Thursday, January 15, 2009

Apa sebenarnya maksud Karpal Singh?

Artikel oleh penpusaka @ www.keriswarisan.blogspot.com / 15 Jan 2009


Akhbar hari ini seronok dengan tajuk;
"DAP undur diri jika PR amal hudud:Karpal" . Menurut berita, Karpal kecewa dengan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa PKR sokong PAS dan berhasrat melaksanakan hudud sekiranya PR berjaya mendudukki tahkta kerajaan Malaysia!

Karpal Singh, sepertimana Anwar Ibrahim sebanarnya sedang memainkan peranannya untuk mengusik emosi dan sentimen orang melayu. Ini dilakukan sebagai sebahagian strategi untuk PRK Kuala Terengganu.

Dia cakap macam tu supaya orang melayu marah.

Dia cakap macam tu supaya tonjolkan seolah-olah PAS adalah satu-satunya pembela Islam.

Dia cakap macam tu supaya membuktikan bahawa PKR pun setuju dengan PAS yang sedang diganyang oleh UMNO kerana cuba menegakkan Islam.

Dia cakap macam tu supaya orang benci pada UMNO kerana UMNO serang PAS. Jadi UMNO pun sama macam DAP, serang Islam.

Oleh itu semua orang pakat bantu PAS demi jihad untuk menegakkan Islam.

Jadi PAS dapat undi simpati untuk tambah sikit sebanyak agar menang di KT.

Jadi yang kena main ialah orang melayu yang senang di pecah-pecahkan dan diperbodohkan kerana ketaksubannya kepada sentimen tanpa sedar.

Jadi yang kena zalim ialah pejuang tulen seperti UMNO yang bekerja keras untuk mempertahankan kuasa yang diperlukannya untuk meneruskan pejuangan bangsa dan agamanya.

Yang jahat ialah PAS kerana sanggup menggunakan “musuh Islam” demi menjatuhkan dan menggagalkan usaha saudara Islamnya dalam pekerjaannya.

UMNO guna kuasa untuk bangsa dan agama, PAS guna Agama untuk mendapatkan kuasa.

Yang rugi-orang melayu, yang kalah-Islam.

Yang untung musuh bangsa dan musuh agama!

Dengan itu wahai saudara-saudaraku, bulatkan tekad dan kuatkan iman, sokong dan dokonglah UMNO. Jangan terpedaya sandiwara PKR,Anwar Ibrahim, PAS dan DAP yang semuanya guna mengguna satu sama lain.Dia orang ingat akhirnya dia dapat melepasi sesama sendiri. Sekarang berpakat esok bersakat!!!

Dalam senario politik sekarang, orang melayu sudah menampakkan bahawa mereka tidak lah segagah mana didalam penguasaan politiki tanahair. Hasrat DAP untuk "Malaysian Malaysia" telah disekat selama ini kerana kekukuhan politik melayu diketuai UMNO dan keutuhan kuasa melayu tidak dapat digoyang selagi UMNO kuat. Ramai musuh Negara juga sebenarnya melihat bahawa Malaysia kekal aman, sejahtera, damai dan makmur kerana politiknya stabil. Kestabilan ini adalah sebahagian besarnya kerana orang melayu yang merupakan majoriti rakyat, mendokong UMNO sebagai parti unggul. Selagi majoriti orang melayu bersatu dibawah UMNO, selagi itulah kuasa politik UMNO tidak boleh digugat! Selagi kuasa UMNO tidak digugat, selagi itulah tiada upaya politik Malaysia boleh diganggu-gugat!

Seperti dibuktikan pada PRU ke 12 apabila segelintir orang melayu diterajui oleh Anwar Ibrahim sanggup meyakinkan PAS dan DAP untuk bersekongkol kerana hanya itulah jalan yang boleh mengalahkan UMNO, maka wujudlah Pakatan DAP+PAS+PKR.

