Wednesday, July 29, 2009

Mudah Lupa Sebab Asyik Mengata!





Kematian MJ, Pembunuhan Marwa
& Muslim China
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Komen saya: Ini bukan baru, tetapi sentiasa berlaku, kita dengar, tonton, baca dan lupa! Apakah kita masih tidak mahu bersyukur dan asyik meminta untuk menjahanamkan sesama kita? Jangan sampai kita menjadi kufur nikmat. Namun jangan kita sesekali cuba mengaitkan polemik hubungan kaum disini sebagai isu rasism. Disini Melayu tidak rasis, sebaliknya berhemah tinggi dan berhati mulia. Sentiasa sudi bertolak ansur dan berkongsi semua. Namun kebaikan hati melayu sentiasa mahu diguris. Kemuliaan budinya mahu dizalimi dan dikhianati. Senjata nya, fitnah dan hasad. Tidak cukup itu, bertopengkan Agama, melayu dimomok. Melayu jadi celaru, kemudian melayu jadi keliru dan haru-biru! Oleh itu, setiap kali melihat kejadian sebegini diluar negara, kita jangan asyik leka hendak mengata, kerana nanti kita lupa apa yang kita ada! Teruskan membaca......
Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


Gambar : Al-Marhumah Marwa, suami dan anaknya

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang lalu. Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

Polis menggunakan alasan murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

THAILAND & URUMQHI CHINA
Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China.

Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, [1] mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.

Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.

Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur. Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.
DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM
Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]

KESIMPULAN
Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini.
Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya. Info anti Islam di Barat .

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah, Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.


Sekian

Zaharuddin Ab Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Sunday, July 26, 2009

Ugutan Budak Besar Kepala!!!

Besar Kepala, Kepala Besar, sama maknanya. Otak terlalu kecil untuk isi tengkorak kepala yang besar itu. Bijak pandai kata "Besar Kepala" saya maksudkan sebagai bongkak, sombong terlebih bangga diri dan akibatnya tindak-tanduk meloyakan orang!

Begitulah kelakunya sekumpulan orang minoriti yang terangkat keatas sekarang dan menjadi penguasa kepada masayarakt majoriti yang terpecah-belah lantas tidak berdaya mengekang keterpaksaan yang tidak diundang.

Terkini, seorang dari spesis minoriti yang besar kepala itu, telah dengan bongkaknya menggunakan apa yang dipanggil sebagai "Kuasa Ketua Menteri" dengan menarik balik kelulusan pembangunan terhadap Numestro, pemaju projek pembangunan Kampung Buah Pala yang diberi kerja oleh Tuan Tanah tersebut, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Keputusan tarik balik ke apa ke itu, satu hal. Tetapi cara dia berkata menyampaikan keputusan dia itu, yang jadi hal dan sangat menjijikkan datang dari seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri. Katanya dengan bongkak, "Sekarang you boleh sue, sue (saman) kerajaan lah, tetapi ingat ianya takkan mudah". Bongkak, sombong dan mengugut. Ketua Menteri mengugut Warga Negara???

Kita simpati dengan kemelut penduduk yang telah sekian lama menumpang di tanah tersebut. Kita juga bersimpati dengan tuan tanah Koperasi Pegawai Kerajaan yang terpaksa berhadapan dengan kemelut ini dalam usaha memajukan tanah milik mereka. Kita juga tidak kurang simpati kepada pemaju yang diupah oleh pemilik untuk menjalankan perojek mengusahakan tanah tersebut. Kita simpati dengan pemerintah yang bertanggung-jawab menyelesaikan kemelut warga, tetapi kita tidak simpati kepada Ketua Menteri yang bersikap bermusuh dengan warga dan apa lagi mengugut warga negara dengan penuh sombong dan bongkak.

Nah! Mana dia Majlis Peguam? Apakah buta, pekak dan bisu mendengar seorang Ketua Menteri menghamburkan kata-kata mengugut dan mengertak orang bahawa sekiranya anda menyaman, kami akan pastikan kamu susah dan kerja kamu untuk menyaman juga susah. Bukankah itu, satu ugutan terhadap hak orang untuk ke Mahkamah? Bukankah itu menghina proses keadilan Negara? Kenapa diam? Atau budaya baru sekarang ialah,salah pada orang tidak salah kalau pada kita?

Saya menyeru semua pejuang-pejuang hak asasi dan keadilan, untuk bangkit dan membantah dan/atau berikan bantuan kepada pemilik tanah dan pemaju tanah untuk menyahut ugutan dan kesombongan Guan Eng terhadap warga negara dan tegakkan budaya tinggi kita yang berhemah dan beragama dari kesongsangan budak-budak besar kepala ini!

