kesan pada saya.

Sekarang kita tunggu bila Hassan Ali akan dapat ilham untuk memberikan komen yang kita semua tunggu-tunggukan, untuk berjihad menegakkan Islam dan untuk berhenti berlari kerana walau beliau terus mahu berlari, seluarnya sudah jelas terlondeh dan mukanya nampak sungguh merah dek malu bercampur marah! Apakah Hassan Ali sekarang sudah mula faham sebagaimana Nizar Jamaluddin memang lama dah faham? Ataukah Hassan Ali masih mencari alasan untuk menidakkan hakikat bahawa peranan PAS didalam "Pakatan Sehati Tidak Sejiwa" itu, hanyalah untuk mengesahkan kebenaran DAP bahawa tiada ruang untuk perjuangan Islam sepertimana PAS cuba mengatakan bahawa tiada ruang untuk perjuangan melayu? Adakah Hassan Ali sekarang sudah faham bahawa apabila PAS kata tiada ruang untuk perjuangan melayu, yang mendapat keuntungan darinya bukan PAS, tetapi secara langsung sudah memudahkan apa yang hendak dikatakan oleh DAP, bahawa disini, tiada ruang untuk perjuangan Islam. Selepas ini DAP akan kata pula pada PAS, kalau orang Islam tidak suka, orang Islam boleh buat apa?

Sudahkah Hassan Ali faham atau baru nak faham?..... Ya! Allah selamatkanlah bangsaku dan negaraku ini dan rahmatilah kami semua Ya Allah.


Friday, August 7, 2009

Roboh Jambatan boleh buat semula, Kalau nasi dah jadi bubur?

Friday, August 7, 2009

RTM is promoting Anwar Ibrahim
Pada pukul 7.09 minit pagi tadi ”in between” Berita Pagi di RTM1 ada menyiarkan visual-visual demonstrasi jalanan yang menentang ISA di ibu negara baru-baru ini.Kononnya slot visual tersebut untuk menyedarkan masyarakat dengan tagnya MENYUSAHKAN! MERUGIKAN! MENYEDIHKAN! BUKAN BUDAYA KITA! tetapi yang sebenarnya ianya adalah "backfired" kepada RTM sendiri. Ia menimbulkan impikasi negatif di belakang tayangan slot ini dan harus dikaji oleh pihak RTM.Visual-visual yang disiarkan seperti himpunan yang begitu ramai dengan pasukan keselamatan menyembur air dan gas pemedih mata, ada yang diusung di atas troli kecemasan dan peniaga-peniaga yang panik di mana semua visual-visual ini menggambar suasana huru-hara yang amat dahsyat dalam negara ini.Pada hal kejadian itu hanya berlaku satu hari sahaja. Jika visual-visual ini siarkan saban hari ia akan mengambarkan seolah-seolah ianya berlaku setiap hari dan tagline ”BUKAN BUDAYA KITA” akan menjadi realiti ”INI BUDAYA KITA”.Jika slot-slot demonstrasi ini dilihat oleh pelancong yang baru menjejak kakinya ke negara ini nescaya ianya amat menakutkan dan ”shock” kepada pelancong tersebut.Visual-visual yang diulang-ulang tayang akan sentiasa mengingatkan kepada kejadian yang sepatutnya dilupakan.Siapa yang mendapat ”milage” besar dari slot-slot tayangan demostrasi jalanan ini? Siapakah individu yang sinonim dengan demonstrasi jalanan ini? Siapakah pencetus dan pelopor demonstrasi jalanan ini seperti yang dinyatakan oleh Che Det?Tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim is going for broke and RTM is promoting him everyday. Anwar Ibrahim is gaining wide media milage and awareness at every RTM prime time.Hakikatnya RTM tidak cerdik.

Posted by MUMMY ROKIAH at 7:37 AM

Saya setuju juga pandangan Mummy Rokiah nie. Harap-harap kita sama-sama renungkan dan minta Datok Sri Utama Rais Yatim, teliti hal ini. Pada saya elok dipadamkan sahaja mereka ini dari ruang udara media, biarkan kita dengar sayup-sayup je macam bunyi beruk dihutan. Siapa yang nak tengok lebih dekat, boleh masuk hutan atau beli tiket kat zoo. Lagi kita tontonkan dan paparkan kelaku mereka lagi mereka seronok dan lagi mereka peroleh peminat. Eloknya dibiar pergi ia berlalu dan jangan di ambil endah kerana mereka ini bukan faham tujuan promosi itu.

Wednesday, August 5, 2009

Ramai Orang Kata....

BAHAWA, sudah cukuplah kerajaan mengambil jalan "counter-psycology" ini dan sudah cukuplah kerajaan menangkis dengan cara lemah lembut ini.

Kita tidak hairan walaupun Singapura memuji cara kita menangani demonstrasi tempoh hari. Sebaliknya kita malahan merasa terhina bila Singapura "memuji" kita.

Kita terkilan apabila melihat Al Jazeera berulang kali menayangkan aksi-aksi menggerunkan dilayar TV. Secara sengaja juga kita perhatikan bagaimana Al Jazeera meletakkan potret anggota "FRU" bersenjata senapang ditangan dan gambar peserta demontrasi dengan baju tertanggal dan aksi-aksi panas pihak polis menangani demonstrasi itu, sebagai 'backdrop' dilayar TV menghiasi pembaca beritanya.

Kisah di KL itu pula ditayangkan berturut-turut,dengan demonstrasi dan aksi serupa dibeberapa negara lain yang memang sinonim dengan perlakuan sedemikian.Ia seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia bahawa KL pun serupa juga huru-hara dan ketidak tentuannya, ganas, gerun, perang, tembak-menembak dan tidak aman seperti negara-negara yang lain itu. Lihatlah dunia, bahawa Kerajaan Malaysia di terajui Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, tidak disukai rakyatnya. Kerajaan ini adalah zalim, kuku-besi dan menindas penentang-penentangnya, sama seperti sesetengah negara lain yang demikian. Lihatlah dunia, "hero" kita, Anwar Ibrahim!

Kita semua tahu ini semua tidak benar! Namun kelembutan kerajaan membuatkan keresahan dikalangan rakyat dan lama kelamaan ia boleh menjemukan dan membuatkan majoriti rakyat merasa dizalimi oleh keadaan ini. Jika kerajaan berharapkan memperoleh simpati dan sokongan ramai, saya khuatir, ia boleh tidak akan berlaku demikian. Rakyat akan hilang keyakinan kepada keupayaan kerajaan dan ketegasan kerajaan.Kita belum sampai ketahap itu kerana terbukti rakyat Malaysia adalah rakyat yang bijak dan kebenaran sememangnya berada dipihak kerajaan. Bolehkah kita berpegang hanya kepada harapan?

Rakyat perlukan tindakan! Tangkap sahaja semua penganjur huru-hara ini dan buktikan bahawa I.S.A. adalah bertujuan untuk itu! Kalau peruntukan undang-undang biasa adalah untuk kesalahan biasa yang jelas, maka I.S.A. ini adalah untuk kesalahan-kesalahan yang tidak jelas tetapi jelas mengancam kepentingan, keselamatan, kesejahteraan dan subversif kepada keamanan awam. Tangkap sahaja semua yang memimpin dan menganjur demonstrasi tersebut, yang berucap, yang mengatur dan terutama sekali pemimpin parti politik yang terbukti menyertainya, kerana sebagai pimpinan politik, mereka adalah dalang kepada demonstrasi yang jelas haram dan melanggar undang-undang. Dalam hal ini mendakwa mereka ke Mahkamah seperti R.Sivarasa, tidak cukup! Rakyat mahu mereka ditangkap dan disumbat sebagai subversif dan digunakan akta I.S.A. sepertimana Singapura bertindak keatas musuh negara dan sebagaimana Amerika menyumbat orang-orang yang disyaki mengamcam keselamatan. Kita tunggu apa lagi? Singapura pernah mempunyai tahanan I.S.A. yang merengkok berterusan tanpa dipeduli sesiapa sehingga 35 tahun!!!

Ramai orang kata, bahawa kerajaan sudah tidak perlu tunggu-tunggu...Tangkap semua mereka dengan segera, kerana orang ramai hendak hidup aman dan negara perlu melangkah kehadapan. Tangkap semua kecuali seorang, iaitu Anwar Bin Ibrahim kerana dia perlu dipastikan berhadapan dengan Saiful di Mahkamah untuk dibicara kerana dituduh meliwat Saiful! Buat sementara ini, kita biarkan dia lepas walau kita tahu dia dalang paling besar kerana dia perlu berhadapan dengan Saiful! Yang lain, seperti senarai nama yang diumumkan oleh polis dan yang dikenalpasti polis, tangkap dengan segera dan jangan dibawa ke Mahkamah, kerana kita ada peruntukan undang-undang I.S.A.!!! Jika Padang Kamunting tidak muat, kita sewa Guantanamao Bay!

Ini pandangan ramai orang yang saya mendengar keluhan mereka dan sampaikan untuk dikongsi. Jika hanya untuk melepas geram,biarlah kita berkongsi geram asal kita tidak jadi seperti mereka, berdemonstrasi, menentang dan melalak, menyusahkan orang, memalukan negara,menjatuhkan maruah diri serta menggadai akidah!

http://penpusaka.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

Antara Yang Hina dan Yang Mulia.

