Wednesday, April 29, 2009

Lebai mengata Lebai-Siapa yang malang?

Didalam parti politik PAS ada "Ulama' mi celup" dan ada "Ulama' mi goreng". Begitu rendah martabat ulama' dibibir pejuang PAS yang mengaku parti itu adalah sebuah gerakan Islam yang tulen. Selama ini kita selalu mendengar puak PAS mengata para ilmuan Islam yang tidak sependapat dengan mereka sebagai "Ulama Upahan" dan berbagai lagi gelaran untuk mengeji dan menghina.Kini sesama mereka sudah meluap kemarahan hingga terhambur kata-kata tuduh menuduh dan gelar-menggelar bagi menggambarkan isi hati yang terbuku didalam perebutan pengaruh dan kedudukkan didalam kepanasan musim pemilihan jawatan menjelang Muktamar Tahunan.

Anakanda Nik Abduh telah cuba menjelaskan bagaimana apa yang disifatkannya sebagai "kerja-kerja bodoh dalam PAS" telah menyelewengkan maksud sebenar "Kerajaan Perpaduan" dengan tujuan mengelirukan Ayahandanya Nik Aziz agar menentang keras pendapat dan cadangan Presiden PAS, Hj.Hadi.Kerja ini menurut Nik Abduh dilakukan oleh penasihat Nik Aziz yang berniat untuk melagakan kedua-dua pemimpin itu bagi mendapat tempat didalam parti. Pembongkaran sepenuhnya boleh dibaca didalam blognya nikabduh.wordpress.com bertajuk; "kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Syarat yang disebutkan oleh Nik Aziz ialah PAS mahukan jawatan penting seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran.Saya tidak mahu mengulas panjang akan pendirian Nik Aziz ini tetapi ingin saya cadangkan PAS tuntut jawatan penting didalam Pakatan Rakyat dan didalam Kerajaan-Kerajaan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dahulu sebelum terus-terusan mengelirukan orang ramai seolah-olah syarat tersebut hanya terpakai apabila diseru bersatu padu dengan saudara seagama dan sebangsanya UMNO.Manakala kedudukkannya kini didalam komplot Pakatan Rakyat hanyalah sekadar pemudah-cara yang kemudiannya terpinggir bak melukut ditepi gantang.Mana dia jawatan penting untuk menjalankan Islam di Selangor,Perak dan Pulau Pinang? Jangan jadikan alasan bilangan kerusi yang kecil untuk tidak mendapat tempat dan kuasa itu sedangkan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana Parti yang menguasai kerana mereka berpakat sama-rata dan sama-rasa bagi menentang musuh yang satu.Sebagai anggota yang memperjuangkan Islam mengapa pula dia ketepi dan terkuak tetapi masih dianggap perjuangan Pakatan Rakyat suci, halal dan menepati hukum PAS?

Berbalik kepada gelaran "Ulama Mi Celup" terhadap orang-orang cetek agama tetapi berlagak tahu didalam PAS seperti yang dijelaskan oleh Nik Abduh, dengan tidak semena-mena ada pihak dikalangan pimpinan PAS yang melenting umpama orang termakan cili. Ini yang seronok kita lihat natijah dari pembongkaran berterus-terang anak muda Nik Aziz yang panas kemarahan dek temberang para penasihat ayahandanya yang serong. Diantara yang melenting ialah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang bukan sembarangan didalam heiraki pimpinan PAS.

Khalid Samad didalam blognya, telah dengan penuh tidak malunya mengaku bahawa beliau tergolong diantara "Ulama Mi Celup". Khalid juga menyanggah pembongkaran Nik Abduh dengan mengatakan bahawa diantara penasihat Nik Aziz dengan penasihat Nik Abduh, siapakah yang boleh diterima pakai dan lebih berwibawa? Sudah tentulah penasihat Nik Aziz lebih berwibawa katanya kerana penasihat kepada Nik Abduh telah mempengaruhinya sedemikian rupa dan tidak mustahil bertujuan mensabotaj parti.

Bagi melepaskan geramnya terhadap pembongkaran Nik Abduh,dia mengkritik tindakan beliau dan merendah-rendahkan kematangannya sehingga menggelar balik sebagai "Ulama Mi Goreng". Menurut Khalid kalau "Ulama Mi Celup" kurang ilmu agamanya, "Ulama Mi Goreng" yang sepatutnya lebih masak kerana berada lebih lama didalam kuali, tidak juga faham benda yang "Ulama Mi Celup" pun boleh faham.

