Monday, October 12, 2009

Kurang Ajar

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menegakkan papan-papan iklan dengan tajuk "Tolak ISA". Papan-papan iklan ini ditegakkan mengguna duit rakyat dengan tujuan menghasut rakyat supaya membuang jauh prinsip-prinsip Rukun Negara. Tindakan ini juga tidak menepati sebuah negeri didalam sebuah Persekutuan kerana dengan terang ianya mahu menghasut rakyat supaya menentang secara terbuka sebuah undang-undang yang masih berkuatkuasa yang telah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh YDP Agung. Apakah DAP ini mendokong demokrasi? Jelas dia tidak mendokong demokrasi kerana apabila dia tidak dapat kehendaknya dia di Parlimen yang dia menjadi anggotanya, dia bertindak menghasut orang ramai diluar dewan untuk menentang Parlimen. Lunas-lunas demokrasi ialah taat kepada keputusan majoriti dan sekiranya tidak sehaluan, tetap sebagai anggota kepada sistem demokrasi itu, kita akur dan taat. Peluang untuk mengubah sesuatu dan mencapai kehendak kita yang berlainan dengan keputusan majoriti hari ini ialah, apabila tiba waktu diadakan pemilihan semula wakil-wakil iaitu pada waktu pilihanraya. Selepas pilihanraya, apabila keputusan suara rakyat sudah termaktub, maka semua pihak wajib akur dan menjadi warga yang taat dan setia. Sikap menghasut adalah satu perbuatan hina didalam Islam dan tidak boleh disokong. DAP bersikap kurang ajar dan mesti diambil tindakan. Bak kata sesetengah orang diluar sana, apabila mahu melawan orang lain dikatakan "Ganyang". Maka rakyat Malaysia perlu Ganyang DAP, Ganyang Penghasut, Ganyang Penderhaka!!

No comments: