Sunday, November 22, 2009

Jangan Khianat

Terdahulu saya cuba menarik perhatian kepada hakikat betapa sebenarnya antara PAS dan UMNO itu lebih banyak persamaan daripada perbedaan. Namun jelas dari komen-komen puak tertentu, mereka tidak mahu kisah tentang itu, sebaliknya taksub untuk membicarakan perkara-perkara ranting untuk dijadikan jurang pemisah dan alasan untuk jauh memisah. Begitu taksubnya puak ini kepada memisahkan daripada menyatukan. Walaubagaimanapun, saya tetap yakin bahawa mereka itu hanya segelintir orang jahil yang sesat dalam perjuangan.

Saya yakin permusuhan yang disemarakkan atas alasan PAS atau UMNO adalah satu kerja sia-sia yang tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Apabila kita melakukan kerja yang sia-sia, bersedia sahajalah menerima hukuman Allah SWT. Menyedari ini, maka mereka cuba menghalalkan kerja sia-sia itu dengan dakyah yang menjurus kepada mengelirukan orang bahawa "PAS itu Islam dan Islam itu PAS". Mereka sentiasa berdolak-dalik dalam hal ini dan umpama orang jahat, mereka ini tidak jujur dalam perkataan dan perbuatan. Hakikatnya mereka hanyalah berpolitik dan dalam ghairah berpolitik itu, mereka sanggup mencemar Islam.

Lihat sahaja hujah-hujah puak ini yang setiap kali mereka mati akal, mereka akan membuat berbagai tohmahan dan memberikan berbagai tafsiran yang negatif terhadap perkara-perkara yang bukan pokok, malahan lebih banyak kenyataan bohong dan fitnah bagi mengelirukan orang daripada perkara sebenar.Propagandanya ialah supaya orang kata "PAS itu Islam dan UMNO tidak Islam".

Saya sudah jatuh kesian kepada mereka ini kerana tertipu sedemikian rupa hinggakan apa sahaja yang dijaja oleh ahli-ahli politik yang memimpin mereka, mereka beli borong, tanpa langsung mahu meneliti apa lagi menilainya seolah-olah pemimpin mereka itu Nabi dan Alim yang suci lagi ma'sum. Dizaman Nabi SAW dahulu, ada dikalangan pengikut dan sahabat yang dijamin Allah SWT sebagai ahlul syurga. Apakah puak-puak pengikut taksub pemimpin PAS ini mengharapkan jaminan yang sama? Apakah mereka semuanya sudah dijamin asalkan membayar yuran sebagai ahli PAS, maka Syurga untuk mereka menanti, bermakna ahli UMNO akan ke Neraka? Siapakah yang memberikan jaminan itu? Pemimpin mereka? MasyaAllah, sedangkan batang tubuh pemimpin mereka itu sendiri pun belum ketentuan disisi Allah SWT. Pemimpin-pemimpin mereka itu berlumba-lumba mendapatkan label dan "title" Al Ustaz, Ulama', Al Sheikh, Tok Guru dan berbagai lagi. Siapakah yang memberikan title itu? Untuk apa? Kesian, kesian.

Ditipu oleh ahli-ahli politik (bukan Ahli Syurga), maka teruslah puak-puak ini melebarkan jurang pemisah dan menyemarakkan permusuhan hingga membawa umat ke jalan kehancuran. Kemanakah lagi jalan itu menuju sekiranya umat asyik bermusuhan dan bercerai-berai, jika tidak kejalan kehancuran? Bukankah Nabi SAW berpesan pada khutbah terakhirnya bahawa umat Islam itu bersaudara semuanya. Begitu pentingnya persaudaraan antara umat kerana ia adalah ramuan kepada perpaduan. Islam menekankan tentang peri-pentingnya persaudaraan dan perpaduan. Tidakkah kita akan terkeluar dari Sunnah Nabi apabila kita tidak memandang penting perkara ini?

Pada saya, jika kita sering diingatkan bahawa Sembahyang itu Tiang Agama, maka kita juga perlu faham bahawa Perpaduan itu adalah Sendi yang mengukuhkan Tiang. Bayangkan jika tiang-tiang itu sendinya longgar atau tiada? Tentulah dia runtuh. Begitulah kita dalam Islam. Maka itu sebablah Nabi SAW telah memberi pesan betapa umat Islam semuanya bersaudara dan betapa Perpaduan itu penting.

Bermusuhan lah dan berperang lah hingga berbunuh-bunuhan antara sesama kita, dan kemudian berdoalah agar kita dikurniakan Allah SWT akan nikmat keberkatan dan ditempatkan di SyurgaNya sebagai balasan kerja-kerja kita dimuka bumi ini.Mengapakah kita mahu menipu diri sendiri?

