Thursday, December 31, 2009

Guan Eng Akan Contohi Nik Aziz!!!

"Lim Guan Eng akan mengosongkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk diberikan kepada Wakil Tunggal PAS di Pulau Pinang. Ini bagi menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz yang sanggup memberikan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada seorang Muslim Cina, walaupun lebih 95 peratus rakyat Kelantan adalah Muslim Melayu." OOppps mimpi! Jangan percaya, ini hanya jenaka hujung tahun saya!

Kalau difikir-fikirkan, kenapa pula tidak boleh? Bukankah itu menunjukkan bahawa persoalan perbezaan kaum tidak menjadi hal kepada Lim Guan Eng dan DAP? Lagipun komposisi penduduk Melayu di Pulau Pinang jauh lebih ramai berbanding penduduk kaum Cina di Kelantan. Itu pun Nik Aziz dan PAS Kelantan boleh jadikan ia sebagai satu perkara besar yang amat sangat kepada mereka, hingga tidak tidur malam memikirkan bagaimana lagi hendak menunjukkan betapa TIDAK perkaumannya mereka?

Jadi kalau DAP hendak berikan jawatan itu kepada orang Melayu, jauh lebih wajar. Lagipun bukankah walaupun PAS adalah anggota Pakatan 3 seKawan, jawatan EXCO  pun tidak diberi oleh DAP? Mungkin DAP memikirkan, satu kerusi PAS, ada pun tak menambah, tak ada pun tak luak kot!Oleh itu wajar sangatlah Lim Guan Eng mengambil pengajaran dari cadangan Nik Aziz itu, sebagai pengiktirafan kepada wakil PAS di Pulau Pinang, dan lebih penting menunjukkan betapa dia "mahu merapatkan diri" dan ta'at pada Tok Gulu Nik Aziz dan juga betapa DAP sangat TIDAK perkauman juga.

Soalannya kisah ke Lim Guan Eng dan DAP sepertimana kisahnya Nik Aziz dan PAS?

Ramai sangat kah wakil Muslim Cina dalam DUN Kelantan hinggakan kalau tak diendah, boleh jatuh salah?

Begitulah kalau sudu lebih dari mangkok. Sila,sila, apa lagi yang boleh ambo beri, kopiah ambo? kain ambo? hendak ko, ambil lah, ambo tak kisah.... Apa lagi, enak betul bila tidur disorongkan bantal, seronok lagilah mimpinya kan?

Apalah hendak jadi dengan orang Islam Melayu yang sorang ni? Nak kata kufur nikmat, dia mengaku Alim dan warak. Bukan nak menambah,habis semua hendak di gadainya! Buang tabiat agaknya!

Nik Aziz kata "celaka punya blog" ke atau "celaka punya goblok", saya dengar macam goblok!

Jangan  ambil hati, bak kata Nik Aziz, "kiasan sahaja" maksudnya lain, tak tahulah apa maksudnya. Nabil kata, "Lu fikirlah sendiri!"
Oleh http://penpusaka.blogspot.com/

9 comments:

penpusaka said...

Memang betul saya bermimpi. Realitinya, pagi ini baca akhbar, wakil tunggal PAS hanya layak diberi jawatan Timbalan Pengerusi MAIPP oleh DAP.

Semua orang tahu dulu masa p/raya kecil, pengundi dijanjikan jika beliau ini menang, akan diberi jawatan Pengerusi MAIPP. Itu pun kena tipu. Realitinya, 2 minggu sebelum buang undi SPB YDP Agong sudah pun memperkenankan orang lain untuk jawatan itu. Apa tujuan DAP menyembunyikan perlantikan YDP Agong itu? Belit lah namanya, dasar ular sawa.

Memang padanlah Nik Aziz sayang sangat dan suka sangat berkawan dengan DAP. Sama-sama pembelit. Cakap belit-belit, belit punya belit nampaknya akan membelit diri sendiri. DAP dan PAS sangat padan macam pinang dengan kacip. PAS umpama pinang dan DAP kacipnya. Siapa kena kacip? Lu Pikirlah Sendili!!!

Anonymous said...

Ada orang tubuh NGO Melayu kononnya untuk perjuang Melayu, tetapi peliknya bila rakyat menuntut hak mereka agar royalti diberikan, ketua NGO berkenaan menentang pula habis-habisan. Inilah yang dimaksudkan menggunakan landasan Melayu untuk melindungi tembolok.

Anonymous said...

Tuan tolong gerakkan satu usaha untuk memohon bantuan untuk adik Muhammad Danial Hakimi yang memerlukan bantuan perubatan.
Sila HUBUNGI Puan Mas Inzati,ibu kepada adik Danial di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.
Mohon tuan mengesa wakil rakyat ISLAM terutamanya UMNO dan PAS dan semua insan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu Adik Muhammad Danial Hakimi.
Beritahu semua YB jgn sibuk berpolitik tetapi terlupa akan RAKYAT yang susah dan yang memerlukan bantuan.
Saya dan rakan dah berjaya mengumpul RM3,000 untuk adik Danial.
HArap tuan dapat membantu usaha murni ini.
semoga Allah memberkati semua.

Jangan nanti kaum lain yg bantu malu nanti.. dan di mana PERJUANGAN UMNO utk tolong bangsa sendiri???

Minta UMNO Bukit Jelutong menjadi peneraju dalam usaha membantu ADIK MUHAMMAD DANIAL HAKIMI ini..

Anonymous said...

Zaharah tak payah minta tolong dgn pemimpin umno tak kira ketua cawangan mana pun..sama je.Dia orang main politik je untuk penuhkan poket puak2 dia je.

Kalau lebih banyak duit ,baru dia orang derma.Itu pun kena panggil wartawan dulu untuk war2kan dermanya ,tujuan supaya pemimpin umno tertinggi lihat dan senang dapat projek lain lagi.

Inilah orang panggil politik untuk niaga bukan tolong rakyat....kena faham zaharah.

HUSAM said...

mita tolong dgn khalid ibrahim,kawasan dia kan.umno minta tolong ajuast projek boleh dan janji komisen berapa nak bagi kat dia .Kalau minta tolong derma sorylah

penpusaka said...

Salam Cik ZAHARAH,
Maaf kerana lambat beri respon.Sebenarnya saya dah lama tak update blog ini.Harap dapat berikan sedikit maklumat latarbelakang kes adik Daniel ini dan sementara itu saya akan cuba hubungi no.h/p yg diberi oleh U itu untuk mengusahakan bantuan yg diinginkan.Bagaimanapun saya ucap terima kasih atas makluman itu walaupun saya berada diluar kawasan terlibat namun akan juga saya sampaikan kepada rakan-rakan disana.

2. Merujuk komen-komen negatif tentang UMNO itu, saya hanya nak katakan kepada mereka yg berkenaan, jika kita seorang melayu yg beragama Islam, kita tidak melontarkan kata-kata begitu kerana kata-kata itu datang dari hati org yg perangainya memang seperti apa yg dia kata. Saya hanya boleh nasihatkan mereka yg berkenaan itu supaya memohon ampun kepada Allah SWT.atas keceluparan mulut dan kekotoran hati yg menurut hawa nafsu dan mengenepikan iman.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Betul ke..umno Bukit Jelutong dah nak tutup kedai.Saya dengar ramai orang politik bercakap di Shah Alam.

Kenapa tuan anak buah dah lari ke kerana tak suka perangai tuan .