Seperkara yang menarik didalam perkembangan ini ialah betapa mudah sekali seseorang mengaku dirinya adalah seorang ULAMA walaupun dikatakan "Ulama Mi Celup". Tak cukup dengan itu,memperkecilkan pula keilmuan "Ulama" yang dia tidak sebulu dengan gelaran-gelaran seperti Khalid Samad yang mengejek Nik Abduh sebagai "Ulama Mi Goreng".

Ulama apa lagi agaknya yang ada dikalangan pimpinan PAS? Ulama temberang? Ulama pentas? Ulama tampal? Ulama nasi bubur? Ulama sapu? Yang pasti semuanya berlumba-lumba mengaku dirinya layak dan kalau tak layak pun meletakkan sendiri title Ulama kepada dirinya sebagai tiket untuk meningkatkan kedudukkan didalam heiraki parti dan khalayak pengundi umum.

Setiap kali menjelang pemilihan, maka berlagulah keroncong siapa Ulama dan siapa yang tidak cukup syarat. Maka sebab itulah didalam parti PAS ini orang berlumba-lumba menampilkan dirinya se"Ulama" yang boleh agar memenangi hati pemilih. Tak ubah seperti artis-artis yang mendambarkan anugerah sepertimana persaingan Bintang Popular tahun ini.Mendapatkan title Ulama sudah sama kriterianya untuk bergelar artis!

Dengan pengakuan Khalid Samad yang tidak malu-malu mengaku dirinya bertaraf Ulama itu, maka tidak hairanlah saya apabila dia dengan tidak malunya juga sering menggunakan kesempatan orang berhimpun di Masjid untuk meletakkan dirinya ditempat Imam sedangkan makmum tidak pun mendaulatkannya untuk mengimamkan Ibadah Jumaat itu. Masjid sudah mempunyai Imam dan sepatutnyalah tidak sembarangan orang datang ke Masjid orang dan terus mengambil alih sedangkan makmum yang ramai tidak semestinya redha dan tidak pula mahu mencemar niat beribadah dirumah Allah dihari Jumaat.Kesempatan ini diambil tanpa memperdulikan adab beragama dan keharmonian bermasyarakat hanya semata-mata merasakan diri itu lebih layak kerana dia mendudukki kerusi berjawatan didalam hieraki politik. Begitulah contoh sikap yang angkuh, Ulama Lantikan Sendiri dikalangan "Ulama Mi Celup". Wuallahualam.

Tuesday, April 21, 2009

Kisah Kit Siang dengan Pak Kadok dan Pak Pandir!

Karpal Singh memendam rasa melihat kerenah puak PKR yang semakin menjolok mata.Geram tidak dapat meneruskan saman terhadap Raja,kini membisu dek mimpi yang ngeri.Cita-cita besar menawan Negara semakin berkecai.Dia berangan-angan Pakatan DAP,PKR,PAS cerah untuk berjaya. Sebaliknya kehancuran semakin jelas dan Karpal sudah bersedia untuk menyalahkan Anwar Ibrahim.Kita tunggu sahaja masa dan ketika dia akan meledak.

Dalam senyap, Kit Siang adalah manusia paling gembira kerana anaknya sudah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menantu pula Ahli Dewan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Hadir ke Parlimen pun sekarang ditemani oleh anak jantan tersayang. Berbaloi segala pahit maungnya sejak dari era Kota Melaka,ke Ipoh, singgah di Kamunting,akhirnya berjaya di Pulau Pinang. Walaupun beliau sendiri tidak mencapai ketampuk, tetapi beliau boleh aman dengan kejayaan anaknya di Pulau Mutiara itu.Orang kata kalau mati pun, boleh lelap mata!

Kit Siang sudah cukup puas dan didalam hatinya berterima kasih kepada Pak Kadok PKR dan Pak Pandir PAS. Terima kaseh tidak terhingga kerana kebodohan tuan-tuan hamba sekelian.Sekarang dia tidak perlu risau kerana kedudukan anaknya dan DAP di Pulau Pinang,jika pun tidak nampak akan menyusuri jejak bertapak Parti Gerakan, ia akan mencipta sejarah tersendiri.Dia sedar secara realistiknya bahawa untuk menggapai lebih dari itu adalah sebuah impian yang tidak mungkin tercapai didalam tempoh hayatnya.

Biarlah kuda-kuda perangnya,Karpal Singh dan Gobind Deo memasang angan-angan bersama Bahtera Harapan, kerana masa akan menyedarkan mereka bila untuk menendang.