Jika UMNO berjaya digagalkan barulah segala agenda sama-ada untuk Islam yang dihasrat oleh PAS mengikut acuannya, akan boleh dicapai, mahupun agenda "Malaysian Malaysia" yang diinginkan DAP mampu dilaksana! Pokoknya UMNO perlu di rudum dan untuk itu, PAS perlu bekerjasama dengan DAP walaupun tidak sefahaman. Maka Nik Aziz pun pernah berkata "PAS sanggup bekerja dengan Syaitan asalkan UMNO dapat ditumbangkan! "

Jadi saudara-saudaraku, janganlah seronok dengan "percakaran berkenaan hudud" yang kononnya sedang berlaku diantara PAS dan DAP dan PKR. Sebenarnya ini ada lah taktik terbaru untuk bantu-membantu sesama mereka tanpa peduli walau apapun harganya kerana tujuan bersama ialah UMNO mesti ditumbangkan! Antara kita, kita cerita belakang, macam penyamun, kita samun dulu, belakang kita kongsi!.

Sudah jelas lagi bersuluh, kalau orang melayu ingin kekal menerajui Malaysia, maka tiada pilihan lain, tetapi, PAS perlu berhenti menyalahguna Islam dan berhenti bersekongkol dengan musuh Islam hanya semata-mata untuk keuntungan politik. Itupun sebenarnya hanya khayalan kerana selepas keutuhan melayu berjaya dipecah, dilemah, dan juara melayu, ditumbangkan, adakah PAS fikir dia akan menggantikan tunjang melayu itu dan memimpin Malaysia? Silap besar!!

Melayu tidak lagi akan bersatu, tidak lagi akan kuat, tidak lagi berkuasa untuk menguasai, maka kita akan diperkotak-katikkan dan Islam pun akan gagal!

Maka pada masa itu, PAS akan sedar bahawa selama ini dialah sebenarnya yang menggagalkan Islam diTanah Melayu ini! Sesungguhnya Allah mengeji dan melarang orang Islam bersekongkol dengan musuh Islam untuk memusuhi sesama Islam. Insaf lah wahai saudara-saudaraku!

3 comments:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

salam

jemput add my blog :
www.myadha.com

ADHA

Anonymous said...

Kita tak hairan kenapa DAP dan sebahagian besar parti Politik orang bukan islam menolak Hudud kerana mereka bukan islam tapi yang menghairankan kenapa orang islam sendiri menolak hudud dan disensasikan. Kita lihat sendiri bagaimana laporan akhbar dan media mensensasikannya di TV. Tuan fikirkanlah sendiri siapa yang mempolitikkan hukum ini. PAS sudah cuba untuk melaksanakan hukum ini di kelantan apabila PAS mengambil kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Bagaimanapun kekangan kerajaan persekutuan yang menyebabkan hukum ini gagal dilaksanakan. Semasa terengganu di bawah kerajaan Pas hukum ini telah sekali lagi di bawa untuk perlaksanaan tetapi ramai yang memprotes dan paling menyakitkan hati pemimpin yang beragama islam juga terlibat membidas hukum ini. PAS sejak penubuhannya berjuang untuk melaksanakan hukum ini dan pendirian ini tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Adakah PAS mempolitikkan isu ini? saya tidak nampak bagaimana PAS mempolitikkan isu ini untuk meraih sokongan rakyat. Ini kerana penyokong PAS memang sedia maklum tentang iltizam untuk melakukan dan melaksanakan hukum ini sebaiknya. Dan kita semua amat jelas siapa yang sebenarnya mempolitikkan isu ini. Sorotan selepas pilihanraya 12 menyaksikan majoriti masyarakat bukan islam di semenanjung telah memilih parti pembangkang dan menolak BN. BN telah kehilangan majoriti undi dari golongan tersebut. Kemudian dibangkitkan isu ini di media sebelum PRK K. Terengganu. Jadi apabila isu hudud ini disensasikan, jika berjaya siapa yang akan mendapat untung sebenarnya, PAS atau BN. Jika isu Hudud ini berjaya dimanipilasikan maka BN yang akan mendapat untung kerana sebilangan besar pengundi bukan islam tidak bersetuju dengan perlaksananaan hudud dan kita sudah sedia maklum BN memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan. Walaupun disebut berkali2 hukum ini hanya untuk orang islam tetapi masih lagi media memutar belit untuk menakutkan pengundi bukan islam. Kerana apa mereka memutar belit isu ini? saya minta saudara sendiri yang menjawab. Saudara fikirlah sendiri dengan mengambilkira kenyataan pemimpin UMNO/BN, kenyataan media dan penyokong UMNO/BN adakah mereka ini mahu melaksanakan hudud atau tidak. Pada masa dulu PAS tidak pernah menyatakan bekerjasama dengan orang kafir akan menyebabkab kita kafir hanya menyatakan "jika kita bekerjasama dengan orang kafir dan kita terikut sekali memprotes atau memberi kenyataan atau menghalang perlaksanaan islam maka kita boleh jatuh kafir". Sekarang mari kita mengingati peristiwa lampau yang mana banyak pemimpin UMNO/BN yang yang menyatakan ketidaksetujuan tentang hukum hudud. Samy Vellu misalnya telah berkata "kalau guna batu untuk merejam orang nanti habislah batu, macammana nak buat jalan". Tun Dr mahathir berkata " hukum potong akan meyebabkan hilang produktiviti. Dato' Seri Anwar juga semasa dalam UMNO mengecam hukum hudud dengan menyatakan " hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana berbilang kaum". Kita lihat kembali bagaimana Zaid Ibrahim ingin menyaman kerajaan negeri Terengganu semasa di tadbir Pas. Kita lihat pendirian Pas pada hari ini mengendurkan sedikit hukum hudud kerana realitinya memang sukar hendak melaksanakan hukum ini di malaysia. Tetapi hukum ini boleh dilaksanakan di Malaysia jika wakil rakyat UMNo dan Pas ingin melaksanakan hukum ini. Jika PAS berseorangan maka ia adalah mustahil. Persoalan yang penting adakah UMNO ingin melaksanakannya?

