Tuesday, October 27, 2009

1.

2.





  1. Bendera PAS,


  2. Bendera UMNO,


  3. Bukankah lebih banyak persamaan daripada perbezaan? Inilah sebenar-benarnya Bendera kedua-dua parti. Namun PAS lebih menonjolkan logo nya yang berlambangkan kain hijau dengan bulan mengambang. Hakikatnya, inilah sebenarnya bendera rasmi PAS.


  4. Bendera adalah melambangkan fitrah perjuangan sepertimana dilakarkan oleh pengasas,


  5. Pewaris perjuangan atas sebab agenda yang tersendiri akan bertindak jauh menyimpang dari landasan yang telah ditetapkan oleh pengasas perjuangan,


  6. UMNO tertubuh sebagai wadah persepakatan ummah dalam perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair,


  7. PAS ditubuhkan oleh puak yang keluar dari jemaah UMNO disebabkan tewas didalam perebutan jawatan Presiden UMNO,


  8. Bertitik tolak dari perebutan jawatan dan kuasa, ia terus berlanjutan oleh pewaris-pewaris perjuangan menjadi kepada dendam, hasad dan permusuhan yang tidak ketentuan hingga mencipta berbagai alasan untuh menghalalkan perbuatan untuk memusuhi jemaah asal.


  9. Selain Bendera PAS dan UMNO yang hampir sama, hakikatnya fitrah perjuangan adalah sama.Ia bagaimanapun semakin terhakis akibat ditopengi dengan kepentingan kepartian dan kelompok hingga mengenepikan pegangan dan ajaran Islam yang asas, iaitu persaudaraan. Persaudaraan bukan pada mulut, tetapi persaudaraan didalam satu jemaah, satu barisan dan satu sof perjuangan, seiring dan sejalan.

51 comments:

pas for all said...

Salam dulu sahabat,

Bulan UMNO ada keris tak bersarung,itulah sebahnya panas sepajang masa.

Anonymous said...

kakakah, siap siaga sentiasa takde masa nak sarung. Agaknya sarung hilang masa jebat bertarung dgn tuah. Dang Anum simpan kot.

PAS4ALL=ISRAEL4ALL said...

Menarik artikel ini.

Na'im Nikmat said...

'Pisang tidak akan berbuah dua kali'
PAS pernah tertipu dengan UMNO dahulu,kini PAS telah belajar dari kesilapan yakni katakan tidak kepada Munafik samalah juga PAS katakan tidak pada UMNO.........

pas for all said...

salam,

Sudah Terang Lagi Bersuluh? Hujah beserta dalil yang ana berikan cukup untuk menyatakan UMNO telah menolak Islam sejak bermulanya penubuhan UMNO.PAS pernah tertipu dengan UMNO.Jika ada dari kalangan saudara2 yang tidak tahu ana ingin memberi tahu bahawa PAS pernah bergabung dengan UMNO suatu masa dahulu.PAS telah ditipu hidup2 dengan UMNO.Mereka berjanji untuk bergabung dan berjuang untuk Islam dan Melayu.Namun apabila PAS telah bergabung dgn UMNO,PAS telah melihat pelbagai kemungkaran berlaku didalam UMNO.Teguran demi teguran dibuat endah tak endah oleh pemimpin2 UMNO.Akhirnya PAS membuat keputusan tiada lagi Perpaduan dgn UMNO.Cukuplah apa yang telah berlaku tiada lagi perpaduan dgn UMNO yang penuh dengan kemungkaran,Korupsi yang hanya mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T,

pentikan dari penjelasan Naim

M,elayu baru said...

Nampaknya Naim ceraikan UMNO dengan talak 4 ,metang2 dapat bini baru Puan DAP.

Ingat Naim bini baru yang Abg Nuwar kira menetang islam ,agama Naim......

Anonymous said...

Naim,
Bila PAS masuk BN selepas peristiwa 13 Mei 1969,PERTAMANYA ia adalah atas daya usaha Allahyarham Tun Abdul Razak, Presiden UMNO dan Pengerusi MAGERAN dlm usaha beliau mengembalikan demokrasi dan memastikan penyatuan rakyat untuk membina kembali masyarakat yg berpecah-belah natijah persengketaan kaum. Turut menyertai gabungan baru yg menggantikan PERIKATAN pasca13 Mei,1969 ialah beberapa lagi parti seperti GERAKAN dan PPP. Parti-parti itu masih kekal dan menghayati falsafah kesatuan rakyat dlm satu barisan dibawah pimpinan UMNO. Ketika PAS menyertai Barisan, apa kata Nik Aziz? Untuk pengetahuan anda, beliau kata "Menyertai BN adalah satu Nikmat!". Demikianlah nikmat itu tidak upaya dihayati oleh PAS kerana terlalu taksub dgn politik perpecahan. Akhirnya akibat tekanan dalaman disamping pimpinan PAS yg asyik dgn berpolitik parti dan jawatan serta kemewahan yg didapati darinya, terpaksa keluar dari BN. Sekarang kata apa? Oh UMNO tipu, UMNO itu dan UMNO ini. Semua itu adalah alasan pimpinan PAS untuk menghalalkan perpisahannya dan untuk menarik sokongan takut pudar. Buang perpaduan, buang keharmonian, ketepikan falsafah dan tujuan barisan semata-mata demi politik parti dan demi hayat PAS bukan demi Agama,rakyat dan negara. Cuba anda tuliskan penipuan yg dijadikan alasan seolah-olah PAS umpama budak bodoh yg ditipu dlm permainan guli terus merajuk dan mencuri peluang untuk balas dendam? GERAKAN dan lain2 tidak pula ditipu malahan selepas itu semakin banyak parti yg masuk barisan sampai sekarang dah berbelas-belas parti dan masih ada ramai lagi memohon dan menunggu untuk diterima masuk barisan. Hanya PAS yg tidak amal Islam, keluar barisan.

