Sunday, March 29, 2009

Turun Penuh Bergaya Menjulang Perjuangan!

Dengan restu Pak Lah dan Tun Dr.M. Dengan teraju yang telah diamanahkan kepada pewaris, Dato Seri Haji Mohd.Najib bin Tun Haji Abdul Razak, anak didik UMNO yang telah melalui berbagai liku dan penuh ilmu didada hasil keluaran kilang pengkaderan UMNO, barisan kita kini turun ke gelanggang penuh bergaya.

Di Bukit Selambau, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein, diiringi Mahadhir Khalid dan Razalli Ibrahim. Di Bukit Gantang, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Ahmad Zahid Hamidi dan anak muda hebat KJ. Di Batang Ai, Panglima Sabah Shafie Apdal disertai pendekar-pendekar Sarawak Bumi Kenyalang. Demikianlah ketumbukan armada yang kini mengetuai misi perjuangan di medan tempur. Mereka akan menggempur kebathilan demi untuk memujuk rakyat agar tidak diseleweng oleh puak-puak komplot penyeleweng dan pengacau ketamadunan bangsa.

Puak-puak komplot sedang tegar mencuba untuk meneruskan kemaraan mereka. Mereka ingin terus mengaburi rakyat dengan dakyah dan temberang. Sedang diri mereka sendiri dipenuhi berbagai onar dan busuk yang semakin terhidu.

Di Pulau Pinang, TKM 1 telah ditahan SPRM di tambak Johor ketika memandu sendirian untuk ke Singapura. Beliau ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Johor untuk diambil keterangan diatas kes rasuah yang di gembar gemburkan oleh budak AMK mereka sendiri. Budak AMK tersebut membuat aduan kepada pimpinan komplot bahawa dia mempunyai bukti akan perlakuan rasuah oleh pemimpin tertinggi parti diperingkat Negeri. Rakan komplot Guan Eng, yang lantang mengaku pemerintahan telus dengan slogan CAT, ternyata temberang dan retorik kosong. Beliau mengilas isu, dan membantu menutup malu dan hanya berdalih semata, sehinggalah Fairuz mengakhiri persoalan dengan meletak jawatan. Guan Eng masih tidak berdaya memberikan jawapan tetapi menyerahkan isu kepada Boss Besar, si anu yang mengaku diri "PM-in-Waiting" dan digelar pula "De-Facto-Leader Komplot". Siapa yang memerintah Penang? Guan Eng ke si anu? Dulu kata Gerakan adalah bodyguard UMNO! Sekarang terang-terang DAP sendiri apa?. Slogan CAT hanyalah penipuan dan iklan untuk menjual ubat.

Di Selangor, kisah Eli juga sedang di kalih untuk tidak mendatangkan malu. Cuti dilanjut dan terus dilanjut. Siasatan polis dijadikan alasan. Kalau ternyata tidak berasalah, mengapa harus dirisau hasil siasatan? Cuba orang UMNO yang jadi hal, belum sempat apa, sudah dijatuhkan hukum dan berarak lah mereka mendesak meletakkan jawatan. Budak suruhan Shamsul AMK pun berarak dan membuat kecoh hingga ke Melaka tak pasal-pasal, asalkan rakyat dapat dicelarukan fikiran. Agar persepsi terus dijual. Agar disahkan sememang begitulah kononnya UMNO. Inilah tingkah laku orang yang cakap berdegar-degar tetapi bontot melekit ditutup rapi. Bau yang busuk di siram minyak atar!

Di Perak, wakil sendiri didakwa dengan rasuah dan mengaku pula melaku zina. Membisu semua, sepatah tak cakap. Bila diseru letak jawatan, dikatakan belum terbukti bersalah. Wakil yang sama kemudian belot dan menyampah kepada komplot, membawa kejatuhan kerajaan boneka. Tangkas mereka melenting dan menyerahkan surat letak jawatan yang tidak bertarikh kepada speaker. Perbuatan gengster, memeras ugut ahli yang belot. Amarah tidak terkawal sehingga berguling dijalanraya, sanggup derhaka kepada Raja. Wakil yang belot menjadi anggota bebas di dewan negeri dan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional. Dikata pula BN dan UMNO yang punya angkara. Mereka bukan masuk UMNO, cuma mereka tidak sokong Kerajaan Nizar, itu sahaja. Titah Sultan terus disanggah dan dengan angkuh bersidang dibawah pokok. Raja diugut untuk diheret ke Mahkamah. Rakyat diseru bangkit menentang dengan slogan Hidup,Hidup - Hidup Rakyat.



Penderhaka ini sekarang membawa kes ke medan rakyat untuk menegakkan kebathilan. Ayoh kita akan pastikan dia ditolak dan ditolak selama-lamanya. Paling tidak pun, dia patut dihina untuk 999 tahun! Ayoh rakyat yang setia kepada Raja, kita "sumpah hina" sipenderhaka! Ini mahkamah rakyat, rakyat berhak berkata-kata!

Karpal Singh sekali lagi menempelak geng-geng komplot. Guan Eng mengharamkan NST ialah tindakan cakap tak serupa bikin. Kalau lantang bercakap tentang hak dan kebebasan, kenapa marah dan halang NST hanya kerana tidak menyebelahi dia dalam pandangan dan liputan. Karpal berkata Guan Eng hendaklah bersikap demokratik dan sebagai Kerajaan hendaklah sanggup berhadapan kritikan, bukan memerintah dengan zalim dan kuku besi, hingga tak sanggup menerima perbedaan.

Kepada Nik Aziz, Karpal juga menempelak. Orang tua ini kata Karpal terkenal dengan Pusingan - U. Kejap cakap lain, kemudian berputar 360 darjah. Contoh nya dalam kes Bukit Gantang, dulu tak setuju dicalonkan Nizar, sekarang apabila pandangan Ngeh yang dipakai oleh Presiden PAS, dia pula kata setuju malahan dia mengaku pula berkirim salam kerana tidak dapat hadir dimajlis pengumuman calon. Ini lah perangai orang ego tinggi, tak mahu status sebagai Nakhoda di malukan oleh kebenaran hakiki. Dia mengaku diri adalah lebih berkuasa dari Presiden. Itulah demokrasi dalam PAS. Esok, kalau dah jadi kerajaan, dia sebagai Nakhoda, lebih atas dari Perdana Menteri dan Majlis dia, lebih atas dari Parlimen. Karpal juga minta dia beri penjelasan atas tindakannya menyeru dan mengarahkan pemboikotan terhadap Utusan Malaysia.

Itu lah sedikit sebanyak kisah yang semakin menjelma bak bangkai yang busuk ditutup macam mana sekali pun akhirnya menusuk juga kehidung baunya!