Dipetik kata-kata seorang yang diangkat sebagai Ahli Parlimen diatas tiket parti PKR dari blog beliau berkenaan kisah Demonstrasi Mansuh I.S.A. baru-baru ini;

".....beberapa orang yang saya percaya polis menjerit-jerit menghalau kami dan orang ramai yang ada disitu, saya sempat beredar walaupun mereka sempat melibas tangan saya dengan rotan..aduush..binawe punya hamlau." demikian kata-kata dari Zulkifli Nordin MP Kulim didalam blog beliau, terhadap institusi polis. Inilah contoh seorang pemimpin yang sering berceramah agama disurau dan masjid memperjuangkan Islam konon, menghina institusi yang menjaga kepentingan awam.

Sebelum ini, beliau ada tulis didalam blognya satu soalan, "jika anda mati, siapakah diantara Hj.Hadi,Nik Aziz atau Najib, yang anda mahu jadi imam sembahyang jenazah anda?" Bagi dia, katanya tentu bukan Najib. Malangnya kenapa dia tak masuk sekali nama Anwar Ibrahim? Bukankah Anwar itu adalah Imam dia, Ketua Parti yang dia ikut? Inilah pe'el bodoh budak PKR.

Tapi saya tidak hairan, satu, kerana itu bukti bahawa dia akui Anwar tak layak. Ikut Parti Anwar, setakat tumpang tooii mendapat tempat sahaja. Ikut UMNO, dia tak layak, ikut PAS, jadi paria! Namun dia tidak perasan bahawa ketika hidup ini, Hj.Hadi dan Nik Aziz termasuk dia sekali lebih rela berimamkan Anwar. Kenapa? Agaknya takut, pasal Saiful dok sedang buktikan tuduhan meliwat di Mahkamah kot? Jadi biarlah kita duduk dibelakang sahaja....buat sementara ini, belum sah tetapi apa-pun kita biarlah dia sentiasa didepan terutama dalam berjemaah ni. Begituke YB Zul? Lu tanya lah Hj Hadi dan Nik Aziz yang berketuakan Anwar Ibrahim, sebab apa?

Adakah mereka ini semua layak jadi pemimpin? Hancur lah Malaysia kalau sialan ini semua diangkat dan itu pasallah amat seksa mereka hendak mendapat laluan kerana Allah SWT lebih mengetahui siapa yang dikehendakkiNya. Cuma mereka ini semua yang tidak redha ketentutan ALLAH. Pengkhianat ini semua hanya layak jadi anjing dan kuda tunggangan orang, bukan pemimpin untuk diikuti apa lagi di imamkan!

Nik Aziz hari ini kata, "Najib mendengar semua cakapan saya dengan wajah yang manis". Waduh sejuukkk kita dengar. Bukan kata-kata Nik Aziz itu yang menyejukkan. "Mendengar dengan Wajah Yang Manis...." itu yang menyejukkan. Itu yang dikatakan Pemimpin. Itu yang dikatakan Imam. "Dengan Wajah Yang Manis..." walau pun ribuan kata keji dan hina telah saya ungkapkan terhadapnya? Itulah Najib, pemimpin kita!

Wednesday, July 29, 2009

Mudah Lupa Sebab Asyik Mengata!





Kematian MJ, Pembunuhan Marwa
& Muslim China
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Komen saya: Ini bukan baru, tetapi sentiasa berlaku, kita dengar, tonton, baca dan lupa! Apakah kita masih tidak mahu bersyukur dan asyik meminta untuk menjahanamkan sesama kita? Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat. Namun jangan kita sesekali cuba mengaitkan polemik hubungan kaum disini sebagai isu rasism. Disini Melayu tidak rasis, sebaliknya berhemah tinggi dan berhati mulia. Sentiasa sudi bertolak ansur dan berkongsi semua. Namun kebaikan hati melayu sentiasa mahu diguris. Kemuliaan budinya mahu dizalimi dan dikhianati. Senjata nya, fitnah dan hasad. Tidak cukup itu, bertopengkan Agama, melayu dimomok. Melayu jadi celaru, kemudian melayu jadi keliru dan haru-biru! Oleh itu, setiap kali melihat kejadian sebegini diluar negara, kita jangan asyik leka hendak mengata, kerana nanti kita lupa apa yang kita ada! Teruskan membaca......
Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


Gambar : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu. Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

Polis menggunakan alasan murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

THAILAND & URUMQHI CHINA
Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China.

Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, [1] mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.

Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.

Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur. Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.
DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM
Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]

KESIMPULAN
Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini.
Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat .

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah, Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.


Sekian

Zaharuddin Ab Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Sunday, July 26, 2009

Ugutan Budak Besar Kepala!!!

Besar Kepala, Kepala Besar, sama maknanya. Otak terlalu kecil untuk isi tengkorak kepala yang besar itu. Bijak pandai kata "Besar Kepala" saya maksudkan sebagai bongkak, sombong terlebih bangga diri dan akibatnya tindak-tanduk meloyakan orang!

Begitulah kelakunya sekumpulan orang minoriti yang terangkat keatas sekarang dan menjadi penguasa kepada masayarakt majoriti yang terpecah-belah lantas tidak berdaya mengekang keterpaksaan yang tidak diundang.

Terkini, seorang dari spesis minoriti yang besar kepala itu, telah dengan bongkaknya menggunakan apa yang dipanggil sebagai "Kuasa Ketua Menteri" dengan menarik balik kelulusan pembangunan terhadap Numestro, pemaju projek pembangunan Kampung Buah Pala yang diberi kerja oleh Tuan Tanah tersebut, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Keputusan tarik balik ke apa ke itu, satu hal. Tetapi cara dia berkata menyampaikan keputusan dia itu, yang jadi hal dan sangat menjijikkan datang dari seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri. Katanya dengan bongkak, "Sekarang you boleh sue, sue (saman) kerajaan lah, tetapi ingat ianya takkan mudah". Bongkak, sombong dan mengugut. Ketua Menteri mengugut Warga Negara???

Kita simpati dengan kemelut penduduk yang telah sekian lama menumpang di tanah tersebut. Kita juga bersimpati dengan tuan tanah Koperasi Pegawai Kerajaan yang terpaksa berhadapan dengan kemelut ini dalam usaha memajukan tanah milik mereka. Kita juga tidak kurang simpati kepada pemaju yang diupah oleh pemilik untuk menjalankan perojek mengusahakan tanah tersebut. Kita simpati dengan pemerintah yang bertanggung-jawab menyelesaikan kemelut warga, tetapi kita tidak simpati kepada Ketua Menteri yang bersikap bermusuh dengan warga dan apa lagi mengugut warga negara dengan penuh sombong dan bongkak.

Nah! Mana dia Majlis Peguam? Apakah buta, pekak dan bisu mendengar seorang Ketua Menteri menghamburkan kata-kata mengugut dan mengertak orang bahawa sekiranya anda menyaman, kami akan pastikan kamu susah dan kerja kamu untuk menyaman juga susah. Bukankah itu, satu ugutan terhadap hak orang untuk ke Mahkamah? Bukankah itu menghina proses keadilan Negara? Kenapa diam? Atau budaya baru sekarang ialah,salah pada orang tidak salah kalau pada kita?

Saya menyeru semua pejuang-pejuang hak asasi dan keadilan, untuk bangkit dan membantah dan/atau berikan bantuan kepada pemilik tanah dan pemaju tanah untuk menyahut ugutan dan kesombongan Guan Eng terhadap warga negara dan tegakkan budaya tinggi kita yang berhemah dan beragama dari kesongsangan budak-budak besar kepala ini!

Kerajaan memang ada kuasa, kerajaan memang berhak buat keputusan. Namun, apakah keputusan itu dengan menafikan hak warga, atas kepentingan politik? Sudahlah hak dinafikan, diugut dan dimusuhi pula. Saya yakin kebijaksanaan, kalau ada sikit otak dalam kepala itu,mampu pula bertindak waras,telus,jujur dan adil, ketiga-tiga pihak terlibat, pemilik,pemaju dan penumpang, boleh duduk semeja dengan kerajaan dan jalan terbaik untuk semua dapat dicapai. Hanya kerajaan yang benar-benar berotak, bijaksana dan berjiwa rakyat sahaja yang mampu buat cara ini. Sekarang? Kerajaan yang songsang fikiran, songsang niat, songsang budaya, songsang matlamat, sedang menanamkan satu budaya songsang. Adakah kita mahu ini menjadi tamadun baru kita membina negara?

Saya cabar, semua pejuang dan saya pandang hina Majlis Peguam yang selalunya bingkas dalam hal tertentu kerana buat-buat pekak terhadap kata-kata ugut Guan Eng Kepala Besar itu!

http://penpusaka.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2009

Bila Kita Hilang PEDULI

Ada orang tidak peduli, tiada siapa ambil peduli kerana ramai yang masih peduli! Tidak semua orang tidak peduli kerana kita kena peduli sebab kita mesti peduli. Kita dibentuk sebagai manusia yang dituntut menjalankan fardhu khifayah!

