Thursday, December 17, 2009

Jangan Lalu Jalan Itu...

Pernah satu ketika dahulu, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU merdeka, kemudiannya bergabung menjadi FEDERATION OF MALAYSIA bersama Sabah,Sarawak dan Singapura (yang kemudian keluar membawa diri), menempuh badai, mengemudi babak hitam kewujudannya.

Ketika itu, baru meniti usia 12 tahun. Kini selepas 12 tahun melepasi umur dewasa 40 tahun, ada petualang yang tidak sedar diri, seolah mengundang kita untuk sekali lagi MENUJU untuk lalu dijalan itu..

Layari, http://penpusaka.blogspot.com dan anda dijemput memberikan pandangan berlandaskan akal dan budi.

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuab empunya blog,

Adakah terjadi kat BJ sebagaimana kat Perak.

Ikut rukun Islam yang mana pulak ni?

Apa masaalahnya kalau ada orang PAS jadi AJK Masjid dan bercampur dengan Umno? Syarat untuk jadi AJK Masjid kan dah jelas. Dalam Quran pun ada. Antaranya orang tersebut mesti rajin datang ke masjid, bukan datang bila ada program dan bila mesyuarat dua tiga kali setahun tu aje.

zainalabidinahmad said...

PAS bukan Agama. Agama ialah Islam. Jadi di masjid mana ada PAS atau UMNO?

Oleh itu tidak timbul soalan orang PAS ke orang UMNO jadi AJK.

Yang penting,masjid tidak dijadikan platform untuk urusan dunia.

Dengan itu kalau tidak jadi ajk masjid pun, perlukah jadikan isu?

Fikir-fikirkanlah jawapannya sendiri.

Salam.

Anonymous said...

Biasanya kalau BN perintah negeri ,AJK masjid pun dia tukar orang dia.Kalau boleh tak mahu bagi nampak ketayap hijau he..he..

PR/PAS perintah kat Selangor tak tedang pun AJK orang BN.Itulah kelebihan PAS boleh bersama.

Baguslah kat masjid BJ boleh lebih kurang.

Tuan Zainal said:-Dengan itu kalau tidak jadi ajk masjid pun, perlukah jadikan isu?.

Ya kat Perak dah jadi isu,jadi tak salah tanya khabar kat BJ.Saya tanya khabar pun,tanya orang yang paling glamor kat BJ.Nampaknya tak salah orang saya bertanya.

Dulu masa BN belum kalah kat Selangor,tuan lah antara yang paling banyak berjasa buat perbagai aktiviti masjid BJ hingga terbinanya banggunan tambahan dan macam2 aktiviti.

Tapi bila Pas memerintah tak salah tuan buat aktiviti yang sama untuk umat semua.Jangalah perbezaan pemerintah tuan kurangkan untuk bersama aktiviti masjid tidak spt dulu.Jasa tuan tetap dikenang walaupun tidak sehaluan.

Jangan jadi rendah diri,walaupun kalah.Jumpa orang Pas jangan padan sinis.

zainalabidinahmad said...

salam anom,

Masih aktif sebagai Timbalan Pengerusi,Sekolah KAFA BJ dimasjid.

2. Aktiviti lain saya kebelakang sahaja,memberi laluan orang lain pula,elak fitnah.

3. "bila jumpa orang PAS jangan pandang sinis" itu hanya kenyataan umum, bukan prasangka dan bukan tuduhan. Ulang,dimasjid tidak ada parti,cuma saudara seagama.