Buat Kit Siang,Perak,Selangor,Kedah dan Kelantan tidak penting lagi.Ia hanyalah bonus sumbangan Pak Kadok dan Pak Pandir. Pandai-pandai merekalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Bagi DAP, lebih baik jaga diri sendiri, kerana pakatan dengan PKR dan PAS pun hanyalah selaku jambatan. Tidak perlu menyabung nyawa kerana Pak Kadok dan Pak Pandir tidak berbaloi lagi,sesudah melepasi medan dan mendapat habuan.DAP akan berkubu di Pulau Pinang dan tidak berharap sangat kepada mereka, nanti yang dikejar tidak kesampaian,yang dikendong pula berciciran.

Apa dah jadi? Pak Kadok membakar kampong, Pak Pandir pula sekadar kenyang makan khenduri.

Watak Pak Kadok dimainkan oleh PKR yang meliwat bangsanya sendiri demi membalas dendam. Kini sedang menghadapi berbagai masaalah moral dan akhlak buruk dikalangan pimpinan dan ahli-ahli wakil rakyatnya.Yang lari keluar parti ada, yang meletak jawatan kerana akhlak buruk terbongkar ada, yang meletak jawatan untuk menutup rahsia pun ada, dan yang masih tak malu mempertahankan jawatan pun ada juga walau gambar tidak berakhlak disebar oleh teman sepermainan sendiri.Orang kata kalau cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari lah jadi tidak perlu kita hairan.

Pak Pandir PAS, sedang begasak untuk jatuh-menjatuh. Biar gasak lah dia orang.Konon ada puak yang digelar erdogan sedang mengatur gerakan mengenepikan kumpulan ulama'. Mana-mana pun PAS tetap tidak relevan. PAS sudah jauh menyimpang dan kini ingin membina imej baru.PAS mahu bertukar dari imej Parti Islam Berfikiran Sempit kepada imej Parti Melayu Alternative. Semuga berjaya! Sebenarnya PAS dirasuk igauan kata-kata Karpal Singh; "kalau PAS nak Negara Islam,langkah mayat kami dulu", PAS tak berani,maka jalan keluar ialah tukar haluan.

Kebelakangan ini, kita boleh lihat DAP, baik Karpal, Kit Siang mahupun Pak Lawak Ngeh dan Nga semakin membisu didalam kegawatan yang sedang melanda PKR dan PAS. Kenapa? Tidak lain sebab Kit Siang lebih realistik dari Anwar yang gelabah hendakkan kuasa dan Nik Aziz yang ingat dia lebih bijak!

Kit Siang sedang menikmati hidup dengan aman dan tenang sekali.Karpal tumpang gembira.

Puak-puak PKR dan PAS sedang bergelut dengan bayang-bayang sendiri, tidur tak lelap makan tak tentu. Bukan setakat ibu mertua, katak lalu kat belakang pun dia hampir naik gila, begitulah keadaan orang yang tidak karuan.

Sunday, April 19, 2009

Laman Blog Puak PKR tidak demokratik!

Saya sering mengikuti artikel dilaman-laman blog puak DAP,PKR dan PAS.Sebagai rakyat didalam senario politik negara sendiri, maka kita ingin juga tahu apa mereka kata.

Malangnya,apabila kita menulis komen terhadap artikel-artikel mereka ianya tidak dilepaskan untuk posting. Saya banyak memberikan komen balas bertujuan memberikan pandangan dari sudut pandangan kita tetapi jelas mereka ini bukan sahaja tidak demokratik tetapi berperangai tidak adil dan tidak Islamik.

Itu baru memilikki blog yang bebas, belum lagi memilikki akhbar dan media perdana.Kalau agaknya mereka jadi pemerintah maka kita boleh lihatlah tembelang sebenar mereka.

Apakah mereka takut, pandangan berlainan dibaca oleh orang ramai yang mereka cuba kelirukan dengan artikel-artikel tidak benar dan separuh benar?

Setakat ini, saya dapati blog-blog berikut yang selalu saya cuba masukkan komen tetapi tidak pernah tersiar ialah:-

1. anwaribrahimblog.blogspot.com - milik anwar ibrahim/OKT kes Liwat
2. shamsuliskandarmohdakin.blogspot.com - milik ketua angkatan muda keadilan
3. kotaanggerik.blogspot.com - milik yaakob sapari/adun kota anggerik,shah alam

Didalam pada masa sama, blog pemudabesut.blogspot.com - milik Pemuda PAS Besut pula lebih adil kerana membenarkan komen saya tersiar, walaupun menyanggah isi kandungan artikel yang mereka siarkan. Syabas dan terima kasih.

Saya menyeru semua bloggers UMNO untuk terus mencuba untuk memasukki blog puak-puak tersebut dan ini perlu dilakukan bagi memberitahu mereka bahawa mereka adalah penipu yang bercakap tidak serupa bikin. Kalau mereka pandai mengeji akhbar dan media perdana, apakah mereka tidak bersifat sama seperti orang yang mereka keji?