Na'im Nikmat said...

Mengimbau sejarah lebih tiga dekad yang lalu, Umno dan PAS bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969.

PAS pada peringkat awal penubuhannya,dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO.Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama.

PAS tertubuh kerana golongan Ulama yang ketika itu didalam UMNO berpendapat bahawa UMNO telah lari dari prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin2 UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip2 pemeritahan secara Islam.Walaupun PAS menentang keras dasar2 sekular UMNO tp mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh kpd prinsip pemerintahan berteras 'Al-Quran dan AS-Sunnah' ini amat bercanggah dgn prinsip sekular yang di terapkan oleh pemimpin2 UMNO pd ketika itu dan keadaan tidak banyak berbeza pd masa kini.

Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN)kerana UMNO ketika itu telah kekurangan undi kaum bukan Melayu akibat 'Tragedi 13 MEI' yang melihat UMNO kehilangan banyak kerusi dan pada ketika itu UMNO menagih simpati PAS atas dasar Islam dan Melayu kononnya.Lalu terjadilah penggabungan PAS dan UMNO.

Disinilah bermulanya bibit2 keretakan UMNO dan PAS apabila Pemimpin2 dari UMNO diberi kepercayaan menjadi pemimpin tertinggi diMalaysia. Orang Melayu telah mula dibutakan mata dan dipekakkan telinga oleh pemimpin yang berfahaman sekular ini, nilai-nilai murni maruah bangsa menjadi terhakis.Jati diri umat Islam dipesongkan dengan slogan2 perjuangan yang palsu,bangsa yang dulunya taat pada agama bertukar kepada bangsa yang memencilkan agama.

Agama hanya diperlukan dalam pada waktu tertentu dan ditolak apabila bercanggah dengan pemikiran mereka,demikian lahirlah golongan Islam liberal .Bagi pemimpin2 ini mereka sangat berkehendakkan kuasa supaya mampu memenuhi tuntutan nafsu-nafsu tamak haloba mereka.

Tuntutan memuaskan nafsu ini melahirkan golongan kapitalis Melayu yang menganggap sistem Islam tidak sesuai bagi tujuan ekonomi yang mengamalkan riba dalam jual beli.Dengan ini riba yang diharamkan agama dihalalkan atas dasar kemajuan ekonomi.Begitu juga dengan judi dan arak, perjudian dan arak dijadikan sumber kewangan melalui kutipan cukai lesen perjudian dan lesen penjualan arak yang mereka keluarkan.

Rasuah mula dianggap seperti mainan mereka.Soal mermatabatkan bangsa tiada lagi dalam agenda mereka,bagi mereka bangsa boleh dijual beli dengan wang. Aturan agama mula menampakkan halagan bagi mereka, Hukum-hukum dan Undang-undang syariat ALLAH mula meresahkan mereka. Dari situ terciptalah hukum2 dan undang2 aturan mereka seakan-akan kuasa menghalalkan cara.PAS yang telah melihat kemungkaran yang berlaku didepan mata mereka.Teguran demi tegerun hanya dibuat endah tak endah.Setelah mendapat sokongan kaum Cina(MCA) dan India(MIC) PAS telah dipandang sebelah mata dan dilayan bagai anjing kurap.

Na'im Nikmat said...

Oleh sebab yang demikianlah PAS telah mengalami perubahan besar-besaran apabila ahli-ahlinya membuat perubahan menolak pemimpin2 PAS yang ketika itu dilihat lari dari prinsip perjuangan PAS yakni 'Amal maaruf dan Nahi Mungkar'.Ahli-ahlinya sebulat suara membuat keputusan untuk PAS keluar daripada menjadi sebahagian daripada UMNO/BN.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Na'im Nikmat said...

Itulah sebenarnya yang berlaku ya akhi.Tolong jangan putar belit fakta ya akhi...

Anonymous said...