Bacalah kisah apabila orang tidak ambil peduli http://penpusaka.blogspot.com

Jangan kita lupa bahawa masaalah yang besar bermulanya bila kecil tiada dipeduli!

Thursday, July 2, 2009

Mencari Jalan Kembali!

Wacana Ilmu Pemuda PAS dan Pemuda UMNO adalah satu cadangan baik dan perlu disokong.

Pemuda PAS telah meletakkan tajuk "Benarkah Perjuangan UMNO Menepati Islam?". Eloklah, nanti bila sudah berpuas hati dan kata sepakat dapat dicari, kembalilah berpadu selari dengan asal tubuh kerana ketika itu nanti, tiada alasan lagi untuk orang melayu berpecah-belah dan menuduh sesama sendiri lebih Islam dan tidak Islam! Perbuatan itu pun sudah melanggar hukum syarak dan tidak menguntungkan orang melayu demi agama dan bangsa. Kemelut orang melayu juga tidak memberi kebaikkan kepada pembinaan negara.

Bagaimana mula berpecah dan bagaimana untuk kembali? Layari http://penpusaka.blogspot.com/

Dalam masa yang sama, UMNO tidak perlu melayan kerenah dan politik PAS kerana UMNO tetap dari dulu, kini dan selamanya konsisten dengan asal tubuh dan perjuangannya. Walaupun demikian sebagai pemimpin, wajib untuk UMNO terus membuka pintu kepada kesejahteraan negara dengan mengamalkan politik perpaduan. UMNO sudah terbukti sentiasa bersifat murni selari dengan ajaran Islam. UMNO tertubuh hasil muafakat melayu. UMNO berpakat dengan MCA dan MIC menubuhkan PERIKATAN sebagai satu contoh muafakat rakyat dan setelah ditimpa malapetaka 13 Mei 1969, UMNO sekali lagi membuka pintu perpaduan dengan membubarkan PERIKATAN lalu menubuhkan BARISAN NASIONAL hasil usaha muafakat rakyat dengan PAS dan GERAKAN. Bila perpecahan melayu semakin kronik natijah kemaraan PAS pada PRU 12 2008, UMNO sekali lagi menerima cadangan untuk perpaduan oleh PAS. Seperti orang yang "malu-alah" PAS mengenakan berbagai helah untuk tidak jadi berpadu dan mungkin juga kerana PAS ditekan oleh Bapak Ayam dan Towkey yang sudah membelinya. PAS bolehlah dikiaskan umpama pelacur yang takut kepada Bapak Ayam dan Towkeynya. Kalau Nik Aziz boleh mengkiaskan UMNO bawa ajaran sesat yang tidak ada beza dengan Ayah Pin dan komunis, kita kiaskan lah PAS umpama pelacur yang telahg melacurkan diri demi sesuap pendapatan!

Namun kita tidak perlu layan telatah politik PAS ini. Jadi langkah Pemuda PAS kita alu-alukan dengan semangat perpaduan rakyat!

Monday, June 22, 2009

Ek eh lehh,,Bila masa orang nak pakat ngan dia?

Buletin jam 6 kata "Majlis Tertinggi Pakatan" tolak kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN.

Kelihatan Anwar dikepala meja diapit kiri dan kanan oleh Kit Siang dan Hj.Hadi Awang. Kit Siang tersengeh=tersengeh, Hj.Hadi macam cicak termakan kapur!

Saya tanya diri saya, "bila masanya pulak UMNO ke BN ke nak berpakat dengan Pakatan dia tu?" Yang saya tahu ialah cadangan perpaduan dicetus dan dicadang oleh Hj.Hadi dan UMNO kata okaylah boleh bincang. Jadi yang Pakatan dia tolak tu apa kebendanya?

Itulah gelagat dan temberang Anwar selepas gagal 16/9 ini pulak, tak habis-habis nak melekakan orang sementara kes liwat dia mengambil tempat.

Baca http://penpusaka.blogspot.com dan berikan komen anda dalam hal ini.

Saya tetap akan tunggu apa Hj.Hadi atau PAS nak kata. Jika sama, jangan marah kalau nanti saya akan tulis bahawa PAS sudah melacurkan dirinya dan umpama pelacur yang takut kat bapak ayam, siapakah dia bapa ayam itu? Buat hari ini, saya masih yakin PAS akan membuat kenyataan lain dari apa yang kita baru dengar dari mulut si Anwar Ibrahim tadi!

Tuesday, June 16, 2009

Marah Yang Terlarang!

Marah, ada yang terpuji, ada marah yang dicela dan ada marah yang dilarang!

Marah yang terpuji ialah bila kita marah kerana mempertahankan kehormatan atau marah sebab mempertahankan agama.

Marah yang dicela, ialah apabila marah pada benda atau hal yang remeh temeh. Marah kepada perkara yang masih boleh dimaafkan.

Namun ada perkara yang kita dilarang marah. Iaitu apabila ia datang dari akibat takbur, sombong dan bangga. Marah yang terbitnya dari meninggi diri, hasad, dengki dan berebut pengaruh.

Demikian sedikit intipati dari penulisan Prof. Dr. Hamka berkenaan bab sebab-sebab marah didalam buku "Tasauf Moden" terbitan Darul Nu'man 1998.

Nizar Jamaluddin, tak habis-habis dia dengan amarah yang meluap-luap hingga tindak-tanduknya sungguh menjengkelkan. Dia marahkan apa? Marah pada siapa?

Saya katakan bahawa Nizar Jamaluddin sedang melayani nafsu amarah yang terlarang! Dia mengikut telunjuk setan dan lupa diri. Dia terlalu angkuh diatas kuasa yang pernah dimilikki. Dia lupa diri bahawa dia terletak dipersada kuasa tanpa dia sendiri termimpi. Dia diletakkan disana hanya semata-mata kerana DAP tidak ada calon Melayu. DAP parti tonggak dengan kerusi terbanyak dan PKR adalah parti yang kedua terbanyak di DUN Perak. Mengapa Nizar dari PAS pula yang dipilih oleh DAP, tidak PKR? Kalau sebab dia wakil parti PAS yang ketiga kedudukannya dalam DUN Perak, dia bukan pun Pengerusi/Pesuruhjaya PAS Negeri? Nizar diletakkan disitu semata-mata untuk menjadi boneka DAP. Nizar dipilih kerana dia paling sesuai untuk disekongkol oleh puak DAP. PAS ikut sahaja pilihan dan kehendak DAP sebab sedar diri bahawa mereka hanya rakan picisan di Perak, nak cakap lebih-lebih, tak rasa jadi MB.

Jadi kelaku Nizar hari ini adalah sebenarnya diluar kawalan dirinya, mahupun parti PAS yang diwakilinya. Nizar hari ini sudah menghayati puak yang diwakilinya dari segi fikiran dan amalan, dia benar-benar menghayati peranannya sebagai "boneka". Boneka ini semakin hari, semakin bernyawa!

Sila layari tulisan saya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Demi negara bangsa yang beragama dan berbudaya, sakit politik yang sedang dibiakkan oleh orang-orang semacam Nizar Jamaluddin ini perlu kita bendung dari menular.

Saturday, June 6, 2009

Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Saya baca kenyataan Lee Wei Kiat, Pengerusi Biro Informasi dan Maklumat Pemuda MCA didalam akhbar STAR dan UTUSAN MALAYSIA hari ini. Darah saya menyirap dengan drama yang tak habis-habis rakan komponen BN. Saya cabar Pemuda MCA nyatakan pendirian dan saya cabar MCA untuk tampil kehadapan jadi juara BN dalam perjuangan orang melayu!

Layari luahan saya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Ketika menulis ini saya dapati dalam beberapa blog akan keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat dan saya gembira diatas keputusan yang sangat baik untuk PAS. Tahniah kepada Timbalan Presidennya Nasharuddin Mat Isa yang berjaya menewaskan temberang Husam Musa! Tahniah juga kepada perwakilan PAS yang tidak memberikan tempat kepada pelakon handalan Khalid Samad. Pada Zaid Ibrahim yang saya lihat macam bodoh je duduk kat depan tu sebaris dengan Kit Siang dan Azmin Ali, apa tunggu lagi? Janganlah malu-malu nak isi borang. Tapi kalau tengok apa terjadi kat Ulama Mi Celup, eloklah minta borang kat Kit Siang, lagi ada peluang kot! Begitulah nasib seorang yang tidak ada pendirian jelas dan masuk parti untuk syiok sendiri, tidak jujur membawa perjuangan!

Friday, May 29, 2009

Keyakinan yang Angkuh HUSAM MUSA!

Baca dan fahami Kenyataan Rasmi Husam Musa bertarikh 25.05.09 ketika mengumumkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ulasan saya ada di http://penpusaka.blogspot.com

Marilah kita menyumbang kepada perpaduan jamaah dan hindari perbuatan memecah-belahkan jamaah Islam atas sebab nafsu dan cita-cita. Walau Nasharuddin didakwa tanpa bukti yang sahih, namun apa yang didakwa mahu dilakukannya itu, sudah sepatutnya menggembirakan semua umat Islam, bukan dijadikan fitnah untuk berburuk sangka.