Orang Islam diperingatkan bahawa apabila kita mengata orang maka Allah SWT akan membalikkan kejian itu kembali kepada kita.

Friday, April 17, 2009

Cacing Kepanasan!

Disana sini para pengkhianat sedang melenting bak cacing kepanasan.Mereka tuduh Utusan memainkan sentimen perkauman.Mereka seru supaya memboikot Utusan.Ada yang kata Utusan menjadi lidah UMNO dan UMNO tidak akan faham maksud perkauman "for a million years".

Pernah satu masa dahulu kita dengar kisah orang PAS berpolitik sehingga anak menghalau ibu dan bapa, keluarga bermasam muka sehingga berpecah-belah, suami-isteri bercerai-berai, jiran tidak bertegur sapa, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh dimakan kerana dikatakan haram, khenduri diboikot dan jenazah tidak disempurnakan.Semuanya adalah kerana politik tidak sealiran. Parti PAS ketika itu menghukum UMNO kafir dan segalan yang bersangkutan UMNO adalah haram. PAS mengata macam-macam dan mencipta berbagai fatwa untuk menyatakan dialah sahaja Islam dan dia lah wakil Islam diTanah Melayu ini. Akibatnya orang melayu yang beragama Islam berpecah-belah.

Kini PAS berpakat dengan parti-parti bukan Islam dibawah bimbingan dan pimpinan seorang manusia yang dahulunya daripada puak UMNO yang dicemburui oleh PAS. Manusia yang dulunya dibenci sehinggakan apabila dia keluar dikaca TV, orang PAS akan menutup TV kerana benci. Haram melihat dan mendengarnya. Sekarang lain, disanjung dan kata-katanya menjadi pedoman sehinggakan arahannya patuh diikuti oleh orang PAS.

Bersama-sama mereka berpakat dengan rakan kongsi bukan Islam untuk MELIWAT orang melayu,meliwat diri sendiri dan menyerahkan segala keistimewaan dan hak yang ada pada diri dan bangsa sendiri hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang didambarkan sangat. Gilanya kelompok melayu Islam ini, sehingga sanggup lakukan apa sahaja untuk itu, waimah berguling-guling atas jalan menentang titah Rajanya sendiri.Tidak cukup itu, difatwakan juga,boleh berkawan dengan syaitan dari berkawan dengan UMNO.

Sekarang PAS,PKR dan DAP ingin menonjolkan diri sebagai pejuang perpaduan antara kaum dan menggambarkan UMNO sebagai parti perkauman melayu.Kalau dulu UMNO dikatakan fasik kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam,kini tidak berani berkata demikian kerana cara UMNO yang sama kini ditiru oleh PAS walaupun tidak sebijak UMNO didalam urusan tersebut.

Apalah gunanya PAS menyeru perpaduan antara kaum sedangkan sesama saudara didalam Islam pun dia bermusuh. Apalah gunanya keuntungan sedikit yang sementara itu sedangkan tuntutan agama diabaikan dan sesama melayu diseru perpecahan atas landasan ikut saya jangan ikut dia. Firman Allah hanya petik dan pilih. Sunnah Nabi diamal mana yang boleh sedang yang tidak disimpan rapi. Apakah tidak ada didalam kitab yang mereka baca bahawa orang yang menyeru kepada perpecahan itu adalah memimpin ke tebing neraka?

Setelah gagal mendapat sokongan dengan memecah-belahkan orang Melayu, PAS kini bergantung jiwa dan raga kepada sokongan kaum bukan melayu. Untuk itu, dia rela gadai semua yang dikatakan melayu sehingga apabila Utusan menyeru kepada orang melayu supaya bersatu padu, dia menjerit perkauman.

Orang melayu adalah manusia kejadian Allah SWT dan oleh kebijaksanaan orang melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu, telah meletakkan takrif melayu di Malaysia sebagai orang yang agamanya Islam. Secara berhemah dan halus pemimpin Melayu UMNO pada masa itu telah diberikan hidayah dan perlindungan Allah SWT.

Perundingan kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan telah memberikan perlindungan kepada siasah Islam dengan memastikan bahawa orang Melayu itu tidak dipisahkan dari agama Islam. Institusi Agama, budaya dan adat-istiadat orang melayu diletakkan ditempat yang tertinggi dan tidak tercabar oleh sesiapa.Carilah seantaro pelusuk muka bumi ini dan anda tidak akan terjumpa mana-mana satu bangsa yang agamanya satu.Cuma Bangsa Melayu dimuka bumi Malaysia ini sahaja yang telah menjaga agamanya melalui peraturan undang-undang demi dakwah dan kerana kebijaksanaan siasahnya.

Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri. Jadi apa salahnya seruan Utusan kepada orang melayu untuk bangkit dari kelekaan dan kerakusan berpolitik untuk berfikir sejenak dan menjuruskan kepada tuntutan agamanya iaitu bersatu-padu sesama melayu demi orang melayu demi agamanya Islam?

Mengapa mesti apabila orang melayu mengaturkan kehidupan diri dan masyarakat serta agamanya, mesti dihalang dan dimomokkan dengan pandangan perkauman? Apakah bezanya dengan kita menyeru kepada keluarga kita supaya bersatu dan jangan berpecah belah? Orang bukan Melayu pun sepatutnya bersatu. Orang Kristian pun sama, orang Budha, orang Hindu juga diseru bersatu. Namun bersatu didalam konteks satu keluarga, satu kaum, satu agama bukan bermakna untuk memusuhi orang lain, kaum lain, agama lain. Yang beranggapan begitu adalah bodoh atau hipokrat dan didalam Islam tiada ajaran itu. Kalau orang Islam berkata demikian, maka dia adalah penipu yang munafik dan dia adalah pendusta agamanya.

UMNO sejak dahulu lagi mengamalkan tuntutan Islam supaya membawa penyatuan bangsanya yang seagama dan didalam konteks bernegara, UMNO sejak dahulu lagi telah memastikan perpaduan kaum dengan konsep saling menghurmati dan berkongsi dengan penuh toleransi.Barisan Nasional adalah contoh usaha UMNO membawa Perpaduan didalam Kepelbagaian atau "Unity In Diversity". Cuma bezanya berlandaskan hakikat sejarah dan peruntukan Perlembagaan, UMNO memimpin Barisan Nasional bukan menggadai diri untuk menagih simpati.

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ia adalah seruan perpaduan untuk Bangsa Malaysia. Ia bermula dengan diri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, kampong, Negeri dan Negara. Satu hati satu suara. Bersatu padu bukan bermakna tukar warna kulit dan buang BIN, buang agama buang semua supaya sama rasa sama rasa. Itu bodoh dan Allah SWT pun tidak suruh. Didalam Islam manusia dijadikan berbeza-beza tetapi mereka bersatu di tali Allah, mereka bersaudara didalam Islam walau berbeza bentuk dan rupa. Oleh itu, marilah semua orang, semua kelompok menyeru bersatu-padu sesama sendiri dan meneruskan bersatu-padu sesama semua didalam berbagai kepelbagaian untuk 1 Negara iaitu 1 Malaysia.


Sejak tajuk muka hadapan Utusan disiarkan, kita boleh lihat para pengkhianat sedang menggelupur bak cacing kepanasan. Kerana apa? Kerana mereka tahu jika ianya berlaku, maka tembelang dan usaha mereka akan menjadi teramat sukar. Siapakah pengkhianat yang saya maksudkan? Tidak lain dan tidak bukan ialah pimpinan yang menyeru orang Islam berpecah-belah dan pimpinan yang menyuruh orang melayu merasa bersalah setiap kali hendak menguruskan kaumnya sendiri.Pimpinan yang sentiasa menghasut dan menuba supaya diantara kaum bersengketa dan bersyak wasangka. Siapa kah mereka itu? Tepuk dada tanyalah iman!

Mereka ini sehinggakan menyeru untuk memboikot Utusan hanya kerana Utusan menjalankan peranannya untuk perjuangan orang melayu,orang Islam.Dahulu pernah akhbar seperti Utusan ini lah yang membangkitkan semangat dan menyeru orang melayu supaya bangkit menentang penjajahan. Mereka ini ada peranan, cuma kita yang perlu faham dan mempunyai iltizam untuk sedia ditegur dan bangkit bertindak. Jangan sombong dan bongkak apa lagi bodoh apabila tersesat tidak mahu disukat.

Saya ingin bertanya kepada puak tersebut, adakah salah Allah SWT menjadikan mereka lahir kealam dunia ini sebagai orang melayu?

Pengkhianat dan pendusta Islam ini semua adalah golongan munafik yang bersifat hipokrat dan penipu kerana ingin mencapai matlamat mereka walau dengan apa cara sekalipun waimah, menggadai bangsa dan meliwat agama!

Syabas Utusan Malaysia dan teruskan menabur budi kepada anak-bangsa dan tanahair anda kerana Allah SWT adalah Pelindung yang Maha Mengetahui.Jangan gentar atau gusar dengan cabaran kerana perjuangan kita perjuangan yang tulen dan benar!