sikit lagi.. dah keluar barisan satu hal, pastu mcm org gila talak dok kata kena tipu pulak. Dirasuk nafsu amarah dan keinginan membuak untuk balas dendam, sanggup pula pakat-pakat dgn musuh Islam yg terang-terang bagi syarat, pakat boleh tetapi bukan untuk tegak Islam, hanya pakat untuk tumbangkan BN. Itu sahaja. Pakat dgn DAP, yg kata "PAS jgn berangan" dan "Kalau nak Islam,langkah mayat kami dahulu". Pakat-pakat dgn DAP ini pula dinaungi oleh munafik yg paling nyata, iaitu seorang bekas banduan yg keluar penjara setelah didapati bersalah dan dihukum penjara atas kesalahan "salah guna kuasa ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri". Orang ini dijadikan Tuan Penasihat agenda pakat-pakat itu sedangkan dia sedang dituduh pula atas tuduhan melakukan liwat. Perbuatan liwat adalah perbuatan terkutuk didalam Islam. Namun masih boleh diketuakan oleh PAS kerana politik. Bagi PAS, politik suku, agama suku. Mana untung itu kita ikut. Mana tak untung bagi politik kita, kita ketepikan sahaja. Begitulah Islam diketepikan supaya diterima oleh DAP untuk berpakat-pakat. Berpakat-pakat ni ialah untuk buat kerja jahat. Masuk barisan dan rapatkan sof ialah tuntutan Islam. Mana yg patut? Memang Tuan Penasihat hanya OKT belum dijatuhi hukuman bersalah atau tidak, hanya tuduhan. Namun apakah hakikatnya pakat-pakat dgn musuh agama, yg jelas tak mahukan Islam,merupakan perjuangan yg diredhai? Apakah nanti PAS akan terjerumus kelembah ketaksuban yg tidak lagi boleh dipulihkan apabila OKT terjatuh bersalah? Apakah akan terserlah lagi sifat assobiyah dlm PAS? Nanti kita lihat rancangan Allah SWT dan lihat sejauh mana kita akan jadi insan yg redho atau ingkar! Jadi ambillah ingatan agar jgn terlanjur susah nanti.

Anonymous said...

Jgn belit? Cakap-cakap anta adalah tarbiyah PAS untuk menghalalkan kewujudannya. Pokoknya, PAS lahir atas ktidakpuasan Hj Moh.Fuad kerana kalah dlm usaha merebut jawatan Presiden UMNO. Bab sekular dll itu hujah yg dicipta untuk membenarkan diri. Selainnya adalah sejarah.

Na'im Nikmat said...

Fakta jangan emosi akhi Amirul,Kebenaran memang sukar ditelan tetapi ana terpaksa berkata benar kerana yang benar itu adalah sinar.

Na'im Nikmat said...

Berdebatlah dan berhujahlah dengan Ilmu bukan Nafsu itu nasihat ana buat akhi Amirul.

Anonymous said...

Jgn lari dari perkara pokok. PAS bila menurunkan hujah dia guna ayat dan hadis. Itu kita semua org Islam yg beriman dan bertakwa tahu dan semua berlumba-lumba untuk amal dengan cara terbaik kerana kita semua orang Islam yg mahukan kehidupan baik didunia dan akhirat. Islam bukan hak milik PAS. Dalam Islam takde PAS. Cuma PAS ini kerana hendak membenarkan diri dia cuba sedaya upaya tonjolkan dia lebih Islam dan UMNO kurang atau tidak Islam. Bila kita kata begitu dia akan nafikan tetapi begitulah PAS. Dia guna Islam untuk dijadikan topeng bagi menutup hakikat diri dia yg sebenar. Yg sebenarnya dia ialah sebuah parti politik yg wujud untuk memusuhi UMNO dan kerja dia untuk membalas dendam kerana tidak berjaya menewaskan UMNO walau bertahun-tahun mencuba. Islam tuntut PERPADUAN dan benci PERPECAHAN. Islam hina sikap bughah dan Islam menuntut org yg mengadu-domba dan menghasut org untuk lari dari ketaatan terhadap pemimpin yang beragama Islam, supaya di bunuh kerana apa? Kerana perbuatan itu membawa perpecahan. Itu Islam dan itu tidak diamalkan oleh PAS kerana bagi PAS ialah, agama suku, politik suku. Amarah dan kemaruk untuk membenarkan diri dia sanggup ingkar asas Islam asalkan dia dapat larikan orang dari wadah muafakat umat didalam UMNO. Ini asasnya sudah jauh terpesong dari tuntutan Islam dan jika asasnya sudah terpesong, kita ikut dia adalah umpama mengikut ke tebing neraka.

Anonymous said...

salam Naim,
ana juga tidak emosi dan ana juga berhujah atas fakta dan kebenaran. Kebenaran memang susah untuk diterima. Jadi mulakan dari perkara asas.

Na'im Nikmat said...

Asasnya Al-Quran dan As-Sunnah yang telah lama UMNO tinggalkan ya akhi..

Na'im Nikmat said...

Kebenaran pasti akan datang.Kerana Tuhan kita Tuhan Yang Maha Benar yakni ALLAH S.W.T.

Anonymous said...

Kebenaran Islam sudah lama datang.Tak payah tunggu lagi, cuma ikut dan amal. Kebenaran PAS yang tak kunjung datang dan PAS masih tidak mahu terima kebenaran yg sudah jelas. Islam bukan PAS dan PAS bukan Islam.

Na'im Nikmat said...

PAS=AL-Quran dan As-Sunnah
UMNO=Sekularisme
itulah kenyataannya ya akhi ia tidak akan berubah selagi UMNO tidak mahu mengubah dasarnya tetaplah ia berdasarkan sekularisme..

Anonymous said...