Keyakinan Husam Musa perlu diperbetulkan kerana alasan yang diberi kenapa dia mahu bertanding seperti yang dinyatakan beliau dalam banyak kenyataan adalah jelas satu sifat buruk sangka yang tidak selari dengan tuntutan aqidah Islam.

Wuallahualam.

Wednesday, May 27, 2009

CHIN PENG nak DATANG bukan nak BALIK!

Ini adalah bukan satu gurauan, tetapi adalah satu penipuan yang melampau!

Baca seterusnya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Marilah kita anak-anak pasca merdeka, mengulang-kaji sejarah agar tidak diperdaya oleh satu usaha jahat yang sedang dirancang sekarang ini bertujuan untuk menipu sejarah dan mengelirukan rakyat ramai agar keyakinan dan jatidiri anak bangsa menjadi rapuh. Jika ketahanan anak bangsa rapuh, Negara mudah di bolosi dan akibatnya nanti, rugi dahulu pendapatan, rugi kemudian kehilangan!

Salam,

Friday, May 22, 2009

Akal yang Dangkal

Sedang layari blog kawan-kawan dan lawan, dapat sms kata DR.ZAMBRY sah MB PERAK! Kalau betul, kita syukur dan minta semua jadi orang bertamaddun dan paling tidak pun beradat.Jangan ada pula yang guling-guling atas jalan macam orang tak beriman.

Terbaca juga ada satu blog yang tanya BN akan masuk lawan ke di Manik Urai? Mula-mula mari kita panjangkan Al-Fatehah dan doakan yang baik-baik untuk yang telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Tinggal semua di dunia yang fana ini dan kita yang tinggal ini menambahbaik persediaan sehingga tiba pula masa kita. Balik pada soalan itu, jawab saya buat masa ini :- Kalau dah akal itu dangkal, memang tak lut apa-pun. Tak tanding di Penanti bukan bermakna tak tanding juga di Manik Urai. Sebab dan kisahnya berlainan. Kita tunggu pimpinan BN buat keputusan tetapi saya boleh jamin isu dan keadaannya berlainan sama sekali. Tak tanding di Penanti bukan pasal BN tak nak masuk tapi tak nak layan.

http://penpusaka.blogspot.com

Thursday, May 14, 2009

Anwar Ajak BN Cabar Sultan Perak!

Mengetahui jalan semakin buntu buat Nizar, jolok BN ikut kehendak dia.......

Seterusnya di http://penpusaka.blogspot.com

Search engine agak kelam kabut, tak tahu kenapa. Bila search penpusaka dia keluar item entah apa2 dan ada pula artikel anwaribrahimblog. Jadi access melalui umnobukitjelutong buat masa ini. Saya tak mahir hal teknikal ni. Trial & error.

Wednesday, May 13, 2009

Wayang "OBOR DERHAKA"

Scene 1 Take 4.......

Baca seterusnya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Mari kita ramai-ramai bankrapkan ini wayang!

Monday, May 11, 2009

Kematangan UMNO/BN Sandaran Rakyat

Apakah Nizar Jamaluddin akan sekali lagi mohon "sembah derhaka" ?

Baca seterusnya di http://penpusaka.blogspot.com

Peristiwa 511

layari http://penpusaka.blogspot.com blog baru oleh umnobukitjelutong. Tajuk terbaru; Peristiwa 511, tentang ulangtahun ke 63 tahun UMNO dan berkaitan.

Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan melulu.

Sunday, May 10, 2009

BLOG ini BERPINDAH platform beransur-ansur!!

Saya kosek-kosek laptop ni nak cuba pertingkatkan 'layout" blog dan sebagainya, tak jumpa! Sebaliknya berakhir dengan terbina laman blog baru, dan dicipta nama yang baru juga:-

http://penpusaka.blogspot.com

Jadi sudi-sudilah juga melayarinya dan kepada para rakan bloggers, tolonglah daftarkan sekali laman blog baru ini, walaupun blog sediaada kita kekalkan juga. Saya akan cuba juggle diantara dua laman ini. InsyaAllah percubaan ini berhasil.

Saya tak ada masaalah untuk didaftarkan dimana-mana kumpulan bloggers, pro atau anti mana-mana, mahupun dilaman berkecuali tak kisah, saya adalah saya dan kita masih boleh berdiskusi dan saling mendengar.

Thursday, May 7, 2009

Biar Jatuh TETAPI Misai Jangan Kena Tanah!

Selesailah sudah setakat ini episod penyingkiran Siva dari jawatan Speaker DUN Perak.Jika benar seperti apa yang dilaporkan secara terus oleh sumber yang berada dimedan sana.

Dikhabarkan,pada tepat jam 10.56 pagi disaat ADUN BN meminta Siva diusir turun dari kerusinya sebaik sahaja undi memecat beliau dijayakan oleh BN, Siva bingkas keluar Dewan Sidang kononnya untuk "mengiringi keberangkatan pulang Raja Nazrin".

Saya tidak pasti jika Raja Nazrin berada didalam Dewan Persidangan waktu kekecohan usul pecat Siva dan keengganan Siva dan jeritan Siva supaya Zambry keluar Dewan. Tak mungkin. Kemungkinannya ialah Raja ingin berangkat pulang dari Dewan Jamuan atau dari Bangunan tersebut.

Kenapa bodoh sangat Siva meninggalkan "medan tempur" pada saat kritikal sedemikian?

Inilah dikatakan apabila dia sendiri tahu kebenaran tidak boleh dikalahkan oleh tipu daya dan tindakan terdesak penyalahgunaan kuasa yang cuba digunakannya, dia mencari alasan agar dia tidak ditewaskan didalam Dewan atau di Medan Tempur.

Maka dia keluar pada saat itu, dengan penuh pengetahuan bahawa sepeninggalannya Dewan akan ditawan dan kemungkinan dia akan kembali tanpa lagi berjawatan Speaker adalah amat pasti. Jadi dia keluar sebelum dihalau keluar.

Seperti dijangka, sepeninggalannya Timbalan Speaker bingkas mengambil tempat dan meneruskan agenda dengan mengumumkan pemecatan Tuan Speaker. Seterusnya urusan melantik Speaker baru terlaksana pada masa Siva terhegeh-hegeh nak masuk kembali ke Dewan. Drama terhebat dibintangi Speaker Bodoh Siva.

Dengan berbuat demikian dia boleh terus-terusan melalak dan mempersoalkan kehilangannya atau "rampasan" yang terlaku terhadapnya. Penyokong mereka akan terus dikelirukan daripada hakikat sebenar dan api ketidak puasan akan terus dapat dinyalakan!

Inilah contoh biar jatuh tapi misai jangan kena tanah atau ringkasnya sepertimana biasa dikatakan orang "auta keling"!.

Tahniah BN dan syabas rakan-rakan ADUN Bebas yang menyokong kebenaran!

Wednesday, May 6, 2009

Politik Suku - Agama Suku!

Bersatu atau tidak bersatu? Selagi PAS bergerak sebagai sebuah parti politik selagi itulah isu perpaduan ummah diantara PAS dan UMNO menjadi isu politik. Islam mengajar dan menuntut kepada perpaduan. Perpaduan sesama Islam adalah perkara paling asas bagi orang beriman yang bertakwa.

Jadi dimana silapnya maka seruan perpaduan menjadi isu yang berat sehingga menjadi wabak barah yang kini menggugat kepentingan tertentu didalam PAS sendiri?

Puncanya ialah PAS mengamalkan Politik Suku dan Agama Suku. Politik Asing, Agama Asing! Bersatu demi politik? PAS takut dimamah UMNO. Bersatu demi agama? PAS takut tergencat kuasa.

Jadi apakah matlamat perjuangan gerakan PAS? Politik kah atau Agama kah?

Jika Politik menjadi keutamaaan, maka PAS melindung hakikat sebenar perjuangannya.

Jika Agama merupakan teras perjuangan, maka PAS harus menguburkan impian politiknya. Berbuat demikian belum tentu ianya menguburkan PAS, malahan ianya memudahkan lagi bagi PAS mencapai matlamat menegakkan perjuangan agama. Bezanya cuma ia dilakukan bersama-sama dengan UMNO.

Mengapa ianya lebih mudah bagi PAS jika bersama-sama dengan UMNO memperjuangkan agama? Mudah sahaja, sebab UMNO sudah melangkaui fasa perjuangan untuk kuasa. UMNO memilikki kuasa. Bagi UMNO fasa berjuang untuk kuasa sudah berlalu dan Allah SWT yang memberikan kuasa pada yang dikehendakkiNya telah mengizinkan UMNO sejak dulu, kini dan jika tidak digugat InsyaAllah diizinkan selagi UMNO ingin terus menjalankan amanah perjuangan.

Jadi kalau Negara kita sudah dimilikki kuasanya oleh sebuah pemerintahan yang bertunjangkan UMNO yang Islam, PAS wajib perlu mendokong dan membantu untuk melonjakkan lagi pencapaian Islam.