Kepada pengulas dan pengkritik luar dan dalam, juga ahli dan pengikut UMNO, saya menyeru kepada semua termasuk diri saya agar marilah bersama-sama masuk barisan. Saf kepimpinan UMNO yang baru dinobatkan hendaklah didokong, dibantu dan disegarkan dengan pandangan-pandangan dan komen yang positif supaya kita membina, memimpin dan menciptakan persepsi yang baik.

Sekarang bukan lagi masa untuk kita tak habis-habis memberikan ulasan dan andaian mahupun komen dan takrifan tentang isu perubahan dan kepimpinan. Sekarang ialah masa untuk bergerak kehadapan. Inilah masa kita memimpin pandangan dan mencipta persepsi, bukan lagi menjadi agen dan penyebar khabar angin dan mengiakan tohmahan.

Marilah kita terima dengan hati terbuka demi parti, bangsa, agama dan negara. Bulatkan tekad, serahkan jiwa dan raga untuk parti dan kepimpinan. Marilah kita menjadi agen perubahan, bukan sentiasa di buai "story-story" yang indah, yang melekakan kita, yang menjadikan kita gunting didalam lipatan!



"Story-story" itu yang kembang dialam siber dan sms, dikedai kopi dan jalanan, semuanya hasil gubahan penjaja "Harapan Baru" yang sebenarnya palsu. Tepiskan sahaja sebagai angan-angan Mat Jenin kata Haji Hadi Awang satu ketika dahulu. Ingat juga pesanan Karpal Singh yang telah memecahkan tembelang yang kita semua memang sebenarnya dah tahu, iaitu " ini semua sianu yang punya angkara, dia lah penyebab semua ini" kata Karpal dengan emosi meluap-luap apabila boneka di Perak tersembam. Tersemban bukan kerana UMNO tetapi "ditogelkan" oleh anggota sendiri yang insaf dan terbuka mata hati.

Hayatilah pesanan Pak Lah yang diukirkan didalam Rukun Perjuangan!

Saya sedih mendengar sorakan "boo" oleh pejuang UMNO sendiri, setiapkali nama KJ di sebut di dalam Dewan Merdeka. Pada saya mereka ini adalah pejuang-pejuang bersemangat tinggi. Ini lah dia kumpulan pertama yang harus Dato Seri Presiden bawa ke kem-kem pengkaderan supaya "energy" dan semangat yang ada didalam jiwa mereka itu kita ulit, didik dan bentuk. Kader-kader ini kalau digembeling dan di semarakkan jiwa mereka yang kental itu dan dihalakan ke sasaran yang sebenarnya, maka kita akan mempunyai ketumbukan sayap yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukan jaguh Kampong tetapi Jaguh di Medan Perang!

Saya yakin, KJ dan barisan nya yang didokongi Dato Razalli Ibrahim amat berupaya dan berkebolehan dalam mengemudi sayap penting, pusaka bangsa ini. Contohilah sikap dua negarawan kita yang sudah menunjukkan jalan.

Saya ingin mencadangkan agar Dato Ahmad Shabbery Cheek memberikan nasihat kepada para intelektual dan pakar-pakar politik dikaca TV untuk menukar topik bahasan. Daripada terus-terusan membicarakan isu kepimpinan yang telah diputuskan dengan muktamad oleh perwakilan, marilah kita sebaliknya bersama-sama memerah otak memberikan cadangan dan input didalam usaha kita mengorak langkah kehadapan dan bagaimana cara menangani kemelut semasa, iaitu memacu ekonomi negara dan rakyat.



Perbahasan dan keintelektualan mereka juga kita perlukan dalam mencipta haluan menuju matlamat "Satu Malaysia" disamping terus memahamkan rakyat jelata tentang peri pentingnya "Tiang Seri" tidak digoyah!



Sudah-sudahlah hujah meneliti, menilai dan mengungkit karektor tertentu dan meneka hala tuju. Sebaliknya berikanlah cadangan dan idea bernas supaya barisan pimpinan ini boleh gunakan untuk memacu gerakan.



Kita perlu membantu mereka bekerja, bukan mempertikaikan sebelum pun mereka mencuba! Takut nanti kita semua akan gagal dek sebab terlalu kritis dengan isu remeh dan temeh sedangkan ada isu yang lebih besar dan utama. Jadinya nanti, kita pun sama juga macam yang dikritik dan dipertikai kerana hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu nak buat macam mana, kononnya!

Saturday, March 28, 2009

Ini yang mahu dilihat dan ini yang kita harapkan!






Tiada kata seindah gambar, mengubah sedikit lirik lagi Allahyarham P.Ramlee, Tiada Kata Seindah Bahasa, Tiada Gambar Seindah Lukisan!

Dato Seri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Presiden UMNO yang baru, mengatakan dengan tegas ketika ucapan penggulungannya, akan niatnya untuk memanggil kedua-dua Negarawan ini untuk duduk bersama dan berbincang. Tun Dr.Mahathir Mohammad yang ketika itu berada di aras atas, telah turun kebawah dan terus memanjat pentas untuk bersalam-salam dan memeluk Pak Lah. Tindakan Tun adalah secara tidak langsung ingin mengiakan pelawaan Najib.

Kita bersyukur dan berharap anak Tun Abd.Razak ini yang sekarang mewarisi tampuk kepimpinan UMNO akan mendapat tunjuk ajar dan panduan berguna daripada dua orang negarawan yang masing-masing mempunyai jasa dan cara tersendiri mengemudi armada bangsa.

Seperti saya katakan terdahulu, Najib tentunya bertuah kerana beliau bukan sahaja mempunyai saf kepimpinan dari barisan baru yang ampuh dan baru, tetapi beliau juga ada dua orang Negarawan hebat disamping bekas-bekas pemimpin lain yang walaupun tewas dalam pemilihan tetapi masih segar bugar untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Kita semua selaku ahli perlu membantu dan mendaulatkan barisan kita ini! Anak kepada Bapa Pembangunan ini adalah penyelamat kemelut yang sedang melanda UMNO dan orang Melayu.
Marilah kita semua berdoa dan bergerak bersama untuk membantu pemulihan dan transformasi ini. Tun M dan Pak Lah sudah menunjukkan jiwa besar mereka, kita apa lagi, ayuh!

Hidup UMNO, Hidup Melayu!

Thursday, March 26, 2009

BARISAN PEWARIS

Perjuangan sudah diwariskan. Perwakilan UMNO telah memutuskan. Transformasi kepimpinan UMNO telah dilakukan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Timbalan Presiden untuk membantu Presiden UMNO yang baru Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka akan didokongi oleh Panglima-Panglima yang juga baru, Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin Tun Hussein dan jaguh dari Sabah Dato Shafie Apdal.