Inilah cara PAS berhujah. Bila dah jelas temberangnya, dia akan akhiri dengan menyamakan perbuatan dia dengan Al Quran dan Hadis. Itu pasal tak salah kita katakan bahawa PAS ini guna Islam sebagai topeng dan modal politik. Ingatlah bahawa kita dipesan oleh Allah SWT bahawa akan ada nanti satu golongan manusia yang akan menggunakan ayat-ayat Allah untuk kepentingan diri dia dan golongan ini adalah penjual ayat-ayat Allah SWT. Yang penting ialah iman dan takwa. Tak perlu guna Al Quran dan Hadis untuk menegakkan/menghalalkan/membenarkandiri. Itu kerja Allah untuk menilai ketakwaan hambaNya. Ajaran dan tuntutan Allah SWT adalah untuk dipraktikkan dan bukan untuk dibacakan. Kalau kita nak ikut berlindung disebalik ayat Allah, kita "cut & paste" je keseluruhan Al Quran beserta tafsir sekali dan Hadis semuanya. Siapa yang nak kata apa yg diperkatakan dan difirmankan itu salah? Betul semua. Itu Firman dan Hadis. Kita betulke??? Allah yang menilai dan menghukum, bukan diri kita kata kita betul. Sesungguhnya yang benar itu dari Allah dan yang kurang itu dari kita manusia yang lemah.

Na'im Nikmat said...

Ana tetap dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerena itu pesanan Nabi Muhammad S.A.W.Katakan walau apapun ana tetap berpegang teguh bahawa UMNO itu sekular dan selagi tidak berubah dasar ana tetap menentang..

Anonymous said...

Ana juga sama dan begitu juga semua orang Islam, termasuk semua ahli dan pendokong UMNO. Baguslah anta juga sama berpegang pada Al Quran dan Sunnah.

Ambil pedoman dari satu ceramah Ustaz Dr.Asri yang anta rujuk sebelum ini; Beliau ada mengingatkan puak yang suka menuduh Kerajaan atau Negara ini sebagai Kafir supaya bertaubat kerana hakikatnya Kerajaan dan Negara ini adalah Islam. Katanya, mana mungkin kita mendesak Kerajaan menegakkan Islam kalau ianya Negara Kafir? Oleh kerana ianya Negara Islam lah maka kita berusaha untuk mempertingkatkan syiar dan syariat Islam.

nurimo said...

Terima kasih tuan,

Mengizinkan saya copy paste berkenaan penjelasan yang sebenar dan betul isu Pas kahwin Umno dulu.

Tujuan copy nya untuk mafaat pengujung blog saya yang banyak menerima berita yang tidak betul dari Ustad2 Pas yang tak bertaliah yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

Perjuangan tuan semoga diramati Allah

Hassan said...

Salam Yang Berbahagia Tuan Zainal,

Teruskan perjuangan bersama pemerintah.

Saya IPT sentiasa mengikuti perkembangan blog tuan dan juga blog Nurimo.

Walaupun saya tidak saling mengenali antara satu sama lain,tapi matlamat tetap sama untuk 1Malaysia.

Anonymous said...

Terima kasih Saudara2 ku Nurimo dan Hassan. Walau kita belum mengenali antara kita tetapi alhamdulillah kita sudi berinteraksi dialam maya mengatakan kebenaran. Memang dahulu UMNO kurang menggunakan ruang ini maka puak pemfitnah bermaharajalela membentuk persepsi dgn tohmahan2 yg merapu.Kini kita tidak akan ketinggalan diruang siber ini dan akan berhadapan dgn puak ini. Kami akan bersama semua rakyat yg sayangkan Negara untuk menentang pembohongan.Sekali lagi terima kasih juga kerana mengikuti blog saya, dan sokongan sdr2 akan memberikan saya ilham untuk menulis dan mengulas isu-isu yg menyentuh kita rakyat yg mahukan keamanan dan kemakmuran.

1Malaysia said...

Salam ketua cawangan,

Syabas,ni lah yang kita mahukan pemimpin UMNO yang bijak berhujab mematikan langkah puak-puak taksud yang menyerbar fitnah.

Teruskan perjuangan dan kita akan balik pru13 nanti.

pas for all said...

Selagi Tok guru ada tak kalah umno

1Malaysia said...

Salam pas for all,

TGNA pun dok gaduh sama sendiri dengan TGHA,cepat lari sebelum pas berkubur.

Marilah bersama 1Malaysia

pas for all said...

Malah silap taip

SELAGI TOK GURU NIK AZIZ ADA UMNO TAKKAN KALAH

1 said...

tak apa silap sudah tentu pas kalah pru13 ni.

Sudah terang lagikan bersuluh

Na'im Nikmat said...

Apakah dengan menghalalkan RIBA,JUDI,ARAK dan tidak mahu melaksanakan HUDUD dikatakan mendukung Al-Quran dan AS-Sunnah? Ya akhi itu bukan pilihan tapi perintah ALLAH S.W.T. Bagaimana akhi katakan UMNO mahu menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah jika tidak mahu melaksanakan dasar ISLAM? Persoalan ini tidak mampu dijawab saudara?

Na'im Nikmat said...

Dalil-dalil ini cukup mengapa PAS menentang UMNO.