Atas dasar itu, berpegang kepada tuntutan agama, maka PAS tidak sepatutnya berdolak-dalik dan terus mengelirukan Ummah. Puak PAS jangan terus menggunakan alasan Islam untuk merampas kuasa politik daripada pemerintahan puak Islam UMNO. Ini sudah lari dan menyimpang jauh dari Islam.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jamaah (keluar dari mentaati pemerintah),kemudian ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyah". (Rujuk Majmuk Al Fatawa Jilid35-Ibnu Taimiyyah).

Wuallahualam.

Wednesday, April 29, 2009

Lebai mengata Lebai-Siapa yang malang?

Didalam parti politik PAS ada "Ulama' mi celup" dan ada "Ulama' mi goreng". Begitu rendah martabat ulama' dibibir pejuang PAS yang mengaku parti itu adalah sebuah gerakan Islam yang tulen. Selama ini kita selalu mendengar puak PAS mengata para ilmuan Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai "Ulama Upahan" dan berbagai lagi gelaran untuk mengeji dan menghina.Kini sesama mereka sudah meluap kemarahan hingga terhambur kata-kata tuduh menuduh dan gelar-menggelar bagi menggambarkan isi hati yang terbuku didalam perebutan pengaruh dan kedudukkan didalam kepanasan musim pemilihan jawatan menjelang Muktamar Tahunan.

Anakanda Nik Abduh telah cuba menjelaskan bagaimana apa yang disifatkannya sebagai "kerja-kerja bodoh dalam PAS" telah menyelewengkan maksud sebenar "Kerajaan Perpaduan" dengan tujuan mengelirukan Ayahandanya Nik Aziz agar menentang keras pendapat dan cadangan Presiden PAS, Hj.Hadi.Kerja ini menurut Nik Abduh dilakukan oleh penasihat Nik Aziz yang berniat untuk melagakan kedua-dua pemimpin itu bagi mendapat tempat didalam parti. Pembongkaran sepenuhnya boleh dibaca didalam blognya nikabduh.wordpress.com bertajuk; "kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Syarat yang disebutkan oleh Nik Aziz ialah PAS mahukan jawatan penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran.Saya tidak mahu mengulas panjang akan pendirian Nik Aziz ini tetapi ingin saya cadangkan PAS tuntut jawatan penting didalam Pakatan Rakyat dan didalam Kerajaan-Kerajaan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dahulu sebelum terus-terusan mengelirukan orang ramai seolah-olah syarat tersebut hanya terpakai apabila diseru bersatu padu dengan saudara seagama dan sebangsanya UMNO.Manakala kedudukkannya kini didalam komplot Pakatan Rakyat hanyalah sekadar pemudah-cara yang kemudiannya terpinggir bak melukut ditepi gantang.Mana dia jawatan penting untuk menjalankan Islam di Selangor,Perak dan Pulau Pinang? Jangan jadikan alasan bilangan kerusi yang kecil untuk tidak mendapat tempat dan kuasa itu sedangkan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana Parti yang menguasai kerana mereka berpakat sama-rata dan sama-rasa bagi menentang musuh yang satu.Sebagai anggota yang memperjuangkan Islam mengapa pula dia ketepi dan terkuak tetapi masih dianggap perjuangan Pakatan Rakyat suci, halal dan menepati hukum PAS?

Berbalik kepada gelaran "Ulama Mi Celup" terhadap orang-orang cetek agama tetapi berlagak tahu didalam PAS seperti yang dijelaskan oleh Nik Abduh, dengan tidak semena-mena ada pihak dikalangan pimpinan PAS yang melenting umpama orang termakan cili. Ini yang seronok kita lihat natijah dari pembongkaran berterus-terang anak muda Nik Aziz yang panas kemarahan dek temberang para penasihat ayahandanya yang serong. Diantara yang melenting ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang bukan sembarangan didalam heiraki pimpinan PAS.

Khalid Samad didalam blognya, telah dengan penuh tidak malunya mengaku bahawa beliau tergolong diantara "Ulama Mi Celup". Khalid juga menyanggah pembongkaran Nik Abduh dengan mengatakan bahawa diantara penasihat Nik Aziz dengan penasihat Nik Abduh, siapakah yang boleh diterima pakai dan lebih berwibawa? Sudah tentulah penasihat Nik Aziz lebih berwibawa katanya kerana penasihat kepada Nik Abduh telah mempengaruhinya sedemikian rupa dan tidak mustahil bertujuan mensabotaj parti.

Bagi melepaskan geramnya terhadap pembongkaran Nik Abduh,dia mengkritik tindakan beliau dan merendah-rendahkan kematangannya sehingga menggelar balik sebagai "Ulama Mi Goreng". Menurut Khalid kalau "Ulama Mi Celup" kurang ilmu agamanya, "Ulama Mi Goreng" yang sepatutnya lebih masak kerana berada lebih lama didalam kuali, tidak juga faham benda yang "Ulama Mi Celup" pun boleh faham.

Seperkara yang menarik didalam perkembangan ini ialah betapa mudah sekali seseorang mengaku dirinya adalah seorang ULAMA walaupun dikatakan "Ulama Mi Celup". Tak cukup dengan itu,memperkecilkan pula keilmuan "Ulama" yang dia tidak sebulu dengan gelaran-gelaran seperti Khalid Samad yang mengejek Nik Abduh sebagai "Ulama Mi Goreng".

Ulama apa lagi agaknya yang ada dikalangan pimpinan PAS? Ulama temberang? Ulama pentas? Ulama tampal? Ulama nasi bubur? Ulama sapu? Yang pasti semuanya berlumba-lumba mengaku dirinya layak dan kalau tak layak pun meletakkan sendiri title Ulama kepada dirinya sebagai tiket untuk meningkatkan kedudukkan didalam heiraki parti dan khalayak pengundi umum.

Setiap kali menjelang pemilihan, maka berlagulah keroncong siapa Ulama dan siapa yang tidak cukup syarat. Maka sebab itulah didalam parti PAS ini orang berlumba-lumba menampilkan dirinya se"Ulama" yang boleh agar memenangi hati pemilih. Tak ubah seperti artis-artis yang mendambarkan anugerah sepertimana persaingan Bintang Popular tahun ini.Mendapatkan title Ulama sudah sama kriterianya untuk bergelar artis!

Dengan pengakuan Khalid Samad yang tidak malu-malu mengaku dirinya bertaraf Ulama itu, maka tidak hairanlah saya apabila dia dengan tidak malunya juga sering menggunakan kesempatan orang berhimpun di Masjid untuk meletakkan dirinya ditempat Imam sedangkan makmum tidak pun mendaulatkannya untuk mengimamkan Ibadah Jumaat itu. Masjid sudah mempunyai Imam dan sepatutnyalah tidak sembarangan orang datang ke Masjid orang dan terus mengambil alih sedangkan makmum yang ramai tidak semestinya redha dan tidak pula mahu mencemar niat beribadah dirumah Allah dihari Jumaat.Kesempatan ini diambil tanpa memperdulikan adab beragama dan keharmonian bermasyarakat hanya semata-mata merasakan diri itu lebih layak kerana dia mendudukki kerusi berjawatan didalam hieraki politik. Begitulah contoh sikap yang angkuh, Ulama Lantikan Sendiri dikalangan "Ulama Mi Celup". Wuallahualam.

Tuesday, April 21, 2009

Kisah Kit Siang dengan Pak Kadok dan Pak Pandir!

Karpal Singh memendam rasa melihat kerenah puak PKR yang semakin menjolok mata.Geram tidak dapat meneruskan saman terhadap Raja,kini membisu dek mimpi yang ngeri.Cita-cita besar menawan Negara semakin berkecai.Dia berangan-angan Pakatan DAP,PKR,PAS cerah untuk berjaya. Sebaliknya kehancuran semakin jelas dan Karpal sudah bersedia untuk menyalahkan Anwar Ibrahim.Kita tunggu sahaja masa dan ketika dia akan meledak.

Dalam senyap, Kit Siang adalah manusia paling gembira kerana anaknya sudah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menantu pula Ahli Dewan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Hadir ke Parlimen pun sekarang ditemani oleh anak jantan tersayang. Berbaloi segala pahit maungnya sejak dari era Kota Melaka,ke Ipoh, singgah di Kamunting,akhirnya berjaya di Pulau Pinang. Walaupun beliau sendiri tidak mencapai ketampuk, tetapi beliau boleh aman dengan kejayaan anaknya di Pulau Mutiara itu.Orang kata kalau mati pun, boleh lelap mata!

Kit Siang sudah cukup puas dan didalam hatinya berterima kasih kepada Pak Kadok PKR dan Pak Pandir PAS. Terima kaseh tidak terhingga kerana kebodohan tuan-tuan hamba sekelian.Sekarang dia tidak perlu risau kerana kedudukan anaknya dan DAP di Pulau Pinang,jika pun tidak nampak akan menyusuri jejak bertapak Parti Gerakan, ia akan mencipta sejarah tersendiri.Dia sedar secara realistiknya bahawa untuk menggapai lebih dari itu adalah sebuah impian yang tidak mungkin tercapai didalam tempoh hayatnya.