Kerajaan memang ada kuasa, kerajaan memang berhak buat keputusan. Namun, apakah keputusan itu dengan menafikan hak warga, atas kepentingan politik? Sudahlah hak dinafikan, diugut dan dimusuhi pula. Saya yakin kebijaksanaan, kalau ada sikit otak dalam kepala itu,mampu pula bertindak waras,telus,jujur dan adil, ketiga-tiga pihak terlibat, pemilik,pemaju dan penumpang, boleh duduk semeja dengan kerajaan dan jalan terbaik untuk semua dapat dicapai. Hanya kerajaan yang benar-benar berotak, bijaksana dan berjiwa rakyat sahaja yang mampu buat cara ini. Sekarang? Kerajaan yang songsang fikiran, songsang niat, songsang budaya, songsang matlamat, sedang menanamkan satu budaya songsang. Adakah kita mahu ini menjadi tamadun baru kita membina negara?

Saya cabar, semua pejuang dan saya pandang hina Majlis Peguam yang selalunya bingkas dalam hal tertentu kerana buat-buat pekak terhadap kata-kata ugut Guan Eng Kepala Besar itu!

http://penpusaka.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2009

Bila Kita Hilang PEDULI

Ada orang tidak peduli, tiada siapa ambil peduli kerana ramai yang masih peduli! Tidak semua orang tidak peduli kerana kita kena peduli sebab kita mesti peduli. Kita dibentuk sebagai manusia yang dituntut menjalankan fardhu khifayah!

Bacalah kisah apabila orang tidak ambil peduli http://penpusaka.blogspot.com

Jangan kita lupa bahawa masaalah yang besar bermulanya bila kecil tiada dipeduli!

Thursday, July 2, 2009

Mencari Jalan Kembali!

Wacana Ilmu Pemuda PAS dan Pemuda UMNO adalah satu cadangan baik dan perlu disokong.

Pemuda PAS telah meletakkan tajuk "Benarkah Perjuangan UMNO Menepati Islam?". Eloklah, nanti bila sudah berpuas hati dan kata sepakat dapat dicari, kembalilah berpadu selari dengan asal tubuh kerana ketika itu nanti, tiada alasan lagi untuk orang melayu berpecah-belah dan menuduh sesama sendiri lebih Islam dan tidak Islam! Perbuatan itu pun sudah melanggar hukum syarak dan tidak menguntungkan orang melayu demi agama dan bangsa. Kemelut orang melayu juga tidak memberi kebaikkan kepada pembinaan negara.

Bagaimana mula berpecah dan bagaimana untuk kembali? Layari http://penpusaka.blogspot.com/

Dalam masa yang sama, UMNO tidak perlu melayan kerenah dan politik PAS kerana UMNO tetap dari dulu, kini dan selamanya konsisten dengan asal tubuh dan perjuangannya. Walaupun demikian sebagai pemimpin, wajib untuk UMNO terus membuka pintu kepada kesejahteraan negara dengan mengamalkan politik perpaduan. UMNO sudah terbukti sentiasa bersifat murni selari dengan ajaran Islam. UMNO tertubuh hasil muafakat melayu. UMNO berpakat dengan MCA dan MIC menubuhkan PERIKATAN sebagai satu contoh muafakat rakyat dan setelah ditimpa malapetaka 13 Mei 1969, UMNO sekali lagi membuka pintu perpaduan dengan membubarkan PERIKATAN lalu menubuhkan BARISAN NASIONAL hasil usaha muafakat rakyat dengan PAS dan GERAKAN. Bila perpecahan melayu semakin kronik natijah kemaraan PAS pada PRU 12 2008, UMNO sekali lagi menerima cadangan untuk perpaduan oleh PAS. Seperti orang yang "malu-alah" PAS mengenakan berbagai helah untuk tidak jadi berpadu dan mungkin juga kerana PAS ditekan oleh Bapak Ayam dan Towkey yang sudah membelinya. PAS bolehlah dikiaskan umpama pelacur yang takut kepada Bapak Ayam dan Towkeynya. Kalau Nik Aziz boleh mengkiaskan UMNO bawa ajaran sesat yang tidak ada beza dengan Ayah Pin dan komunis, kita kiaskan lah PAS umpama pelacur yang telahg melacurkan diri demi sesuap pendapatan!

Namun kita tidak perlu layan telatah politik PAS ini. Jadi langkah Pemuda PAS kita alu-alukan dengan semangat perpaduan rakyat!