Firman ALLAH S.W.T:
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" (Surah Al-Ahzaab ayat 67-68)

Nabi mengizinkan penentangan dilakukan jika pemimpin melakukan ‘kufran bawaahan.’ Sahabat Abdullah bin Samit meriwayatkan, “Kami berbaiah (iaitu membuat perjanjian taat setia) agar tidak menentang kepimpinan melainkan jika berlaku ‘kufran bawaahan’ di mana di sisi Allah bukti-buktinya adalah amat jelas.” Imam Nawawi mentafsirkan ‘kufran bawaahan’ sebagai ‘maksiat yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang jelas bercanggah dengan kehendak agama Allah dan kaedah-kaedah Islam’. Hal ini dilaporkan dalam kitab Sahih Muslim bi Syarhi An-Nawawi (Al-Matbaah Al-Fikriah; juz. 12, 1924).

UMNO mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam namun Islam yang bagaimanakah yang mereka inginkan jika UMNO banyak menghalalkan yang haram dan menafikan Hak-Hak ALLAH.Anda buatlah pernilaian sendiri....

1.ALLAH mengharamkan Riba namun pemimpin UMNO mengubah Riba kepada “interest”, faedah, bunga….

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu Hudud , Qishosh, Takzir, Mukhalafat dilaksanakan malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar

3.ALLAH mengharamkan JUDI namun pemimpin UMNO menghalalkan Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan judi hanya haram bila tidak ada lesen dari mereka.

4.ALLAH mengharamkan Arak namun pemimpin UMNO menghalalkannya bila cukainya dibayar tetapi menjadi haram bila tidak dibayar cukai kepada pihak kastam.

5.ALLAH melarang kita melakukan Rasuah namun pemimpin UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan Pemimpin yang pernah melakukan Politik Wang disanjung tinggi....

Tidak dapat dinafikan lagi pemimpin-pemimpin UMNO melakukan ‘kufran bawaahan’ dan sebagai ummat islam adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menentang UMNO.

1Malaysia said...

Sudah2 lah Naim,usah menegak benang yang basah.

Semua orang tahu hadith dan alquran,tapi tuan mengguna ayat2 quraan untuk permainan politik.

Hati2 guna hadith dan alquraan nanti tergelicir akidah.

Kita ni sama kiblat.Kalau ulama sungguh awak Naim kena duduk dengan berzikir,mengata sesama islam mengudang perpecahan bangsa.

Tuan Zainal .....Naim tak faham tolong jelas sikit lagi.Mana tahu dia nak isi borang Umno...

Na'im Nikmat said...

Dalil2 yang ana hujahkan sepatutnya dijadikan pedoman kita semua.Islam ialah agama bagi mereka yang berfikir.Jika sudah terang-terangan dalil dan nas yang diberikan tapi masih tidak mampu berfikir takut kita termasuk didalam golongan zalim dan fasik ya akhi.Ana sayang kepada saudara2 Islam ana atas sbb itu ana terpaksa membuka mata dan fikiran antum supaya tidak tergelincir bersama UMNO yang terang2 telah menolak Islam..Takbir!!ALLAHUAKBAR!!Kepimpinan ULAMA'!!!!

Anonymous said...

Saudaraku Naim yg hampir sesat,
ante kata hendak "membuka mata dan fikiran sahabat2 yg disayangi"?? Sebenarnya mata ante yg sudah lelap dan akal ante yg sudah beku, mungkin disaluti emas mcm budha tidor kat wat siam sana.

saya tamatkan edisi berhujah dgn org yg akalnya sudah berhenti dan sesungguhnya hujah2 terkini beserta dalil yg tidak relevan dgn isu yg cuba dikaitkan itu, mudah sahaja bagi saya menjelaskannya. TETAPI Islam ada hadnya berhujah dgn org yg tidak layak, jadi saya tak mahu memanjangkan lagi takut akan saya tergelincir disebabkan ante.

Na'im Nikmat said...

Inikah penggulungan hujah anta nampak seperti beremosi...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Ana harap pimpinan tertinggi UMNO kembalilah kpd pangkal jalan yak Al-Quran dan As-Sunnah selaras dgn pesanan Nabi Muhammad S.A.W. Segala tomahan anta terhadap ana tetap ana maafkan ya akhi

Amirul said...

Saya pernah ikut orang tabligh,kawasan yang ziarahi kebetulan kawasan majoriti Pas di sebuah kampung utara tanah air.

Saya duduk satu surau disebuah kampung selama 3 hari dan tiap hari tersebut saya dan bersama kumpulan tabligh berziarah jemput orang kampung kes surau berjemaah bersama.

Sepanjang saya duduk di surau itu cuma ada 5 hingga 8 orang datang berjemaah ,itu pun yang tua2.

Kata kawasan Pas,orang ulama pimpin tapi surau kurang jemaah.Kata perjuang agama tapi surau kat kampung jemaah tak sampai 10 orang,kalau subuh 2 orang je anak tempatan.

Jangan terlebih sangat politik,lebihkan dakwah ajak orang imarakkan rumah Allah.

Na'im Nikmat said...

Alhamdulillah terima kasih atas nasihat akhi Amirul akan ana jadikan Iktibar.Ana harap akhi amirul lebih jelas apa yang dibawa PAS adalah ingin memartabatkan Syiar Islam semata-mata.Segala nasihat kami terima atas dasar untuk memartabatkan Islam syukran akhi Amirul.Ana amat tertarik dengan komen akhi Amirul didalam blog 'harapan' ana harap akhi Amirul sedar apa yang telah UMNO/BN lakukan terhadap rakyat Malaysia.Slogan 1Malaysia Rakyat DiDahulukan hanya RETORIK.Akhi Amirul pasti setuju dengan ana...