Biarlah kuda-kuda perangnya,Karpal Singh dan Gobind Deo memasang angan-angan bersama Bahtera Harapan, kerana masa akan menyedarkan mereka bila untuk menendang.

Buat Kit Siang,Perak,Selangor,Kedah dan Kelantan tidak penting lagi.Ia hanyalah bonus sumbangan Pak Kadok dan Pak Pandir. Pandai-pandai merekalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Bagi DAP, lebih baik jaga diri sendiri, kerana pakatan dengan PKR dan PAS pun hanyalah selaku jambatan. Tidak perlu menyabung nyawa kerana Pak Kadok dan Pak Pandir tidak berbaloi lagi,sesudah melepasi medan dan mendapat habuan.DAP akan berkubu di Pulau Pinang dan tidak berharap sangat kepada mereka, nanti yang dikejar tidak kesampaian,yang dikendong pula berciciran.

Apa dah jadi? Pak Kadok membakar kampong, Pak Pandir pula sekadar kenyang makan khenduri.

Watak Pak Kadok dimainkan oleh PKR yang meliwat bangsanya sendiri demi membalas dendam. Kini sedang menghadapi berbagai masaalah moral dan akhlak buruk dikalangan pimpinan dan ahli-ahli wakil rakyatnya.Yang lari keluar parti ada, yang meletak jawatan kerana akhlak buruk terbongkar ada, yang meletak jawatan untuk menutup rahsia pun ada, dan yang masih tak malu mempertahankan jawatan pun ada juga walau gambar tidak berakhlak disebar oleh teman sepermainan sendiri.Orang kata kalau cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari lah jadi tidak perlu kita hairan.

Pak Pandir PAS, sedang begasak untuk jatuh-menjatuh. Biar gasak lah dia orang.Konon ada puak yang digelar erdogan sedang mengatur gerakan mengenepikan kumpulan ulama'. Mana-mana pun PAS tetap tidak relevan. PAS sudah jauh menyimpang dan kini ingin membina imej baru.PAS mahu bertukar dari imej Parti Islam Berfikiran Sempit kepada imej Parti Melayu Alternative. Semuga berjaya! Sebenarnya PAS dirasuk igauan kata-kata Karpal Singh; "kalau PAS nak Negara Islam,langkah mayat kami dulu", PAS tak berani,maka jalan keluar ialah tukar haluan.

Kebelakangan ini, kita boleh lihat DAP, baik Karpal, Kit Siang mahupun Pak Lawak Ngeh dan Nga semakin membisu didalam kegawatan yang sedang melanda PKR dan PAS. Kenapa? Tidak lain sebab Kit Siang lebih realistik dari Anwar yang gelabah hendakkan kuasa dan Nik Aziz yang ingat dia lebih bijak!

Kit Siang sedang menikmati hidup dengan aman dan tenang sekali.Karpal tumpang gembira.

Puak-puak PKR dan PAS sedang bergelut dengan bayang-bayang sendiri, tidur tak lelap makan tak tentu. Bukan setakat ibu mertua, katak lalu kat belakang pun dia hampir naik gila, begitulah keadaan orang yang tidak karuan.

Sunday, April 19, 2009

Laman Blog Puak PKR tidak demokratik!

Saya sering mengikuti artikel dilaman-laman blog puak DAP,PKR dan PAS.Sebagai rakyat didalam senario politik negara sendiri, maka kita ingin juga tahu apa mereka kata.

Malangnya,apabila kita menulis komen terhadap artikel-artikel mereka ianya tidak dilepaskan untuk posting. Saya banyak memberikan komen balas bertujuan memberikan pandangan dari sudut pandangan kita tetapi jelas mereka ini bukan sahaja tidak demokratik tetapi berperangai tidak adil dan tidak Islamik.

Itu baru memilikki blog yang bebas, belum lagi memilikki akhbar dan media perdana.Kalau agaknya mereka jadi pemerintah maka kita boleh lihatlah tembelang sebenar mereka.

Apakah mereka takut, pandangan berlainan dibaca oleh orang ramai yang mereka cuba kelirukan dengan artikel-artikel tidak benar dan separuh benar?

Setakat ini, saya dapati blog-blog berikut yang selalu saya cuba masukkan komen tetapi tidak pernah tersiar ialah:-

1. anwaribrahimblog.blogspot.com - milik anwar ibrahim/OKT kes Liwat
2. shamsuliskandarmohdakin.blogspot.com - milik ketua angkatan muda keadilan
3. kotaanggerik.blogspot.com - milik yaakob sapari/adun kota anggerik,shah alam

Didalam pada masa sama, blog pemudabesut.blogspot.com - milik Pemuda PAS Besut pula lebih adil kerana membenarkan komen saya tersiar, walaupun menyanggah isi kandungan artikel yang mereka siarkan. Syabas dan terima kasih.

Saya menyeru semua bloggers UMNO untuk terus mencuba untuk memasukki blog puak-puak tersebut dan ini perlu dilakukan bagi memberitahu mereka bahawa mereka adalah penipu yang bercakap tidak serupa bikin. Kalau mereka pandai mengeji akhbar dan media perdana, apakah mereka tidak bersifat sama seperti orang yang mereka keji?

Orang Islam diperingatkan bahawa apabila kita mengata orang maka Allah SWT akan membalikkan kejian itu kembali kepada kita.

Friday, April 17, 2009

Cacing Kepanasan!

Disana sini para pengkhianat sedang melenting bak cacing kepanasan.Mereka tuduh Utusan memainkan sentimen perkauman.Mereka seru supaya memboikot Utusan.Ada yang kata Utusan menjadi lidah UMNO dan UMNO tidak akan faham maksud perkauman "for a million years".

Pernah satu masa dahulu kita dengar kisah orang PAS berpolitik sehingga anak menghalau ibu dan bapa, keluarga bermasam muka sehingga berpecah-belah, suami-isteri bercerai-berai, jiran tidak bertegur sapa, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh dimakan kerana dikatakan haram, khenduri diboikot dan jenazah tidak disempurnakan.Semuanya adalah kerana politik tidak sealiran. Parti PAS ketika itu menghukum UMNO kafir dan segalan yang bersangkutan UMNO adalah haram. PAS mengata macam-macam dan mencipta berbagai fatwa untuk menyatakan dialah sahaja Islam dan dia lah wakil Islam diTanah Melayu ini. Akibatnya orang melayu yang beragama Islam berpecah-belah.

Kini PAS berpakat dengan parti-parti bukan Islam dibawah bimbingan dan pimpinan seorang manusia yang dahulunya daripada puak UMNO yang dicemburui oleh PAS. Manusia yang dulunya dibenci sehinggakan apabila dia keluar dikaca TV, orang PAS akan menutup TV kerana benci. Haram melihat dan mendengarnya. Sekarang lain, disanjung dan kata-katanya menjadi pedoman sehinggakan arahannya patuh diikuti oleh orang PAS.

Bersama-sama mereka berpakat dengan rakan kongsi bukan Islam untuk MELIWAT orang melayu,meliwat diri sendiri dan menyerahkan segala keistimewaan dan hak yang ada pada diri dan bangsa sendiri hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang didambarkan sangat. Gilanya kelompok melayu Islam ini, sehingga sanggup lakukan apa sahaja untuk itu, waimah berguling-guling atas jalan menentang titah Rajanya sendiri.Tidak cukup itu, difatwakan juga,boleh berkawan dengan syaitan dari berkawan dengan UMNO.

Sekarang PAS,PKR dan DAP ingin menonjolkan diri sebagai pejuang perpaduan antara kaum dan menggambarkan UMNO sebagai parti perkauman melayu.Kalau dulu UMNO dikatakan fasik kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam,kini tidak berani berkata demikian kerana cara UMNO yang sama kini ditiru oleh PAS walaupun tidak sebijak UMNO didalam urusan tersebut.

Apalah gunanya PAS menyeru perpaduan antara kaum sedangkan sesama saudara didalam Islam pun dia bermusuh. Apalah gunanya keuntungan sedikit yang sementara itu sedangkan tuntutan agama diabaikan dan sesama melayu diseru perpecahan atas landasan ikut saya jangan ikut dia. Firman Allah hanya petik dan pilih. Sunnah Nabi diamal mana yang boleh sedang yang tidak disimpan rapi. Apakah tidak ada didalam kitab yang mereka baca bahawa orang yang menyeru kepada perpecahan itu adalah memimpin ke tebing neraka?

Setelah gagal mendapat sokongan dengan memecah-belahkan orang Melayu, PAS kini bergantung jiwa dan raga kepada sokongan kaum bukan melayu. Untuk itu, dia rela gadai semua yang dikatakan melayu sehingga apabila Utusan menyeru kepada orang melayu supaya bersatu padu, dia menjerit perkauman.

Orang melayu adalah manusia kejadian Allah SWT dan oleh kebijaksanaan orang melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu, telah meletakkan takrif melayu di Malaysia sebagai orang yang agamanya Islam. Secara berhemah dan halus pemimpin Melayu UMNO pada masa itu telah diberikan hidayah dan perlindungan Allah SWT.