Wednesday, April 15, 2009

10 Orang Hilang Akal




Semalam 10 orang ADUN memilih untuk tidak menghadiri sidang pada hari ke2 persidangan diDewan Undangan Terengganu. Sebab diberikan ialah "ancaman keselamatan" dan kerana tidak mendapat jaminan maka ada diantara mereka berkubu di Felda Residence, agaknya disana keselamatan mereka lebih terjamin daripada menghadiri sidang diDewan Undangan Negeri.
Laporan Polis juga telah dibuat dan Sidang Akhbar dipanggil. Sungguh sensasi dan amat membahayakan diri untuk menjadi wakil rakyat di Malaysia ini.

Malangnya, walaupun kita bersimpati dengan situasi mereka, rata-rata orang ramai tidak terpesona apalagi mahu bersetuju dengan reaksi "bodoh" ini. Ianya lebih dilihat sebagai satu permainan politik yang hanya memper"bodoh"kan diri.

Kita tidak langsung tertarik dengan reaksi orang hilang akal ini. Dalam masa yang sama kita juga langsung tidak berkenan dengan sikap "buat-buat bodoh" Menteri Besar yang tonjol lagak "berpolitik tinggi".

Pendekata, rakyat sudah benci tengok lagak dan politik keterlaluan seperti ini. Kepada semua mereka kami mendesak agar betulkan perangai dan tumpukan kepada tugas. Kalau yang ketuanya tidak boleh memimpin anak-anak buah untuk bersatu hati dan melakukan tugas untuk menunaikan mandat rakyat, sila berhenti dan kepada wakil-wakil rakyat yang bersikap macam "budak-budak hilang akal", juga sila berhenti!

Saya mungkin "bodoh" kerana "tak pandai jaga diri", tetapi biarlah, asalkan tidak dikatakan "bodoh kerana merelakan parti saya diperbodohkan oleh kelakuan orang-orang yang telah kita amanahkan dibarisan hadapan"!

Monday, April 13, 2009

Kalau dah Ketua Bahagian pun rasa tak layak.....




"UMNO Selangor mahu diterajui Najib" demikian kata tajuk berita dimuka surat 3 Utusan Malaysia 13 April 2009.Menurut berita tersebut, "Ketua Penerangan UMNO Selangor berkata bahawa majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahukan Dato Seri Najib menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib". Tambah menyedihkan dan pilu saya membacanya ialah Ketua Penerangan tersebut menambah kata "bahawa ini adalah bagi mengelakkan timbulnya masaalah tidak puas hati dikalangan penyokong pemimpin UMNO lain di Selangor".

Pertama sekali yang terdetik dihati saya ialah betapa rendahnya moral dan kewibawaan Ketua-Ketua Bahagian di Negeri Selangor ini apabila sendiri merasakan diri tidak layak menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Lagi menggelikan hati ialah tiada dikalangan mereka yang berwibawa untuk berbincang sesama sendiri bagi melahirkan satu pasukan yang utuh untuk membela Negeri sendiri yang telah dirampas orang, hingga perlu meminta Dato Seri Presiden memikul tugas yang sepatutnya mereka sendiri fikirkan dan aturkan.

Kedua, saranan kepada Dato Seri Presiden dibuat pada ketika jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri masih lagi sedang dipikul oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan belum ada lagi terdengar Tan Sri ingin melepaskan jawatan mahupun Dato Seri Presiden mengatakan perlu diubah.Ianya seolah-olah Ketua Penerangan telah melakukan risikan dan maklumat Bahagian-Bahagian mahukan Tan Sri diberhentikan dari tugas sebagai "Boss" mereka. Alahai,begitu rapuh sekali setiakawan dan semangat kerja berpasukan sedangkan pada pemilihan yang lalu Tan Sri dicalonkan hampir sebulat suara untuk jawatan Timbalan Presiden. Apakah setelah menolak Tan Sri untuk ke Jawatan lebih tinggi dan gagal, maka dia perlu di tolak ketepi begitu sahaja?

Akhir sekali, walaupun banyak lagi pandangan yang ingin saya kemukakan, saya merasakan tiada gunanya kerana mungkin ilmu saya terlalu cetek untuk memahami "budaya berpolitik". Mungkin juga kenyataan akhbar Ketua Penerangan itu lebih berupa permainan jolok menjolok dan lobi melobi bagi memikat perhatian dan memandu pemikiran Presiden.

Namun, saya merasakan saranan itu adalah tidak wajar dalam konteks kita sudah kehilangan negeri dan tumpuan sepatutnya ditumpukan kepada pemerkasaan parti dan menyusun gerak kerja menawan kembali. Siapa lagi kah sepatutnya memikul tanggungjawab ini kalau bukan barisan Ketua-Ketua Bahagian dan AJK Bahagian yang telah beria-ia berperang sesama sendiri untuk diberikan amanah memimpin parti?

