Saturday, October 17, 2009

Terima Kasih Ustaz

Juma'at 9hb Oktober 2009 yang lepas, merupakan hari terakhir bagi Imam 1, Masjid Bukit Jelutong, Ustaz Hj Yaakup,mencurahkan khidmatnya kepada kami disini. Sumbang baktinya selama 11 tahun semenjak masjid bj bermula, banyak sekali nikmat yang telah kami perolehi diatas bimbingan dan kepimpinannya yang bersahaja. Kewibawaannya, amat saya sanjung tinggi dan jasanya bukan sedikit, telah kita perolehi.

Beliau merasakan sudah cukup, agaknya, dan diatas sebab-sebab tersendiri, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara disini dan pulang ke kampong halaman di Kelantan. Kita sudah tentu tidak mahu dia pergi, tetapi rancangan Allah SWT mengatasi kehendak kita yang pelbagai.

Bersempena hari terakhirnya itu, saya telah mengadakan sebuah majlis ringkas untuk meraikan beliau dirumah saya dan sempat menjemput beberapa orang rakan sekeliling. Tujuannya adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau dan memberikan penghargaan kami terhadap sumbangkhidmatnya yang selama ini kita nikmati tetapi tidak berkesempatan menzahirkan ucapan terima kasih. Ustaz telah sudi hadhir dan memberikan sepatah dua kata dimana beliau melahirkan perasaan kasih sayangnya kepada semua anak kariah BJ, namun walau dengan hati yang berat, beliau sudah mengambil keputusan untuk kembali ke kampong halamannya.

Majlis ini saya adakan secara tergesa-gesa kerana sepatutnya Ustaz melanjutkan lagi tempohnya hingga sekurang-kurangnya ke 15hb Oktober, tetapi telah disegerakan. Tidak sempat saya mengaturkan majlis seperti yang saya hajatkan, jadi ramai rakan dan sahabat yang tidak sempat dihubungi.

Bagi yang sempat hadhir, alhamdulillah.

21 comments:

The Hobbit Frodo said...

huhuhuhuhu ~ tak tau napa wa ikut sebak jugak. org datang dan pergi setiap hari. tapi nak cari yg berwibawa berhati ikhlas amat sukar

Big HUgs untuk ustaz. semoga dirahmati

Anonymous said...

Terima kasih penulis buat majlis perpisahan untuk iman kita.
Yang banyak menabur jasa kat Bj.

Tapi takkan ramai Bkt Jelutong,seorang je buat majlis perpisahan untuk iman kita.Tapi open house ramai buat ya,tak larat nak makan

Kawan lama berlainan parti said...

Ketua cawangan ,tak jemput sahabat lain....nak kenal juga rumah.

Sahabat yang tertinggal jemputan,tahu-tahu dah lepas.

Lain kali sudi jemput,ada masa boleh pergi,walaupun berlainan politik,jangan tinggal,islam bersaudara

zainalabidinahmad said...

Minta maaf many-many. Sebenarnya last minute atur sebab sepatutnya dah rancang untuk panggil semua tapi ustaz percepatkan urusannya.Dapat tau pagi,terus buat malam dan esoknya ustaz balik kampong dah. Awalnya memang dah maklum tarikh akhir ustaz dgn pengerusi masjid kita,lambat lagi patutnya, so terpaksa buat tergempar pasal dah niat.Pengerusi pun tertinggal jemput dah dok sibuk cari last minute caterer.Maklumlah musim open hse.Anyway tq sudi menegur.InsyaAllah kita buat makan2santai utk suma kawan2 dilain kali. seronok duk bj, jiran n kawan merentasi sempadan politik. Kejiranan didahulukan, Persaudaraan diutamakan,1Malaysia disuburkan!

Anonymous said...

salam abg zainal,

Minum-minum kedai mamat,tegur juga kita sama2 dulu kat MZ tu.Bukan main mesra sebelum pru12.

Janganlah kerana beza politik paling muka ke lain.Cuma beza politik tapi tetap bersaudara.Sama masjid,sama iman khutbah..

1Malaysia said...

Anonymous,
kalau nak balik ke umno semula,isi borang balik.....

Orang tak turut parti mata sebutil

Anonymous said...

Kerana parti mata sebutir,umno kenal jadi rakyat didahulukan

1Malaysia said...

kalau nak balik aku boleh bawa jumpa zainal tu kalau malu nak dicret...

zainalabidinahmad said...

salam semua terutama 'anom'.

jgn camtuuu, sapalah saya nak paling muka kat org, apalagi klu memang kenal.

mana ada musuh, politik tu parti,bukan kita. kita hanya manusia.

pas for all said...

Anon,mudah nak balik,kita pakatan takkan goyang.Janganlah mudah berpaling tadah.Tunggu pru13 kita sapu bersih.

Kalau sekadar nak kawan tak salah dengan org Umno tu,janganlah turut dia terus....