Inilah dia BARISAN KITA yang akan memimpin sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, mengemudi armada perjuangan UMNO demi Bangsa, Agama dan Negara.

Apa pun hendak ditafsirkan, kita sudah bersedia dan mesti mara kehadapan untuk mengemudi armada ini terus meredah medan sebagai satu pasukan yang segar dengan kesedaran bahawa barisan ini adalah pewaris obor dan panji-panji perjuangan.

Selesailah sudah episod peralihan kepimpinan. Kini UMNO telah diserahkan kepada pewarisnya, maka sepertimana seruan Dato Seri Najib untuk disediakan saf yang berani dan ampuh, maka inilah dia Barisan Saf Kita.

Ayoh, apa lagi? Kembalikan sinar keampuhan UMNO yang gemilang. Kemaskan semak samun dan dedalu yang mengaburi kesucian dan ketokohan UMNO yang keramat, dulu, kini dan selamanya!

UMNO selepas 52 tahun Negara Merdeka, kini sudah diwarisi oleh kepimpinan baru untuk memacu langkah seterusnya. UMNO bertuah kerana PEJUANG-PEJUANG terdahulu masih berada disisi untuk memerhati langkah, menegur yang sumbang dan mencurah nasihat.

Dalam proses tranformasi kepimpinan ini, kita tidak harus menafsirkan ia sebagai pertandingan kalah dan menang kerana apa yang berlaku ialah mewariskan perjuangan melalui permuafakatan yang berkat. Yang baru dihadapan, manakala yang lama sentiasa ada bagi memperkukuh barisan. UMNO kini umpama ada dua dalam satu! Bukan dua barisan tetapi satu armada yang kuat dan bersepadu antara yang lama dan yang baru!


INI LAH BARISAN KITA !!!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO - Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Rembau,
Ketua Pergerakan Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Kepong,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Papar.

Sayap-sayap UMNO telah mengemukakan saf kepimpinan mereka dan inilah dia barisan kita.

Didalam kempen menawarkan diri dan memilih barisan, kita berentap sesama sendiri. Namun akhirnya apabila kata telah sepakat, pilihan telah dibuat, kita semua rapatkan saf untuk bersatu, bersetia dan berkhidmat dalam satu jemaah, satu ikrar dan satu wawasan.

Musuh di luar usah lah gusar, ini pilihan kita.

Barisan ini akan membawa perjuangan yang kami semua dukungi dan mereka tidak bersendiri, kerana kami sentiasa bersama, teguh, berani, tegas dan setia membawa obor dan panji-panji perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Esok, Presiden sudah menunggu untuk di nobatkan. Bakal pewaris pimpinan tertinggi akan menghitung nasib untuk di sepakatkan.

Usah lah risau dan gundah gulana kerana UMNO sedang menyusun untuk membuat perhitungan, demi kelangsungan perjuangan yang tidak akan pudar di persada alam.

Yang menang dan yang kalah diantara kami, tidak bermasaalah, kerana kami seia dan sekata dalam mendukung citra perjuangan.

Hidup UMNO, Hidup Melayu!

Tuesday, March 24, 2009

Mohon KESUDIAN memberikan SIMPATI

Nizar Jamaludin dengan diiringi Mr. Ngeh yang sentiasa setia tersengeh-sengeh disisinya telah di calonkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Parlimen BUKIT GANTANG. Melihatkan wajah Mr.Ngeh yang sentiasa berada disebelah Nizar setiap masa, alat-alat macam menonton watak "Mr.Ngeh and his Puppet, Datuk Nizar".

Meleret senyuman Ngeh, agaknya bangga kerana cadangannya dahulu agar Nizar dicalonkan oleh PAS telah berjaya.

Nizar Jamaluddin yang kita kenali ialah:-

1. Nizar telah "mohon menderhaka kepada titah Paduka Seri Sultan". Beliau juga telah membuktikan penderhakaannya dengan mencabar perlantikan Kerajaan baru Paduka Seri Sultan dengan membawa kesnya untuk diputuskan oleh Mahkamah.

2. Nizar enggan menjalankan titah Paduka Seri Sultan supaya beliau meletakkan jawatan daripada mengetuai Kerajaan Baginda. Malahan Nizar TETAP mengaku dirinya masih Menteri Besar yang SAH walaupun Menteri Besar yang baru telah diperkenan dan dilantik oleh Paduka Seri Sultan.

3. Nizar telah membelakangkan Paduka Seri Sultan dengan mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri tanpa terlebih dahulu mendapatkan titah perkenan Paduka Seri Sultan. Kita mengandaikan bahawa tindakan itu dilakukan bagi mengelak dari mematuhi perintah Sultan agar dirinya meletakkan jawatan Menteri Besar kerajaan Paduka Seri Sultan.

4. Nizar telah sekali lagi menunjukkan penderhakaannya apabila bersekongkol dengan V.Sivakumar, (Speaker Gila Kuasa yang beraja dimata bersultan dihati), mengadakan sidang tergempar Dewan Bawah Pokok, membelakangi kedaulatan dan ketuanan Institusi Raja Berpelembagaan dan dengan angkuh dan biadap telah membubarkan Dewan Perundangan Negeri sedangkan Kerajaan baginda masih utuh dan dibawah perkenan baginda, masih memilikki mandat untuk menjalankan urusan kerajaan.

5. Nizar yang telah "mohon mengadap Paduka Seri Sultan" untuk mempersembahkan keputusan Dewan Bawah Pokok, masih sehingga kehari ini GAGAL mengadap. (Mungkin tidak diperkenan untuk mengadap).

Juga kita jangan lupa ketika di Mahkamah, sebaik sahaja selesai memfailkan kesnya, beliau telah dengan lantang melaungkan slogan berikut: "HIDUP,HIDUP - HIDUP RAKYAT". (Slogan tersebut membawa maksud tersirat mengajak rakyat untuk bangkit, menentang siapa?)

Nizar dan sekutu komplotnya boleh mengatakan itu adalah haknya, tetapi pandangan kita juga adalah hak kita.

Kes yang di bawa oleh Nizar ini akan di rungkai oleh Mahkamah melalui peruntukan Undang-Undang yang ada. Jadi kita semua akan menanti penyelesaiannya menurut pandangan dan kedaulatan undang-undang.

