Tuesday, June 16, 2009

Marah Yang Terlarang!

Marah, ada yang terpuji, ada marah yang dicela dan ada marah yang dilarang!

Marah yang terpuji ialah bila kita marah kerana mempertahankan kehormatan atau marah sebab mempertahankan agama.

Marah yang dicela, ialah apabila marah pada benda atau hal yang remeh temeh. Marah kepada perkara yang masih boleh dimaafkan.

Namun ada perkara yang kita dilarang marah. Iaitu apabila ia datang dari akibat takbur, sombong dan bangga. Marah yang terbitnya dari meninggi diri, hasad, dengki dan berebut pengaruh.

Demikian sedikit intipati dari penulisan Prof. Dr. Hamka berkenaan bab sebab-sebab marah didalam buku "Tasauf Moden" terbitan Darul Nu'man 1998.

Nizar Jamaluddin, tak habis-habis dia dengan amarah yang meluap-luap hingga tindak-tanduknya sungguh menjengkelkan. Dia marahkan apa? Marah pada siapa?

Saya katakan bahawa Nizar Jamaluddin sedang melayani nafsu amarah yang terlarang! Dia mengikut telunjuk setan dan lupa diri. Dia terlalu angkuh diatas kuasa yang pernah dimilikki. Dia lupa diri bahawa dia terletak dipersada kuasa tanpa dia sendiri termimpi. Dia diletakkan disana hanya semata-mata kerana DAP tidak ada calon Melayu. DAP parti tonggak dengan kerusi terbanyak dan PKR adalah parti yang kedua terbanyak di DUN Perak. Mengapa Nizar dari PAS pula yang dipilih oleh DAP, tidak PKR? Kalau sebab dia wakil parti PAS yang ketiga kedudukannya dalam DUN Perak, dia bukan pun Pengerusi/Pesuruhjaya PAS Negeri? Nizar diletakkan disitu semata-mata untuk menjadi boneka DAP. Nizar dipilih kerana dia paling sesuai untuk disekongkol oleh puak DAP. PAS ikut sahaja pilihan dan kehendak DAP sebab sedar diri bahawa mereka hanya rakan picisan di Perak, nak cakap lebih-lebih, tak rasa jadi MB.

Jadi kelaku Nizar hari ini adalah sebenarnya diluar kawalan dirinya, mahupun parti PAS yang diwakilinya. Nizar hari ini sudah menghayati puak yang diwakilinya dari segi fikiran dan amalan, dia benar-benar menghayati peranannya sebagai "boneka". Boneka ini semakin hari, semakin bernyawa!

Sila layari tulisan saya didalam http://penpusaka.blogspot.com

Demi negara bangsa yang beragama dan berbudaya, sakit politik yang sedang dibiakkan oleh orang-orang semacam Nizar Jamaluddin ini perlu kita bendung dari menular.

30 comments:

Anonymous said...

ko yg bodoh..jd pecacai umno.

Anonymous said...

diri sendiri pon tak dapat pertahan jgn kata pertahan bangsa lagipon agama!
jgn main sentimen perkauman sj!

Anonymous said...

Tak salah kalau dikata orang pencacai UMNO.Yang kata begitu ialah orang yang tak suka.Malangnya dia sendiri pun tak ada hujah, jadi dia sentiasa marah.Habis tinggi dia kutuk orang sebab tak marah macam dia!

Anonymous said...

Umno untuk selamatkan bangsa Melayu,Puak kafir sergah main-main orang Melayu.
Tidak macam dulu ,kafir sergah kena penapar selalu.
Inilah akibat perpecahan yang dipromosi oleh orang PAS.

Melayubaru said...

anon 17, 12:38am

ko yang buta hati,jd pengikut pas membabi buta.Suruh anguk ..anguk,tapi tak tahu apa yang dianguknya.

....kerna umno ko boleh hidup aman damai.Ko orang orang yang tak nampak gajah depan mata.Orang pas yang tak tahu bersyukur.

Pandai koplem,pandai nampak baju umno koyak,ketayap kotor tak sedar,jangut tak terbela tak nampak.

Melayusedar said...

Melayubaru,

Jangan lupa pas perjuakan agama,umno perjuangan kapitalis.

Melayu baru jangan lupa agama.Dengan agama bangsa akan kuat.Umno perjuangkan nasionalis.Bangsa kaya jadi sekurler tiada makna.

Melayubaru said...

Salam Melayusedar,

Sebenarnya tuan tak sedar lagi ,keluarlah dari mimpi pas.Umno memperjuangan agama,berapa banyak masjid di buat dalam negara,perbagai program agama dibuat untuk rakyat.Berapa ramai anak Melayu dapat ke al Azahar,jordan,syiria yang di taja kerajaan semata-mata hantar anak bangsa untuk belajar agama.Supaya balik dapat ajar anak bangsa.

Malah yb hassan ali pun asal pendidikan umno tu.

Cuba buka fikiran sikit.

Anonymous said...

penulis jangan kutup orang pas,zaman ke arah perpanduan ,hj hadi dah cakap kan.

Kalau umno kutup bimbang hj hadi tarik balik bunga-bunga perpaduan.

