Sunday, July 26, 2009

Ugutan Budak Besar Kepala!!!

Besar Kepala, Kepala Besar, sama maknanya. Otak terlalu kecil untuk isi tengkorak kepala yang besar itu. Bijak pandai kata "Besar Kepala" saya maksudkan sebagai bongkak, sombong terlebih bangga diri dan akibatnya tindak-tanduk meloyakan orang!

Begitulah kelakunya sekumpulan orang minoriti yang terangkat keatas sekarang dan menjadi penguasa kepada masayarakt majoriti yang terpecah-belah lantas tidak berdaya mengekang keterpaksaan yang tidak diundang.

Terkini, seorang dari spesis minoriti yang besar kepala itu, telah dengan bongkaknya menggunakan apa yang dipanggil sebagai "Kuasa Ketua Menteri" dengan menarik balik kelulusan pembangunan terhadap Numestro, pemaju projek pembangunan Kampung Buah Pala yang diberi kerja oleh Tuan Tanah tersebut, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Keputusan tarik balik ke apa ke itu, satu hal. Tetapi cara dia berkata menyampaikan keputusan dia itu, yang jadi hal dan sangat menjijikkan datang dari seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri. Katanya dengan bongkak, "Sekarang you boleh sue, sue (saman) kerajaan lah, tetapi ingat ianya takkan mudah". Bongkak, sombong dan mengugut. Ketua Menteri mengugut Warga Negara???

Kita simpati dengan kemelut penduduk yang telah sekian lama menumpang di tanah tersebut. Kita juga bersimpati dengan tuan tanah Koperasi Pegawai Kerajaan yang terpaksa berhadapan dengan kemelut ini dalam usaha memajukan tanah milik mereka. Kita juga tidak kurang simpati kepada pemaju yang diupah oleh pemilik untuk menjalankan perojek mengusahakan tanah tersebut. Kita simpati dengan pemerintah yang bertanggung-jawab menyelesaikan kemelut warga, tetapi kita tidak simpati kepada Ketua Menteri yang bersikap bermusuh dengan warga dan apa lagi mengugut warga negara dengan penuh sombong dan bongkak.

Nah! Mana dia Majlis Peguam? Apakah buta, pekak dan bisu mendengar seorang Ketua Menteri menghamburkan kata-kata mengugut dan mengertak orang bahawa sekiranya anda menyaman, kami akan pastikan kamu susah dan kerja kamu untuk menyaman juga susah. Bukankah itu, satu ugutan terhadap hak orang untuk ke Mahkamah? Bukankah itu menghina proses keadilan Negara? Kenapa diam? Atau budaya baru sekarang ialah,salah pada orang tidak salah kalau pada kita?

Saya menyeru semua pejuang-pejuang hak asasi dan keadilan, untuk bangkit dan membantah dan/atau berikan bantuan kepada pemilik tanah dan pemaju tanah untuk menyahut ugutan dan kesombongan Guan Eng terhadap warga negara dan tegakkan budaya tinggi kita yang berhemah dan beragama dari kesongsangan budak-budak besar kepala ini!

Kerajaan memang ada kuasa, kerajaan memang berhak buat keputusan. Namun, apakah keputusan itu dengan menafikan hak warga, atas kepentingan politik? Sudahlah hak dinafikan, diugut dan dimusuhi pula. Saya yakin kebijaksanaan, kalau ada sikit otak dalam kepala itu,mampu pula bertindak waras,telus,jujur dan adil, ketiga-tiga pihak terlibat, pemilik,pemaju dan penumpang, boleh duduk semeja dengan kerajaan dan jalan terbaik untuk semua dapat dicapai. Hanya kerajaan yang benar-benar berotak, bijaksana dan berjiwa rakyat sahaja yang mampu buat cara ini. Sekarang? Kerajaan yang songsang fikiran, songsang niat, songsang budaya, songsang matlamat, sedang menanamkan satu budaya songsang. Adakah kita mahu ini menjadi tamadun baru kita membina negara?

Saya cabar, semua pejuang dan saya pandang hina Majlis Peguam yang selalunya bingkas dalam hal tertentu kerana buat-buat pekak terhadap kata-kata ugut Guan Eng Kepala Besar itu!

http://penpusaka.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Kalau saya menjadi Pemaju itu, ini yang akan saya lakukan:

Guan Eng telah buntu fikiran lalu menggunakan kuasa untuk menarik kelulusan pembangunan.Langkah itu diambil untuk jadi popular pada rakyat ramai, sedangkan Pemaju dan Pemilik Tanah juga rakyat.

Menyakitkan hati lagi ialah apabila dia ambil jalan memusuhi pemaju dan pemilik tanah hingga mencabar pemaju untuk menyaman dia dan kerajaan.Apa kah kesalahan pemilik dan pemaju untuk mengusahakan tanahnya sendiri? Tidakkah Kerajaan mahu ambil tahu kerugian dipihak kami atas tindakan itu?

Maka kalau saya pemaju saya akan:-

1, Teruskan meroboh setinggan yang tinggal dan mengaku milik sejajar dengan perintah mahkamah yang telah diputuskan.

2, Dengan merobohkan dengan hak dan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah, satu masaalah dapat diselesaikan, iaitu, mengambil milik sepenuhnya tanah itu dan menyerahkan kepada pemiliknya yang sah, iaitu Koperasi Pegawai Kerajaan.

3, Koperasi kemudian boleh mengepung dan pastikan tanah itu tidak lagi diduduki dengan haram.

4, Pemilik Tanah dan Pemaju boleh merundingkan kembali dengan kerajaan usaha membangunkan tanah tersebut dan ambil kira sebarang syarat dan kehendak asalkan adil dan tidak merugikan mana-mana pihak dan ambil kira kebajikan setinggan yang menuntut bahagian atau pampasan.

5, Bagaimana dengan setinggan itu jika dirobohkan mengikut jadual? Itu Guan Eng yang sombong itu kena ambil tanggungjawab kerana dia kerajaan dan lagi pun takkan dia hanya nak untung tetapi masaalah tak mahu pikul?