Waimah apa-pun buat masa ini, emosi dan nilaian kita sebagai orang biasa tetap tercabar kerana sebagai orang Melayu dan sebagai Rakyat Malaysia kita berhak meletakkan nilai tata -susila dan amalan pusaka kita mengikut adat dan budaya kita. Dan mengikut nilai budaya dan adab susila kita orang melayu, mencabar Institusi Raja adalah satu penderhakaan.

Kita berharaplah kali ini RAKYAT di BUKIT GANTANG,akan menunjukkan kepada Nizar dan sekutunya bahawa SIKAP dan BUDAYA yang dibawanya adalah sesuatu yang KITA SEMUA tidak berkenan.

Mari kita katakan kepada Nizar; "MOHON SUDI KETEPI KERANA KAMI TIADA SIMPATI KEPADA ORANG YANG BIADAP", Calon PAS, Nizar Jamaluddin, KITA MESTI TOLAK untuk 999 TAHUN!!!! (BERAPA keturunan tu? Lu kira lah sendiri!)

Kedaulatan Raja kerana Rakyatnya dan Kedaulatan Rakyat kerana Institusinya! Daulat Tuanku!

Monday, March 23, 2009

SELAMAT BERSIDANG dan INGAT PADA YANG SAYANG!

Esok bermulalah para perwakilan UMNO bersidang bermula dari sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Persidangan kali ini sangat penting bukan sahaja kepada ahli UMNO tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

Towkay "HARAPAN PALSU" adalah yang paling gelisah. Resah dan gundah gelananya hingga ketahap gelabah! Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tanya lah dia kalau tak percaya!

Walau apa pun, saya dan ramai orang melayu sedang menaruh harapan yang tinggi kepada Persidangan Agung UMNO kali ini untuk menutup tirai persidangan pada Sabtu nanti dalam kedudukan yang gagah lagi perkasa.

Usah di gusar keriuhan penjaja "Harapan Palsu" diluar sana. Mereka sebenarnya riuh kerana risau menantikan saat-saat UMNO mara dari permuafakatan ini, kerana selepas ini mereka pasti di talkinkan oleh UMNO dalam keadaan mereka yang tidak sempurna.

Walau beribu suara yang sumbang, walau gempita jerit dan ejek, UMNO kena ingat, bahawa masih ramai, malah berjuta lagi, mereka yang sayang!

Wednesday, March 18, 2009

MENARUH HARAPAN...

"Harapan Baru" hampir tidak ada harapan , menanti saat untuk hancur bak "Kaca Terhempas ke Batu". Bagi yang tahu, sememangnya dari awal lagi "Harapan Baru" adalah sebenarnya "Harapan Palsu" yang di olah sedemikian rupa semata-mata untuk "Mencari Harapan".

Kebelakangan ini, semakin hangat dipasaran "andaian-andaian" berbagai bentuk direka cipta seolah-olah ianya benar dan akan menjadi kenyataan. Ini semua, sekali lagi, adalah gelombang terakhir yang ingin di "senakkan ke benak akal", namun jelas ia semakin tidak masuk akal.

Hinggakan perkara yang sudah nyata pun hendak dikelirukan. Ada cakap-cakap Pak Lah tidak akan berundur dan ini ada hubungkait dengan sesuatu pakatan dengan Anwar Ibrahim untuk menafikan Najib ke jawatan PM. Apa punya gobloklah andaian sebegini. Ini semualah yang menyebabkan orang ramai naik "mual" dengan tingkah laku politik kita. Siapa yang punya cerita ini? Tak lain tak bukan ialah dimulakan oleh puak "Harapan Baru" yang masa depan mereka sudah kelam. Bak tenggelamnya matahari, begitulah kelam kabutnya mereka mencipta suasana baru untuk dipaut, tetapi jelas, harapan semakin menjadi angan-angan. Bagi orang UMNO dan rakyat awam, kita tunggu sahajalah Persidangan Agung UMNO dimana Najib sudah menang tanpa bertanding, menunggu untuk dirasmikan sebagai Presiden Parti. Selepas itu, kita serahlah kepada budi bicara Pak Lah untuk menguruskan perletakan jawatannya sebagai PM, sebagai menghurmati sistem demokrasi yang kita pegang selama ini dan amalan biasa kita apabila Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional, parti majoriti, akan diamanahkan jawatan PM. Tentulah ada proses tertentu untuk Pak Lah berundur dan berundur itu memangnya satu daripada package peralihan kuasa yang telah dirundingkan. Tak perlulah puak-puak terdesak yang selama ini menjaja "Harapan Baru" ingin memprovokasi dan mencipta angan-angan.

2. Insiden yang menimpa Dato Seri Ali juga diambil kesempatan oleh sesetangah pihak untuk menangguk dengan berbagai andaiaan. Kononnya Dato Seri Ali akan memberontak dan keluar parti dan kononnya ada konspirasi menjatuhkannya dan adanya ketidak adilan dalam menghukum dan berbagai lagi. Semua ini ada yang mengasyikkan dan ada yang bertujuan mengelirukan dan akhirnya memualkan dan keadaan itu akan memberikan "Harapan Baru" kembali menaruh harapan. Pada hakikatnya ini adalah proses biasa dan kebetulan Dato Seri Ali telah didapati bersalah dalam siasatan Lembaga Disiplin. Perinciannya telah sedikit sebanyak dijelaskan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen dan sebagai Lembaga Bebas yang ditubuhkan sendiri oleh UMNO, maka dia telah mejalankan tugasnya. Baik burok "performance" dia, itu adalah perkara lain. Kita kena terima bahawa dia telah dilantik atas dasar Bebas dari MKT dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh MKT. Dato Seri Ali sendiri sebagai anggota Pengurusan dan naib Presiden Parti tahu dan sedar proses ini. Biarkanlah dia merayu dan melakukan apa yang patut mengikut adab dan sopannya. Tak orang tak kita, dan saya rasa Dato Seri Ali tiada masaalah menerima kenyataan ini.

Kenapa Dato Seri Ali dikenakan hukuman larangan bertanding, dan kenapa KJ hanya diberi amaran walaupun di siasat dibawah artikel yang sama, juga telah dijelaskan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen. Saya faham maksud beliau dan tiada langsung unsur ketidakadilan dalam hal ini. Kita semua patut memberikan kepercayaan kepada pihak yang telah kita amanahkan untuk bertanggungjawab dalam urusan ini. Tiada guna kita mempersoalkan, tetapi sepatutnya kita berhak merayu sekiranya kita tidak berpuas hati. Jadi kemukakanlah hujah bagi dinilaikan oleh yang berwajib.

3. Semakin hampir kepada Persidangan UMNO di dalam UMNO patut lah sibuk, tetapi diluar UMNO pun, terutamanya puak penjaja "Harapan Baru", semakin kelam kabut. MENGAPA? Kerana harapan yang dijaja semakin pudar, makin diharap semakin kabur dan semakin dinanti semakin kelam. Persidangan Agung UMNO kali ini ditakuti akan menjadi tirai penutup, mengakhiri segala lakonan dan tipu-helah. Ianya akan membuka lembaran baru pasca PRU 12. Saat-saat itu semakin hampir dan penjaja harapan baru semakin panik dan gelabah sebelum tirai berlabuh buat babak kali ini.

Selepas itu, pentas akan diisi oleh pemain yang baru. Apakah "Buku Akan Bertemu Ruas", itu lah agaknya yang ditakuti dan menjadi igauan ngeri. Sudah tentunya pemain yang baru, corak dan gayanya berlainan, kalau itulah yang ditakuti oleh hantu, nampaknya hanya "Hantu yang Nampak Hantu"!

Kita hanya perlu bersabar dan jangan terperangkap didalam "teater" yang sedang dipentaskan. Biarlah pelakon-pelakon tersebut memainkan watak mereka, dan kita perlu terus berpegang kepada realiti kehidupan. Yang Benar TETAP BENAR dan Yang Bathil tiada harapan.

4. Kepada Nik Aziz, janganlah berdendam hingga keliang lahad kerana UMNO dan PAS dituntut bersaudara didalam Islam. Apa gunanya kita berjuang demi Agama apabila jalan kita jauh menyimpang. Bukanlah saya menyokong sangat cadangan Kerajaan Perpaduan,(Kerana kita tak tahu isi kandungan dan maksud Hj.Hadi), tetapi saya tidaklah mahu membantah diatas kesedaran bahawa kita dituntut didalam Islam untuk bersatu padu sesama saudara seagama. Sepatutnya walau seinci peluang dibuka untuk kita bermaaf-maafan, maka harus kita ambil peluang dengan tidak mensia-siakannya. Bagi saya cadangan Hj Hadi perlu diberi peluang untuk diperbincangkan kalau pun akhirnya tidak sekata, tetapi kita harus mencuba dan siapa tahu ada apa di hujung sana? Tidak salah kita berbaik sangka dan ketepikan sebarang curiga. Ada yang kata ianya helah untuk Bukit Gantang dan berbagai lagi. Dalam keadaan sekarang penjaja sentiasa mengambil peluang untuk menangguk. Oleh itu, kita wajib berkeyakinan kepada diri dan berpegang kepada jatidiri perjuangan.

Hj.Hadi mungkin juga sudah meneropong, dan sedar telah terdorong mendokong "Harapan Palsu". Dia mahu kembali ke pangkal jalan tetapi setelah mengambil iktibar dari separuh perjalanan, dia mahu permulaan yang lebih baik!

DAULAT Pemimpin Kerana Pengikut........

Faktor hebat atau tidak hebat seseorang pemimpin itu, dilihat pertamanya ialah samaada dia ada pengikut atau tidak. Kehebatannya sudah tentu akan menarik pengikut yang ramai dan sudah semestinya pemimpin yang mempunyai ramai pengikut akan dikatakan pemimpin yang hebat. Tidak menjadi pemimpinlah seorang yang tiada pengikut.

Nilai sebenar seorang pemimpin juga akan ditentukan oleh kehebatannya menguasai dan mengarahkan pengikutnya. Sejauh mana pengikut akur dan taat serta hurmat kepada pemimpin bergantung kepada pemimpin itu sendiri mencorakkan pimpinannya, dan kualiti serta tahap penghayatan pengikut itu sendiri.

Jatuhnya seseorang pemimpin itu juga boleh disebabkan oleh pengikutnya.

Jadi kadangkala amat malang apabila akibat angkara pengikut, seseorang pemimpin itu tersungkur.

Pemimpin akan terkilan, dan pengikut pula menyesal. Kadangkala tidak juga boleh disalahkan pengikut seratus peratus kerana kelemahan pemimpin mengawal kerenah pengikut juga boleh jadi tanda tanya.

Apa pun, disinilah apabila berlaku kerugian kepada jemaah tadi, maka pemimpin bersekali dengan pengikut seharusnya menerima tanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ada kekurangan didalam jemaah tersebut. Ia boleh datang dari pemimpin itu dan ia juga boleh disebabkan oleh pengikut semata-mata. Akibatnya semua kena tanggung.

Bebanan semestinya kepada pemimpin untuk memastikan tidak berlaku situasi atau keadaan yang boleh mendatangkan mudharat.

Dato' Seri Ali Rustam secara ringkasnya telah mengaku dan memohon maaf kerana menghampakan penyokongnya kerana tidak dapat meneruskan perjalanan yang disasarkan. Namun beliau menambah kata bahawa komen sepenuhnya akan dikeluarkan pada Rabu.

Saya berharap dan berdoa agar Dato' Ali Rustam akan meletakkan kepentingan parti lebih utama dan sebagai seorang pejuang dan pemimpin, beliau akan menerima hakikat serta menjadikannya sebagai satu iktibar untuk perjalanan seterusnya. Saya yakin dengan keikhlasan dan kewarasan beliau. Dato Seri, selaku Pengerusi Biro Latihan UMNO sedang diuji dan jika beliau dapat menanganinya, UMNO akan terus gagah dan perkasa dan beliau akan menjadi seorang dari ramai pemimpin yang bernilai!

Wuallahualam.

Monday, March 16, 2009

JANGAN BERMAIN API nanti....







Memberikan pandangan semasa dialog PPSMI anjuran Persatuan Pemuda Negara DiPusat Konvensyen Mont Kiara, baru-baru ini.

Kita diperingatkan agar tidak bermain api kerana takut nanti membakar diri. Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

1. Akhirnya kita menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Ipoh menguatkuasakan undang-undang dan telah melaksanakan tugas apabila ia bertindak merobohkan papan tanda peringatan kumpulan Pakatan Penderhaka yang ditegakkan bagi mengingati peristiwa "bodoh yang disengajakan" dalam usaha puak tersebut mencabar institusi undang-undang dan keharmonian Negara.

2. Kita juga ucap syabas diatas tindakan pihak berkuasa melaksanakan peraturan dengan menggantung Gobind Singh Deo dari Dewan Parlimen untuk tempoh 12 bulan. Kita kini hendak melihat tindak balas "besar celaka punya pariah" yang mencabar kesabaran orang ramai.

3. Kita juga menanti tindakan keatas Karpal Singh yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Pemuda UMNO dan memanggil mereka dengan perkataan "Celaka". Memang celaka juga lah orang yang memanggil orang lain celaka!

