Thursday, December 31, 2009

Guan Eng Akan Contohi Nik Aziz!!!

"Lim Guan Eng akan mengosongkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk diberikan kepada Wakil Tunggal PAS di Pulau Pinang. Ini bagi menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz yang sanggup memberikan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada seorang Muslim Cina, walaupun lebih 95 peratus rakyat Kelantan adalah Muslim Melayu." OOppps mimpi! Jangan percaya, ini hanya jenaka hujung tahun saya!

Kalau difikir-fikirkan, kenapa pula tidak boleh? Bukankah itu menunjukkan bahawa persoalan perbezaan kaum tidak menjadi hal kepada Lim Guan Eng dan DAP? Lagipun komposisi penduduk Melayu di Pulau Pinang jauh lebih ramai berbanding penduduk kaum Cina di Kelantan. Itu pun Nik Aziz dan PAS Kelantan boleh jadikan ia sebagai satu perkara besar yang amat sangat kepada mereka, hingga tidak tidur malam memikirkan bagaimana lagi hendak menunjukkan betapa TIDAK perkaumannya mereka?

Jadi kalau DAP hendak berikan jawatan itu kepada orang Melayu, jauh lebih wajar. Lagipun bukankah walaupun PAS adalah anggota Pakatan 3 seKawan, jawatan EXCO  pun tidak diberi oleh DAP? Mungkin DAP memikirkan, satu kerusi PAS, ada pun tak menambah, tak ada pun tak luak kot!Oleh itu wajar sangatlah Lim Guan Eng mengambil pengajaran dari cadangan Nik Aziz itu, sebagai pengiktirafan kepada wakil PAS di Pulau Pinang, dan lebih penting menunjukkan betapa dia "mahu merapatkan diri" dan ta'at pada Tok Gulu Nik Aziz dan juga betapa DAP sangat TIDAK perkauman juga.

Soalannya kisah ke Lim Guan Eng dan DAP sepertimana kisahnya Nik Aziz dan PAS?

Ramai sangat kah wakil Muslim Cina dalam DUN Kelantan hinggakan kalau tak diendah, boleh jatuh salah?

Begitulah kalau sudu lebih dari mangkok. Sila,sila, apa lagi yang boleh ambo beri, kopiah ambo? kain ambo? hendak ko, ambil lah, ambo tak kisah.... Apa lagi, enak betul bila tidur disorongkan bantal, seronok lagilah mimpinya kan?

Apalah hendak jadi dengan orang Islam Melayu yang sorang ni? Nak kata kufur nikmat, dia mengaku Alim dan warak. Bukan nak menambah,habis semua hendak di gadainya! Buang tabiat agaknya!

Nik Aziz kata "celaka punya blog" ke atau "celaka punya goblok", saya dengar macam goblok!

Jangan  ambil hati, bak kata Nik Aziz, "kiasan sahaja" maksudnya lain, tak tahulah apa maksudnya. Nabil kata, "Lu fikirlah sendiri!"
Oleh http://penpusaka.blogspot.com/

Wednesday, December 23, 2009

Dr.Jeffry Kitingan Pecah Tembelang

Kompromi yang dicapai didalam pimpinan PKR Sabah, sebenarnya membuka tembelang kepada satu KOMPROMI yang lebih besar. Sila lawati blog saya http://penpusaka.blogspot.com/  bertajuk "Meniti Ranjau,Membaiki Labu". Search engine yahoo akan membawa anda ke blog UMNO Bukit Jelutong, jadi klik url diatas ini untuk ke penpusaka.blogspot. Selamat membaca dan komen anda saya alu-alukan.

Thursday, December 17, 2009

Jangan Lalu Jalan Itu...

Pernah satu ketika dahulu, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU merdeka, kemudiannya bergabung menjadi FEDERATION OF MALAYSIA bersama Sabah,Sarawak dan Singapura (yang kemudian keluar membawa diri), menempuh badai, mengemudi babak hitam kewujudannya.

