Friday, September 19, 2008

Memberi KeAdilan

16 September 1963 adalah satu tarikh bersejarah bagi Persekutuan Tanah Melayu apabila pada tarikh tersebut ianya menggabungkan Singapura, Sabah dan Sarawak kedalam sebuah gagasan baru bernama Persekutuan MALAYSIA. Sejarah penubuhan Malaysia terjadi bukan tanpa kegetiran. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dari dalam Persekutuan bahkan mendapat tentangan hebat dari Republik Indonesia.Polisi "Ganyang Malaysia" dilancarkan sehingga melibatkan campurtangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dari dalam pula,parti PAS membawa kes ke Mahkamah untuk menghalang penubuhan Malaysia. Namun kebijaksanaan pengasas negara, telah berjaya berdiplomasi hingga membawa kepada pengistiharan Malaysia.

Pembinaan negara bangsa ini telah didokongi olih rakyat yang berbilang kaum, budaya dan agama dengan penuh harmoni.Perjalanannya terselit bermacam pengorbanan, tolak ansur dan kebijaksanaan yang telah membawa kepada kejayaan yang bukan mudah sepanjang sejarahnya.Ironinya,Persekutuan Malaysia telah sekian lama menerima pakai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 sebagai tarikh rasmi ulangtahun kemerdekaan Malaysia tanpa sebarang kemusyhkilan.

Baru-baru ini, ada pihak yang cuba menimbulkan unsur perpecahan dengan mengungkit tarikh 16 September untuk diisytiharkan sebagai cuti umum. Apakah motif cadangan tersebut selain untuk dijadikan isu perbalahan rakyat. Selama ini, secara simboliknya bulan kemerdekaan dirayakan bermula 15 Ogos hingga 16 September, dimana perayaan penutup bulan kemerdekaan diraikan di Sabah dan Sarawak, mengambil ingatan hari kedua-dua Negeri tersebut bergabung menubuhkan Malaysia.

Sebenarnya cadangan tersebut yang di gembar gemburkan olih Pakatan 3 Sekawan adalah dengan niat yang jahat. Ianya sengaja direncanakan olih seorang yang melantik dirinya sendiri sebagai "PM in Waiting" semata-mata sebagai salah satu strateginya untuk menimbulkan kecelaruan agar projek merampas kuasanya 'mengguna jalan belakang' dapat dilaksanakan didalam suasana kecelaruan rakyat.

Rasullullah SAW bersabda:"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku.Akan muncul pula dikalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan)". Aku (Abu Huzaifah) bertanya:"Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya?" Baginda bersabda:"Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta bendamu". -Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasullullah SAW:"Barangsiapa yang memilih seorang untuk menguruskan urusan kaum muslimin, lalu mengangkat orang tersebut (sebagai pemimpin), kemudiannya dia mengangkat (pula) orang lain yang lebih layak dan sesuai daripada orang yang telah diangkatnya, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya".

Dari Abdullah bin Amr katanya bahawa bersabda Rasullullah SAW;"Sesiapa telah mengangkat (telah bersetuju melantik) seorang pemimpin kemudian memberikan padanya uluran tangannya dan buah hatinya (sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir (penentang)". Aku (Abdulrahman bin Abdul Rabbi'ul Kabah) bertanya:"Apakah kamu mendengar ini dari Rasullullah sallallahu 'alaihi wa-sallam?" Abdullah bin Amr menjawab:"Ya,aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami olih hatiku"-Riwayat Muslim,Abu Daud dan Ibnu Majah.

16 Septemer 2008 sudah pun berlalu, cuti umum tidak terlaksana dan "PM in waiting" pun terus menunggu. Tanpa segan terus mencipta pengharapan baru demi kelangsungan riwayatnya. Adakah rakyat akan terus dihujani cerita demi cerita agar terus menunggu dan berharap bersama-samanya? Adakah akan ada yang akan mencurahkan air ditempayan mendengar guruh dilangit? Adakah kelekaan ini akan berterusan hingga PRU ke 13? Apakah kita akan berterusan dilekakan dan menyumbang kepada proses melemahkan asas-asas keNegaraan ini? Atau akan adakah lagi pusaka bangsa yang telah diwariskan kepada kita ini apabila tiba masanya nanti? Jangan nanti terjadi pepatah melayu "Menang Sorak Kampong Tergadai". Biarkan lah silabu tenggelam dengan labu-labunya dan Mat Jenin dengan angan-angannya. Kita ada PRU 13 untuk membuat bicara, sementara menunggu proses itu, eloklah kita meneruskan tanggungjawab sebagai rakyat yang taat dan setia sepertimana sunnah nabi SAW seperti yang telah diriwayatkan agar kita menjadi umat yang benar-benar bertakwa.