4. Rupanya hilang juga keRANGGIAN simulut celupar apabila seorang demi seorang dihadapkan ke Mahkamah kerana kata-kata menghina Sultan. Rupanya tahu juga mereka mengatakan keinsafan dan memohon diringankan hukuman. Manakala yang masih mengaku tidak bersalah pula, kita akan lihat kejantanan mereka dibilik pembicaraan kelak.

5. Bagi Nizar dan Siva, kita nak tengoklah sejauh mana mereka akan berterusan menghasut dan menderhaka.

6. Bagi yang jenayah mereka masing-masing akan dihadapkan di Mahkamah, kita sama-sama lah tunggu akan kebenaran mengatasi kebatilan.

7. Kumpulan GERAKAN MANSUH PPSMI kononnya mengugut bahawa perjuangan ini akan dibawa ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah-sudahlah itu, jangan berterusan menipu rakyat kerana isu PPSMI ini tiada kena mengena dengan KEDAULATAN BAHASA ataupun KEDAULATAN BANGSA. Yang mendaulatkan bangsa bersama budaya dan bahasanya ialah ILMU. Dan PPSMI ialah tentang mencungkil ilmu bukan tentang mendaulatkan bahasa, baik Inggeris mahupun Melayu. Bahasa Melayu telah dijamin tempatnya dan sentiasa diusahakan pemerkasaannya. Salah satu caranya ialah dengan memperkasakan bangsanya dengan mengorek ilmu setinggi-tingginya. Mengorek ilmu adalah kemestian didalam agama kita orang melayu sendiri dan Allah tidak mengatakan ianya dikorek hanya dalam bahasa melayu, atau bahasa arab, atau bahasa inggeris, cina, jepun, korea, jerman atau apa-apa pun. Cuma ilmu itu hendaklah sentiasa di cari dan di gali. Jadi PPSMI ialah satu usaha mengorek dan menggali ilmu sains dan matematik secara yang paling praktikal dan realis tanpa perlu terhambat dengan berbagai kekangan apalagi, oleh kejumudan fikiran dan keegoan bangsa! Adik Nur Madihah yang bersekolah arab nun jauh di Kota Bharu, mendapat 20A SPM dan berkata bahawa beliau lebih mudah menjawab sain dan matematik didalam Bahasa Inggeris. Begitu juga statistik SPM terkini menunjukkan bahawa pemcapaian sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris lebih cemerlang dikalangan pelajar luar bandar. Jadi siapa kah mereka untuk berkata bahawa anak luar bandar tidak boleh belajar sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris. Juga jangan kita lupa bahawa mereka-mereka yang berkata itu juga sebenarnya dulu belajar didalam Bahasa Inggeris. BODOH kah mereka?

Sementara itu, janganlah lagi temberang dan memberikan HARAPAN PALSU dengan tujuan untuk mengabaikan orang ramai. Sebenarnya HARAPAN BARU itu bukan untuk orang ramai tetapi semata-mata untuk penjual harapan kerana MASA SEMAKIN SUNTUK dan dia tahu yang harapan dia terlalu amat tipis.

Kita sudah di ingatkan juga bahawa MENDENGAR GURUH DILANGIT, JANGAN AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN!

Wednesday, March 11, 2009

Mana dia ?





Baru pada hari Sabtu lepas diambang sambutan Maulidur Rasul, lengkap berbaju melayu bersamping kelihatan gagah beraksi. Berarak beramai-ramai demi menegakkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kononya dia lah pejuang Bahasa Melayu yang sedih dan sanggup bermatian-matian mempertahankan KETUANAN BAHASA MELAYU dari di "perlekehkan oleh mereka-mereka yang CELAKA kerana menyokong PPSMI". Demikian itu adalah ungkapan Haji Hadi Awang apabila menegaskan sokongannya membantah PPSMI.

"Komited"nya beliau terhadap GERAKAN MANSUH PPSMI, beliau telah menggerakkan beribu-ribu ahli dan penyokong partinya untuk berarak bersama-sama GMP sebagai tanda sokongan dan perjuangan. Pada beliau dan partinya peluang berarak dalam satu demonstrasi untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar kerajaan adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.Lagi ganas FRU dan Polis menjaga ketenteraman, lagi baik kepada mereka. Lagi lencun kena air simbahan FRU lagi bagus.
Silap-silap mereka turut berdoa agar seorang dua kena belantan FRU sampai menggeletek atas jalanraya. Paling tidak pun seorang-dua, kalau boleh pemimpin mereka ditangkap dan diheret kedalam van polis, sudah cukup untuk dikatakan mereka telah berjaya. Samaada memorandum itu kesampaian atau tidak, tidak penting. Yang penting, rakyat ramai dapat menyaksikan aksi lincah mereka dan keganasan "anjing kerajaan" menyekat "hak asasi" mereka, itu yang utama.

Kita harus berbangga dengan Haji Hadi Awang, Presiden PAS dan Timbalan beliau Nasaruddin, yang telah menjayakan Perarakan 100,000 orang membantah PPSMI yang kononnya dianjurkan oleh Pejuang Bahasa.
Walaupun seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP,Dato Hassan Ahmad bahawa TIADA DALANG yang menggerakkan perarakan beliau, kita hanya boleh bersimpati kepada Bekas Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka itu serta juga beberapa kawan-kawan beliau yang telah tanpa mengetahui "helah politik kotor", telah "terperangkap basah-basah" dalam satu agenda politik yang di cemari oleh puak PAS dan PKR.

Bagaimanapun, kita tidak pula boleh memandang rendah kepada keupayaan Dato Hassan Ahmad dan kawan-kawan pejuang Bahasa nya. Mereka telah berjaya mengambil kesempatan keatas "orang-orang politik yang desperado" itu, untuk menjayakan "message" perjuangan menentang PPSMI. Walaupun jentera ahli-ahli politik desperado tersebut GAGAL merealisasikan janji membekalkan 100,000 orang, jumlah kehadiran lebih kurang 2,000 orang itu pun sudah lebih dari cukup untuk GMP.

Soal siapa mengguna siapa, cerita lain.

Yang penting suara anti PPSMI telah berjaya menarik perhatian pada ketika Parti Melayu UMNO sedang bersiap-sedia untuk bersidang.