Kami harap bunga perpaduan pas akan jadi buah.

Anonymous said...

saya baca dalam satu blog, dia kutip kata-kata lim kit siang dalam satu ceramah ketika diterengganu; katanya:-
"kalau nak kita jadi PM, kita kena pecahkan orang melayu cukup-cukup". lebih kurang begitulah petikan didalam blog itu. Kalaupun dia tak cakap, orang melayu kena tahu benda ini, takde baca kaaa.

orang melayu sekarang konon hendak tonjol diri berfikiran 'sophisticated' tapi perkataan itupun dia tak tahu makna, 'confusecated' adalah lebih tepat untuk puak yang marah kat UMNO tak tentu hala ini.

Anonymous said...

balik2 pas itu agama dan umno itu nasionalis, kapitalis. ko tahuke apakebendanya itu? abis komunis pun okay asal dapat tolong lawan umno? tahu tak isytihar perang atau jihad terhadap musuh kalau tak dapat arahan atau restu pemerintah, namanya haram. apa lagi kalau melaungkan jihad lawan pemerintah? bukan sahaja haram, jawabnya mati dia dalam melawan pemerintah itu adalah mati seorang jahiliyah!

Anonymous said...

Memang tepat dan sesuai pada masanya Hj.Hadi dan Ust.Nasha mencetuskan idea perpaduan.Pengikut-pengikut totok Pas ini akan disekolahkan kembali supaya kembali kepada landasan iman dalam Islam.Yang PKR tu biarkanlah dia dengan labu-labunya!

Melayubaru said...

PKR nak baiki orang Melayu konon.
Bagaikan tikus membaiki labu.
Lebih baik lagi kalau kita samakan dengan burung tukang,siag malam kon..kon..kon bina rumah batu...bunyi je bagi tempua tak lena tidur,akhir sekali yang nampak sarang atas tanah dengan dilindungi 2 helai rumput spesis pas dan DAP.Kerna cemburu tempua bersarang elok.

Anonymous said...

penulis panggil ustat Nasha ..ha..ha.. bunyi sama nama dgn bintang filem nasha aziz je.

Anonymous said...

Nak tanya sikit Bkt Jelutong ok ke umno.Boleh hidup ke dikelilingi pas dan pkr.
Dengar cerita kawasan orang kaya idea ramai umno.Tapi kalau BJ menang lain kawasan kalah,kalah jugakan...

Anonymous said...

Nama manja. Macamlah kita panggil nik ajis, tak lah macam ada puak tu kalau panggil orang lain macam2 gelaran tak elok, sangat tidak Islamik.

Tentang menang kat bj ke kat lain2 ke, masih awal nak kira bro. buat keje lah jangan asyik nak mimpi mat jenin! Kslsu ikut Islam, lepas p/raya kita bertaub untuk 1Malaysia bukan terus bercakaran dan berkempen. Tak Islamik!

Anonymous said...

Tuan penulis,boleh ke umno nak buat hudup,andainya syarat utama perpanduan.

Bimbangnya saya kalau orang BN dulu pecah rekod orang pertama kena potong tangan.

Melayubaru said...

saya bimbang orang pas dulu kena jahit mulut

Anonymous said...

bunyi pas nak buat hudup sejak awal merdeka lagi,tak jadi2.Sekali nak mengundi sekali nak buat hudup.

Bagi tahu DAP setuju ke,jangan buat pada Melayu saja,buat sekali dengan orang kafir.

Setuju ke DAP tu??????

Anonymous said...

Baca dulu apa itu hukum hudud, tentang hukum Allah dan tentang melaksanakannya.Anda boleh mula dgn meneliti cadangan hukum Hudud yang pernah diluluskan oleh Kerajaan Kelantan satu masa dahulu.Ini bukan benda yang boleh main cakap je tetapi tidak tahu dan tidak faham. Bila anda teliti cadangan hudud kelantan itu, ia akan memberikan gambaran awal tentang bagaimana PAS sendiri tidak jelas dan tidak upaya.

Setelah anda baca dan hayati keseluruhan enakmen hudud kelantan itu,jadikan ia sekadar pengetahuan.

Bak kata orang PAS, jangan jadi burung kakaktua. Jadi, jangan jadi burung kakaktua.

Kalau nak bincang benda yang kita sendiri kurang ilmu, baik kita serahkan kepada ilmuannya dan didalam Negara ini bukan orang PAS sahaja ada ilmu agama.

Bukan semua orang alim, ulama dan cendiakawan itu orang PAS sahaja. Juga tidak semuanya UMNO, ramai diluar politik tetapi arif dan sentiasa menjadi tempat rujuk kerajaan Malaysia pimpinan Islam.

Kesimpulannya, jangan kita cuba memandai sedangkan kita tidak arif.

Anonymous said...

Nampak penulis menolak hudup, menolak undang-undang islam.Usalah banyak berdalih wahai orang umno.
Kalau benar orang umno setuju hudup,panggil pakar agama dari negara Arah yang mengamalkan hudup sekian lama.Yang mana negara mengamalkan pencuri duit rakyat dipotong tangan.Penzina disula,pembunuh dipancung.
Kerajaan boleh panggil perunding pula nak buah airport,perojek mega,tapi soal nak buat undang hudup tak boleh pula.Takkan tak boleh ,ramai pakar undang-undang hudup dalam dunia,mahu dengan tidak jawapannya sahaja.

pendakwah said...