Ketika itu, baru meniti usia 12 tahun. Kini selepas 12 tahun melepasi umur dewasa 40 tahun, ada petualang yang tidak sedar diri, seolah mengundang kita untuk sekali lagi MENUJU untuk lalu dijalan itu..

Layari, http://penpusaka.blogspot.com dan anda dijemput memberikan pandangan berlandaskan akal dan budi.

Sunday, November 22, 2009

Jangan Khianat

Terdahulu saya cuba menarik perhatian kepada hakikat betapa sebenarnya antara PAS dan UMNO itu lebih banyak persamaan daripada perbedaan. Namun jelas dari komen-komen puak tertentu, mereka tidak mahu kisah tentang itu, sebaliknya taksub untuk membicarakan perkara-perkara ranting untuk dijadikan jurang pemisah dan alasan untuk jauh memisah. Begitu taksubnya puak ini kepada memisahkan daripada menyatukan. Walaubagaimanapun, saya tetap yakin bahawa mereka itu hanya segelintir orang jahil yang sesat dalam perjuangan.

Saya yakin permusuhan yang disemarakkan atas alasan PAS atau UMNO adalah satu kerja sia-sia yang tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Apabila kita melakukan kerja yang sia-sia, bersedia sahajalah menerima hukuman Allah SWT. Menyedari ini, maka mereka cuba menghalalkan kerja sia-sia itu dengan dakyah yang menjurus kepada mengelirukan orang bahawa "PAS itu Islam dan Islam itu PAS". Mereka sentiasa berdolak-dalik dalam hal ini dan umpama orang jahat, mereka ini tidak jujur dalam perkataan dan perbuatan. Hakikatnya mereka hanyalah berpolitik dan dalam ghairah berpolitik itu, mereka sanggup mencemar Islam.

Lihat sahaja hujah-hujah puak ini yang setiap kali mereka mati akal, mereka akan membuat berbagai tohmahan dan memberikan berbagai tafsiran yang negatif terhadap perkara-perkara yang bukan pokok, malahan lebih banyak kenyataan bohong dan fitnah bagi mengelirukan orang daripada perkara sebenar.Propagandanya ialah supaya orang kata "PAS itu Islam dan UMNO tidak Islam".

Saya sudah jatuh kesian kepada mereka ini kerana tertipu sedemikian rupa hinggakan apa sahaja yang dijaja oleh ahli-ahli politik yang memimpin mereka, mereka beli borong, tanpa langsung mahu meneliti apa lagi menilainya seolah-olah pemimpin mereka itu Nabi dan Alim yang suci lagi ma'sum. Dizaman Nabi SAW dahulu, ada dikalangan pengikut dan sahabat yang dijamin Allah SWT sebagai ahlul syurga. Apakah puak-puak pengikut taksub pemimpin PAS ini mengharapkan jaminan yang sama? Apakah mereka semuanya sudah dijamin asalkan membayar yuran sebagai ahli PAS, maka Syurga untuk mereka menanti, bermakna ahli UMNO akan ke Neraka? Siapakah yang memberikan jaminan itu? Pemimpin mereka? MasyaAllah, sedangkan batang tubuh pemimpin mereka itu sendiri pun belum ketentuan disisi Allah SWT. Pemimpin-pemimpin mereka itu berlumba-lumba mendapatkan label dan "title" Al Ustaz, Ulama', Al Sheikh, Tok Guru dan berbagai lagi. Siapakah yang memberikan title itu? Untuk apa? Kesian, kesian.

Ditipu oleh ahli-ahli politik (bukan Ahli Syurga), maka teruslah puak-puak ini melebarkan jurang pemisah dan menyemarakkan permusuhan hingga membawa umat ke jalan kehancuran. Kemanakah lagi jalan itu menuju sekiranya umat asyik bermusuhan dan bercerai-berai, jika tidak kejalan kehancuran? Bukankah Nabi SAW berpesan pada khutbah terakhirnya bahawa umat Islam itu bersaudara semuanya. Begitu pentingnya persaudaraan antara umat kerana ia adalah ramuan kepada perpaduan. Islam menekankan tentang peri-pentingnya persaudaraan dan perpaduan. Tidakkah kita akan terkeluar dari Sunnah Nabi apabila kita tidak memandang penting perkara ini?