Jadi kepada segelintir puak-puak ini yang setiap kali mati akal akan menjual isu "UMNO tak laksana Hudud",hentikan fitnah yang merbahaya ini. Bukankah hak melaksana Hudud itu adalah hak pemerintah? Dan bagi pemerintah itu, sebelum dia melaksanakan Hudud, dia perlu terlebih dahulu melaksanakan Huquq?

Disebalik semua itu, apakah kita terlalu jahil untuk memahami bahawa Islam itu adalah agama yang damai dan Islam itu adalah agama dakwah? Islam ialah agama yang mendidik dan lebih mengutamakan pencegahan daripada menghukum. Apakah kita amal Islam jika kita sampai merobohkan persaudaraan dan perpaduan, bercerai-berai semata-mata atas alasan melaksana hukum, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan. Kita asyik hendak buat kerja tuhan sedangkan kerja kita sendiri belum sempurna.

Bersatu lah umat Islam. Bersetia lah kepada Ulul Amri, Berkhidmat lah kepada Nusa. Hanya kerana Allah SWT. Sesungguhnya janganlah kita jadikan Agama Islam sebagai alasan untuk brcerai-berai sedangkan Islam menyuruh kita bersatu. Dalam kita ghairah hendak melaksana hukum Allah, kita perlu ingatkan diri kita bahawa sesungguhnya kita hanya HambaNya yang kerdil sedangkan Dialah Yang Maha Mengadili, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menghukum dan Dia jualah Yang Maha Mengampun. Siapalah antum sekelian yang beria-ia sangat hingga hendak menuduh dan mengkhianati Ulul Amri yang memegang amanah pemerintahan itu!

17 comments:

nurimo said...

Salam tuan ,

Sebagai seorang Melayu bila mmembaca atikel tuan kali ini bulu roma berdiri.Memamg orang Melayu sensetif kalau dengar Cina tua Chin Peng nak balik Malaysia setelah beribu orang Mealayu dibunuh.Sepatutnya dia dipenjara sebagai penjenayah perang.

Tapi kecil hati juga ada orang Melayu nak bawa balik dia ke Malaysia dan sangguh mempertikaikan tuan penulis spt. dalam blog
"Kini dan Silam"
http://matamin02.blogspot.com

Yang hairan sampai ke guna layer Karpal Sin dan dengar cerita kalau kalah bicara Chin Peng tak boleh balik Malaysia...nak bawah ke Makamah dunia pula.

Na'im Nikmat said...

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Na'im Nikmat said...

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

anti Chin Peng said...

Saudara Naim,anta tak payah cakap banyak,anta sokong ketua kominis nak balik Malaysia setelah berapa ramai bangsa tuan dibunuh.

Nampaknya orang pas ni sokong chin peng nak balik Malaysia.Metang-metang layer Dap yang ambil kes.Mesti sokong kerana sahabatkan.

Anonymous said...

Jangan dihairankan Pak Amin, penpusaka umurnya 50 tahun, namun mungkin kerana kurang membaca dan mengkaji, lebih memikirkan projek mana nak ku cari, komisyen mana nak ku sapu, dan Allah telah mematikan hatinya.
Betul kata Pak Amin, Inggeris adalah penyelamat dan pembela tanahair, itulah pemikiran yang ditanam hingga hari ini dan masih ramai spesis yang begini. Itu sebab pasukan bola British disanjung hingga hari ini. Sanggup berabis ribuan ringgit demi jersi kesayangan tetapi untuk berkorban RM10 untuk agama pun dikatakan mahal dan membazir.
Pada pendapat saya, UMNO berjaya menanam sesiapa yang memberikan gaji, mereka itulah yang benar. Itu sebab jika dilihat Askar dan Polis menganggap Bristish sebagai Tuan dan Tuhan kerana memberikan mereka gaji. Di zaman ini pula rakyat disogokkan UMNO sebagai Tuan dan Tuhan kerana memberikan kesenangan serta materialistik.
Bagi mereka, jika tidak dapat dijadikan duit semuanya adalah salahkerana tiada keuntungan untuk mereka.
Di dunia golongan ini akan terpinggir kerana dunia makin luas dan global, tetapi mereka masih di takuk lama. Seperti semua maklum, pimpinan mereka pun dah banyak yang menyiapkan harta di luar negara. Mudah nak berhijrah kot nanti.

copy dari blog http://matamin02.blogspot.com

anti Chin Peng said...

Anonymous ,

Kalau tak cari projek,nak tolong rakyat cam mana.Takkan nak pakai air liur.

Maknanya masuk politik tak payah korja.Tuan silap,politik kalau takda duit rakyat tak layan.Macam orang pas dia dapat duit dari projek balak kat Kelantan.Dari hasil duit tu dia belanja roti canai anak buah dia kat kedai kopi.Sebab tu suruh gatung bendera atas pucuk kelapa pun panjat lagi.

Cuba cek akaun wakil rakyat pas tu,entah2 berapa juta dalam akaun.
Nak gi Mekah pun orang taja.Duit gaji simpan terus ko.