Na'im Nikmat said...

Petikan komen Amirul:

2 hari lepas aku nak baru cukai jalan kereta bapak aku yang berusia 22 tahun.

Aku pergi untuk dapat insurance tempat ayah aku perbarui setiap tahun sejak 12 tahun dulu,bagi membolehkan aku dapat bayar roodtax.

Malang syarikat insurance kata"maaf che kita tak terima lagi kereta lebih umur,hanta setakat 15 tahun sahaja.Sungguhnya kecewa ayah aku dah jadi pelanggan tetapnya sudah 12 tahun.

Jadi aku pergi pejabat pos pula,bila tujuk geran kereta,"maaf che kita terima kereta setakat usia 20 tahun sahaja".

Aku pergi lagi cari syarikat insuran lain,lalu aku pergi jumpa kerani dia,bila dia tengok geran kereta aku,boleh bayar tapi syaray kena ambil insuran life dulu,baru boleh terima.

Lalu aku merayap lagi,jumpa lah aku agen insuran,lalu aku masuk dan tanya boleh buat tapi mahal sikit,katanya kepada aku boleh lagi kereni mini cooper dan vosvagaen belum tahun 1970,boleh bayar lagi,tanpi sentegah syarikat insuran je terima.Katanya kepada kerajaan nak kerat dah kereta lama sebab tu dia buat macam ni.

Tapi tahun depan kuat kuasa madotori kereta lebih 15 tahun,pasti masalah banyak kat Pupaskom.

Hari ni saja aku kena ambil cuti untuk bayar cukai jalan,dan habis $40,00 minyak kereta pusing cari syarikat insurance yang terima kereta lebih 20 tahun.

Memang kerajan menyusahkan rakyat lagi,ketika rakyat menaruh harapan kembali kepada Umno.Rasanya aku mempertibangkan untuk lari masuk parti lain.Aku banyak tolong kempen ke Umno,tapi ini yang dibalas kepada rakyat.

Rakyat kecewa.

Amirul said...

Anta Naim,

Jangan silap faham,NAP sesuatu yang berbeza dengan perjuangan agama.

NAP dasar kerajan yang diperkenakkan tidak sesuai lagi untuk masa ini,sebah rakyat banyak susah lagi.NAP harus diperkenalkan 10 tahun lagi,itu pun kalau pendapatan rayat sekurangnya $3000/bulan.Baru boleh pakai kereta baru kancil.

Jadi tugas pemimpin Umno peringkat cawangan kena maklum suara rakyat ni,termasuk wakil rakyat pembakang sekali.Kalau tidak ko pru13.Kalau buat juga tahun depan NAP,kan jumpa rabu dengan khamis.

Sekarang rakyat mula nak jinak balik dengan Umno,tapi hairan perkenal NAP...larilah rakyat.Fikir pemimpin umno sebelum buat keluar fatwa Pupaskom.

Berdakawah melalui parti pemerintah tetap saya teruskan,saya tidak nampak dengan parti pakatan yang ada penasihat puak kafir tentang hal ehwal islam.

Lebih selesa meneggakkan Islam melalui pemerintah.Pemerintah pula tidak pernah menghalang meneggakkan sinar Islam,asal tidak lari akidah

Na'im Nikmat said...

Akhi Amirul,ana tidak hairan jika DAP mahupun MIC atau MCA tidak mahukan HUDUD tapi ana hairan mengapa UMNO yang majoriti ahlinya beragama Islam seperti ana tidak mahukan HUDUD.Boleh akhi Amirul jawab sekarang? Untuk pengetahuan akhi Amirul ALLAH bukan turunkan perintah untuk kita ummat Islam supaya Solat,Puasa dan Zakat sahaja ALLAH S.W.T turut memerintahkan kita melaksanakan Undang2 Islam yakni Hudud.PAS Kelantan telah mengemukakan Draf untuk pelaksanaan HUDUD.Realitinya Kerajaan Pusat yang dipegang UMNO/BN yang tidak mahu meluluskannya.Ana nak tanya siapa yang menolak Hudud sekarang.Hudud didalam Islam mengecualikan orang2 kafir mereka tidak tertakluk dalam hukum Hudud kecuali mereka memilihnya.Jadi apa masalah UMNO tidak mahu HUDUD?????

Amirul said...

Salam Naim ,saudara islam,

Naim said:-

"Hudud didalam Islam mengecualikan orang2 kafir mereka tidak tertakluk dalam hukum Hudud kecuali mereka memilihnya."

Saudara sahabat tuan kafir DAP tak kena kerat tngan ke kalau curi.

Pas dan umno sahaja ke kena kerat tangan .

Tolong jelas sikit jangan pandai cakap hudup ,tuan Naim sendiri pun masih teraba-raba dan hanya pandai sebut hudup

Na'im Nikmat said...