Pada saya, jika kita sering diingatkan bahawa Sembahyang itu Tiang Agama, maka kita juga perlu faham bahawa Perpaduan itu adalah Sendi yang mengukuhkan Tiang. Bayangkan jika tiang-tiang itu sendinya longgar atau tiada? Tentulah dia runtuh. Begitulah kita dalam Islam. Maka itu sebablah Nabi SAW telah memberi pesan betapa umat Islam semuanya bersaudara dan betapa Perpaduan itu penting.

Bermusuhan lah dan berperang lah hingga berbunuh-bunuhan antara sesama kita, dan kemudian berdoalah agar kita dikurniakan Allah SWT akan nikmat keberkatan dan ditempatkan di SyurgaNya sebagai balasan kerja-kerja kita dimuka bumi ini.Mengapakah kita mahu menipu diri sendiri?

Jadi kepada segelintir puak-puak ini yang setiap kali mati akal akan menjual isu "UMNO tak laksana Hudud",hentikan fitnah yang merbahaya ini. Bukankah hak melaksana Hudud itu adalah hak pemerintah? Dan bagi pemerintah itu, sebelum dia melaksanakan Hudud, dia perlu terlebih dahulu melaksanakan Huquq?

Disebalik semua itu, apakah kita terlalu jahil untuk memahami bahawa Islam itu adalah agama yang damai dan Islam itu adalah agama dakwah? Islam ialah agama yang mendidik dan lebih mengutamakan pencegahan daripada menghukum. Apakah kita amal Islam jika kita sampai merobohkan persaudaraan dan perpaduan, bercerai-berai semata-mata atas alasan melaksana hukum, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan. Kita asyik hendak buat kerja tuhan sedangkan kerja kita sendiri belum sempurna.

Bersatu lah umat Islam. Bersetia lah kepada Ulul Amri, Berkhidmat lah kepada Nusa. Hanya kerana Allah SWT. Sesungguhnya janganlah kita jadikan Agama Islam sebagai alasan untuk brcerai-berai sedangkan Islam menyuruh kita bersatu. Dalam kita ghairah hendak melaksana hukum Allah, kita perlu ingatkan diri kita bahawa sesungguhnya kita hanya HambaNya yang kerdil sedangkan Dialah Yang Maha Mengadili, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menghukum dan Dia jualah Yang Maha Mengampun. Siapalah antum sekelian yang beria-ia sangat hingga hendak menuduh dan mengkhianati Ulul Amri yang memegang amanah pemerintahan itu!

Tuesday, October 27, 2009

1.

2.





  1. Bendera PAS,


  2. Bendera UMNO,


  3. Bukankah lebih banyak persamaan daripada perbezaan? Inilah sebenar-benarnya Bendera kedua-dua parti. Namun PAS lebih menonjolkan logo nya yang berlambangkan kain hijau dengan bulan mengambang. Hakikatnya, inilah sebenarnya bendera rasmi PAS.


  4. Bendera adalah melambangkan fitrah perjuangan sepertimana dilakarkan oleh pengasas,


  5. Pewaris perjuangan atas sebab agenda yang tersendiri akan bertindak jauh menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan oleh pengasas perjuangan,


  6. UMNO tertubuh sebagai wadah persepakatan ummah dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair,


  7. PAS ditubuhkan oleh puak yang keluar dari jemaah UMNO disebabkan tewas didalam perebutan jawatan Presiden UMNO,


  8. Bertitik tolak dari perebutan jawatan dan kuasa, ia terus berlanjutan oleh pewaris-pewaris perjuangan menjadi kepada dendam, hasad dan permusuhan yang tidak ketentuan hingga mencipta berbagai alasan untuh menghalalkan perbuatan untuk memusuhi jemaah asal.