1Malaysia said...

Kalau turut terus apa salahnya.....

zainalabidinahmad said...

kakakah salam sahabat 'pas for all'

jgn takuut. tak ubah klu yakin. tak yakin klu tak benar.

iman kita pada islam bukan pada pas. yakin iman tak goyang. yakin pada pas? islam bukan pas. politik itu pas. islam itu topeng buat pas.takde topeng apa rupanya? duniawi,duniawi.

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi sila keblog harapan untuk melihat jawapan.

pas for all said...

Salam puak kita Naim,

Tolong bagi permahaman kepada saudara kita tuan Zainal yang masih mendewa-dewakan Umno.

zainalabidinahmad said...

sahabatku 'pas for all', pernah dengar slogan "Israel For All" tak? Mcm serupa kan? Atau menyerupai? Ini kena minta kat Tok Dewa ana fatwakan, halal ke haram.

Mendewakan? ish ish ini rosak akidah ni, mcm kerajaan langit sampai minum air kaki. Dlm PAS ada sampai mendewa2 ke? Dalam UMNO takde.

Sapa Naim Nikmat yg perlu tolong terangkan saya? Hebat sgt ke? Sahabat tak mampu ke atau tak brape nak yakin?

Klu Naim setakat "cut & paste" surah n hadis,takpayah lah. saya pun ada baca dan ada belajar. Cuba ingatkan dia akan ingatan diakhir zaman ada org jual ayat Allah untuk kepentingan diri. Jgn bertopeng utk politik.

Kasi tahu Naim, yg Ulamak Mee Celup dan Ulamak Mee Goreng tu bukan saya yg kata. Itu ustaz PAS, Nik Abduh yg kata. Juak erdogan Khalid Samad sendiri terasa dia tergolong dlm ulamak mee celup dan dia sindir Nik Abduh tu ulamak mee goreng. Hai dlm PAS pun mcm2 ada kan? So jgn leka dok nak kata kat UMNO, cuci bontot dulu. Jgn sorok, org suma tahu, cuma tak suka sebut,banyak kerja lain.

Jgn marah ye, ni gurau senda bab politik parti je. Antara kita TETAP sahabat dan bersaudara dlm satu saf. Saranan tegur menegur antara kita saya terima dgn berlapang dada. Cuma kita kena ingat bahawa politik dan amal Islam tak pisah. Jgn politik suku agama suku, mcm puak2 yg ckp tak serupa bikin. Banyak ada dlm PAS! cuba perhati betul2 dgn hati yg bersih, mcm Khatib kita baru khutbah tadi.

pas for all said...

Jangan marah ,saya cuma kias ja,mendewakan Umno tu,Kan tok Guru N.aziz pun kata kata Umno macam kominis,tapi cuma sekadar kiasan.

maaflahlah kalau terasa,biasalah dalam politik ni.Kalau takut dilambung omabak...jangan buat rumah tepi pantai...

1Malaysia said...

kalau nak kias pon jangan benda yang tak sedap didengar.....

Na'im Nikmat said...

Salam ya akhi kalau berani kerana benar sila masukkan chatbox.Baru boleh berdiskusi.

zainalabidinahmad said...

waalaikumsalam sahabatku Naim,
masuk facebook, kita kawan. sana boleh interaksi terus. dlm ni cukup ngan ruangan komen, bebas takde moderator, sapa2 boleh drop komen.

sahabatku 'pas for all' kita tak marah. gurau senda bahawa bahgia.

zainalabidinahmad said...

Lihat kamus DBP dan amati makna kata kerja "Kiasan", "mengias" dan "berkias".

Memerli,mengejek,menyamakan,
mengibaratkan.

Pemimpin PAS yg didewakan sebagai Tok Guru suka ckp mengutuk UMNO. Bila ditempelak dia kata "berkias" sahaja. Tak heranlah klu anak murid ikut suka ckp kutuk dan perli semua tentang UMNO dan org UMNO. Bila kena batang hidung sendiri, terserlah pula sifat assobiyah puak mereka.

Bila ckp berkias,dia cuba bentuk persepsi. Bila tak ditegur ia jadi buruk pada yg dikias. Bila ditempelak, dia kata dia hanya berkias. Apa tujuan? Org dulu-dulu ckp berkias sebab nak jaga bahasa. Motifnya ialah nak ibaratkan org tu sebagaimana maksud kiasan. Skrg diguna untuk menyerang lawan cara pengecut. Baling batu sembunyi tangan. Hari ni Nik Aziz kata dia tak bina jurang antara PAS dgn UMNO dan BN, tetapi tindak-tanduk dia adakah macam yg dia sebut?

Anti Naim said...

Salan ketua cawangan ,

Tolong lihat blog dibawah,penjeasan untuk pada Naim fanatik tu,saya rasa dia ni lebai yang dibayar PR.Makan gaji untuk hentam Umno.


http://pondokdungunterengganu.blogspot.com