Didalam pada Presiden menyarankan gerak kerja "Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan", kita masih belum bergerak seiring sebaliknya masih bersikap Jaguh Kampong sedang pihak lawan sudah menakluk kampong kita.

Adalah disarankan, jika kalangan Ketua-Ketua Bahagian tidak mampu melayakkan diri untuk mengetuai Saf kepimpinan Negeri atau pun boleh meletakkan diri sebagai anggota pasukan kepada pimpinan yang sedia memimpin, maka mereka tidak layak mengaku diri sebagai Pemimpin UMNO Bahagian!

Saya tidak nampak keperluan Dato Seri Presiden mengambil tugas yang sepatutnya dipikul mereka, kerana sebagai Presiden Parti, beliau tetap "Boss Besar" yang mengetuai semua ketumbukan Negeri-Negeri, jadi tolong hentikan berpolitik dan mulakan kerja yang sebenar-benarnya untuk rakyat, kerana rakyat!

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah kepada BARISAN NASIONAL





Barisan Nasional kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Namun sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh jentera, ahli dan calon BN kerana anda tewas bukan kerana kurang baik tetapi kerana anda kalah kepada kepalsuan dan penipuan. Anda kalah kepada pemfitnah dan penderhaka. Anda kalah mempertahankan hak bangsa dan kemuliaan agama daripada pendusta agama yang rosak akhlak dan golongan munafik yang tidak bermoral.

Anda kalah kerana pengkhianat yang mendustakan bangsanya sendiri sebagai tukaran kepada kuasa yang sedikit. Sanggup menjual hak dan tidak sedikit merasa terkilan untuk menggadai maruah demi memuaskan nafsu dan amarah yang sementara.

Syabas, Barisan Nasional tetap kental dalam perjuangannya untuk Bangsa, Agama dan Negara dan anda tidak sedikit pun terpesong walau dihadapkan dugaan dan provokasi puak-puak munafik dan penipu! Anda berpegang kepada janjiNya bahawa kebenaran akan mengatasi kebathilan dan kita yakin dengan ketentuan Allah S.W.T.

Monday, April 6, 2009

Bersubahat Mempersekutukan Allah SWT





Jika benarlah ALLAH SWT adalah tuhan bagi penganut Kristian, maka mereka telah mempersekutukanNYA melalui konsep Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Ghaib. Bagi penganut Kristian Isa adalah Anak Tuhan.

Dengan itu, apabila Anwar Ibrahim bersetuju bahawa Allah adalah Tuhan yang mereka maksudkan dan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh puak Kristian Malaysia, maka beliau telah bersetuju dengan tindakan mereka menyekutukan Allah.

Nik Aziz Nik Mat, Nakhoda PAS merangkap Mursyidul Am merangkap Diktator PAS yang merupakan satu-satunya Pemegang Amanah Tuhan di Malaysia, kerana sesiapa yang ikut kata dia dan undi PAS, akan masuk Syurga, juga telah bersubahat dengan penyelewengan Islam oleh puak Mubaligh Kristian Malaysia.

Hakikatnya tidak, kerana penggunaan nama Allah bagi penganut Kristian hanyalah mahu digunapakai oleh Mubaligh Kristian demi untuk mengelirukan umat Islam dirantau dunia melayu ini. Mereka tidak menggunakan nama Allah dalam urusan agama mereka di mana-mana tempat didunia ini dan tidak juga didalam kitab Bible mereka diserata dunia.

Manakala Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan mereka atas sebab politik "matlamat menghalalkan cara". Kepada mereka apa sahaja yang boleh digunakan untuk menentang UMNO dan meraih sokongan tambahan, adalah halal, waimah sehingga menjual kepentingan bangsa dan agama. Nik Aziz pernah berkata bahawa berkawan dengan syaitan pun adalah lebih baik daripada UMNO dan untuk menjatuhkan UMNO dia rela berkawan dengan syaitan.

Hari ini, kita dilihatkan betapa terdesaknya komplot ini sehinggakan sanggup melihat rakan politik mereka yang tidak beriman dengan Allah malahan partinya DAP pernah mencabar PAS supaya melangkah mayat mereka dahulu sekiranya ingin menegakkan Negara Islam di Malaysia, mempersendakan ayat-ayat Allah dengan memetik Ayat Al Quran sambil menterjemahkannya dengan disambut tepukan gemuruh pendengar-pendengarnya termasuk pendokong PAS.