Anonymous said...

Terima kaseh diatas soalan saudara;"Adakah UMNO ingin melaksanakannya".

Itu lah sebabnya saya katakan bahawa PAS bermain politik dan menggunakan isu hudud untuk menjerat UMNO.

Kalau Islam mengatasi PAS maka soalan ini tidak harus berbangkit. Adakah PAS percaya kepada hukum Allah dan bahawasanya hukum Allah tidak perlu kepada dakwa dakwi dari kita yang beriman kepadaNya? Apakah dengan soalan itu bermakna untuk mempersoalkan ketakwaan UMNO?

Yang perlu disoal ialah bagaimana kita perlu menegakkan Islam di Tanah Air kita. Bagaimanakah jalan dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam yang perlu kita SEMUA selaku umat Islam melaksanakan tanggungjawab kita. Bukan kah UMNO yang telah memerintah Negara ini sejak dari Merdeka hingga kini telah dan masih sentiasa menjalankan amanahnya mengikut ketakwaannya kepada Islam? Mengapakah kita sebagai umat Islam tidak datang membantu, mendokong dan menjalankan tanggungjawab kita bersama-sama? Bukankah didalam Islam ada susun atur, adab dan tertibnya bagi pemerintah dan bagi rakyat?

Syariat Islam bukan hanya hudud. Ada banyak lagi didalam Syariah selain Kanun Jenayah Hudud.

Jadi jangan terperangkap dengan jerat politik PAS yang menggunakan hudud untuk memerangkap rakyat dan mengelirukan mereka untuk menarik kesetian mereka terhadap UMNO dan mengajak rakyat supaya mencurigai UMNO sebagai pemerintah. Sekiranya PAS jujur untuk Islam semata-mata, tidak ada salahnya malahan wajib baginya memberikan bantuan dan dokongan kepada pemerintah i.e. UMNO agar akhirnya pemerintah dapat menjalankan tanggungjawabnya dan dalam hal ini tidak mustahil perlaksanaan hudud.