  9. Selain Bendera PAS dan UMNO yang hampir sama, hakikatnya fitrah perjuangan adalah sama.Ia bagaimanapun semakin terhakis akibat ditopengi dengan kepentingan kepartian dan kelompok hingga mengenepikan pegangan dan ajaran Islam yang asas, iaitu persaudaraan. Persaudaraan bukan pada mulut, tetapi persaudaraan didalam satu jemaah, satu barisan dan satu sof perjuangan, seiring dan sejalan.

Saturday, October 17, 2009

Terima Kasih Ustaz

Juma'at 9hb Oktober 2009 yang lepas, merupakan hari terakhir bagi Imam 1, Masjid Bukit Jelutong, Ustaz Hj Yaakup,mencurahkan khidmatnya kepada kami disini. Sumbang baktinya selama 11 tahun semenjak masjid bj bermula, banyak sekali nikmat yang telah kami perolehi diatas bimbingan dan kepimpinannya yang bersahaja. Kewibawaannya, amat saya sanjung tinggi dan jasanya bukan sedikit, telah kita perolehi.

Beliau merasakan sudah cukup, agaknya, dan diatas sebab-sebab tersendiri, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara disini dan pulang ke kampong halaman di Kelantan. Kita sudah tentu tidak mahu dia pergi, tetapi rancangan Allah SWT mengatasi kehendak kita yang pelbagai.

Bersempena hari terakhirnya itu, saya telah mengadakan sebuah majlis ringkas untuk meraikan beliau dirumah saya dan sempat menjemput beberapa orang rakan sekeliling. Tujuannya adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau dan memberikan penghargaan kami terhadap sumbangkhidmatnya yang selama ini kita nikmati tetapi tidak berkesempatan menzahirkan ucapan terima kasih. Ustaz telah sudi hadhir dan memberikan sepatah dua kata dimana beliau melahirkan perasaan kasih sayangnya kepada semua anak kariah BJ, namun walau dengan hati yang berat, beliau sudah mengambil keputusan untuk kembali ke kampong halamannya.

Majlis ini saya adakan secara tergesa-gesa kerana sepatutnya Ustaz melanjutkan lagi tempohnya hingga sekurang-kurangnya ke 15hb Oktober, tetapi telah disegerakan. Tidak sempat saya mengaturkan majlis seperti yang saya hajatkan, jadi ramai rakan dan sahabat yang tidak sempat dihubungi.

Bagi yang sempat hadhir, alhamdulillah.

Monday, October 12, 2009

Kurang Ajar

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menegakkan papan-papan iklan dengan tajuk "Tolak ISA". Papan-papan iklan ini ditegakkan mengguna duit rakyat dengan tujuan menghasut rakyat supaya membuang jauh prinsip-prinsip Rukun Negara. Tindakan ini juga tidak menepati sebuah negeri didalam sebuah Persekutuan kerana dengan terang ianya mahu menghasut rakyat supaya menentang secara terbuka sebuah undang-undang yang masih berkuatkuasa yang telah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh YDP Agung. Apakah DAP ini mendokong demokrasi? Jelas dia tidak mendokong demokrasi kerana apabila dia tidak dapat kehendaknya dia di Parlimen yang dia menjadi anggotanya, dia bertindak menghasut orang ramai diluar dewan untuk menentang Parlimen. Lunas-lunas demokrasi ialah taat kepada keputusan majoriti dan sekiranya tidak sehaluan, tetap sebagai anggota kepada sistem demokrasi itu, kita akur dan taat. Peluang untuk mengubah sesuatu dan mencapai kehendak kita yang berlainan dengan keputusan majoriti hari ini ialah, apabila tiba waktu diadakan pemilihan semula wakil-wakil iaitu pada waktu pilihanraya. Selepas pilihanraya, apabila keputusan suara rakyat sudah termaktub, maka semua pihak wajib akur dan menjadi warga yang taat dan setia. Sikap menghasut adalah satu perbuatan hina didalam Islam dan tidak boleh disokong. DAP bersikap kurang ajar dan mesti diambil tindakan. Bak kata sesetengah orang diluar sana, apabila mahu melawan orang lain dikatakan "Ganyang". Maka rakyat Malaysia perlu Ganyang DAP, Ganyang Penghasut, Ganyang Penderhaka!!