Salam akhi Amirul,
Alhamdulillah saudara Amirul mahu juga mendalami ilmu islam.Sebagai ummat Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah sejak azali lagi kita sudah tertakluk kepada undang2 Islam. ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat terhadap ummat Islam. Bagi kaum kafir pula terdapat dua ketegori yakni:
1.Kafir Dzimmi yakni yang tinggal kekal dlm agamanya(Kafir)tetapi rela tunduk dan patuh kepada pemerintah.
2.Al-Mustakim yakni warganegara asing yng dibenarkan tinggal dinegara Islam secara aman bg tempoh tertentu.Masing2 golongan ini mempunyai hak2 dan tanggungjawab tertentu terhadap negara Islam.
Mereka mendapat Hak Perlindungan yakni Hak menikmati perlindungan keselamatan oleh negara islam &masyarakat islam dr serangan musuh luar&dlm negara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
'Barangsiapa menzalimi orang-orang dzimmi atau mengurangkan haknya atau membebankannya diluar kemampuannya atau mengambil sesuatu tanpa relanya maka aku akan berhajat dengannya pada hari kiamat'

Rasulullah bersabda lagi:
'Sesiapa yang menyakiti orang-orang dzimmi bererti dia menyakitiku dan sesiapa menyakitiku dai adalah menyakiti ALLAH.'

Demikian Kehakiman Islam bertujuan untuk melaksanakan hukum2 Islam dan tidak dituntut kepada bukan islam untuk menghukum dengan perkara2 yang tidak diimani oleh org2 bukan Islam.Begitu juga urusan harta Zakat dan sebagainya yang bersangkutan jawatan2 keagamaan.

Firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

Islam itu agama yang adil dan sangat Saksama ya akhi

Na'im Nikmat said...

Tetapi UMNO telah mengelirukan saudara2 serta orng kafir juga kononnya mereka akan dipotong tangan.Sungguh keji perbuatan UMNO/BN.Ana dapat lihat akhi sendiri tidak faham konsep Islam yang Syumul.Tapi tidak mengapa kita saling tegur-menegur,apa yang ana nasihat ini jadikan panduan ya akhi.

Na'im Nikmat said...

Sudah terang lagi bersuluh UNMO perlu ditentang ya akhi..

Na'im Nikmat said...

1.UMNO menghalalkan Riba dan mengubah istilah Riba kepada “interest”, faedah dan bunga namun hakikatnya Riba tetap Riba dan tetap Haram.

2.ALLAH mewajibkan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat namun UMNO tidak mahu melaksanakan Hudud, Qishosh, Takzir, Mukhalafat malah mereka menggantikannya dengan hukuman kufur yang diasaskan oleh Lord Reid seorang kufar.Golongan Non-Muslim dikelirukan dan ditakut-takutkan dengan HUDUD padahal hukuman HUDUD tidak tertakluk kepada Non-Muslim.

3.ISLAM ialah agama yang Syumul namun UMNO mahukan Islam acuan mereka maka Islam ditambah menjadi Islam Hadhari bagi mengelirukan ummat Islam(Era Pak Lah) dan kini ulama' mereka diarah mengeluarkan Fatwa bagi kepentingan mereka tapi bukan untuk kepentingan Islam.

4.UMNO menghalalkan Pusat Judi apabila ada lesen dari pemerintah dan Pusat Judi hanya haram bila tidak mendapat lesen daripada mereka.Malahan UMNO/BN menjadikan cukai daripada judi sebahagian daripada hasil pendapatan UMNO/BN.

5.UMNO menghalalkannya penjualan Arak secara terbuka.Arak menjadi haram dan dirampas Kastam bila cukainya tidak dibayar tetapi menjadi halal bila dibayar cukainya kepada pihak kastam Diraja Malaysia.

6.UMNO memandang remeh rasuah, malahan mereka mengamalkan rasuah dan menggantikannya dengan istilah politik wang.Malahan diangkat dan disanjung para perasuah untuk menjadi Pemimpin.Amalan Rasuah, kronisme dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN seperti sudah sebati dengan UMNO/BN.

7.Rakyat dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.

8.Rakyat tidak mendapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat kekangan melalui akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) rakyat ditipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dll yang seangkatan dengannya.Antara media yang pernah dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta suatu ketika dahulu.Adakah adil apabila akhbar-akhbar lain diberikan hak menerbitkan naskah setiap hari tetapi akhbar pembangkang hanya diberikan hak penerbitan 1-2kali seminggu.

9.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.

10.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.

11.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar jika suara mereka disekat.

Na'im Nikmat said...

Ditambah pula dengan siri-siri pengkhianatan terhadap bangsa Melayu,berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

3. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

6. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

8. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

9. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

10. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

11. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

12. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

13. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

14. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

15. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

16. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

17. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

18. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

19. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

20. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

21.UMNO/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah(Menafikan hak-hak Kontraktor Melayu yang menyokong pembangkang) yang kemudiannya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.
Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Masih ada yang mahu menyokong UMNO?Jika masih ada memang anda yang menyokong adalah manusia yang telah 'dibutakan mata' dan 'dipekakkan telinga' oleh tipu helah UMNO/BN selama 50tahun lebih memerintah Malaysia....

BudakBJ said...

Salam abg Zainal,

Kenapa puak pas melombak dalam blog abg.Nak suruh abg masuk pas ke he..he.

Dia nak faham tu....

Anonymous said...

Salam "BudakBJ",

Selagi kita berpegang pada kebenaran, walau sejuta datang menyerang pun kita akan atasi mereka.

Islam ialah agama yang begitu indah dan damai. Islam ialah tentang dakwah bukan tentang menghukum.