Perundingan kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan telah memberikan perlindungan kepada siasah Islam dengan memastikan bahawa orang Melayu itu tidak dipisahkan dari agama Islam. Institusi Agama, budaya dan adat-istiadat orang melayu diletakkan ditempat yang tertinggi dan tidak tercabar oleh sesiapa.Carilah seantaro pelusuk muka bumi ini dan anda tidak akan terjumpa mana-mana satu bangsa yang agamanya satu.Cuma Bangsa Melayu dimuka bumi Malaysia ini sahaja yang telah menjaga agamanya melalui peraturan undang-undang demi dakwah dan kerana kebijaksanaan siasahnya.

Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri. Jadi apa salahnya seruan Utusan kepada orang melayu untuk bangkit dari kelekaan dan kerakusan berpolitik untuk berfikir sejenak dan menjuruskan kepada tuntutan agamanya iaitu bersatu-padu sesama melayu demi orang melayu demi agamanya Islam?

Mengapa mesti apabila orang melayu mengaturkan kehidupan diri dan masyarakat serta agamanya, mesti dihalang dan dimomokkan dengan pandangan perkauman? Apakah bezanya dengan kita menyeru kepada keluarga kita supaya bersatu dan jangan berpecah belah? Orang bukan Melayu pun sepatutnya bersatu. Orang Kristian pun sama, orang Budha, orang Hindu juga diseru bersatu. Namun bersatu didalam konteks satu keluarga, satu kaum, satu agama bukan bermakna untuk memusuhi orang lain, kaum lain, agama lain. Yang beranggapan begitu adalah bodoh atau hipokrat dan didalam Islam tiada ajaran itu. Kalau orang Islam berkata demikian, maka dia adalah penipu yang munafik dan dia adalah pendusta agamanya.

UMNO sejak dahulu lagi mengamalkan tuntutan Islam supaya membawa penyatuan bangsanya yang seagama dan didalam konteks bernegara, UMNO sejak dahulu lagi telah memastikan perpaduan kaum dengan konsep saling menghurmati dan berkongsi dengan penuh toleransi.Barisan Nasional adalah contoh usaha UMNO membawa Perpaduan didalam Kepelbagaian atau "Unity In Diversity". Cuma bezanya berlandaskan hakikat sejarah dan peruntukan Perlembagaan, UMNO memimpin Barisan Nasional bukan menggadai diri untuk menagih simpati.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ia adalah seruan perpaduan untuk Bangsa Malaysia. Ia bermula dengan diri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, kampong, Negeri dan Negara. Satu hati satu suara. Bersatu padu bukan bermakna tukar warna kulit dan buang BIN, buang agama buang semua supaya sama rasa sama rasa. Itu bodoh dan Allah SWT pun tidak suruh. Didalam Islam manusia dijadikan berbeza-beza tetapi mereka bersatu di tali Allah, mereka bersaudara didalam Islam walau berbeza bentuk dan rupa. Oleh itu, marilah semua orang, semua kelompok menyeru bersatu-padu sesama sendiri dan meneruskan bersatu-padu sesama semua didalam berbagai kepelbagaian untuk 1 Negara iaitu 1 Malaysia.


Sejak tajuk muka hadapan Utusan disiarkan, kita boleh lihat para pengkhianat sedang menggelupur bak cacing kepanasan. Kerana apa? Kerana mereka tahu jika ianya berlaku, maka tembelang dan usaha mereka akan menjadi teramat sukar. Siapakah pengkhianat yang saya maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan ialah pimpinan yang menyeru orang Islam berpecah-belah dan pimpinan yang menyuruh orang melayu merasa bersalah setiap kali hendak menguruskan kaumnya sendiri.Pimpinan yang sentiasa menghasut dan menuba supaya diantara kaum bersengketa dan bersyak wasangka. Siapa kah mereka itu? Tepuk dada tanyalah iman!

Mereka ini sehinggakan menyeru untuk memboikot Utusan hanya kerana Utusan menjalankan peranannya untuk perjuangan orang melayu,orang Islam.Dahulu pernah akhbar seperti Utusan ini lah yang membangkitkan semangat dan menyeru orang melayu supaya bangkit menentang penjajahan. Mereka ini ada peranan, cuma kita yang perlu faham dan mempunyai iltizam untuk sedia ditegur dan bangkit bertindak. Jangan sombong dan bongkak apa lagi bodoh apabila tersesat tidak mahu disukat.

Saya ingin bertanya kepada puak tersebut, adakah salah Allah SWT menjadikan mereka lahir kealam dunia ini sebagai orang melayu?

Pengkhianat dan pendusta Islam ini semua adalah golongan munafik yang bersifat hipokrat dan penipu kerana ingin mencapai matlamat mereka walau dengan apa cara sekalipun waimah, menggadai bangsa dan meliwat agama!

Syabas Utusan Malaysia dan teruskan menabur budi kepada anak-bangsa dan tanahair anda kerana Allah SWT adalah Pelindung yang Maha Mengetahui.Jangan gentar atau gusar dengan cabaran kerana perjuangan kita perjuangan yang tulen dan benar!

Wednesday, April 15, 2009

10 Orang Hilang Akal




Semalam 10 orang ADUN memilih untuk tidak menghadiri sidang pada hari ke2 persidangan diDewan Undangan Terengganu. Sebab diberikan ialah "ancaman keselamatan" dan kerana tidak mendapat jaminan maka ada diantara mereka berkubu di Felda Residence, agaknya disana keselamatan mereka lebih terjamin daripada menghadiri sidang diDewan Undangan Negeri.
Laporan Polis juga telah dibuat dan Sidang Akhbar dipanggil. Sungguh sensasi dan amat membahayakan diri untuk menjadi wakil rakyat di Malaysia ini.

Malangnya, walaupun kita bersimpati dengan situasi mereka, rata-rata orang ramai tidak terpesona apalagi mahu bersetuju dengan reaksi "bodoh" ini. Ianya lebih dilihat sebagai satu permainan politik yang hanya memper"bodoh"kan diri.

Kita tidak langsung tertarik dengan reaksi orang hilang akal ini. Dalam masa yang sama kita juga langsung tidak berkenan dengan sikap "buat-buat bodoh" Menteri Besar yang tonjol lagak "berpolitik tinggi".

Pendekata, rakyat sudah benci tengok lagak dan politik keterlaluan seperti ini. Kepada semua mereka kami mendesak agar betulkan perangai dan tumpukan kepada tugas. Kalau yang ketuanya tidak boleh memimpin anak-anak buah untuk bersatu hati dan melakukan tugas untuk menunaikan mandat rakyat, sila berhenti dan kepada wakil-wakil rakyat yang bersikap macam "budak-budak hilang akal", juga sila berhenti!

Saya mungkin "bodoh" kerana "tak pandai jaga diri", tetapi biarlah, asalkan tidak dikatakan "bodoh kerana merelakan parti saya diperbodohkan oleh kelakuan orang-orang yang telah kita amanahkan dibarisan hadapan"!

Monday, April 13, 2009

Kalau dah Ketua Bahagian pun rasa tak layak.....




"UMNO Selangor mahu diterajui Najib" demikian kata tajuk berita dimuka surat 3 Utusan Malaysia 13 April 2009.Menurut berita tersebut, "Ketua Penerangan UMNO Selangor berkata bahawa majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahukan Dato Seri Najib menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib". Tambah menyedihkan dan pilu saya membacanya ialah Ketua Penerangan tersebut menambah kata "bahawa ini adalah bagi mengelakkan timbulnya masaalah tidak puas hati dikalangan penyokong pemimpin UMNO lain di Selangor".

Pertama sekali yang terdetik dihati saya ialah betapa rendahnya moral dan kewibawaan Ketua-Ketua Bahagian di Negeri Selangor ini apabila sendiri merasakan diri tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Lagi menggelikan hati ialah tiada dikalangan mereka yang berwibawa untuk berbincang sesama sendiri bagi melahirkan satu pasukan yang utuh untuk membela Negeri sendiri yang telah dirampas orang, hingga perlu meminta Dato Seri Presiden memikul tugas yang sepatutnya mereka sendiri fikirkan dan aturkan.

Kedua, saranan kepada Dato Seri Presiden dibuat pada ketika jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri masih lagi sedang dipikul oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan belum ada lagi terdengar Tan Sri ingin melepaskan jawatan mahupun Dato Seri Presiden mengatakan perlu diubah.Ianya seolah-olah Ketua Penerangan telah melakukan risikan dan maklumat Bahagian-Bahagian mahukan Tan Sri diberhentikan dari tugas sebagai "Boss" mereka. Alahai,begitu rapuh sekali setiakawan dan semangat kerja berpasukan sedangkan pada pemilihan yang lalu Tan Sri dicalonkan hampir sebulat suara untuk jawatan Timbalan Presiden. Apakah setelah menolak Tan Sri untuk ke Jawatan lebih tinggi dan gagal, maka dia perlu di tolak ketepi begitu sahaja?

Akhir sekali, walaupun banyak lagi pandangan yang ingin saya kemukakan, saya merasakan tiada gunanya kerana mungkin ilmu saya terlalu cetek untuk memahami "budaya berpolitik". Mungkin juga kenyataan akhbar Ketua Penerangan itu lebih berupa permainan jolok menjolok dan lobi melobi bagi memikat perhatian dan memandu pemikiran Presiden.

