Monday, June 22, 2009

Ek eh lehh,,Bila masa orang nak pakat ngan dia?

Buletin jam 6 kata "Majlis Tertinggi Pakatan" tolak kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN.

Kelihatan Anwar dikepala meja diapit kiri dan kanan oleh Kit Siang dan Hj.Hadi Awang. Kit Siang tersengeh=tersengeh, Hj.Hadi macam cicak termakan kapur!

Saya tanya diri saya, "bila masanya pulak UMNO ke BN ke nak berpakat dengan Pakatan dia tu?" Yang saya tahu ialah cadangan perpaduan dicetus dan dicadang oleh Hj.Hadi dan UMNO kata okaylah boleh bincang. Jadi yang Pakatan dia tolak tu apa kebendanya?

Itulah gelagat dan temberang Anwar selepas gagal 16/9 ini pulak, tak habis-habis nak melekakan orang sementara kes liwat dia mengambil tempat.

Baca http://penpusaka.blogspot.com dan berikan komen anda dalam hal ini.

Saya tetap akan tunggu apa Hj.Hadi atau PAS nak kata. Jika sama, jangan marah kalau nanti saya akan tulis bahawa PAS sudah melacurkan dirinya dan umpama pelacur yang takut kat bapak ayam, siapakah dia bapa ayam itu? Buat hari ini, saya masih yakin PAS akan membuat kenyataan lain dari apa yang kita baru dengar dari mulut si Anwar Ibrahim tadi!

3 comments:

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

Melayubaru said...

Tok guru moden PAS bukan boleh caya.
Jenis putar alam ,hari ini rakyat telah dapat buat taksiran.
Mana boleh seorang kelas Tok guru cakap berbelit-belit tidak mencerminkan seorang muslim sejati.

Nampaknya PAS telah menolak perpaduan.Pas rupanya sebuah parti "remote control",remote dipengang oleh DAP.Umno tidak perlu bimbang "Anjing yang menyalak bukit tidak akan runtuh".

Anonymous said...

orang UMNO perlu berubah dulu kalo kite nk tawan selangor dan negeri lain.
org UMNO ahlinya ramai tp yang turun mengundi tidak sampai 50% pn.. contohnya di parlimen kota raja, rmai ahli x turun mengundi. ade jgak yg mengundi calon lain. yang aku menyampahnya, tak nak pangkah BN tp rmai yang buat permohonan ke Jbtn Kebajikan mintak bantuan. AKU CUKUP MENYAMPAH dgn org camni..!!