"Marah Yang Telarang"
Umno taknak buat hukum hudup,kalau dia nak buat lama dia jemput perunding undang-undang hudup.Benda lain boleh bayar sangat.

Alah kita lihat benda hak paling kecil pun ,berkaitan agama pun tak boleh ikut iaitu penutup kepala isteri pemimpin negara Islam tak boleh pakai,bimbang rosak rambut.
Alasan peribadi dikatanya.....
Cuba tanya mufti ada hadith wanita tak tutup kepala dibenarkan dalam islam atas alasan isteri orang kenamaan.
Jawab penulis,jangan tak jawab.

Anonymous said...

Sebenarnya orang umno,apa yang dirang oleh pembakang ada betulnya.Jauh disudut hati meiyakan,tapi takut untuk bersuara sebenarnya,takut pada bos.Sampai kita harus berlakon di pentas umno.

Tak mengapa biar rakyat menentukan di hari pegundian nanti.

Anonymous said...

salaam semua....
sy terbaca dlm 1 blog dan petik “Jika Nasharuddin ditendang keluar daripada PAS, UMNO Bahagian Cheras bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tempat kepada beliau sebagai ahli parti” ujarnya. nawaitu mungkin baik tapi tetap menangguk di air keroh kerana saya dpt info 1 cawangan dlm bhgian dia pun yuran ahli2 pun dibayar secara terpileh. mcm biasa lah yang x sokong kena kancing. mcm mna x marah wlpun 'marah yang terlarang'. apa nak dikato!!!!

-cucu tok merah-

Melayubaru said...

Kalau Nasharudin kena tedang ke Pas.
Jangan risau Nasha,marilah bersama dalam umno menguatkan sinar Islam.
Nasha perlukan kuasa dalam umno untuk menguatkan Islam dan menyatupadukan umat Melayu.

Kalau duduk dalam pakatan rakyat susah nak berdakwah.Apa pas cadang DAP sangah.

Anonymous said...

Salam ,Kita baca dulu apa kata Tun Mahathir

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok kerana dilihat menyokong idea kerajaan perpaduan, Dr. Mahathir berkata tindakan tersebut adalah sesuatu yang normal.

"Biasalah kadang-kadang dia marah, dia dah tua sikit, macam sayalah nyanyuk barangkali, saya pun kadang-kadang marah juga.

"Masalahnya ialah mereka (PAS) sendiri tak nyatakan dengan lanjut tentang perkara itu...ada banyak kekeliruan," katanya.

copy mstar

Melayubaru said...

Salam semua,

'Marah yang Terlarang"

Kalau Nik Aziz pukul menantu sidir besan,jangan lah sampai besan suruh anaknya tinggalkan metua dan ceraikan anaknya.

Anonymous said...

Orang umno kenapa dok campur seluar dalam orang baju dalam orang?Biar dia selesai sendiri masalah besan dengan Metua tu

Melayubaru said...

Kan kita anak beranak anon,Cubit paha kiri,paha kanan terasa,satu bangsa satu agama,satu kulit kan....

kena tanya khabar juga...

Anonymous said...

Assalam encik nal@penpusaka;
ni saya nak kongsi satu episod mungkin dalam kategori "Marah Yang Terlarang!" dalam umno! izinkan saya cut & paste satu komen dlm blog budak kuala lumpur2....."BKL2, malam smalam saya minum teh di kawasan bangunan pgrm cheras.terdengar kecuping telinga saya beberapa orang bercakap pasal x puas hati dgn tindakan ketua umno bgn cheras @ s/usaha perhubongan wp.hati saya berkata ini mesti ahli-ahli cheras.dlm percakapan itu mereka hamburkan banyak perkataan 'xxx-rated' kpd pucuk pimpinan umno cheras kerana mereka x dapat hadir kemesyuarat agong cawangan mereka kerna yuran tahunan x berbayar.saya cuma ketawa kecil perhati gelagat-gelagat mereka yang curah perasaan.saya x percaya apa yg saya dengar.... x kan ketua bgn mereka yg cukup murah hati yg boleh belanja banyak duit utk pesta 15 tahun bgn cheras x dapat selesai pasal yuran ahli-ahli cawangan dlm bgn dia.tpi mengapa dia orang luah perasaan begitu rupa sekali kalau x betul tnya hati saya.akhirnya saya buat kesimpulan sendiri 'lebeh baik ganda usaha cari rezki utk tanggung kluarga dari cebur diri dlm kancah politik'...."

Presiden pesan cantik punya tapi di peringkat bawah masih cantas2 lagi waima pun bukan dalam musim pemilihan.

-masih atas pagar-

Anonymous said...

Salam,

Tuan dijemput untuk bagi idea/komen dalam blogs saya.
Walaupun fahaman berbeza tidak mengapa.
Idea/komen tuan sangat saya hargai.


http://kuberharap.blogspot.com