Leapas tu lantik menantu supaya rahsia tak terbongkar.

Saya tak penah dengar puak pas bantah chin peng nak balik.


Usah terberang sinilah.....

Pas masuk masuk umno said...

Bodoh hak mana sokong chin peng,jenis takda batu pelir.

maaf tuan blog cakap kurang sopang sikit,kerana bahasa ni yang paling sesuai orang yang sokong chin pen

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi,ana sokong beliau dibawa balik dan dibicarakan dengan seadil-adilnya.

Firman ALLAH S.W.T:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

nurimo said...

Salam Tuan Naim,

Sokong apa ketua kominis chen peng tu bukan dia wali Allah atau macam tuan guru nik Ajis kita,kafir zalim tu,yang bunuh bangsa anta,khabar sikit dalam menulis jangan hetam membabi buta dan letak hadith di tempat yang silap.

Cuba anta taksir sesuai ke hadith tu dengan watak ketua kominis ,anta.Orang kuat pas cam mana tak fikir langsung.

Maaf anta saya tak boleh dengar orang sokong kominis,tambah pula dari parti islam anta.

Na'im Nikmat said...

Fahami benar-benar maksud ayat ini saudaraku...

Firman ALLAH S.W.T:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Na'im Nikmat said...

Ini bukan hadith tapi ini Firman ALLAH wahai saudaraku.

Anonymous said...

Naim apa macam sokong kominis,sudah terang lagikan bersuluh,chin peng sahabat pas ko

pas masuk umno said...

Tak payah sokong bawa balik Malaysia,makamah kita banyak lagi nak bicara kes lain.

nurimo said...

Salam tuan Naim,

Chin peng tu bukan warga Malaysia,masa dia dilahirkan di setiawan daerah Dinding adalah negeri selat ketika itu dalam jajahan British.

Tiada alasan nak wat balik Malaysia.Kalau anta cadang chin peng balik negeri Cina tu ok juga.

Kena faham biar betul anta

betulsejarah said...

Kepada tuan empunya blog,

2009 November 24 01:01
Blogger PATRIOT1930 berkata...

Saya rasa saudara "anti komunis" tak faham perkataan puja. Tidak timbul soal puja disini. paparan disini hanyalah sejarah yang sebenar.

Saya rasa adalah tidak logik dan mungkir janji jika chin peng tidak dibenarkan pulang kerana semasa perjanjian damai semua anggota PKM dibenarkan pulang di Malaysia. Jadi bila Chin Peng tidak dibenarkan kembali maka anda (terutama orang melayu) telah memungkiri janji. Memungkir janji adalah perkara yang berdosa.

Kenapa orang Jepun dan British kita sambut sebagai tetamu bila datang ke Malaysia sedangkan mereka telah menjajah kita, telah merompak hasil bumi kita, telah membunuh, menyiksa dan merogol nenek moyang kita, memaki hamun kita, memenjarakan pejuang2 kemerdekaan yang tulen, membunuh dan terlalu banyak dosanya mereka. Kenapa kita berbuat demikian kepada mereka? Apakah mereka tidak mempunyai dosa di bumi ini setelah menjajah kita selama 446 tahun?

Jika kita dengar cakap Inggeris, mereka mengatakan komunis ini sebagai pengganas. Apakah kamu semua setuju apabila mereka mengecap ISLAM itu sebagai pengganas? Masih rabunkah kalian semua dengan tipu helah inggeris? Kecaman terhadap komunis ini datangnya dari Penjajah British, jadi jika kamu percaya bahawa Komunis ini adalah pengganas maka kamu percaya bahawa ISLAM itu pengganas.

2009 November 24 02:50

Anonymous said...

Berkenaan Chin Peng dan Komunis Malaya, sila layari tulisan saya di http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

PKR/PAS/DAP tahu cakap aja. Bila time untuk buat, mereka terkapai dan terkebil-kebil...Pengalaman aku sendiri.

Dah masuk 3 tahun memerintah Selangor, apa yang depa buat untuk jangka panjang ?

Ni pulak bencana baru bakal menimpa Bukit Jelutong kita ! Ahli Majlis baru Zon Bukit Jelutong - Tengku Ahmad Tengku Kasim - baru masuk 2 tahun duduk Bukit Jelutong, dah diberi kuasa untuk mentadbir Bukit Jelutong. Apa yang dia tahu tentang Bukit Jelutong ???? Masa dalam BJRA pun meeting hadir sekali dua aja.

Kehadiran dia kat Bukit Jelutong ni sekadar proksi aja. Mamat haram jadah ni bukan tahu buat kerja pun. Nak harap darah kerabat aja untuk dapat jawatan ! Dulu dia ni pernah letak jawatan dalam PKR gara-gara ikut Ezam Md Noor ! Sebelum ni tinggal kat TTDI Jaya ! Jangan dia bawak sampah TTDI Jaya kat Bukit Jelutong udah le......thuiiiii [bunyi meludah !!!]