Allah yang Maha Menghukum dan Allah jua yang Maha Mengadili.Allah juga Maha Mengetahui dan Allah jua lah Yang Maha Mengampun.

Jadi SEMUA kita tak kira siapa, adalah sama disisiNya dan didunia ini SEMUA kita adalah meminjam kehidupan yang dianugerahkan Illahi. Tak perlulah sibuk-sibuk nak salah menyalahi antara kita kerana diri kita sendiri belumlah kita tahu kesudahannya nanti disisi Allah SWT.

Islam agama dakwah BUKAN ajaran nabi untuk kita gila menghukum.

Tajuk saya ialah tentang betapa sebenarnya PAS dan UMNO itu lebih banyak persamaan dari perbezaan. namun puak-puak itu lebih suka membesarkan perbedaan dan menjadikannya alasan untuk bertekak dan menentang.Puak-puak itu terlalu taksub dengan citra menentang hinggakan tanpa malu dan takut mereka menggunakan Islam sebagai alasan. Siapakah mereka ini untuk memusuhi umat Muhammad dan Hamba Allah yg tidak bersetuju dengan mereka? Apakah Islam itu PAS sahaja dan PAS sahaja pejuang Islam? Ingatlah bahawa PAS ialah sebuah parti politik yang terbentuk HASIL dari beberapa orang yang KELUAR dari jemaah Islam UMNO sebab kalah dalam pertandingan merebut jawatan PRESIDEN. Dari situ ianya semakin galak dan bertukar menjadi permusuhan yang berlandas kepada "Aku lebih Islam dari kamu" dan semakin hari ia terlanjur kepada "Aku Islam kamu Kafir" bla bla bla. Hakikatnya? PAS dan UMNO sama-sama Islam dan soalnya sekarang ialah, kenapa bermusuhan sesama saudara seagama dan sanggup pula berpakat dengan musuh agama untuk memusuhi saudara sendiri?

Jadi kembalilah kepada titik permulaan apabila perjalanan sudah tersasar sebelum tersandung dan tersungkur dipandu syaitan.

Tiada alasan untuk menghalalkan perpecahan dan persengketaan sesama Islam sedang Islam amat mementingkan kasih sayang dan PERPADUAN UMAT.Ibarat Sembahyang itu sebagai Tiang Agama, maka Perpaduan Umat ialah Sendi yang mengukuhkan tiang itu. Kalau yang asas ini sudah ditolak, maka runtuhlah semua yang selepas itu.

Wuallahualam.

Anonymous said...

Salam "BudakBJ",

Selagi kita berpegang pada kebenaran, walau sejuta datang menyerang pun kita akan atasi mereka.

Islam ialah agama yang begitu indah dan damai. Islam ialah tentang dakwah bukan tentang menghukum.

Allah yang Maha Menghukum dan Allah jua yang Maha Mengadili.Allah juga Maha Mengetahui dan Allah jua lah Yang Maha Mengampun.

Jadi SEMUA kita tak kira siapa, adalah sama disisiNya dan didunia ini SEMUA kita adalah meminjam kehidupan yang dianugerahkan Illahi. Tak perlulah sibuk-sibuk nak salah menyalahi antara kita kerana diri kita sendiri belumlah kita tahu kesudahannya nanti disisi Allah SWT.

Islam agama dakwah BUKAN ajaran nabi untuk kita gila menghukum.

Tajuk saya ialah tentang betapa sebenarnya PAS dan UMNO itu lebih banyak persamaan dari perbezaan. namun puak-puak itu lebih suka membesarkan perbedaan dan menjadikannya alasan untuk bertekak dan menentang.Puak-puak itu terlalu taksub dengan citra menentang hinggakan tanpa malu dan takut mereka menggunakan Islam sebagai alasan. Siapakah mereka ini untuk memusuhi umat Muhammad dan Hamba Allah yg tidak bersetuju dengan mereka? Apakah Islam itu PAS sahaja dan PAS sahaja pejuang Islam? Ingatlah bahawa PAS ialah sebuah parti politik yang terbentuk HASIL dari beberapa orang yang KELUAR dari jemaah Islam UMNO sebab kalah dalam pertandingan merebut jawatan PRESIDEN. Dari situ ianya semakin galak dan bertukar menjadi permusuhan yang berlandas kepada "Aku lebih Islam dari kamu" dan semakin hari ia terlanjur kepada "Aku Islam kamu Kafir" bla bla bla. Hakikatnya? PAS dan UMNO sama-sama Islam dan soalnya sekarang ialah, kenapa bermusuhan sesama saudara seagama dan sanggup pula berpakat dengan musuh agama untuk memusuhi saudara sendiri?

Jadi kembalilah kepada titik permulaan apabila perjalanan sudah tersasar sebelum tersandung dan tersungkur dipandu syaitan.

Tiada alasan untuk menghalalkan perpecahan dan persengketaan sesama Islam sedang Islam amat mementingkan kasih sayang dan PERPADUAN UMAT.Ibarat Sembahyang itu sebagai Tiang Agama, maka Perpaduan Umat ialah Sendi yang mengukuhkan tiang itu. Kalau yang asas ini sudah ditolak, maka runtuhlah semua yang selepas itu.

Wuallahualam.