Apa pun, kita semua sudah bosan dengan tingkah laku sebegini. Apakah kita tiada jalan lain untuk menyuarakan pandangan mahupun bantahan dalam isu-isu yang menyentuh kita? Apakah kita tiada kebijaksanaan untuk berhujah? Apakah kita tiada kepintaran untuk melobi dan mendapatkan sokongan keatas idea dan pandangan kita melalui cara yang lebih bermaruah dan bertamadun? Apakah kita yang lemah akal, yang kurang pendidikan, yang malas berfikir juga sama tabiat dan buntu fikiran dengan kita yang berpendidikan dan berupaya akal apabila menguruskan hal-hal yang jelas?Apakah selamanya kita akan terbelenggu dengan ego kita sehinggakan menguasai bahasa selain dari Bahasa Melayu adalah satu dosa? Apakah apabila kita belajar seribu ilmu melalui seribu bahasa akan menyebabkan otak kita juga berfikir dalam seribu bahasa hingga celaru?

Apakah apabila kita paksa keatas diri kita hanya baca semua ilmu dalam bahasa melayu, maka bahasa kita berdaulat? Setakat itu sahaja? Berdaulat? Kita sahaja mendaulatkannya sudah cukup, orang lain tak heran tak mengapa?
Bagaimanakah majunya bahasa melayu hari ini baik dalam segi ketinggian martabat mahupun dalam penggunaannya dan keilmuannya? Dimana pejuang dan pakar bahasa selama ini? Apakah hanya kerana baca dan belajar sains dan matematik dengan penghantar Inggeris boleh menghapuskan bahasa melayu?

Alangkah malangnya kita apabila bijak pandai yang dihasilkan dari tamadun kita tidak berupaya membawa perubahan.

Agaknya kita tidak boleh menyalahkan Dewan Bahasa dan Pustaka diatas kegagalannya meletakkan Bahasa Melayu gagah dipersada ilmu Sains dan Matematik. Agaknya kerana mereka terdiri daripada pakar bahasa, bukan pakar sains dan matematik maka mereka tidak boleh dipersalahkan diatas kekurangan bahan berbahasa melayu didalam kedua-dua jurusan tersebut.

Agaknya menjadi harapan Dr.Mahathir ketika melakukan perubahan ini untuk menyediakan pakar-pakar untuk kelak menyumbang kepada DBP bagi menghasilkan bekalan ilmu bagi mempersadakan bahasa melayu dalam jurusan sains dan matematik.

Masa yang akan menentukan. Kita hanya boleh berusaha dan kita juga lah yang boleh menghalang.

Kita ucap setinggi-tinggi TAHNIAH kepada PAS kerana akhirnya didalam banyak-banyak perkara yang mereka telah sahkan bahawa apa yang selama ini diperjuang dan dilakukan oleh Parti Melayu UMNO adalah betul dan benar, kini termasuklah juga dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu dan Ketuanan Melayu!
Sokongan PAS terhadap perjuangan UMNO itu sebenarnya sudah terlambat kerana UMNO telah meletakkan asas yang kukuh melalui Perlembagaan Negara.
Kini kita sedang menguruskan ekonomi yang merudum dan Kerajaan Barisan Nasional semalam telah membentangkan "Mini Budget" bagi menggerakkan perjuangan mempertahankan kedaulatan negara dan kehidupan rakyat.
DIMANA HAJI HADI DAN NASARUDDIN SEMALAM ketika Dato Seri Najib Tun Abd Razak membentangkan usul "Mini Budget" nya???
Sedang Lim Kit Siang dan Guan Eng serta hampir kesemua MP DAP hadir, wakil-wakil PAS termasuk kedua-dua "Panglima Perarakan Mansuh PPSMI" telah dengan tidak bertanggungjawab mengambil pendirian untuk GHAIB dan TIDAK HADIR!
Dengar khabarnya mereka cuba MEMBOIKOT tetapi gagal mencapai kata sepakat! Macam biasalah, setiap saat hendak berpolitik akhirnya nanti rakyat menjadi mangsa, tak mengapa, asalkan mereka mendapat kuasa! Ini kah wakil yang bertanggungjawab kepada rakyat??
Kalau Dato Seri Ali Rustam baru-baru ini berkata bahawa "DAP naik tocang kerana dokongan PAS dan PKR dan bahawa PAS telah gagal mendakwahkan DAP", maka saya kata sebenarnya yang naik tocang ialah PAS kerana dengan dokongan DAP dan PKR, mereka semakin gila menjual maruah Islam dan melemahkan kesatuan orang melayu sehingga mereka kini hilang punca dan sudah tidak tahu apa kah misi sebenar mereka sehinggakan mesyuarat bawah pokok dan berguling atas jalan adalah lebih penting dari bermesyuarah didalam Dewan bagi membincangkan permasaalahan rakyat. PAS juga gagal mencontohi DAP dalam isu kepentingan bangsa, agama dan negara!
Sungguh lucu melihat Haji Hadi, Nasaruddin dan Ahmad Sabu berarak demi memperjuangkan Bahasa Melayu yang bermakna menegakkan KETUANAN MELAYU yang dulu dikatakan satu perjuangan ASSABIYAH!
Syabas kepada UMNO kerana selama ini telah mempertahankan dan mendaulatkan Islam dan Melayu di tanahair orang melayu ini, sehinggakan PAS sendiri akur.
Kenapa tidak berarak untuk menegakkan BAHASA ARAB sebagai subjek wajib?? Ada lah kebenarannya apabila Dato Ali Rustam berkata bahawa PAS telah didakwahkan oleh DAP, kerana DAP sekurang-kurangnya amat sensitif dalam mempertahankan malah ingin mendaulatkan Bahasa kaum Tionghua di Tanahair ini!



Tahniah kepada Dato Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A.Samad Said kerana telah menyedarkan PAS akan KETUANAN MELAYU sehingga PAS sanggup berguling-guling dan lencun kerana berjihad untuk menegakkan BAHASA MELAYU yang sudah sedia termaktub kedaulatannya oleh wawasan jauh pengasas UMNO dan pejuang Kemerdekaan.
Hanya PAS sahaja yang tidak mahu akui kerana gila kemaruk dengan dokongan DAP dan rabun mata hati dek terkena sihir seorang makhluk yang pernah dimusuhinya dulu, yang kini tercemar dek isu moral apabila dituduh MELIWAT buat kali yang kedua.
Apakah PAS juga akan berguling-guling atas jalanraya untuk mempertahankan orang ini dengan alasan bahawa tuduhan tersebut adalah rekaan semata-mata?

Apakah seperti biasa PAS akan diheret oleh PKR untuk membuat keputusan walaupun kita ada undang-undang dimana selagi seseorang itu belum selesai dibicara dan belum diputuskan kedudukan oleh Hakim, maka dia belum terbukti kesalahannya?
Sama juga selagi Hakim belum membicarakan, maka dia juga belum boleh diisytiharkan tidak bersalah? Menanti perbicaraan, status nya ialah "Orang Kena Tuduh", bukan "Orang Tidak Salah".
Kita sama-sama saksikan sejauh mana agaknya PAS akan menyimpang!