Saya ingin melihat Anwar Ibrahim dan Nik Aziz Nik Mat memperbetulkan manusia kafir ini agar menghurmati Ayat Suci Al Quran atau memeluk Islam dengan segera, sekiranya sudah mahu beriman kepadaNya. Jika tidak, tidak perlu menunggu Kerajaan mengambil tindakan mengikut peruntukan yang ada didalam Undang-Undang tetapi selaku pimpinan Islam, maka pemuka-pemuka ini hendaklah bertindak sewajarnya. Jangan beliau menggunakan Islam setakat untuk menipu orang Islam untuk mendapatkan sokongan mereka sedangkan beliau tidak sama sekali beriman dan mahu bertakwa kepadaNya. Islam hanya digunakan dan ayat-ayat Allah SWT dipersendakan untuk menipu umat Islam sendiri dalam menentang saudara seIslamnya.

Sekiranya pula pimpinan Islam didalam komplot Pakatan tersebut sebenarnya merestui malah menggalakkan rakan Kafirnya berterusan memperagakan ayat-ayat suci Al Quran untuk tujuan politik, maka jelaslah memang mereka ini pendusta agama dan rela memperguna ayat-ayat Allah SWT untuk keuntungan mereka dan mereka itulah golongan orang-orang munafik.

Didalam konteks kedaulatan Agama dan jatidiri anak bangsa, selagi puak ini sanggup menghakis dan menggadai hak dan keistimewaan yang di jaga selia untuknya, selagi itulah mereka akan ditunggangi oleh mereka yang cemburu dengan kedaulatan bangsa dan agama yang telah di letakkan ditakhta yang tertinggi oleh pejuang bangsa yang mempelopori perjuangan UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Mereka rela menggadai diri dengan harapan akan ditolong untuk mendapatkan kuasa. Sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah yang Maha Berkuasa dan olehNya dipinjamkan kepada yang di inginiNya. Tidak perlu memberontak, memfitnah sesama saudara, menikam sesama sendiri dan menderhaka kepada Ulil Amri hanya untuk diberikan kuasa itu olehNya. Apatah lagi sehingga sanggup berguling-guling diatas jalanraya semata-mata kerana perasaan telah menguasai akal dan nafsu mengatasi iman.

Demi kesucian Agama Islam yang termaktub didalam Perlembagaan, kita berharap pihak berkuasa akan mengambil langkah tegas keatas Setiausaha DAP Perak yang telah mempersendakan Al Quran dan Agama Islam. Tidak cukup dengan Ngeh dan Nga bersaudara menggunakan Nizar Jamaluddin sebagai boneka bagi mencapai tujuan politik DAP di Perak, sekarang Nga menunjukkan kebiadapannya mengajar umat Islam bagaimana mentafsir dan mengamalkan agamanya yang suci.

Kita juga berdoa agar perlindungan terhadap kedaulatan Islam dan umatnya di Negara ini, tidak akan berjaya disusupi oleh Mubaligh Kristian yang kini sedang mencuba dengan penuh tipu helah untuk meresapi kalangan masyarakat melalui tipu daya penggunaan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan agar dapat mengelirukan dan seterusnya menghakis keutuhan perlindungan yang telah termaktub. Kita yakin pihak Mahkamah yang akan mengadili tuntutan yang penuh tipu muslihat ini akan melihat konteks sebenar permintaan tersebut dibuat.

Kita berdoa agar puak-puak gila kuasa yang bertopengkan Islam, agar kembali kepada niat yang asal, sekiranya ada, iaitu menggunakan kudrat yang ada untuk memberikan pengisian kepada dakwah Islamiah bagi memperkukuhkan kedudukannya disisi Perlembagaan dan yang lebih penting ialah menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Pemerintah kita yang di tunjangi UMNO telah melakukan tanggungjawabnya bagi mengembang dan memperkasakan syiar Islam menggunakan kuasa yang ada padanya. Maka menjadi tanggungjawab kita selaku rakyat yang beriman dan bertakwa pula menjalankan tanggungjawab kita.

Berhentilah perebutan kuasa yang tidak berkesudahan lebih-lebih lagi oleh golongan yang mengaku orang yang berilmu agama dan kononnya berniat untuk agama. Sesungguhnya didalam ketaksuban itu, niat telah tercemar dan tindakan telah dirasuki oleh syaitan dan iblis yang membisikkan keseronokan yang indah. Langkah semakin terleka dibuai kesesatan yang tidak lagi dapat dikesan kerana jiwa dan raga yang sudah lama tergadai, kini disuntik pula semangat baru oleh penjaja harapan palsu, yang hanya menyambung jauh langkah yang sesat!