Namun, saya merasakan saranan itu adalah tidak wajar dalam konteks kita sudah kehilangan negeri dan tumpuan sepatutnya ditumpukan kepada pemerkasaan parti dan menyusun gerak kerja menawan kembali. Siapa lagi kah sepatutnya memikul tanggungjawab ini kalau bukan barisan Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang telah beria-ia berperang sesama sendiri untuk diberikan amanah memimpin parti?

Didalam pada Presiden menyarankan gerak kerja "Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan", kita masih belum bergerak seiring sebaliknya masih bersikap Jaguh Kampong sedang pihak lawan sudah menakluk kampong kita.

Adalah disarankan, jika kalangan Ketua-Ketua Bahagian tidak mampu melayakkan diri untuk mengetuai Saf kepimpinan Negeri atau pun boleh meletakkan diri sebagai anggota pasukan kepada pimpinan yang sedia memimpin, maka mereka tidak layak mengaku diri sebagai Pemimpin UMNO Bahagian!

Saya tidak nampak keperluan Dato Seri Presiden mengambil tugas yang sepatutnya dipikul mereka, kerana sebagai Presiden Parti, beliau tetap "Boss Besar" yang mengetuai semua ketumbukan Negeri-Negeri, jadi tolong hentikan berpolitik dan mulakan kerja yang sebenar-benarnya untuk rakyat, kerana rakyat!

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah kepada BARISAN NASIONAL





Barisan Nasional kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh jentera, ahli dan calon BN kerana anda tewas bukan kerana kurang baik tetapi kerana anda kalah kepada kepalsuan dan penipuan. Anda kalah kepada pemfitnah dan penderhaka. Anda kalah mempertahankan hak bangsa dan kemuliaan agama daripada pendusta agama yang rosak akhlak dan golongan munafik yang tidak bermoral.

Anda kalah kerana pengkhianat yang mendustakan bangsanya sendiri sebagai tukaran kepada kuasa yang sedikit. Sanggup menjual hak dan tidak sedikit merasa terkilan untuk menggadai maruah demi memuaskan nafsu dan amarah yang sementara.

Syabas, Barisan Nasional tetap kental dalam perjuangannya untuk Bangsa, Agama dan Negara dan anda tidak sedikit pun terpesong walau dihadapkan dugaan dan provokasi puak-puak munafik dan penipu! Anda berpegang kepada janjiNya bahawa kebenaran akan mengatasi kebathilan dan kita yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

Monday, April 6, 2009

Bersubahat Mempersekutukan Allah SWT





Jika benarlah ALLAH SWT adalah tuhan bagi penganut Kristian, maka mereka telah mempersekutukanNYA melalui konsep Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Ghaib. Bagi penganut Kristian Isa adalah Anak Tuhan.

Dengan itu, apabila Anwar Ibrahim bersetuju bahawa Allah adalah Tuhan yang mereka maksudkan dan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh puak Kristian Malaysia, maka beliau telah bersetuju dengan tindakan mereka menyekutukan Allah.

Nik Aziz Nik Mat, Nakhoda PAS merangkap Mursyidul Am merangkap Diktator PAS yang merupakan satu-satunya Pemegang Amanah Tuhan di Malaysia, kerana sesiapa yang ikut kata dia dan undi PAS, akan masuk Syurga, juga telah bersubahat dengan penyelewengan Islam oleh puak Mubaligh Kristian Malaysia.

Hakikatnya tidak, kerana penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian hanyalah mahu digunapakai oleh Mubaligh Kristian demi untuk mengelirukan umat Islam dirantau dunia melayu ini. Mereka tidak menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka di mana-mana tempat didunia ini dan tidak juga didalam kitab Bible mereka diserata dunia.

Manakala Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan mereka atas sebab politik "matlamat menghalalkan cara". Kepada mereka apa sahaja yang boleh digunakan untuk menentang UMNO dan meraih sokongan tambahan, adalah halal, waimah sehingga menjual kepentingan bangsa dan agama. Nik Aziz pernah berkata bahawa berkawan dengan syaitan pun adalah lebih baik daripada UMNO dan untuk menjatuhkan UMNO dia rela berkawan dengan syaitan.

Hari ini, kita dilihatkan betapa terdesaknya komplot ini sehinggakan sanggup melihat rakan politik mereka yang tidak beriman dengan Allah malahan partinya DAP pernah mencabar PAS supaya melangkah mayat mereka dahulu sekiranya ingin menegakkan Negara Islam di Malaysia, mempersendakan ayat-ayat Allah dengan memetik Ayat Al Quran sambil menterjemahkannya dengan disambut tepukan gemuruh pendengar-pendengarnya termasuk pendokong PAS.

Saya ingin melihat Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat memperbetulkan manusia kafir ini agar menghurmati Ayat Suci Al Quran atau memeluk Islam dengan segera, sekiranya sudah mahu beriman kepadaNya. Jika tidak, tidak perlu menunggu Kerajaan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang ada didalam Undang-Undang tetapi selaku pimpinan Islam, maka pemuka-pemuka ini hendaklah bertindak sewajarnya. Jangan beliau menggunakan Islam setakat untuk menipu orang Islam untuk mendapatkan sokongan mereka sedangkan beliau tidak sama sekali beriman dan mahu bertakwa kepadaNya. Islam hanya digunakan dan ayat-ayat Allah SWT dipersendakan untuk menipu umat Islam sendiri dalam menentang saudara seIslamnya.

Sekiranya pula pimpinan Islam didalam komplot Pakatan tersebut sebenarnya merestui malah menggalakkan rakan Kafirnya berterusan memperagakan ayat-ayat suci Al Quran untuk tujuan politik, maka jelaslah memang mereka ini pendusta agama dan rela memperguna ayat-ayat Allah SWT untuk keuntungan mereka dan mereka itulah golongan orang-orang munafik.

Didalam konteks kedaulatan Agama dan jatidiri anak bangsa, selagi puak ini sanggup menghakis dan menggadai hak dan keistimewaan yang di jaga selia untuknya, selagi itulah mereka akan ditunggangi oleh mereka yang cemburu dengan kedaulatan bangsa dan agama yang telah di letakkan ditakhta yang tertinggi oleh pejuang bangsa yang mempelopori perjuangan UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Mereka rela menggadai diri dengan harapan akan ditolong untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah yang Maha Berkuasa dan olehNya dipinjamkan kepada yang di inginiNya. Tidak perlu memberontak, memfitnah sesama saudara, menikam sesama sendiri dan menderhaka kepada Ulil Amri hanya untuk diberikan kuasa itu olehNya. Apatah lagi sehingga sanggup berguling-guling diatas jalanraya semata-mata kerana perasaan telah menguasai akal dan nafsu mengatasi iman.

Demi kesucian Agama Islam yang termaktub didalam Perlembagaan, kita berharap pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas keatas Setiausaha DAP Perak yang telah mempersendakan Al Quran dan Agama Islam. Tidak cukup dengan Ngeh dan Nga bersaudara menggunakan Nizar Jamaluddin sebagai boneka bagi mencapai tujuan politik DAP di Perak, sekarang Nga menunjukkan kebiadapannya mengajar umat Islam bagaimana mentafsir dan mengamalkan agamanya yang suci.

Kita juga berdoa agar perlindungan terhadap kedaulatan Islam dan umatnya di Negara ini, tidak akan berjaya disusupi oleh Mubaligh Kristian yang kini sedang mencuba dengan penuh tipu helah untuk meresapi kalangan masyarakat melalui tipu daya penggunaan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan agar dapat mengelirukan dan seterusnya menghakis keutuhan perlindungan yang telah termaktub. Kita yakin pihak Mahkamah yang akan mengadili tuntutan yang penuh tipu muslihat ini akan melihat konteks sebenar permintaan tersebut dibuat.

Kita berdoa agar puak-puak gila kuasa yang bertopengkan Islam, agar kembali kepada niat yang asal, sekiranya ada, iaitu menggunakan kudrat yang ada untuk memberikan pengisian kepada dakwah Islamiah bagi memperkukuhkan kedudukannya disisi Perlembagaan dan yang lebih penting ialah menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Pemerintah kita yang di tunjangi UMNO telah melakukan tanggungjawabnya bagi mengembang dan memperkasakan syiar Islam menggunakan kuasa yang ada padanya. Maka menjadi tanggungjawab kita selaku rakyat yang beriman dan bertakwa pula menjalankan tanggungjawab kita.

Berhentilah perebutan kuasa yang tidak berkesudahan lebih-lebih lagi oleh golongan yang mengaku orang yang berilmu agama dan kononnya berniat untuk agama. Sesungguhnya didalam ketaksuban itu, niat telah tercemar dan tindakan telah dirasuki oleh syaitan dan iblis yang membisikkan keseronokan yang indah. Langkah semakin terleka dibuai kesesatan yang tidak lagi dapat dikesan kerana jiwa dan raga yang sudah lama tergadai, kini disuntik pula semangat baru oleh penjaja harapan palsu, yang hanya menyambung jauh langkah yang sesat!