Thursday, July 2, 2009

Mencari Jalan Kembali!

Wacana Ilmu Pemuda PAS dan Pemuda UMNO adalah satu cadangan baik dan perlu disokong.

Pemuda PAS telah meletakkan tajuk "Benarkah Perjuangan UMNO Menepati Islam?". Eloklah, nanti bila sudah berpuas hati dan kata sepakat dapat dicari, kembalilah berpadu selari dengan asal tubuh kerana ketika itu nanti, tiada alasan lagi untuk orang melayu berpecah-belah dan menuduh sesama sendiri lebih Islam dan tidak Islam! Perbuatan itu pun sudah melanggar hukum syarak dan tidak menguntungkan orang melayu demi agama dan bangsa. Kemelut orang melayu juga tidak memberi kebaikkan kepada pembinaan negara.

Bagaimana mula berpecah dan bagaimana untuk kembali? Layari http://penpusaka.blogspot.com/

Dalam masa yang sama, UMNO tidak perlu melayan kerenah dan politik PAS kerana UMNO tetap dari dulu, kini dan selamanya konsisten dengan asal tubuh dan perjuangannya. Walaupun demikian sebagai pemimpin, wajib untuk UMNO terus membuka pintu kepada kesejahteraan negara dengan mengamalkan politik perpaduan. UMNO sudah terbukti sentiasa bersifat murni selari dengan ajaran Islam. UMNO tertubuh hasil muafakat melayu. UMNO berpakat dengan MCA dan MIC menubuhkan PERIKATAN sebagai satu contoh muafakat rakyat dan setelah ditimpa malapetaka 13 Mei 1969, UMNO sekali lagi membuka pintu perpaduan dengan membubarkan PERIKATAN lalu menubuhkan BARISAN NASIONAL hasil usaha muafakat rakyat dengan PAS dan GERAKAN. Bila perpecahan melayu semakin kronik natijah kemaraan PAS pada PRU 12 2008, UMNO sekali lagi menerima cadangan untuk perpaduan oleh PAS. Seperti orang yang "malu-alah" PAS mengenakan berbagai helah untuk tidak jadi berpadu dan mungkin juga kerana PAS ditekan oleh Bapak Ayam dan Towkey yang sudah membelinya. PAS bolehlah dikiaskan umpama pelacur yang takut kepada Bapak Ayam dan Towkeynya. Kalau Nik Aziz boleh mengkiaskan UMNO bawa ajaran sesat yang tidak ada beza dengan Ayah Pin dan komunis, kita kiaskan lah PAS umpama pelacur yang telahg melacurkan diri demi sesuap pendapatan!

Namun kita tidak perlu layan telatah politik PAS ini. Jadi langkah Pemuda PAS kita alu-alukan dengan semangat perpaduan rakyat!

1 comment:

Melayubaru said...

Salam dulu tuan,

Pas terdiri dari dua puak,iatu puak fanatik dan puak liberal.

Puak liberal terdiri dari Pemuda Pas,yang senang bersalam dengan dengan UMNO.

Hari ini di dada-dada akbar nampak salam pemuda PAS lain sikit dengan salam Hj.Hadi tempoh hari.

Mungkin Pemuda PAS dan faham konsep 1 Malaysia ko.

Harap-harap bunga perpaduan akan jadi buah.