PAS mengambil jalan memusuhi dan mengajak orang memusuhi UMNO. PAS ajak orang mengharu-birukan pemerintahan agar ia akhirnya dapat mengambil teraju dari UMNO. Jadi untuk apa? Untuk Islam? Tidak, untuk kuasa. Jika untuk Islam apa salahnya bekerjasama dan jayakan UMNO dalam menjalankan pemerintahan agar kesatuan Ummah akan akhirnya membawa kepada Kekuasaan Umat Islam? Bukankah kekuasaan umat Islam akan memberikan majoriti Islam dan penguasaan diatas pemerintahan dengan lebih kukuh maka Islam menjadi tonggak sehinggakan perlaksanaannya dapat dijalankan dengan sokongan rakyat majoriti? Apakah dengan perpecahan akan memberikan kekuatan? Apakah berkongsi dengan Kafir, memusuhi pihak Islam boleh memberikan kekuatan?

PAS memang pandai memutar belitkan isu. Dulu digambarkan UMNO ini tidak boleh disokong kerana ia menjalankan pemerintahan dengan Kafir. Sekarang apabila dia pula bersekongkol, dia kata pula asalkan mereka tidak memusuhi Islam, boleh. Jadi apa pula hukumnya jika memusuhi pemerintah Islam dan apa bezanya apa yang dibuat UMNO selama ini?

Yang sebenarnya sekiranya PAS ikhlas ingin Islam mengatasi kepentingan PAS atau UMNO, jalan yang terbaik untuk PAS ialah menghentikan permusuhan dengan UMNO, tetapi bekerjasama dengan UMNO.

Soal tentang Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu,sebenarnya tidak berbangkit. Ini kerana landasan yang digunakan PAS sebenarnya ialah untuk menggunakannya untuk memburukkan UMNO kerana apabila ianya tidak boleh dijalankan yang mana dia sendiri tahu, UMNO boleh dipersalahkan. Tujuan apa? Islam? Tidak! Tujuan politik semata-mata!

Soal hudud hanya untuk orang Islam! Adakah ini sebenar-benarnya Islam? Tidak! Islam tidak mendikriminasikan hukumannya. Dalam Islam Undang-undang Syariah Islam terpakai keatas SEMUA RAKYAT! Apakah apabila seorang gadis Islam berzina dengan seorang rakyat bukan Islam, maka yang bukan Islam terlepas hukuman hudud? Bagaimana apabila seorang isteri Islam berzina dengan seorang Suami orang bukan Islam? Dimana diletakkan hukum Allah? Adakah ada orang boleh bebas daripada hukuman Allah? Kalau seorang pemuda Islam berpakat dengan pemuda bukan Islam pergi menyamun, merompak, mencuri, merogol, membunuh, adakah pemuda Islam dijatuhkan hukuman mengikut hudud manakalan pemuda Islam itu bebas minta hukuman sivil? Dimana logiknya apabila hukum Allah tidak terpakai keatas manusia lain yang boleh dikecualikan kerana dia bukan Islam? Apakah orang bukan Islam diluar bidangkuasa sebuah Kerajaan yang diamanahkan Allah? Apakah hukuman pemerintah berbeza-beza dikalangan rakyat jelata?

Ingat bagaimana pengikut Kerajaan Langit, mengaku tidak lagi Islam, kerana tidak mahu dibicara dibawah Mahkamah Syariah?

Bila kah agaknya seorang bukan Islam akan menawarkan diri untuk dibicara mengikut Kanun Jenayah Islam? Apabila setelah dia membandingkan hukuman yang akan dikenakan diantara mahkamah syariah dan mahkamah sivil? Maka dia akan bersukarela memilih mahkamah mana yang hukumannya lebih mampu diterima oleh nya? Mana logiknya semua ini?

Ianya logik, apabila hukum Allah dipermainkan oleh lidah yang berkata-kata, hanya kerana kepentingan politik hingga sanggup mengelirukan dan mengubah Islam mengikut keuntungan politik.

Jadi jangan tanya samaada UMNO akan melaksanakannya kerana bertanya sedemikian seolah-olah mengatakan bahawa UMNO itu, Islamnya lain, dan PAS itu Islamnya lain. MasyaAllah!