Friday, March 6, 2009

Tak KENAL tak CINTA-Tak SUNGGUH tak KATA




Oleh : NTAnwar
anwaribrahimdotcom.blogspot.com



layari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/ untuk bacaan lanjut


Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel !

Kalau anda bukan penyokong Israel, kenapa anda sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anda bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.Anda bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anda kecam seorang muslim bernama
Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anda bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anda kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.

Steve Clemons kata anda penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blloger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anda terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.Menurut Steve Clemons anda salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anda tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti
klik di sini

Apa itu Annapolis Summit ?

Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik
di sini

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anda pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.

Gershon Baskin kata anda anti Hamas

Anda kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anda di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anda jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?Gershon Baskin kata anda telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.Jawapan tegas anda itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anda dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik
di sini

Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anda bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anda pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anda beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anda yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik
di sini

Tetapi rakyat Malaysia boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anda semata-mata.

Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anda sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik
di sini

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ?

Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik
di sini

Apakah ini peranan anda dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anda takut mengaku yayasan yang anda terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.

Gus Dur kata anda agen Amerika

Kawan rapat anda yang sanggup ulang alik dari Indonesia ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membela anda dan berkempen untuk memenangkan anda di Permatang Pauh, bernama Gus Dur mendedahkan agenda anda bersama Paul Wolfowitz yang anda sembunyikan selama ini.Kawan baik anda (Gus Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara Islam. Kata kawan baik anda lagi, peranan anda dipertanggungjawab oleh bapak zionis di Amerika (Wolfowitz) untuk melemahkan golongan muslim fundalmentalis dengan melahirkan seramai mungkin muslim moderat seperti anda. Klik
di sini

Anda tidak bersungguh kecam Israel

Anda sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anda mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.

Cara berfikir anda sama dengan rakan baik anda, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anda, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anda di Amerika yang membantu anda. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?

email dari NTAnwar
Posted by AIDC at
1/09/2009 11:41:00 PM

Tuesday, March 3, 2009

HELAH menyelamatkan air muka NIZAR & kawan2nya!





Apa yang berlaku pagi tadi dibawah pokok diluar Dewan Undangan Negeri Perak adalah helah terbaik dapat diusahakan oleh Pakatan Rakyat Perak dengan bimbingan dalang-dalangnya.

2. 'Dewan Undangan Bawah Pokok' meluluskan 2 usul tergempar iaitu:-

a) UNDI kepercayaan untuk MENTERI BESAR NIZAR JAMALUDDIN.

b) Meluluskan usul MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.

3. Usul tersebut adalah langkah terdesak untuk menjatuhkan kerajaan yang sah di Perak dan dalam masa yang sama sebagai alasan alternative untuk NIZAR berundur secara terhurmat dari kemelut "SAYA MASIH MENTERI BESAR" yang merupakan igauan terburuk seumur hidupnya, yang memalukan Pakatan Rakyat dan menyedihkan pengikut mereka!

4. KALAU benar NIZAR dan kesemua ADUN Pakatan rakyat berPRINSIP dan jujur kepada pengikut mereka, maralah setapak lagi, iaitu LETAK JAWATAN ADUN sekiranya usul "Dewan Bawah Pokok" hari ini juga tidak mendapat perkenan Paduka Seri Sultan dan dirasmikan sebagai TIDAK SAH! Jangan lah nanti dengan tak malunya masih mengaku Wakil Rakyat sedangkan sendiri sudah mengundi membubarkan DUN, walaupun macam main pondok-pondok dibawah pokok.

5. Jadi pendekkan cerita, kalaupun itu berlaku dan pilihanraya kecil berlaku akibat perletakan jawatan mereka, dan seperti diANGKUHkan, wakil PR akan juga menang balik, apakah senarionya?
Kerajaan BN dibawah Dr.Zambry hari ini tidak langsung tergugat kerana ianya masih utuh dan DUN Perak juga masih utuh walaupun kekosongan kerusi berlaku dipihak 28 orang ADUN PR. Walaupun selepas PRK kemudiannya wakil PR masih tetap dimenangkan, kedudukannya masih sama kecuali PR akan kehilangan jawatan Speaker. Apa lagi bezanya? Nizar,Siva,Ngeh,Ngar dan KESEMUA ADUN yang akan meletak jawatan ini AKAN HILANG dari DUN kerana mereka TIDAK BOLEH BERTANDING SEMULA dalam PRK yang akan diadakan.(Penyokong PR bolehlah mula pasang badan mulai hari ini, manalah tahu..)

4. Maka pada masa itu, tiada lagi orang yang akan mengaku "SAYA MENTERI BESAR" kerana sibodoh tersebut sudah tiada lagi dikalangan ahli Dewan.Jadi bersara lah dia tanpa perlu mengaku kalah! Ini lah jalan yang sedang diambil oleh PR Perak demi untuk menyelamatkan air muka Nizar dan kawan2 yang muka terconteng arang akibat kelaku sendiri!

5. Apakah untungnya kepada rakyat umum? Untung kerana menghilangkan NIzar dan EXCO nya dari terus-terusan mengaku masih MB dan masih EXCO. Untung kerana dapat memuaskan hati pengikut mereka untuk kalah tanpa perlu mengaku kalah! Tetapi tetap RUGI pada realitinya, bak kata NIK AZIZ, PRK hanya merugikan masa dan wang! Jadi SEMUA ORANG RUGI! Siapakah yang harus disalahkan? Keseluruhan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk NIK AZIZ kerana taksub dengan sifat POLITIK INGIN MEREBUT KUASA sehingga bertindak dengan tidak bertanggungjawab dan dengan tindakan melulu yang dikuasai akal dan nafsu yang bergelora diselaputi AMARAH yang tiada mengenal batasan,waimah sanggup laku apa sahaja walaupun berkawan dengan syaitan sekalipun!

6. Apakah ruginya kepada Dr.Zambry dan BN? Tiada banyak kecuali terganggu sedikit sebab terpaksa melalui PRK untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat. Untung sekiranya rakyat terbuka mata dan membuat keputusan tidak lagi mahu melayan kehendak nafsu Pakatan Rakyat dengan memberikan kesemua 28 kerusi itu kembali kepada BN dalam PRK tersebut.

Mustahil? Pokoknya ialah adakah NIZAR dan kesemua ADUN PR di Perak sanggup melepaskan jawatan dengan meletakkan jawatan?

Jika tidak sanggup, jadilah ahli pembangkang yang jujur untuk agama,bangsa dan negara!